Monday, September 1, 2008

Di Penghujung Rindu 2

Shahrul menyandarkan tubuh ke kerusi. Matanya tajam menikam wajah ceria Maria. Begitu banyak dugaan yang harus dia tempuhi untuk memiliki gadis ini. Akhirnya dia berjaya menyunting gadis yang sekian lama bertakhta di hatinya itu, untuk menjadi suri hidupnya. Dia tersenyum senang. Bahagia dengan kehidupan barunya.
“Kita tunggu siapa ni, sayang?,”
“Abang ni. Sabarlah. Mesti abang terkejut bila jumpa dia nanti,”
“Siapa orangnya yang boleh buat abang terkejut ni? PM nak jumpa kita ke? Atau… superstar?,”soal Shahrul separuh bergurau. Maria tergelak kecil. Dia memandang wajah Shahrul seketika. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu restoran. Tiada sesiapa yang muncul di ambang pintu itu. Sedikit rasa hampa terselit di hati. Dia melihat jam di tangannya. Pukul 8.20 malam. Tidak datangkah Nurul Huda? Dia mengeluh perlahan. Tak mungkin gadis itu mungkir janji. Dia kenal benar dengan Nurul Huda. Janjinya pasti akan dikota. Namun, mungkinkah, masa telah mengubah sikap Nurul Huda?
“Kenapa mengeluh?,”soal Shahrul sambil mencapai jemari Maria. Perlahan dia mengusap jemari lembut isterinya. Maria cuma tersenyum sambil menggeleng perlahan.Sekali lagi pandangannnya dihalakan ke pintu restoran. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Penantiannya mendatangkan hasil. Melihat senyuman yang mekar di bibir isterinya, Shahrul turut memandang ke arah yang sama. Sebuah senyuman seorang gadis yang amat dia kenali, membuat dia terpaku seketika. Segera dia menoleh ke arah Maria. Maria tersenyum sambil mengangkat kening. Shahrul turut tersenyum. Memang ini satu kejutan baginya. Nurul Huda melangkah menuju ke arah mereka. Berdiri di hadapan dua temannya itu bersama sekuntum senyuman yang mekar di bibir.
“Sorry. I’am late,”
“Never mind. Asal kau datang, lambat sikit pun tak apa. Duduklah,”ujar Maria senang. Nurul Huda akur. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi sambil memandang Shahrul yang masih memandangnya dengan wajah terkejut. Dia tersenyum lebar menanggapi renungan lelaki itu.
“Hai Shah. Apa khabar?,”soalnya masih dengan senyuman di bibir. Shahrul turut tersenyum. Ternyata tidak banyak yang berubah tentang gadis ini. Nurul Huda masih murah dengan senyuman.
“Well…I’m fine. What a surprise. Memang abang terkejut, sayang,” ujarnya sambil memandang wajah Maria. Maria turut tersenyum. Senang melihat riak terkejut di wajah suaminya.
“Anyway, congratulation Shah. For your wedding. Akhirnya kamu berdua bergelar suami isteri juga ya? Aku tumpang gembira,” Nurul Huda bersuara sambil menghulurkan tangan., bersalaman dengan Shahrul.
“Terima kasih,”jawab Shahrul pendek.
“Kami tak jemput kau. But, that’s not our fault. Kau hilang macam chipsmore,”sambungnya bersama senyuman yang cukup lebar. Nurul Huda tergelak.
“Aku tahu. As long as kau orang masih ingatkan aku… itu pun dah memadai,”
“Memanglah kita orang ingat. Dulu kan, kita dah janji…yang kita akan keep in touch… forever. Tapi, kau mungkir janji,” Maria bersuara perlahan. Di wajahnya jelas terpamer rasa tidak puas hati terhadap temannya itu. Nurul Huda cuma tersenyum. Namun, senyumnya kini sedikit kelat. Maria sudah mula merajuk. Rupa-rupanya perangai sahabatnya ini tidak pernah berubah. Masih cepat merajuk seperti dahulu.
“Hai… dah jadi isteri orang pun, masih suka merajuk lagi ke?,” gurau Nurul Huda. Cuba untuk mengembalikan keceriaan Maria. Maria sedikit tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Dan kau… masih pandai hilangkan rajuk aku…seperti dulu juga ya,” Maria membalas kata-kata Nurul Huda dengan wajah yang sedikit ceria. Shahrul cuma tersenyum melihat gelagat dua wanita di hadapannya.
“Ke mana kau menghilangkan diri?,”soal Shahrul setelah agak lama menjadi pemerhati.
“Aku further study kat UK. Bermastautin di sana. Cukup? Need more explanation?,”
“Sampai lupa kawan-kawan kat sini?,”soal Maria dengan nada merajuk.
“Alaa… merajuk lagi. No.No. Aku tak pernah lupakan kau orang semua. Aku ingat. Sentiasa bermain kat fikiran aku ni. Cuma jarak yang memisahkan kita. Seriously, aku tak pernah lupakan kawan-kawan,”
“Tak pernah lupa, sampai tak jemput ke perkahwinan kau? Terlupa… tak sempat…atau apa? Apa alasan yang kau nak bagi?,”soal Maria masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Nurul Huda. Soalan yang membuat Nurul Huda terdiam. Juga membuat Shahrul sedikit terperanjat. Kejutan lagi.
“So, kau dah kawin?,” soal Shahrul sambil memandang wajah Nurul Huda yang terkedu.
“I’m sorry about that, Maria. Aku tak tahu macam mana nak explain, and… I really not interested to talk about it. Change topic , please…,”
“Apa nak buat. Aku tak boleh paksa kau,” Maria bersuara hampa. Wajah Shahrul turut hampa.
“Hei.. janganlah macam ni. Aku tak nak rosakkan pertemuan ni,” ujar Nurul Huda serba salah.
“Kau dah pandai berahsia…,”
“I’ll tell you. Someday. But not today. Ok?.”Nurul Huda cuba berdiplomasi. Maria tersenyum semula. Dia turut tersenyum. Paling tidak, taktiknya mendatangkan hasil. Suasana yang agak suram tadi, kembali ceria.
“Kau dah janji dengan aku. Aku akan tuntut nanti,”
“Aku akan tunaikan janji aku. Tapi, bila dah sampai masanya nanti,”
Maria mengangguk sambil tersenyum senang. Shahrul kekal sebagai pemerhati. Itu perjanjian antara orang perempuan. Dia tidak termasuk di dalam agenda itu.
“Kau tak bawa anak kau sekali?,”
“Wait! Kau dah ada anak?,”soal Shahrul tiba-tiba. Agak terkejut dengan berita yang keluar dari mulut isterinya itu. Nurul Huda hanya tersenyum. Perlahan dia mengangguk. Di kepalanya bagai sudah terbayang yang hidupnya selepas ini bakal berdepan dengan masalah. Masalah yang cuba dia elak selama lima tahun kebelakangan ini.
“Kau tak Nampak macam mak orang. Nampak macam anak dara,”
Nurul Huda tergelak.
“Mengarutlah kau ni Shah,”
Shahrul tergelak sambil menggeleng perlahan.
“Kau muncul dengan pelbagai kejutan. Kahwin tak cakap. Even cakap pasal perkahwinan kau pun, kau tak nak. Now, anak pula,”
Nurul Huda hanya tersenyum hambar.
“Kenapa tak bawa sekali?,” Maria pula mencelah.
“Dia leka dengan Maksu aku. Tak naklah aku kacau. Lagipun he’s quite naughty. Susah nak handle. Tak pasal-pasal rosak pertemuan ni. Kau ke mana. Aku…entah ke mana,”
“Aku teringin nak tengok anak kau. How old is he?,”
Nurul Huda diam seketika. Bahaya sungguh soalan-soalan yang keluar dari mulut kecil Maria.
“Huda… berapa?,”
“Four,” jawabnya sepatah. Itu pun dengan nada yang cukup perlahan.
“Empat tahun? That’s mean, kau kahwin sebaik kita habis belajar? And… you keep it as a secret? Cukup lama kau berahsia ya?,”ujar Maria sambil merenung mata Nurul Huda. Nurul Huda hanya tersenyum nipis. Hatinya amat berharap agar kata-kata Maria tidak berakhir dengan satu lagi soalan yang bisa membuat dia terdiam lagi. Seolah – olah faham dengan apa yang sedang bermain di hati Nurul Huda, Maria tidak lagi mengajukan soalan. Walhal di kepalanya sarat dengan seribu persoalan.
“So, selepas habis belajar dulu, kau orang masih saling berhubung ke?,” Nurul cuba mengalih topik perbualan. Sekaligus merisik khabar tentang seseorang.
“Masih. Dan… macam-macam dah berlaku selama lima tahun ni. Nanti, bolehlah kita berkumpul ramai-ramai ya. Kita buat reunion. Macamana? Mesti best kan?,”tiba-tiba Maria memberi cadangan yang seolah-olah mahu meluruhkan jantungnya. Mengarut! Betul-betul mengarut.
“Selalu ke jumpa dengan kawan-kawan lain?,”Nurul Huda mengajukan soalan. Sekadar menutup wajahnya yang tergamam dek kerana terkejut mendengar cadangan bernas Maria.
“Selalu,” jawab Maria sepatah. Nurul Huda bungkam. Mudah sahaja wajah-wajah kenangan muncul di mindanya. Bagaimana kehidupan Hamidi sekarang? Sudah bertemu dengan pengganti idaman hatikah dia? Kasihan lelaki itu. Tangannya bertepuk sebelah. Namun, dia cukup setia pada cintanya yang tidak berbalas itu.
“Aku akan tunggu sampai jodoh aku ada dengannya, Huda. Itu janji aku pada diri aku sendiri. InsyaALLAH, kalau ada jodoh, dia tetap akan menjadi milik aku,”
Kata-kata itu bagai terngiang-ngiang di telinganya. Kisah cinta Hamidi, cuma dia yang tahu. Sebagaimana kisah cintanya, juga cuma Hamidi yang tahu. Dua kisah cinta tidak berbalas. Dia tersenyum. Ingin sekali dia bertemu dengan temannya yang satu itu. Nampaknya Hamidi teguh memegang janji. Kalau tidak, masa kan Maria tidak tahu cerita yang terpendam selama lima tahun itu. Cerita yang mengajarnya erti sayang dan juga erti cemburu. Juga mengajarnya makna rindu yang tidak berpenghujung. Meski cemburu…sayang dan rindunya, tiada siapa yang tahu, namun kesannya tersemat di hati sehingga ke saat ini.
“Huda! Huda!,”
Nurul Huda tersentak apabila namanya dipanggil bertalu. Dia mengelamun rupanya.
“Jauh melamun. Ingatkan siapa?,” Shahrul pula membuka bicara. Nurul Huda menggeleng perlahan.
“So, kau buat apa sekarang?,” Shahrul mula mengorek cerita terbarunya. Nurul Huda menarik nafas perlahan.
“Aku baru balik. Belum ada apa-apa plan lagi. Cuma, InsayaALLAH, next week aku ada satu temuduga. Kat Shah Alam,”
“Baguslah tu. Semua boleh berkumpul di satu tempat. Senanglah nak jumpa. Kan bang?,”
Shahrul mengangguk perlahan sedang Nurul Huda tersenyum kelat. Hatinya mula berkata. Perlukah dia pergi ke Shah Alam?

****

No comments: