Monday, September 29, 2008

Biar YM Yang Bicara 41

Aku tunduk. Rasanya hampir rapat ke meja. Tidak berani menentang renungan Encik Firdaus. Cukup tajam renungan itu.
“Apa makna semua ni?,”
Hatiku terasa kecut. Seriusnya suara Encik Firdaus. Mukanya pasti masam mencuka. Itu yang membuat aku jadi lebih takut untuk mengangkat muka. Takut dengan muka benggang Encik Firdaus.
“Tiya. Saya bercakap dengan awak ni. Answer me,”suara Encik Firdaus sedikit tegas. Membuat hatiku tersentap. Sensitif pula aku pagi ini.
“Jangan diam macam ni. Jawab.”
Sekali lagi disergah, aku tersentap. Belum sempat menjawab, air mata yang merembes ke pipi. Sekarang baru aku sedar, rupa-rupanya selama aku bekerja dengan Encik Firdaus, Encik Firdaus tidak pernah memarahiku. Terdengar keluhan penjang dari bibir Encik Firdaus. Dan, aku perasan Encik Firdaus bangun dari kerusinya. Melangkah menghampiriku yang tertunduk dari dari tadi.
“I’m sorry. Saya bukan marah awak. Jangan menangis,” Encik Firdaus melutut di hadapanku sambil menggenggam jemari di ribaanku.
“It just… ini semua tak adil bagi saya Tiya. Awak mungkir janji,”
Aku mengangkat muka. Memandang wajah Encik Firdaus yang sedikit sayu. Hatiku tersentuh saat jemari Encik Firdaus berada di pipiku. Menyapu air mata yang mengalir di pipi. Jantungku berdegup kencang saat jemari Encik Firdaus erat mengggenggam jemariku. Lebih kencang apabila perlahan-lahan jemariku di bawa ke bibirnya. Mengucup lembut sambil matanya merenung wajahku yang cuak.
“Stop crying,”
Aku cuba mengukir senyum. Encik Firdaus bangkit. Menarik kerusinya lebih hampir padaku.
“Now, tell me, apa semua ni?,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Cuba untuk bersuara. Tetapi, lidahku kelu tiba-tiba.
“Awak tak nak dengar langsung penjelasan saya. Saya pula, saya sanggup tutup mulut sebab tak nak awak pergi. Tapi, pagi ni… awak beri saya ini?,”soal Encik Firdaus sambil menunjukkan sekeping surat yang aku beri padanya sebentar tadi.
“Apa sebenarnya yang mengganggu awak, Tiya?,”
Aku menggeleng.
“Dah tu, kenapa nak resign?,”
“Saya nak berhenti kerja. Itu saja. Saya tahu terlalu tergesa-gesa. Tapi, saya harap Encik Firdaus faham. Saya harap sangat Encik Firdaus akan pertimbangkan. Bukan akan pertimbangkan. Encik Firdaus mesti terima perletakan jawatan saya ni,”
“Why should I?,”
“Sebab… sebab saya nak berhenti. Saya tak nak kerja di sini lagi,”
“Kenapa? Sebab saya? Sebab saya cintakan awak?,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Sebab Encik Firdaus akan berkahwin dengan Mia. Hatiku merintih sedih. Namun, kenapa terlalu sukar untuk aku suarakan hal itu pada Encik Firdaus. Mungkin aku tidak mahu Encik Firdaus tahu aku cemburukan dia dan Mia. Egokah aku?
“Saya mohon awak jangan berhenti,”
“Saya mohon, Encik Firdaus terimalah perletakan jawatan saya,”
Encik Firdaus mengeluh panjang sambil melurut rambutnya yang hitam pekat. Sekali lagi dia mengangkat punggung. Mundar- mandir di hadapanku.
“You know what? Cara awak bercakap seolah-olah sikit pun awak tak ada perasaan pada saya. Tell me Tiya. Do you love me?,”Encik Firdaus bersuara sambil menatap wajahku. Aku terkedu.
“Do you love me?,”
Sekali lagi soalan yang sama meniti di bibir Encik Firdaus. Membuat aku kalut memikirkan jawapannya. Sudahnya, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Encik Firdaus tersenyum nipis. Namun, di balik senyumannya itu, aku nampak ada sesuatu bergenang di birai matanya. Tidak! Tidak mungkin lelaki ini menangis.
“Encik Firdaus… are you alright?,”
“Of course I’m not, Tiya. Macam mana saya boleh okay, kalau awak tinggalkan saya? Macam mana saya nak hidup tanpa awak di sisi saya? Saya akan kehilangan semuanya. I’ll miss you. Everything about you. Senyum awak. Marah awak. Rajuk awak. And your innocent face. Your cute face, tiap kali awak garu kepala macam tu. Saya tak nak kehilangan itu semua. Please, don’t go,”
Aku tunduk. Diam seketika sebelum kembali mengangkat muka.
“I have to, Encik Firdaus,”
“Saya tak akan terima,”
“Saya tetap akan pergi,”
“Awak ingat tak, bila saya suruh awak fikir betul-betul tentang perasaan awak pada saya dulu? Awak ingat tak bila saya cakap, awak mungkin tak akan terima saya kalau awak jumpa saya?,”
Aku mengangguk perlahan. Mana mungkin aku lupa. Gara-gara kata-kata itu, aku merajuk panjang dengan Charming. Charming? Charming atau Encik Firdaus? Sekarang sudah tiada bezanya lagi.
“Apa yang saya takutkan dah pun terjadi. Walau sedalam mana pun cinta awak pada Charming, awak tetap menolak saya, kan? Saya tak faham. Betul-betul tak faham. Kenapa susah sangat awak nak terima saya?,”
“Lupakanlah semua tu Encik Firdaus. Anggap semua tu tak pernah terjadi,”
“Tak mungkin. Sebab itu yang berlaku sebenarnya. Saya sanggup jadi Charming semata-mata ingin menangi hati awak,”
“Saya tak nak cakap pasal ni lagi,”aku bersuara tegas. Memang aku tidak mahu ingat langsung yang selama ini aku bercinta dengan Encik Firdaus di ruang maya .
“Saya tahu awak berasa tertipu. Tapi, awak tahu tak, setiap hari saya diburu rasa bersalah sebab terpaksa menipu awak. Setiap saat. Tapi, saya terpaksa. Awak tidak beri saya banyak pilihan. Seperti yang selalu saya cakap, awak wujudkan tembok penghalang untuk menghalang saya dari mendekati awak. Sehingga saya terpaksa menjadi orang lain, semata-mata untuk mendapatkan cinta awak,”
Aku mengangkat punggung.
“Keputusan saya muktamad. Saya nak berhenti,”ujarku nekad. Sebenarnya aku cuba bertegas dengan diriku sendiri. Risau aku akan termakan dengan bicara indah Encik Firdaus itu. Lebih lama aku berasa di sini, aku yakin, keadaan akan menjadi bertambah rumit. Lebih baik aku pergi sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Kalau pun tidak teruk untuk Encik Firdaus dan Mia, tetapi, itu semua pasti akan membuat aku merana. Aku tidak mahu dituduh menjadi punca perpisahan Mia dan Encik Firdaus. Aku juga tidak mahu kecewa seandainya Encik Firdaus memilih Mia dan meninggalkan aku.
“Bagi saya satu alasan kenapa saya perlu lepaskan awak?,”akhirnya Encik Firdaus bersuara dengan nada sedikit berputus asa.
“Sebab saya dah tak boleh lalui semua ini. Semua ini buat saya berasa terseksa. Saya tak sanggup lagi. Saya mahu pergi jauh dari sini dan lupakan semuanya,”
“Termasuk saya?,”
“Terutama Encik Firdaus,”terpacul kata-kata itu, sebelum sempat aku berfikir panjang.
Encik Firdaus mengeluh panjang. Bergerak lemah ke kerusinya. Longlai dia melabuhkan punggung ke kerusi.
“Duduk dulu,”arahnya perlahan. Aku akur. Melihat wajah murung itu, belas rasanya hati ini. Tetapi, bila teringatkan kemesraan Encik Firdaus dan Mia. Juga teringatkan perbualan di antara ibu Encik Firdaus dan ibu Mia, hatiku menangis pilu.
“Saya faham perasaan awak. Awak masih marahkan saya. Awak masih berasa tertipu dengan saya. Kan?,”
Aku diam. Biarlah Encik Firdaus berfikiran begitu. Mungkin itu lebih baik. Padahal sebenarnya marahku pada Encik Firdaus sudah lama hilang. Aku sudah tidak marah lagi. Cuma, aku yakin, jodoh aku bukan dengan Encik Firdaus. Encik Firdaus lebih sesuai dengan gadis seperti Mia. Bukan denganku.
“Beginilah,”
Tepat mataku terpanah ke wajah Encik Firdaus. Ingin mendengar keputusan Encik Firdaus.
“Saya pun tak nak awak stress dengan semua ni. Saya bagi awak masa. I’ll give you some space to think. Saya tak akan terima surat perletakan jawatan ni. 24 hours notice pula tu. Betul-betul mengarut. Saya anggap saya tak pernah terima surat ini,”
Aku termangu. Kata ingin beri ruang untuk berfikir. Tapi, perletakan jawatan aku, dia tolak. Tidak faham betul.
“Janganlah buat muka kasihan macam tu,”
Aku terus memandang wajah lelaki itu tanpa bicara.
“Saya beri awak cuti. Tenangkan fikiran. Selepas dah tenang, awak balik pada saya. Okay?,”
“Tapi, saya nak resign, Encik Firdaus,”
“Tak boleh,”
Aku mengeluh lemah.
“Awak sepatutnya tak boleh masukkan masalah peribadi dalam kerjaya awak,”
“Masalahnya, masalah peribadi saya dah bersangkut-paut dengan kerjaya saya,”balasku lemah.
“Now, tell me,”
“Apa?,”
“Sikit pun awak tak cintakan saya?,”
Aku diam.
“Awak diam. Macam mana saya nak tahu?,”
“Oklah. Saya cuti. Tapi, kalau dah lama sangat saya tak juga datang, Encik Firdaus terima jelah surat perletakan jawatan saya ni, ya?,”aku bersuara sekadar ingin lari dari soalan Encik Firdaus.
Encik Firdaus memandang wajahku tanpa berkelip. Surat perletakan jawatan aku yang dia letakkan di atas meja, diambil. Perlahan-lahan dia koyakkan kertas itu di hadapanku. Aku terkebil-kebil.
“Permohonan ditolak,”ujarnya perlahan sambil mencampak cebisan –cebisan kertas ke dalam tong sampah. Aku kerutkan kening. Encik Firdaus tersenyum lebar. Melihat senyuman itu, rasa geram terselit di hati.
“Tak apa. Softcopy, saya belum delete. Nanti saya print out banyak-banyak. Saya simpan kat meja saya. Kalau Encik Firdaus perlukan nanti, Encik Firdaus ambil saja ya?,”
Senyum Encik Firdaus mati perlahan-lahan.
“Keras kepala. Degil,”
Aku buat muka bodoh. Kata-kata itu sudah terlalu biasa aku dengar. Dari mulut mak. Dari mulut Sharifah. Dari mulut Abang Kamal. Cuma, ini baru kali pertama keluar dari bibir Encik Firdaus.
“Saya bagi awak cuti. Habis cerita. Seminggu. Kalau tak, saya akan datang cari awak,”
Aku mengeluh lemah. Cuti pun cutilah. Tapi, cuti untuk selama-lamanyalah. Encik Firdaus pun bukannya sanggup hendak mencari aku.
“Suka hati Encik Firdauslah,”akhirnya aku mengalah.
“Jangan ingat saya tak tahu apa yang ada kat kepala awak tu. Betul saya cakap, kalau awak tak datang semula dalam tempoh seminggu ni, saya akan cari awak,”
Aku tersenyum kelat. Encik Firdaus terus memandang wajahku.
“Kenapa susah sangat nak dapatkan cinta awak?,”
Aku diam. Susah sangat ke? Hati kecilke bertanya.
“Saya tak akan berputus –asa secepat ini. Saya akan terus cuba,”
Aku tersenyum hambar. Encik Firdaus tersandar ke kerusi menyambung renungannya.

***
Panjang muncung Sharifah sambil matanya menjeling padaku. Aku menggaru kepala.
“Janganlah merajuk,”
“Sikit pun kau tak nak bincang dengan aku ya?,”
“Sebab aku tahu kau mesti tak bagi,”
Sharifah mengeluh panjang.
“Memang aku tak akan bagi. Keputusan yang tidak bijak langsung,”
Aku tersengih. Daripada menjadi manusia bisu, Sharifah sudah mula bercakap. Perkembangan yang positif. Sharifah menolak daun pintu. Dari dalam kereta tadi, gadis itu cuma membisu, apabila aku beritahu aku telah serahkan surat perletakan jawatan kepada Encik Firdaus. Sharifah bergerak lemah ke sofa. Merebahkan diri di situ. Aku pula, terus duduk di lantai sambil meletakkan kedua tangan di sofa, menongkat dagu sambil memandang wajah Sharifah yang masih mencuka.
“Janganlah marah aku. Aku dah tak ada pilihan lain,”
“Ada. Tapi, kau tak nak guna,”
“Apa lagi pilihannya?,”
“Tanya Encik Firdaus, apa sebenarnya hubungan dia dengan Mia. Habis cerita,”
“Ish… tak naklah aku. Malulah aku kalau aku tanya. Nampak sangat aku cemburu. Lagipun, kalau dia cakap, Mia tu bakal isteri dia, macam mana?,”
Sharifah bingkas bangun. Duduk sambil menatap wajahku.
“Kau ni kan… nama saja belajar tinggi-tinggi. Benda macam ni, pun kau tak boleh nak catch up. Tulah.. orang suruh bercinta tak nak. Suruh berkawan dengan lelaki, lari. Sekarang … tengoklah apa jadi,”
Aku kerutkan kening. Apa pula kena mengenanya antara aku tidak mahu ada apa-apa jenis hubungan dengan lelaki sebelum ini, dengan masalah aku dan Encik Firdaus.
“Tak faham ke buat-buat tak faham tu?,”
“Confius sikit,”aku menjawab perlahan.
“Dah sah-sah Encik Firdaus cakap dia sayang kat kau kan? Dia cinta kat kau, kan? Takkan dia nak ambil Mia pula jadi isteri dia? Kan tak logik tu,”
“Mana tahu? Kau juga yang cakap, sekarang ni susah nak cari lelaki baik,”
“Alahai… anak dara. Aku yakin yang tak boleh pakai tu, bukan Encik Firdaus. Ish, aku tak fahamlah. Kenapa kau boleh lepaskan orang sebaik Encik Firdaus? So, apa Encik Firdaus cakap?,”
“Dia koyak resign letter aku, lepas tu campak dalam bakul sampah,”
Bibir Sharifah terukir sakuntum senyuman. Walaupun senyuman itu tidak begitu lebar.
“Bagus,”
“Tapi, aku dah buat sepuluh salinan baru. Aku letak kat dalam laci aku. Agak-agak dia tanya mana aku, kau cakaplah pasal resign letter tu kat dia ya. Takkan dia larat nak koyak semua. At last dia kena terima juga,”
“Argh! Geramnya aku,” Sharifah mendengus sambil menggaru kepalanya. Aku berundur ke belakang. Terperanjat sebenarnya. Emosi pula kawan aku ni.
“Geramlah aku cakap dengan kau ni,”
Aku serba salah.
“Janganlah macam ni, Sherry. Kau kan kawan aku. Sepatutnya kau bagi sokongan pada aku,”
Sharifah menjeling padaku.
“Sekarang apa ceritanya?,”soalnya geram.
“Encik Firdaus bagi aku cuti seminggu. Dia kata, kalau aku tak datang dalam masa seminggu ni, dia akan cari aku. Tapi, aku rasa dia tak akan buat macam tu kot,”
“Kenapa pula?,”
“Yalah. Takkanlah dia serius sampai macam tu sekali. Kan?,”
“Kau tak tahu apa itu cinta, Diya. Dalam cinta, tak ada yang mustahil, tau,”
Aku diam seribu bahasa. Memang betul aku tidak tahu apa itu cinta. Tetapi, aku rasa aku sudah mula mengenalinya. Aku kenal cinta melalui Encik Firdaus.
“Yang aku tahu, cinta tu menyakitkan, Sherry. Aku pula… aku tak sanggup terus menanggung kesakitan tu. Aku rasa sakit sangat bila aku dengar kata-kata mak Encik Firdaus dan mak Mia , malam tadi. Aku rasa sakit sangat bila aku tengok Encik Firdaus genggam erat tangan Mia. Aku rasa sakit sangat melihat mereka gelak gembira bersama-sama. Dan, yang paling buat aku rasa sakit, bila melihat Puan Junaidah memeluk Mia dan Encik Fridaus malam tadi. Aku tahu, dia inginkan Encik Firdaus bersama-sama dengan Mia,”
Sharifah diam. Matanya memandang ke arahku. Pandangannya sudah sedikit berubah. Tidak lagi semarah tadi. Aku tersenyum pahit. Sharifah bergerak ke sebelahku.
“I’m sorry…,”ujarnya perlahan sambil memeluk bahuku.
“Sakit Sherry. Sakit sangat kat sini,”luahku perlahan sanbil tangan aku letakkan di dadaku. Sharifah menarikku ke pelukannya. Dan, aku biarkan air mataku menitis di bahu Sharifah.
“Aku faham perasaan kau. Tapi, kau patut bersuara. Patut dapatkan kepastian daripada Encik Firdaus,”
“Aku malu. Aku malu nak tanya dia tentang semua tu. Aku takut dia betul-betul tak serius dengan aku,”
“Itulah masalahnya. Bukan cinta yang buat kau sakit. Tapi, sikap kau yang buat kau jadi sakit macam ni,”
“Aku cuma nak pergi sejauh mungkin dari hidup Encik Firdaus. Mungkin perlahan-lahan aku boleh lupakan dia,”
Sharifah meleraikan pelukannya. Memandang wajahku sambil kedua tangannya memegang bahuku.
“Aku tak nak cakap apa-apa lagi. Aku harus hormati keputusan kau. Tapi, bukan senang nak lupakan cinta. Sebab, cinta bukan untuk di lupakan. Cinta untuk dipupuk. Kalaupun, tak menjadi, masih akan tertinggal di sini, sebagai kenangan,”Sharifah bersuara sambil jari telunjuknya diletakkan di dahi.
“Aku akan cuba padamkan kenangan itu,”
Sharifah mengeluh panjang sambil menjungkit bahu.
“Kau ni, memang degil. Terlalu degil. Kau nekad membenci Abang Kamal dulu. Bertahun-tahun kau membenci dia. Sekarang kau nekad tinggalkan Encik Firdaus. Kasihan Encik Firdaus. Aku yakin, Encik Firdaus memang ikhlas cintakan kau. Apa yang kau perlukan cuma satu saja. Keberanian untuk kau rungkaikan tanda tanya siapa Mia di hati Encik Fridaus. Itu sahaja. After that, he’ll be yours. Trust me,”
Aku cuma tersenyum hambar. Keberanian itu yang aku tidak ada.
“Terima kasih sebab kau faham diri aku,”aku bersuara tanpa memberi sebarang reaksi pada kata-kata Sharifah.
“Tak. Sebenarnya aku langsung tak faham dengan diri kau. Aku rasa, kaulah satu-satunnya gadis dalam Malaysia ni, yang menolak lelaki sebaik Encik Firdaus. Jangan menyesal, dahlah,”
“Kita serahkanlah semuanya pada takdir,”aku cuba memujuk Sharifah.
“Berserah pada takdir, tanpa sebarang usaha, pun tak guna juga,”
“Berusaha sekuat mana pun, kalau ditakdirkan dia memang bukan untuk kita, pun tak guna juga. Dia tak akan jadi milik kita pun,”
Sharifah merengus marah.
“Lantak kaulah. Ada saja jawapannya. Baik aku pergi mandi,”
“Aku nak packing barang. Esok aku nak balik kampung,”
Sharifah menjeling sambil berlalu. Aku pula tersenyum kecil sambil melangkah malas ke bilikku. Serahkan pada takdir? Mungkin itu yang sebaiknya.

****

Sunday, September 28, 2008

Biar YM Yang Bicara 40

“Awak tahu tak?,”
Aku menoleh. Melihat senyum yang mekar di bibir Encik Firdaus. Perlahan Encik Firdaus mematikan enjin keretanya. Aku sabar menunggu patah bicara yang ingin lelaki itu suarakan.
“Kalau bukan disebabkan malam ni, birthday mummy, saya tak akan bawa awak ke sini,”
Kalau bukan disebabkan malam ini ada sambutan ulangtahun kelahiran Puan Junaidah, aku juga tidak akan berada di sebelah Encik Firdaus. Aku tidak mahu terus berada hampir dengan lelaki ini.
“Awak dengar tak?,”
Aku mengalihkan pandangan ke luar. Melihat halaman rumah Encik Firdaus yang terang benderang. Perlahan aku membuka membuka pintu kereta.
“Tiya…,”
Aku menoleh.
“Awak dengar tak?,”
“Dengar… Kalau tak nak bawa saya ke sini, Encik Firdaus nak bawa saya ke mana?,”soalku acuh tidak acuh.
“Jauh dari sini. Satu tempat yang ada, cuma kita berdua saja. Awak dan saya,”
Aku tersenyum kecil. Nampaknya Encik Firdaus sudah mula menggoda lagi.
“Jomlah,”aku bersuara. Encik Firdaus kelihatan sedikit terganggu. Namun, dengan lemah dia mengangguk. Perlahan juga dia membuka pintu kereta. Aku melangkah keluar. Melihat sekeliling. Nampaknya tidaklah begitu ramai jemputannya. Atau mungkin masih terlalu awal untuk majlis bermula? Aku pandang jam di tangan. Hampir pukul sembilan.
“Memang mummy tak jemput ramai sangat. Cuma teman-teman rapat saja,”Encik Firdaus bersuara di sebelahku. Aku sedikit tersentak.
“Jom.”ajaknya sambil menarik tanganku. Aku menurut. Melangkah tenang di celah-celah manusia yang tidak aku kenali. Berbalas senyum pada yang sudi melemparkan senyum padaku. Atau… sebenarnya senyum itu untuk Encik Firdaus? Entah. Aku pun tidak tahu.
“Puan Junaidah, mana?,”Soalku sambil memandang wajah Encik Firdaus. Ish! Lelaki ni. Masih belum puas lagi ke menelek wajahku? Aku menarik muka, membuat Encik Firdaus tersenyum lebar.
“Cantik sangat. Tak puas pandang,”Encik Firdaus bersuara, seolah-olah mendengar rungutanku di dalam hati. Aku buat-buat tidak dengar.
“Angah!,”
Aku mengangkat muka. Melihat Farid yang melambai sambil mengatur langkah ke arah kami.
“Mummy mana?,”
Farid tersengih sambil memandangku. Aku tersenyum. Mengangguk perlahan tanda menyapa.
“Angah!,”
“Angah!,” sekali lagi Encik Firdaus bersuara. Tetapi, kali ini bersama satu ketukan di dahi Farid.
“Aduh! Sakitlah Along,”
“Along tanya… mummy mana?,”
“Cantik Adiya malam ni,”
Aku tersenyum. Encik Firdaus sudah berkerut kening.
“Angah! Mummy mana?,”soalnya sekali lagi. Kali ini dengan nada geram.
“Kat dalam. Dengan adik kot,”
“Adik? Jadi ke adik balik? Kata tak boleh balik,”
“YMlah. Pergilah dalam. Adiya, mari sini. Duduk dengan saya,”Farid bersuara sambil tersenyum lebar. YM? Puan Junaidah pun berYM? Aku tersenyum kecil.
“Banyak cantik. Jangan harap. Come, Tiya,”selamba Encik Firdaus menarik tanganku. Meninggalkan Farid yang termangu-mangu. Melangkah masuk ke ruang tamu yang sudah dihias cantik.
“Wah! Cik Adiya. Cantiknya…,”suara memuji dari belakang, membuat aku berpaling. Tini tercegat sambil tersenyum lebar. Aku turut tersenyum.
“Tak adalah. Macam-macamlah awak ni,”aku menjawab dengan nada sedikit segan apabila dipuji begitu. Tini tersenyum lagi sambil berlalu. Encik Firdaus turut tersenyum. Menyambung semula tarikan tangannya yang terhenti. Perlahan dia menolak pintu bilik.
“Mummy..,”
Aku menjenguk. Melihat Puan Junaidah leka di hadapan laptop.
“Fir... Eh, Adiya? Dah sampai pun. Come here,”
Aku tersenyum sambil melangkah merapati Puan Junaidah.
“Selamat hari lahir, aunty,”aku bersuara sambil mengucup tangan Puan Junaidah. Puan Junaidah tersenyum senang.
“Terima kasih. Duduk sini,”
Aku melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Puan Junaidah. Puan Junaidah tersenyum panjang. Aku memandang hairan. Encik Firdaus pula, dengan cukup selamba bertenggek di lengan kerusi yang aku duduki, sambil tangannya memegang belakang kerusiku.
“Why, mummy? Senang hati nampak?,”
“Bacalah apa adik tulis tulis ni. Tengok muka dia tu,”Puan Junaidah bersuara sambil jarinya ditunjuk ke arah webcam pada desktop. Serentak aku dan Encik Firdaus pandang. Seorang gadis comel melambai-lambai.
“Mummy… sape kat sebelah Along tu? Cun giler,”Encik Firdaus membaca kuat apa yang tertulis pada window Yahoo! Mesenger. Membuat wajahku membahang. Sempat pula dia mengangkat ibu jari pada adik perempuannya. Puan Junaidah tergelak senang. Aku tersenyum segan. Tangan mula hendak menggaru kepala. Pantas jari Encik Firdaus menjentik tanganku. Aku mendongak sambil kerutkan kening. Encik Firdaus pula tunduk memandangku sambil tersenyum senang.
“Nanti rosak sanggul cantik awak ni,”
Aku menjeling. Kembali fokuskan pandangan pada window kecil milik adik Encik Firdaus.
Mummy: Mummy nak ke depan ni. Adik jaga diri tau.
Iecha_cun: Ok mummy. Happy besday. Kiss pipi kanan. Kiss pipi kiri. Love you very
much. Kim salam kat akak cun.
Aku tersenyum lagi. Puan Junaidah turut tersenyum sebelum menutup window Yahoo! Mesengernya. Perlahan dia menoleh ke arahku. Aku tersengih sambil mengangkat punggung bersama-sama dengan Encik Firdaus yang menyelit di sebelahku.
“Betul cakap adik. Adiya cantik betul malam ni,”Puan Junaidah bersuara sambil tersenyum mesra. Dan aku, memang aku cukup suka melihat senyumam Puan Junaidah. Nampak sungguh ikhlas dia lemparkan senyuman itu. Bukan berpura-pura.
“Tak adalah aunty. Cuma lain sikit daripada biasa kot,”aku bersuara sambil tersenyum malu. Kurang selesa sebenarnya menerima pujian demi pujian. Puan Junaidah cuma tersenyum sambil menarik tanganku. Aku pula, sekadar menurut. Layanan Puan Junaidah mesra seperti selalu. Membuat aku tidak terasa asing berada di dalam keluarga itu.

*****
Tepukan gembira mengiringi Puan Junaidah meniup lilin di atas pulut kuning yang dihias cantik. Tuan Rashid tersenyum lebar di sisi isterinya itu.
“Happy birthday, yang,”
Puan Junaidah tersenyum.
“Terima kasih, bang,”
Yang? Aku terkebil-kebil. Romantiknya pasangan suami isteri ini. Panggilan sayang masih melekat walaupun sudah di usia emas.
“Tiya…,”
Aku menoleh ke arah Encik Firdaus yang dari tadi tidak berenggang langsung denganku.
“Ada apa?,”
“Tak ada apa-apa. Saja suka panggil nama awak,”
Aku membuang pandang. Mata kembali teralih pada Puan Junaidah dan Tuan Rashid. Melihat Puan Junaidah menyuapkan pulut kuning ke mulut Tuan Rashid. Bahagianya. Memang keluarga Encik Firdaus kelihatan sungguh bahagia di mataku.
“Fir,”
Aku menoleh. Mia tersengih di sebelah Encik Firdaus. Cantiknya dia. Kebaya moden berwarna ungu gelap berjaya menyerlahkan kulitnya yang putih melepak. Cantiknya Mia. Encik Fridaus turut menoleh ke arah Mia.
“Yes. Apa dia?,”
Mia kerutkan kening sambil menarik muncung.
“Lupa ke?,”soalnya sedikit geram. Encik Firdaus tergelak. Dan, bencinya aku mendengar gelak itu.
“Mana ada lupa? Saja buat you suspen,”
Mia mencebik. Mukanya yang mencuka membuat dia bertambah jelita pula. Sakitnya hati aku. Kenapa ni? Kenapa aku terus berperasaan begini?
“Jomlah,”Mia bersuara sambil menarik tangan Encik Firdaus. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain. Melihat jemari mereka yang bertaut, tiba-tiba ada rasa ngilu yang mencucuk di hati.
“Ok. Tiya, duduk dulu ya. Saya ada hal sekejap,”
Aku mengangguk perlahan. Encik Firdaus dan Mia bergerak meninggalkan aku sendirian. Aku mengeluh perlahan. Melangkah menghampiri Puan Junaidah. Ingin sama-sama melihat dia membuka hadiah hari lahirnya.
“Tengoklah tu. Suka saya tengok mereka berdua tu,”
Langkahku terhenti di belakang Puan Junaidah. Kata-kata seorang wanita anggun bersama Puan Junaidah, membuat diam di situ. Puan Junaidah tersenyum.
“Harap-harap kali ni, jadilah ya?,”
“Entahlah Puan Sri. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih,”
“Saya nak tengok sangat anak dara saya tu bersanding dengan Firdaus,”
Lemah segala anggota badanku mendengar kata-kata itu. Jadi, wanita anggun ini, ibu Mia?
“Mereka kan dah berpisah, Puan Sri,”
“Itu saya tahu Jun. tapi, awak tak tengok ke? Sekarang ni, bukan main rapat lagi mereka berdua. Agaknya mereka dah berbaik kot,”
Puan Junaidah tergelak halus.
“Entahlah. Saya pun tak tahu, Puan Sri. Fir pun… tak ada cakap apa-apa dengan saya. Kita serahkan pada merekalah. Kalau ada jodoh, adalah. Nanti, kalau kita paksa-paksa, lain pula ceritanya,”
“Saya faham. Saya pun tak nak paksa. Tapi, pelik rasanya. Dulu bukan main mereka bercinta. Tup-tup, Mia cakap dah putus. Hampa betul hati saya masa tu Jun. Puas saya tanya Mia apa sebabnya. Mia tak nak cakap. Tapi, bila tengok mereka dah mesra macam dulu balik, lega sikit hati saya. Harap-harap tak adalah saya hampa sekali lagi,”
Aku kaku di situ. Pedihnya bicara yang aku dengar ini. Teramat pedih.
“Attention please…,”
Suara Encik Firdaus mengganggu mindaku yang sudah mula menyusun cerita-cerita sedih. Semua mata kini terarah pada Encik Firdaus yang berdiri di samping Mia. Hatiku tiba-tiba sayu melihat wajah ceria pasangan itu. Memang mereka pasangan yang amat sepadan. Saat ini, ingin rasanya aku melangkah pergi meninggalkan majlis ini.
“Hai Betty,”aku menoleh, memandang Farid yang tiba-tiba muncul di sebelahku bersama senyuman yang mekar di bibir.
“Jangan panggil saya macam tu. Saya tak suka,”cepat-cepat aku bersuara. Tidak suka mendengar panggilan itu. Juga tidak suka dengan senyum nakal Farid.
“Ok. Sorry. Saya gurau saja,”
Aku tersenyum nipis. Pandangan aku halakan pada Mia dan Encik Firdaus semula. Ingin tahu apa yang ingin Encik Firdaus sampaikan sehingga dia meminta semua orang tumpukan perhatian padanya. Janganlah dia umumkan pernikahan dia dengan Mia malam ini. Silap haribulan aku boleh pengsan di sini.
“Perhatian ya. Muumy… come here,”
Aku memandang Puan Junaidah mengatur langkah menyertai anak dan bakal menantunya itu.
“Ada surprise untuk mummy. Jom kita ke halaman,”
Dan, kami semua melangkah mengekori Mia, Encik Firdaus dan Puan Junaidah. Di halaman aku terpandang satu benda besar yang ditutup kain putih. Aku kerutkan kening. Apa tu?
“Apa ni, Fir?,”soal Puan Junaidah pelik melihat kain putih yang terentang di hadapannya menutupi sesuatu yang amat besar.
“Ini hadiah dari kami, untuk mummy,”
Dari kami? Mesranya! Tidak! Esok aku mesti hantar surat perletakan jawatan. Tidak sanggup aku terus menjadi penonton sandiwara ini.
“Untuk mummy? Apa ni? Besarnya,”
“Mummy bukalah,”Mia pula bersuara. Puan Junaidah tersenyum lebar, sambil tangannya menarik kain putih di hadapannya.
“Wah! Cantiknya,”
Aku cuma memandang sangkar besar yang menempatkan beberapa ekor burung eksotik pelbagai jenis, yang cantik di dalamnya. Memang cantik. Encik Firdaus dan Mia sama-sama tergelak senang.
“Terima kasih, Fir… Mia. Mummy suka sangat-sangat,”
“Fir cakap, mummy suka burung eksotik. Itu yang kami cuba dapatkan ni,”
“Memang mummy suka. Suka sangat,”
Aku tersenyum kecil. Berpaling sambil melangkah ke kerusi. Dengan lemah aku melabuhkan punggung di situ. Farid turut sama mengambil tempat di sebelahku.
“Are you okay?,”
Aku kerutkan kening.
“Okay. Kenapa awak tanya?,”
Farid tersengih sambil menggeleng.
“Nak makan? Minum ke? Saya boleh ambilkan,”
Giliran aku pula menggeleng. Selera makan sudah tertutup. Apa yang aku mahukan saat ini, cuma berada jauh dari sini. Aku tidak mahu lagi berada di antara Encik Firdaus dan Mia. Aku mahu pergi jauh dari kehidupan Encik Firdaus. Jauh. Aku memandang sekeliling. Melihat tamu yang sudah mula membuat hal masing-masing. Sebenarnya sengaja inign mengalihkan perasaan sebak yang tiba-tiba datang. Cuba untuk merasai keriuhan suasana agar hatiku yang merintih ini, berjaya aku abaikan buat seketika. Acara kemuncak sudah selesai, jadi, masing-masing mengambil kesempatan menjamu selera pula.
“Angah,”
Aku mendongak. Encik Firdaus muncul bersama dua gelas fresh orange. Melabuhkan punggung di sebelahku tanpa dipelawa. Aku memandang ke arah lain. Melihat wajah Encik Firdaus saat ini, boleh membuat air mata menitis ke pipi.
“Tuu..,”Encik Firdaus bersuara. Aku pandang ke arah tempat yang dimaksudkan. Seorang gadis manis dengan wajah kelat berdiri memandang ke arah kami.
“Alahai…,”Farid bersuara lemah. Encik Firdaus tergelak.
“Pergilah cepat. Kan ada pula yang merajuk,”
“Nampaknya yang ni pun kena reject jugalah ni. Cemburu tak bertempat,”Farid mengomel sambil mengangkat pungung. Encik Firdaus terus tersenyum sambil menggeleng kepala.
“Very choosy one. Tapi, pilih punya pilih dapat queen control. Padan muka,”sempat Encik Firdaus mengata adiknya. Aku cuma memandang.
“Minum? Nak makan apa-apa? Biar saya ambilkan,”
Aku menggeleng.
“Kenapa?,”
“Tak lapar,”
“Serius? Sikit pun tak nak?,”
Aku menggeleng lagi.
“Monyok aje. Kenapa dia? Tadi bukan main ceria,”
“Saya rasa macam nak baliklah,”
“Cepatnya. Tunggulah dulu. Saya pun, belum puas nak tengok awak,”
Aku membuang pandang. Geram mendengar kata-kata itu. Kenapalah Encik Firdaus perlakukan aku seperti ini? Seronok ke dia kerana berjaya mempermainkan perasaanku?
“Saya tunggu lagi setengah jam. Lepas tu, hantar saya pulang. Boleh kan?,”
Encik Firdaus merenung wajahku. Renungan yang sedikit kehairanan.
“There’s something bothering you. Isn’t?,”
Cepat-cepat aku menggeleng sambil mencapai gelas fresh orange di atas meja.
‘Tiya… that’s…,”
Dalam beberapa teguk sahaja, gelas itu kosong.
“…mine,”Encik Firdaus menyambung kata-katanya. Aku pandang gelas yang kosong di tanganku. Kemudian aku pandang wajah Encik Firdaus sambil tersengih malu.
“Sorry…,”
Encik Firdaus tergelak.
“It’s okay. Tapi, kalau tinggalkan sikit untuk saya habiskan, lagi ok,”
Aku menjeling. Encik Firdaus? Dia senang menyambung gelaknya. Mendengar gelaknya itu, aku buat muka bodoh.


****

Friday, September 26, 2008

Pergilah Air Mata 1

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah
kepadaNyaYang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...


Terkial-kial dia membimbit beg pakaiannya yang sederhana besar. Mengekori langkah Badrul yang cukup laju. Dalam rasa canggung yang amat sangat, dia terpaksa mengikut lelaki itu. Badrul berhenti seketika di hadapan pintu utama banglo yang tersergam indah itu. Tercegat di situ untuk beberapa ketika sebelum berpaling memandang wajah Sabrina. Menanggapi renungan Badrul yang dingin, membuat Sabrina kecut. Sudahnya, dia tunduk memandang kakinya sendiri. Tidak sanggup dia membalas renungan lelaki ini.
Badrul menolak perlahan daun pintu. Melangkah masuk dengan perasaan yang berbelah bagi. Segunung rasa malu mengganggunya. Malu untuk berdepan dengan ibu dan ayahnya. Sekali dia menoleh. Sabrina masih tercegat di luar, mematung di hujung tangga.
“Hey! Masuklah! Apa lagi tercegat di situ? Nak tunggu aku dukung ke?,”
Herdikan itu membuat Sabrina tersentak. Beg pakain terlepas di tangan.rasa sebak, menyerang jiwanya tiba-tiba. Dengan begitu mudah, air mata bertamu lagi di birai mata. Mengalir laju membasahi pipinya. Badrul membuang pandang. Itu sahajalah yang gadis ini tahu. Menangis…menangis…dan menangis. Naik muak dia melihat air mata itu.
“Oh… please. Aku benci tengok air mata tu. Please!,”bentak Badrul geram.
Segera Sabrina mengesat air mata yang membanjiri pipi. Menahan esakan yang mula menghimpit rasa. Tiba-tiba terasa dia keseorangan di dunia ini. Ya ALLAH! Kenapa sehebat ini dugaan yang kau berikan?
“Masuk!,”
Sekali lagi dia tersentak. Beginikah cara dia disambut di tumah besar ini? Bukanlah sambutan meriah yang dia harapkan. Tetapi, janganlah dia dilayan seburuk ini. Perlahan dia mencapai beg pakaian yang terlucut dari pegangan sebentar tadi. Perlahan juga dia emlangkah masuk ke dalam bangle mewah milik Datuk Hamidi. Badrul melangkah laju meninggalkannya sendirian tercegat di tengah-tengah ruang tamu yang luas. Tiada sesiapa di situ. Apa yang patut dia lakukan di sini? Ke manakah harus dia mengatur langkah di dalam rumah yang amat asing padanya ini? Di mana semua orang? Benci benar penghuni rumah ini, padaku. Hati Sabrina berdetik sendu. Padahal apa yang berlaku bukan salahnya. Bibir matanya kembali terasa panas. Hiba dengan layanan keluarga kaya itu. Kehadirannya di situ, seolah-olah tidak dialu-alukan langsung. Ingin sahaja dia pergi dari situ. Tetapi, kakinya sudah terikat. Akad yang baru Badrul lafazkan tadi, telah merantai langkahnya. Dia sudah terikat dengan ikatan perkahwinan. Sama ada dia suka atau tidak, dia kini isteri Badrul. Seorang lelaki yang langsung dia tidak kenal. Air mata yang menitis, disapu perlahan. Cuma itulah yang mampu dia lakukan sejak seminggu lalu. Menangis. Menangis. Dan menangis.
“Sabrina. Kenapa tercegat di situ?,”
Suara itu membuat Sabrina terkejut. Ada orang rupanya. Pipinya yang basah, disapu segera. Datuk Hamidi tercegat di hadapannya. Dia cuba mengukir senyum. Namun, gagal. Wajah serius Datuk Hamidi cukup menakutkan. Segarit senyum pun tiada di wajah itu.
“Datuk…,”Sabrina bersuara gugup. Serba salah. Dalam enggan, dia menghulurkan tangan. Tidak pula dia sangka, Datuk Hamidi sudi menyambut jemarinya. Tangan Datuk Hamidi dikucup perlahan. Walau lelaki itu suka atau tidak, dia kini sudah menjadi menantunya. Dan, dia pula, sama ada dia suka atau tidak , dia perlu menghormati Datuk Hamidi sebagai mertuanya.
“Duduklah,”
Sabrina mematung. Cuma matanya menatap wajah Datuk Hamidi. Tidak menjangka Datuk Hamidi akan melayannya sebaik ini. Melihat wajah Sabrina yang jelas kelihatan serba salah, Datuk Hamidi mengukir senyum. Sabrina turut tersenyum. Membalas senyuman bapa mertuanya denagn sekuntum senyuman yang cukup hambar. Hatinya sedikit lega melihat senyuman Datuk Hamidi. Perlahan lelaki itu melabuhkan punggung ke sofa.
“Duduk, Sabrina,” bicara Datuk Hamidi kedengaran seperti arahan di telinganya. Sabrina mengangguk perlahan. Dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki separuh abad itu, setelah lelaki itu tersandar selesa di sofa.
“Terima kasih, Datuk,”
Datuk Hamidi tersenyum nipis. Wajah Sabrina ditatap agak lama. Jelas kelihatan mata Sabrina yang bengkak. Pasti terlalu banyak menangis. Wajah itu Nampak cukup sugul. Langsung tiada seri pengantin. Mana datang serinya, kalau semuanya berlaku Cuma di dalam sekelip mata. Dia mengeluh perlahan. Arang yang terconteng di muka, rasanya masih berbekas. Malu dengan tingkah anak sendiri.
“Awak sudah menikah dengan Badrul. Bermakna, sekarang ni, Sabrina sudah menjadi menantu saya. Panggil saya abah,”walau payah untuk dia akui semua itu, kenyataan yang ada di hadapan mata, tidak boleh dia pertikaikan. Gadis ini sudah menjadi menantunya. Dan, orang yang bertanggungjawab memberi arahan itu, adalah dirinya sendiri.
Sabrina mendongak. Bagai tidak percaya mendengar kata-kata yang baru keluar dari bibir Datuk Hamidi. Bermimpikah dia? Ternyata masih ada insane yang sudi menerimanya di sini.
“Datuk tak marahkan saya?,”
“Marah abah tak akan dapat mengubah apa yang dah berlaku. Kan?,”Datuk Hamidi member jawapan yang cukup tegas. Sabrina tunduk lagi. Dalam sekali maksud kata-kata uang meniti di bibir Datuk Hamidi.
“Badrul mana?,”
Sabrina menggeleng. Manalah dia tahu. Masuk sahaja ke rumah ini, Badrul terus menghilang. Meninggalkannnya terpacak sendirian di tengah-tengah ruang tamu. Perlahan-lahan mindanya kembali berfungsi. Baru dia sedar, tindakannya yang tidak membantah saat Datuk Hamidi mengarahkan agar dia dan Badruldikahwinkan, adalah satu kesilapan. Tetapi, dia memang tidak mampu berbuat apa-apa saat itu. Dia benar-benar keseorangan. Dia benar-benar takut. Dan, dia benar-benar binggung dengan apa yang berlaku. Ditambah pula dengan rasa terkejut yang amat sangat serta rasa malu yang tidak bertepi, dia benar-benar menjadi manusia bisu. Dia tidak mampu bersuara walaupun untuk membela dirinya sendiri. Dia betul-betul menjadi manusia yang amat lemah. Saat itu dia Cuma terbayangkan wajah Ikmal dan Maria. Namun, sampai ke akhirnya Maria dan Ikmal tidak muncul.
“Abah minta maaf. Abang tak dapat hadir majlis akad nikah tadi. Ada hal emergency. Tapi, Pakcik Syuib ada, kan?,”kata-kata yang terlafaz dari bibir Datuk Hamidi, sekali lagi membuat Sabrina terkejut. Begitu baik layanan Datuk Hamidi. Ikhlaskah lelaki ini menerimanya sebagai menantu? Lama dia menatap wajah tenang itu itu. Tenang, namun penuh dengan ketegasan. Datuk Hamidi turut memandangnya. Sabrina mengukir senyum sambil mengangguk perlahan. Menjawab pertanyaan Datuk Hamidi. Padahal dia sendiri tidak pasti yang mana satu Pakcik Syuib yang Datuk Hamidi maksudkan. Majlis akad nikahnya di masjid sebentar tadi, Cuma dihadiri oleh beberapa orang yang langsung tidak dia kenali. Barangkali teman rapat keluarga Badrul. Barangkali saudara mara Badrul. Sungguh. Dia tidak tahu.
“Jamilah,”tiba-tiba Datuk Hamidi memanggil seseorang.
“Ya, Datuk. Ada apa?,”muncul seorang wanita pertengahan tiga puluhan. Barangkali pembantu rumah besar itu. Dia cuba mengukir senyum untuk wanita itu. Namun, wanita yang dipanggil Jamilah itu, Cuma membuang pandang. Senyumnya dibiarkan sepi. Langsung tidak berbalas. Datuk Hamidi menoleh.
“Tolong panggilkan Badrul. Cakap dengan dia, saya ada hal nak bincang dengan dia,”
“Baik, Datuk. Err… itupun Encik Badrul, Datuk,”
Badrul yang sedang melangkah longlai, berhenti tatkala mendengar namanya disebut. Sabrina turut memandang kea rah lelaki itu. Badrul sudah berganti pakaian. Baju melayu yang melekat di badan sebentar tadi, sudah berganti T-shirt dan jeans.
“Bad, ke mari. Abah nak cakap sikit,”
Dengan wajah mencuka, Badrul melangkah mendekati Datuk Hamidi dan Sabrina.
“Duduk,”
Badrul melabuhkan pungung ke sofa. Sempat berlaga pandangan dengan Sabrina. Jelingannya yang tajam membuat Sabrina tertunduk.
“Saya pergi dulu, Datuk,”Jamilah bersuara sambil melangkah mahu meninggalkan kumpulan manusia yang kelihatan serba canggung itu.
“Tunggu. Tolong simpan beg pakaian Sabrina, ni,”
“Tak apa, Datuk. Tak payah susah-susah, kak. Nanti saya bawa sendiri,”Sabrina bersuara. Menolak arahan Datuk Hamidi. Jamilah kelihatan serba salah.
“Bawa beg pakaian dia,”tegas suara Datuk Hamidi, terus mengunci mulut Sabrina. Jamilah menggaru-garu kepala.
“Ke mana, Datuk?,”soal Jamilah lambat-lambat. Tidak tahu ke mana harus di bawa beg pakaian itu. Datuk Hamidi merenung tajam wajah pembantu rumahnya itu.
“Kemana lagi? Bilik suami dialah,”
“No way! Dah kurang bilik ke kat rumah ni, abah? I’m not going to share my room with this woman. No! Never!,”bantah Badrul dengan suara sedikit tinngi. Tidak berpuas hati dengan keputusan bapanya. Sabrina semakin menunduk. Pedih! Hatinya cukup terhiris mendengar kata-kata Badrul. Sedaya upaya dia menahan air mata supaya jangan menitis lagi. Jamilah pula terkedu bersama beg pakaian Sabrina di tangannya. Sekarang, arahan siapa yang perlu dia ikut?
“Bawa beg tu, ke bilik Badrul,” Daruk Hamidi bersuara tanpa mempedulikan kata-kata Badrul. Jamilah akur. Terus melangkah laju meninggalkan ruang tamu.
“Abah…,”
“Diam,”Datuk Hamidi bersuara sebelum sempat Badrul menghabiskan bicaranya. Badrul terdiam. Tidak berani melawan walaupun ada rasa tidak puas hati yang bersarang di jiwa. Dan, semua rasa tidak puas hati itu berpunca daripada Sabrina.
“Sabrina,”
Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah bapa mertuanya. Menati kata-kata yang bakal meniti di bit lelaki itu.
“Sabrina sudah menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Kamu akan tinggal di sini. Buatlah seperti rumah kamu sendiri. Cuma satu yang abah minta. Jaga maruah sebagai isteri Badrul,”
Sabrina diam. Apa maksud kata-kata Datuk Hamidi?
“Well… Sabrina…Badrul.. Abah tak tahu apa yang berlaku antara kamu sebelum ini. Tapi, bila perkara amcam ni dah berlaku, kita dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Nasi dah jadi bubur. Kamu berdua pun dah menikah. Cuma satu yang abah minta, Sabrina. Sekarang, segalanya terletak di bahu kamu. Sebagai menantu, kamu bertanggungjawab menjaga maruah keluarga ini. Jangan sampai terconteng arang sekali lagi di wajah abah dan mama. Abah harap kamu faham. Dan, kamu juga Badrul,”
Sabrina bungkam. Bicara Datuk Hamidi seakan meletakkan segala kesalahan di bahunya seorang. Ini tidak adil.
“Saya tak bersalah dalam hal ni, Datuk,”akhirnya Sabrina besuara membela diri. Akhirnya keberanian itu muncul juga.
“Kau tak salah? Kalau kau tak salah, siapa yang salah? Aku? Kau nak cakap aku yang salah? Siapa yang masuk bilik siapa? Kau yang masuk bilik aku,tapi, aku yang salah? Macam tu?,”cepat Badrul membalas kata-kata Sabrina dengan nada marah. Memang marahnya pada Sabrina masih belum hilang. Rasanya memang tidak akan hilang. Kerana gadis itu, hidupnya berubah di dalam sekelip mata. Statusnya turut berubah tiba-tiba. Tiba-tiba dia terpaksa menjadi suami kepada gadis yang langsung dia tidak knal.
“Saya tak cakap awak salah. Tapi, betul. Ini bukan salah saya. Ini satu salah faham,”
Badrul tergelak sinis.
“Salah faham? Sekarang baru kau nak cakap semua ni satu salah faham? Kenapa tak cakap sebelum kita dinikahkan? Hah?,”
Herdikan Badrul membuat Sabrina tersentak. Serta merta membuat gadis itu terdiam. Walau cuba ditahan, kali ini, air mata tetap mengalir lagi. Melihat air mata itu, Badrul membuang pandang. Menyampah.
“Sudah! Cukup! Jangan nak salahkan satu sama lain. Siapa yang salah, siapa yang tidak, sudah tidak menjadi persoalannya sekarang. Benda dah jadi. Cuma satu yang abah harapkan. Apa yang berlaku, jadikan pengajaran. Kita hidup sebagai orang Islam, ada batasan dalam perlakuan kita. Bila sudah melampaui batasan yang ditetapkan, inilah akibatnya. Sekarang ni, apa yang lebih penting… Badrul, cuba jadi seorang suami yang baik. Sabrina, cuba jadi seorang isteri dan menantu yang baik. Itu saja yang abah harapkan,”
Sabrina menahan nafas. Ternyata Datuk Hamidi pun sama dengan yang lain. Menganggap dia yang bersalah di dalam hal ini. Rasanya dalah satu perbuatan yang sia-sia untuk dia ceritakan tentang kebenaran kepada insane yang tidak mahu mempercayainya. Nampaknya dia terpaksa menanggung rasa malu ini buat selama-lamanya. Sekelip mata dia berubah menjadi wanita yang tidak bermaruah di mata semua orang. Bagaimana cara untuk dia bersihkan kembali namanya yang sudah tercemar itu? Sedihnya.
“Bad, bawa Sabrina masuk. Barangkali dia nak berehat. And, please, jangan bergaduh. Kamu berdua kena bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing,”
“It’s wasn’t me, abah. Saya tak tahu menahu semua ini. Saya tak tahu macam mana perempuan ni boleh berada dalam bilik saya,”
“Dia isteri kamu sekarang. Ingat tu. Sudah. Abah tak mahu dengar apa-apa lagi. Bawa dia amsuk,”
Badrul mengeluh keras. Datuk Hamidi mengangkat punggung. Bergerak meninggalkan Badrul dan Sabrina. Sekali lagi Badrul menghadiahkan satu jelingan benci buat Sabrina. Dan, sekali lagi juga, Sabrina tunduk merenung lantai.
“Kak Milah!,”
“Kak Milah! Ke sini kejap,”sekali lagi Badrul bersuara. Agak keras suaranya. Sengaja ingin dia lampiaskan rasa geram yang terbuku di hati. Terkocoh-kocoh Jamilah datang setelah namanya dipanggil bertalu.
“Ada apa, Encik Badrul?,”
“Bawa perempuan ni, ke bilik saya,”Badrul member arahan dengan suara yang cukup dingin. Sabrina mengangkat muka. Hatinya terguris dengan bahasa Badrul. Tidak pernah dia menerima layanan sekasar ini. Tidak pernah dia dilayan serendah ini. Air mata yang laju mengalir, dibiarkan sahaja.
“Baik Encik,”Jamilah menjawab sambil menganggukkan kepala. Badrul berlalu tanpa banyak bicara.
“Jomlah. Sebab awak, tak pasal-pasal saya kena tengking. Tak pernah orang dalam rumah ni, cakap kasar macam tu pada saya tau,”Jamilah mula membebel dengan wajah yang kelat. Sabrina mengangkat punggung. Malas untuk bersuara. Nampaknya semua orang di dalam rumah ini memang tidak senang dengan kehadirannnya di situ.
****

Biar YM Yang Bicara 39

[Lupa nak cakap. Tema pakaian, tradisional. Ok? Nanti saya jemput]
Aku mengeluh panjang sambil berbaring ke katil. Telefon aku letakkan di sebelahku.
“Kenapa pula ni?,”Sharifah bertanya dengan muka hairan.
“Kau bacalah sendiri message tu,”aku bersuara lemah. Baju tradisional? Mana aku ada baju tradisional. Yang ada pun, baju kurung. Seperti tidak sesuai pula untuk di pakai ke majlis sebegini. Sharifah mencapai telefon bimbitku.
“Lupa nak cakap. Tema pakaian, tradisional. Tradisional?,”
“Ha ah. Dah tu macam mana? Aku pakai baju kurung ke?,”
Sharifah mengerutkan muka. Buat –buat berfikir.
“Baju kurung banyaklah aku ada. Tapi, sesuai ke kalau nak pakai baju kurung?,”soalku lagi, apabila melihat Sharifah terus membisu.
“Eh, tak berapa sesuailah. Simple sangat,”cepat-cepat Sharifah menjawab. Aku mengerling.
“Dah tu?,”
Sekuntum senyum yang cukup lebar, terukir di bibir Sharifah. Aku pandang dengan pandangan yang penuh curiga. Melihat senyuman itu, membuat aku gerun. Sungguh menakutkan.
“Apa? Apa yang ada kat dalam kepala kau tu?,”
“Adalah. Cepat ke sini. Aku make up kau dulu. Lepas tu, baru aku cakap,”
Aku bangkit. Menghadap muka Sharifah. Sharifah mula membuka kotak harta karunnya. Aku pula, terus sabar, menunggu wajahku siap diconteng dek Sharifah.
“Cakaplah. Apa idea kau tu? Bukan main jahat lagi aku tengok senyuman kau,”
“Diamlah. Nanti aku cakap. Sekarang ni, diam. Aku tak boleh concentrate kalau kau terus pot pet pot pet,”
“Oklah,”jawabku lemah.
“Aku nak buat muka kau nampak klasik sikit. Biar padan dengan apa kau nak pakai nanti,”
“Lantak kaulah, Sherry. Kau cakap pun, bukannya aku tahu. Bab ni, kau yang pakar. Jadi aku diam saja,”
Sharifah tersengih sambil menyapu blusher ke pipiku. Nasib baik aku ada Sharifah. Kalau tidak, tidak merasa aku solekan yang cantik-cantik sebegini.
“Dah siap belum? Aku tengok cermin jap ya,”
“Belum. Jangan nak mengada. Jangan mengada nak tengok cermin. Dah siap semuanya baru kau tengok cermin,”
Aku mengeluh sambil meriba tangan.
“Yes, Mem,”
Sahrifah tersengih sambil terus leka menyambung kerjanya.
“Cepatlah. Dah sakit leher aku ni. Asyik mendongak dari tadi,”aku mula merungut. Terasa sudah lama aku menadah muka pada Sharifah.
“Sikit je lagi,”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Bosan sebenarnya.
“Ok. Dah siap. Tapi, kau jangan mengada nak tengok cermin ya. Aku keluar kejap. Kau duduk sini. Jangan bergerak ke mana-mana,”
Aku mengangguk. Sharifah berlari keluar. Sempat berhenti di pintu bilikku.
“Jangan bergerak,”ujarnya sekali lagi.
“Yalah. Aku tak bergerak. Aku duduk je kat sini,”
Sharifah tersenyum sambil menyambung lariannya. Aku menggeleng perlahan. Lucu dengan tingkah Sharifah. Belum sempat aku membetulkan pinggang yang terasa lenguh, Sharifah sudah muncul semula di muka pintu. Sedikit termengah-mengah.
“Cepatnya,”
Sharifah melangkah ke arahku sambil menghulurkan kotak yang sederhana besar padaku.
“Apa ni?,”
“Kau pakai sajalah,”
Aku kerutkan kening. Perlahan aku membuka kotak ditangannku. Baju kebaya nyonya berwarna hitam bersama sulaman bunga berwarna merah.
“Kebaya?,”soalku terkejut. Betul tekaan aku. Senyuman Sharifah memang menakutkan. Dan apa yang dia beri, juga menakutkan. Aku kena pakai kebaya? Tak mahu!
“Ya. Pakailah,”
“Tak naklah aku. Aku tak suka pakai kebayalah,”
“Dah tu, kau nak pakai apa?,”
“Baju kurung pun, kira oklah,”jawabku perlahan.
“Jangan nak mengada. Pakai baju ni. Aku arahkan kau pakai baju ni. Kalau kau kawan aku, kau mesti pakai baju ni,”
Amboi! Siap bagi arahan. Aku tersenyum lucu. Lebih lucu melihat wajah Sharifah yang cukup serius.
“Cantik sangatlah. Sayang aku nak pakai,”
“Sebab cantiklah aku suruh kau pakai,”
Aku mengeluh perlahan.
“Yalah. Aku pakai,”
“Bagus. Cepat cuba,”Sharifah bersuara sambil menarik aku dari katil. Menolak aku ke bili air. Aku bergerak malas. Pintu bilik air, aku tutup perlahan. Membelek seketika kebaya nyonya milik Sharifah. Seperti biasa, bab melaram, serahkanlah pada Sharifah.
“Cepatlah,”
“Yalah,”balasku sambil menukar pakaian dengan agak tergesa-gesa. Terasa sedikit kekok apabila kebaya itu melekat di tubuhku. Pertama kali seumur hidupku, aku kenakan kebaya ke tubuhku.
“Dah ke belum?,”
“Dah,”perlahan aku membuka pintu bilik air sambil menelek kebaya di tubuhku. Sedikit longgar di pinggang.
“Macam longgar sikit ya?,”soalku sambil memandang wajah Sharifah yang sedang menggosok-gosok dagu sambil meneliti aku dari atas ke bawah.
“Hmm… sebab pinggang kau kecil. Tak apa, biar aku jahit sikit kat pinggang tu. Kau buka semula,”
“La… tak payahlah. Oklah macam ni pun. Buat susah kau saja,”
“No…No…No…, take off. Aku nak jahit kejap,”
Aku cuma menurut. Masuk semula ke bilik air untuk menukar baju. Selasai memakai semula T-shirt hitamku, aku keluar dari bilik air. Kebaya aku hulurkan pada Sharifah.
“Aku jahit sekejap. Tak lama pun,”
Aku diam sambil melangkah perlahan-lahan ke arah katil. Memerhati Sharifah menyelongkar laciku. Mencari jarum dan benang.
“Terima kasih, Sherry. Nasib baik kawan aku sorang ni, suka melaram, boleh juga bagi aku pinjam baju,”aku bersuara sambil memandang Sharifah yang tekun menjahit bahagian pinggang kebayanya.
“Tak rosak ke kebaya kau nanti?,”soalku lagi.
“Tak adalah. Aku cuma jahit jelujur. Nanti senang nak buka semula jahitannya,”
Aku tersenyum. Terselit rasa kagum pada Sharifah.
“Bagus betullah kau ni. Masak pandai. Rajin. Menjahit pun pandai,”
Sharifah menjeling.
“And, one more thing. Kenapa ya, beria-ia sungguh kau tolong aku ni?,”soalku sambil membelek kain batik yang aku pakai. Ketat. Menyukarkan langkahku.
“Kau nak tahu?,”soal Sharifah tanpa memandangku.
“Naklah,”
“Sebab, bukan senang nak tengok kau melaram macam ni. Susah sangat. Jadi, sesekali kali, kau terpaksa pakai cantik-cantik macam ni, memang aku suka nak cantikkan kau lagi. Lagipun, kau kan nak pergi jumpa bakal mak mertua,”
Aku mencebik.
“Ok. Dah siap. Cuba pakai balik,”
“Sekejapnya…,”
“Cepatlah pergi tukar,”gesa Sharifah.
“Yalah,”
Dan, dengan susah payah aku kembali melangkah ke bilik air. Sekali lagi berganti pakaian. Selesai kancing semua butang, aku pandang tubuhku seketika. Sedang-sedang elok.
“Ok?,”soalku sebaik melangkah keluar dari bilik air.
Sharifah tersenyum lebar.
“Perfect,”
“Boleh tengok cermin sekarang?,”
“Tak boleh. Aku nak sanggul rambut kau dulu,”
Aku mengeluh lemah. Mata aku kerling pada jam loceng di atas meja kecil bersebelahan katilku. Hampir pukul lapan.
“Sempat ke? Dah dekat pukul lapan ni,”
“Sempat. Kau duduk diam. Biar aku yang uruskan semuanya,”
Aku menurut tanpa banyak bicara. Tekun menunggu kerja Sharifah siap. Sharifah bergerak ke hadapanku. Melihat wajahku sambil membetulkan rambutku dengan sikat. Kemudian bergerak ke kotaknya tadi. Selendang berwarna merah, dikeluarkan.
“Laa… Nak kena pakai dengan selendang ke?,”soalku dungu.
“Yalah. Barulah perfect,”Sharifah menjawab sambil meletakkan selendang itu di bahuku.
“Done. Sekarang kau boleh tengok cermin,”
Aku tersenyum. Inilah saat yang aku nantikan. Cepat-cepat aku bangun. Hampir-hampir tersungkur apabila langkahku terhalang dek kain yang ketat. Sharifah tergelak.
“Hati-hatilah,”
Aku diam sambil terus bergerak ke cermin. Melihat pantulan diriku sendiri. Sharifah tersenyum puas di sebelahku.
“Cantik! Cantik kau pakai kebaya. Kalau masuk pertandingan ratu kebaya, memang tempat pertama,”gurau Sharifah sambil tersengih. Aku jelirkan lidah. Ada pula ratu kebaya? Sekali lagi aku pandang cermin sambil betulkan selendang yang asyik terlondeh ke lengan. Sharifah mencapai jarum peniti lali sematkan selendang ke bahuku. Aku tersenyum. Sekali lagi memadang cermin sambil membelek-belek kebaya yang dipakai.
“Ha ahlah, Sherry. Cantik pula aku tengok aku malam ni,”aku berseloroh sambil terus memandang cermin.
“Lepas ni, aku nak beli kebaya banyak-banyak,”
“Uwek! Perasan pula dia,”
Aku tergelak kecil. Sharifah bergerak ke katilku. Melabuhkan punggung di situ. Tangannya mencapai satu kotak kecil yang berbalut cantik.
“Apa ni? Apa kau bagi kat mak Encik Firdaus?,”
Aku menggeleng kepala sambil meneliti solekanku di cermin.
“Tak tebal sangat ke make up aku ni, Sherry? Lipstick ni, pula… kenapa merah sangat?,”
“Kenalah dengan baju dan gaya kau malam ni. Kan cantik tu. Macam heroin Hindustan pakai kebaya,”Sharifah menjawab sambil tergelak kecil. Aku mencebik, kemudian berpaling menghadap gadis itu.
“Cepatlah cakap, apa kat dalam ni?,”sekali lagi Sharifah bertanya sambil membelek kotak di tangannya.
“Aku tak tahu..,”jawabku sekali lagi. Kening Sharifah sudah mula berkerut.
“Kedekut. Dengan aku pun nak berahsia,”
“Laa.. Tak percaya pula. Bukan aku yang beli. Petang tadi, Encik Firdaus yang bagi kat aku. Aku tak nak ambil, dia paksa pula,”
“Wah! Baiknya dia. Beruntung kau Diya,”
Aku diam. Cuma mataku sesekali melekat pada jam loceng di atas meja. Tiba-tiba pula terasa berdebar.
“Kenapa? Nervous ke?,”
Aku tersenyum kecut.
“Rileks lah,”
“Aku seganlah. Mesti ramai orang kat sana nanti,”
Sharifah tersenyum.
“Kau rileks aje. Kejap aku pergi ambil air suam. Kau minum, biar tenang sikit,”Sharifah bersuara sambil melangkah keluar. Aku mengeluh panjang. Dalam aku sedang marah pun, Encik Firdaus masih berjaya membuat aku akur pada permintaannya. Sekuntum senyum hambar terukir di bibir. Perlahan-lahan aku melangkah ke katil, lalu mencapai hadiah yang Encik Firdaus beri padaku petang tadi.
“Awak dah ada hadiah ke?,”
Aku menggeleng.
“Balik nanti, saya singgah beli kat mana-mana kot,”aku bersuara
“Nah,”
“Apa ni?,”
“Ambil sajalah. Bagi kat mummy nanti,”
“Tak naklah. Apa benda ni?,”
Encik Firdaus menarik tanganku sambil meletakkan kotak berbalut indah di telapak tanganku.
“Berapa ni?,”
“Satu,”
“Maksud saya, berapa harganya ni?,”
“Tak ternilai..,”jawab Encik Firdaus sambil tersenyum panjang.
“Tak naklah. Kalau mahal sangat, macam mana saya nak bayar?,”
“Ada saya suruh awak bayar?,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus.
“Tak naklah,”
“Ambil. Pukul lapan saya jemput kat rumah. Oklah. Saya nak keluar sekejap. Anything, call me,”
“Aik. Sejak bila, Encik Firdaus nak saya call ni? Selalunya tak bagi call. Semuanya main SMS saja,”
“Sejak rahsia saya dah pecah,”selamba Encik Firdaus menjawab. Aku cuma menjeling. Encik Firdaus terus berlalu sambil tersengih panjang.
“Jangan lupa. Pukul lapan,”sempat dia berpesan sebelum sempat aku menolak.
Pukul lapan? Cepat-cepat aku memandang jam sekali lagi. Hampir lapan suku. Dan, Sharifah, terus hilang. Kata sekejap. Aku mencapai tas tangan hitam. Ingin keluar ke ruang tamu. Aku perlukan ruang yang lebih luas untuk tenangkan perasaan gemuruh ini. Dan, sekali lagi aku hampir tersungkur.
“Sherry! Ini yang aku malas ni. Asyik nak tersungkur saja,”aku menjerit geram.
“Kau ni. Jalanlah pelan-pelan. Langkah macam nak panjat pokok, mahu tak tersungkur,”Sharifah menjawab dari luar. Dengar rupanya.
“Kalau macam ni, baik aku tukar baju lain jelah. Kain ni, sempit sangatlah,”
“Kain pula disalahkan. Tak ada cacatnya kat kain tu. Cuba jalan ayu sikit, selesailah masalahnya,”
“Kalau macam nilah, aku rasa malam ni, mesti ada orang tersungkur atas birthday cake ni,”aku bersuara sambil membuka pintu bilik. Tergamam seketika apabila kata-kataku disambut dek gelak lelaki. Cepat aku mengangkat muka. Encik Firdaus tercegat di sebelah Sharifah. Sharifah tersengih. Aku pula, saat itu, kulihat Sharifah cuma sebesar semut. Ikutkan hati, mahu saja aku tenyeh sampai hancur. Pasti Encik Firdaus mendengar setiap percakapanku tadi.
“Awak pegang saya kuat-kuat, tak adalah sampai tersungkur atas cake,”Encik Firdaus bersenda. Aku membuang pandang. Mengatur langkah demi langkah ke arah Encik Firdaus dan Sharifah.
“Ha… Macam tulah. Mana ada tersungkur?,”puji Sharifah sambil tersenyum. Aku mencemik.
“Nak pergi sekarang ke, Encik Firdaus?,”soalku sambil memandang wajah Encik Firdaus. Diam. Cuma matanya tidak berkelip memandangku. Aku pandang Sharifah. Sharifah tersenyum panjang sambil mengangkat kening. Sekali lagi aku pandang Encik Firdaus.
“Encik Firdaus...,”
Aku melambai tangan di hadapannya. Tiada reaksi. Kena sampuk ke majikan aku ni? Melihat renungannya yang bagai tidak bertepi, wajahku pula terasa kebas semacam. Malu!
“Encik…,”sekali lagi aku bersuara. Masih juga membisu seribu bahasa. Sudahnya aku mencapai gelas di tangan Sharifah. Sharifah sedikit terkejut dan terpinga-pinga. Sebelum sempat dia bertanya, aku celupkan jariku ke dalam gelas. Jari yang basah, aku renjis ke wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus tersentak. Aku tersengih.
“Tidur ke?,”soalku bersahaja. Encik Firdaus memandang wajahku dengan riak yang sedikit geram.
“Nasib baik awak dah siap. Kalau tak, memang saya campak awak dalam tub mandi,”ujarnya sambil menyapu titis air yang melekat pada wajahnya. Aku tersenyum sambil Sharifah menggeleng perlahan.
“Boleh pergi sekarang?,”soalku untuk kesekian kalinya. Encik Firdaus tersenyum manis.
“Ok,”
“Eh. Kejap,”Sharifah bersuara tiba-tiba, sambil berlari ke biliknya. Aku kerutkan kening. Perlahan aku melangkah ke arah rak kasut. Sepasang kasut tumit tinggi aku keluarkan.
“Awak cantik sangat malam ni,”perlahan suara Encik Firdaus menikam telingaku. Aku mengangkat muka. Bertentang mata dengan Encik Firdaus yang tersandar di pintu sambil merenungku. Aku kehilangan kata-kata. Cuma tersenyum. Itupun antara nampak tidak nampak. Tidak tahu bagaimana ekspresi yang harus aku pamerkan, bagi menanggapi pujian itu.
“Cantik sangat,”sambung Encik Firdaus bersama renungannya yang redup.
“Ok. Pandang sini,”
Serentak aku dan Encik Firdaus memandang ke arah Sharifah. Serentak itu juga cahaya yang silau menikam wajah kami. Sharifah tersengih bersama kamera digitalnya.
“One more snap. Duduk dekat-dekat sikit,”
Aku termangu-mangu mahu menolak, tetapi, Encik Firdaus dengan cukup santai bergerak ke sebelahku. Aku jelirkan lidah tanda protes.
“Alaa… kau ni, Diya. Serius sikit. Satu lagi. Romantik punya,”
“Ok,”Encik Fridaus menjawab bersama senyuman yang cukup lebar. Aku diam di sebelahnya. Sharifah tersenyum sambil mengangkat ibu jari tangannya. Tiba-tiba terasa tangan Encik Firdaus melingkari pinggangku. Membuat aku terkejut. Pantas mataku memandang ke arahnya. Dia tersenyum. Kacaknya!
“Pandang kamera,”
Bagai dipukau, aku mengikut.
“Ok, bagus,”Sharifah bersuara girang. Aku pula, sudah berpeluh di dalam rangkulan Encik Firdaus. Bagai memahami perasaanku yang tidak menetu saat itu, Encik Firdaus meleraikan pelukannya di pinggangku. Aku menarik nafas lega.
““Kami pergi dulu, Sherry,”
Sharifah tersenyum di pintu. Sebaik kami melangkah keluar, perlahan dia menutup pintu.
“Shall we?,”soal Encik Firdaus lembut. Aku cuma mengangguk. Sudah tidak mampu bersuara lagi.
“Good. Mungkin mummy tengah tunggu kita sekarang,”
Aku mengangguk lagi
“Hadiah? Ada bawa?,”
Angguk lagi.
Encik Firdaus mengerutkan kening.
“Jadi burung belatuk pula?,”
Aku mengangguk. Encik Firdaus tersenyum.
“Kahwin dengan saya?,”
Juga aku mengangguk. Eh?! Kahwin? Encik Firdaus tergelak. Mukaku sudah merah menyala. Aku menjeling marah sambil menarik muncung. Encik Firdaus tergelak lagi sambil terus mengamati wajahku.
“Saya tak nak kehilangan awak Tiya,”suara Encuk Firdaus tiba-tiba berubah serius.
“Kalau macam tu, baik Encik Firdaus diam. Kalau tak…,”
“Yalah. Saya tak cakap apa-apa lagi. Kan, tak pasal-pasal ada surat resign atas meja saya, esok,”
Aku senyum sambil melangkah beriringan dengan Encik Firdaus

****

Tuesday, September 23, 2008

Biar YM Yang Bicara 38

“Hey! Termenung jauh nampak,”
Aku tersentak. Sharifah tersengih di hadapanku. Aku menjeling sekilas. Tangan yang menongkat dagu, aku alihkan.
“Apa hal?,”soalku malas. Memang malas. Dua hari aku tidak masuk ke pejabat. Kategori apa, cuti aku, aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, aku tidak mahu melihat muka Encik Firdaus. Hari ini, aku terpaksa juga datang, setelah telingaku penat mendengar syarahan dari Sharifah.
“Ni. Cheque ini, Encik Firdaus suruh prepare. Nanti kau beri pada dia ya?,”Sharifah bersuara sambil menghulurkan satu folder plastik padaku.
“Hmm… Letaklah kat situ,”panjang muncungku menunjukkan ke arah meja yang tersusun rapi. Sharifah kerutkan kening. Perlahan folder itu dia letak di atas meja. Kemudian dia melihat jam di tangannya.
“Dah pukul sebelas. Meja kau bukan main kemas lagi. Kau datang untuk termenung kat meja ni aje ke?,”
“Aku tak ada moodlah. Aku tak nak datang. Kau yang paksa aku,”
Sharifah mengeluh panjang. Perlahan dia menarik kerusi. Melabuhkan punggung di hadapanku.
“Kau tak bolehlah macam ni. Tak professional langsung,”
“Habis tu, bos kau tu, professional ke? Main-mainkan staff dia macam ni?,”soalku geram. Sharifah tersengih.
“Belum habis lagi marah tu, rupanya. Sudah-sudahlah tu. Aku ingat kau dah cool dah,”
“Banyaklah kau punya cool,”
Sharifah tergelak.
“Ni… kau masuk office hari ni, Encik Firdaus tahu ke tidak?,”
“Mana aku tahu. Kalau dia tak tahu lagi bagus,”
“Kau ni. Tak baik. Dua hari kau tak datang, aku rasa macam nak bawa tape recorder tahu tak,”
Aku pandang wajah Sharifah. Kening sedikit berkerut.
“Kenapa pula?,”
“Aku nak rakam jawapan untuk soalan dia. Senang sikit. Bila dia tanya, aku just on saja tape recorder tu,”
Aku tersenyum kecil.
“Apa yang dia tanya?,”
Sharifah menjeling sekilas.
“Malas aku nak jawab. Kau pun tahu sendiri apa yang dia akan tanya kan?,”
Aku diam.
“Dua hari ni, dia memang masuk lambat ke?,”soalku setelah agak lama membisu.
“Caring juga ya? Masih sudi tanya keadaan buah hati dia,”Sharifah menjawab nakal. Aku membuang pandang. Tidak suka dengan gurauan Sharifah.
“Tak adalah. Hari ni saja dia lambat masuk. Tak tahu kenapa. Sebab secretary dia dah dua hari hilang. So, tak ada siapa yang nak jaga dia,”
Aku mencebik. Sharifah pula tergelak.
“Tapi, aku rasa kalau dia tahu kau masuk office hari ni, tak kira dia kat mana, mesti dia terus datang sini. Kalau tak percaya, cuba kau call dia,”
“Tak kuasa aku. Phone aku pun, aku belum on lagi. Tahu tak?,”
Sharifah memandangku tanpa berkelip.
“Since dua hari lepas?,”
Aku mengangguk.
“Merajuk betullah ni, ya?,”
“Aku tak merajuklah. Aku marah,”
“Whatever. Yang aku tahu, teruklah Encik Firdaus nak memujuk nanti,”
“Buat apa dia nak pujuk pula? Sudahlah. Tak nak cakap pasal dia lagilah,”
Sharifah mengangkat bahu. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Aku nak pergi sambung kerja aku. Kau pula, jangan melangut macam ni saja. Buat kerja tu,”
“Tengoklah. Kalau aku rajin,”balasku bersama sekuntum senyuman yang cukup nipis. Cukup untuk menggambarkan betapa tidak cerianya aku hari ini.
Sharifah merenung wajahku dengan renungan yang sedikit tajam. Aku membuat muka selamba. Sekuntum senyuman yang cukup lebar terukir di bibir Sharifah. Senyuman yang membuat senyum aku terus mati. Suara Encik Firdaus membuat jantung aku hampir tercabut.
“Charming kau dah masuk,”ujar Sharifah perlahan. Aku jegilkan mata.
“Aku pergi dulu. Tak nak kacau adegan pujuk memujuk,”bisiknya lagi membuat aku semakin geram. Tanpa sedar, tanganku pantas mencapai folder plastik di atas meja, lalu aku baling ke arah Sharifah yang cepat-cepat berlari pergi.
“Auch!,”
Aku ternganga. Folder plastik itu selamat mendarat ke dahi Encik Firdaus. Sungguh! Walaupun aku suka, tapi, sedikit pun tidak terniat di hatiku untuk kenakan Encik Firdaus. Pantas tangan Encik Firdaus menyambut folder yang terjatuh ke dahinya. Matanya merenung ke arahku. Aku pula, cukup kelu untuk memohon maaf. Dengan santai, Encik Firdaus melangkah ke arahku.
“Tahulah awak marahkan saya. Tapi, takkan belum nampak muka lagi, dah ada file yang melayang,”Encik Firdaus bersuara separuh bergurau.
“Saya tak sengaja. Maaflah,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Agaknya, kalau dah kahwin, asal marah saja, periuk belanga yang melayang kot,”
Tajam mataku menikam wajah Encik Firdaus. Lawak Encik Firdaus tidak kelakar langsung di telingaku.
“Kan saya dah cakap, saya tak sengaja,”
“Sorry. Saya gurau aje,”
Aku membuang pandang. Semua perkara, menjadi gurauan pada Encik Firdaus. Semuanya.
“Sorry ya. Saya gurau saja,”lembut suara Encik Firdaus memujuk. Aku buat-buat tidak dengar. Kebetulan deringan telefon di meja mengganngu bicara Encik Firdaus. Bagus. Cepat aku mencapai gagang.
“Hello,”aku bersuara sambil mengerling. Encik Firdaus masih tercegat di hadapanku sambil memeluk tubuh. Cepat aku alihkan pandangan. Tidak mahu melihat Encik Firdaus lebih lama. Kacak sungguh lelaki itu didalam kemeja biru gelapnya. Cukup kena dengan seluar slack hitamnya itu. Tidak boleh. Aku tidak mahu kalah pada Encik Firdaus.
“Adiya?,”
“Haa? Apa?,”
“Dengar tak?,”
“Apa?,”soalku dengan suara sedikit bergetar.
“Laa… saya cakap sorang-sorang ke?,”
“Siapa ni?,”soalku keliru. Maklumlah, fikiran aku saat ini memang sedang terganggu.
“Joe. Suara saya pun dah tak kenal ke?,”
“Ha? Oh… Joe. Kenapa?,”
“Awak ok ke? Sakit ke? Lama tak nampak,”
“Tak adalah,”
“Saya nampak kereta awak kat parking tadi. Saja nak tanya keadaan awak,”
“Saya tak apa-apalah. Terima kasihlah sebab ambil berat,”
“Baguslah kalau macam tu. Hal hari tu, dah selesai ke?,”
“Hal? Hal apa? Tak ada apa-apalah. Jangan risaulah…,”
Tut…………
Aku mengangkat muka. Encik Firdaus tersenyum lebar. Talian terputus. Dan, orang yang bertanggungjawab adalah lelaki di hadapan aku ini.
“Kenapa Encik Firdaus putuskan?,”
“Saja,”
Aku menjeling sekilas. Gagang aku letak perlahan.
“Masuk sekejap,”Encik Firdaus bersuara lembut. Namun, nadanya cukup tegas di telingaku.
“Saya ada kerja,”
“Memang pun. Ada kerja dengan saya. Masuk sekejap,”
Aku mematung di kerusi. Encik Firdaus merenung wajahku.
“Tiya…,”
“Saya sibuk,”
“Come…,”tangan Encik Firdaus sudah menarik jemariku.
“Tak mahulah, Encik Firdaus,”
Encik Firdaus buat-buat tidak dengar sambil terus menarik tanganku. Pantas aku melihat sekeliling. Kalau ada mata yang memandang, tidakkah akan menjadi cerita panas nanti?
“Lepaslah. Saya bukannya buta. Saya boleh jalan sendirilah, Encik Firdaus,”
Encik Firdaus menoleh sambil berhenti tiba-tiba. Membuat langkahku hampir terlajak ke hadapannya. Sedikit lagi untuk aku mendarat ke dadanya. Nasib baik sempat langkah aku pakukan di lantai. Redup renungan Encik Firdaus memandang wajahku. Lama.
“Apa?,”soalku resah.
Encik Firdaus tersenyum.
“Rindu,”sepatah saja jawapannya. Namun, mampu untuk melonggarkan segala sendiku. Saat itu, aku berterima kasih kerana tangannya masih memegang tanganku. Kalau tidak, mahu aku terduduk di lantai. Lemah longlai segala anggota mendengar suara romantisnya itu.
“Lepaslah, Encik Firdaus,”suaraku tiba-tiba sudah bertukar lembut. Encik Firdaus tersenyum panjang.
“Saya tak percaya kat awak lagi,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Bukankah aku yang sepatutnya menggunakan ayat itu?
“Kenapa Encik Firdaus cakap macam tu?,”
“Kalau saya lepas pegangan ini, saya yakin, awak akan lari sekali lagi. Kalau masuk dalam kereta Johan lagi, tak apa. Kalau dibuatnya awak termasuk dalam kereta perompak ke… penyamun ke.., macam mana?,”
Aku membuang pandang. Encik Firdaus menyambung langkah, dan aku terkocoh-kocoh mengikut langkahnya yang panjang-panjang.
“Ada ke. Main redah saja masuk kereta orang macam tu,”sempat pula Encik Firdaus membebel. Aku mencebik dari belakang.
“Buat muka. Buat muka kat saya,”
Cepat sebelah lagi tanganku menutup mulut. Berkerut memandang belakang Encik Firdaus. Ada mata ke kat belakang dia ni? Tahu-tahu saja.
“Duduk,”
Aku tercegat di sebelah sofa. Pintu bilik, Encik Firdaus tutup perlahan. Dia berpaling. Satu keluhan kecil keluar dari bibirnya.
“Duduk,”sekali lagi dia memberi arahan.
“Tak apa. Saya berdiri saja. Encik Firdaus cakap saja apa yang Encik Firdaus nak cakap. Lepas tu, saya keluar. Sebab saya tak benda nak cakap ni,”
Dengan perlahan Encik Firdaus bergerak mendekatiku. Memegang kedua-dua belah bahuku. Menikam tajam ke mataku. Perlahan dia menolak aku ke kerusi.
“Duduk dulu,”
Sekali lagi, bagai dipukau, aku mengikut sahaja. Terus terduduk di kerusi.
“Good girl,”sambungnya sambil menyentuh hidungku. Cepat-cepat aku menggosok hidung, tanda protes. Encik Firdaus tergelak halus. Dengan bersahaja, dia menarik kerusinya ke hadapanku. Kemudian melabuhkan punggung betul-betul di hadapanku. Buat seketika dia menyambung renungannya. Buat aku rimas dan tidak senang duduk. Kepala pula, terus memutarkan satu kata-kata semangat. Aku tidak boleh kalah pada Encik Firdaus! Aku tidak boleh kalah pada Encik Firdaus! Tidak boleh! Tidak boleh!
“Tiya…,”
“Tidak boleh!,”spontan ayat itu keluar dari bibir. Encik Firdaus melopong dan aku termangu. Malu! Bagaimana kata-kata semangat itu boleh terkeluar dari bibir?
“Apa yang tak boleh?,”soal Encik Firdaus hairan. Laju menggeleng. Encik Firdaus tersenyum.
“Tiya… saya tahu saya salah…,”
“Baguslah kalau tahu,”
“Saya tak bermaksud nak tipu..,”
“Kalau bukan nak tipu, then apa?,
“Saya ada penjelasan. Ada…,”
“Tak apalah. Tak payah…,”kata-kataku terhenti di situ apabila jari telunjuk Encik Firdaus sudah melekat di bibirku.
“Boleh tolong diam tak? Cuba jangan menyampuk,”Encik Firdaus bersuara sambil mendekatkan wajahnya ke wajahku. Cepat-cepat aku mengangguk. Bimbang kalau-kalau wajah itu akan semakin hampir. Tidak sanggup.
“Good. Sekali lagi awak menyampuk… saya cium awak,”
Mendengar ugutan itu, spontan kedua-dua tanganku menutup mulut. Encik Firdaus tergelak.
“Siapa cakap nak cium mulut awak? Saya nak cium jari awak saja,”
Merona wajahku mendengar kata-kata Encik Firdaus. Malunya. Perasan betul aku ni. Cepat-cepat aku mengangkat punggung. Tidak sanggup mendengar lebih banyak gurauan dari Encik Firdaus.
“Duduk,”
Arahan itu membuat aku terduduk semula sambil menarik muka. Bencinya! Alangkah bagusnya kalau saat ini, aku yang menjadi bos. Sudah lama aku beri arahan pada Encik Firdaus. Get out of my life! Arahan itu memang sesuai untuk Encik Firdaus.
“Ok. Saya sambung,”
Aku diam. Tidak mahu menyampuk lagi. Teringat akan ugutannya. Dan, orang senekad Encik Firdaus… Tidak mustahil dia akan mengotakan ugutannya.
“Saya terpaksa buat macam tu. Kalau tak, mustahil saya dapat serapat ini dengan awak,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus tanpa apa-apa perasaan. Alasan!
“Saya tahu awak menyampuk dalam hati tu,”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Macam mana dia tahu?
“Saya nak awak tahu, Tiya. I love you,”
Aku membuang pandang.
“Maafkan saya, ya?,”
Aku diam.
“Tiya..,”
Aku cuma memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sangat mengharap. Hatiku saat itu, benar-benar kasihan pada Encik Firdaus. Tapi, aku mesti realistik. Aku tidak boleh bermimpi. Ini bukan cerita Cinderella. Atau cerita Bawang Putih Bawang Merah. Ini kenyataan hidup. Dan, di dalam hidup ini, tidak ada manusia sebaik Prince Charming atau semulia putera raja yang mengahwini Bawang Putih. Itu semua cerita dongeng. Aku pula berada di dalam dunia nyata.
“Tiya. Maafkan saya, ok?,”
Aku diam lagi.
“Tiya. Please. Say something. Jangan diam macam ni,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus.
“Dah boleh cakap?,”soalku lurus. Encik Firdaus tergelak sambil tunduk. Sempat pula dia menggeleng-gelengkan kepala. Saat dia mengangkat muka, wajahnya masih penuh dengan senyuman.
“Ok, sayang. Awak boleh cakap sekarang,”
Aku menjeling, mendengar panggilan Encik Firdaus.
“Saya tak suka orang yang tipu saya. Bukan setakat tak suka. Saya benci,”
“Meaning?,”
“Meaning is, lupakan semua ni,”lancar bibirku mengatur kata-kata itu.
Encik Firdaus mengeluh panjang. Sebelum sempat dia bersuara, jeritan telefon bimbitnya mengganggu. Dengan malas telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya. Aku berdiri untuk melangkah keluar. Tidak mahu mengganggu perbualan Encik Firdaus. Namun, pantas tangannya sekali lagi memegang tanganku. Aku pandang. Encik Firdaus memberi isyarat agar aku tunggu.
“Waalaikumussalam, mummy,”
Aku kembali duduk ke kerusi, apabila Encik Firdaus memberi isyarat agar aku duduk semula.
“Oh… memang dia tak ada. Sebab dia dengan saya sekarang,”
Aku kerutkan kening. Dia dengan saya sekarang? Dia bercakap tentang aku ke?
“Mummy cakaplah sendiri dengan dia. Kalau saya cakap, takut dia tak nak percaya,”
Kata-kata Encik Firdaus membuat aku semakin hairan. Dan, apabila Encik Fridaus menghulurkan telefon bimbitnya, aku menjadi bertambah hairan
“Mummy,”ujar Encik Firdaus pendek.
“So?,”soalku bodoh.
“Mummy nak cakap dengan awak,”
Aku mengangguk perlahan sambil menyambut telefon bimbit di tangan Encik Firdaus.
“Assalamualaikum, Puan?,”aku bersuara lambat-lambat.
“Puan lagi? Berapa kali nak cakap ni?,”
“Eh, aunty,”cepat-cepat aku betulkan kesilapan yang tidak disengajakan itu. Encik Firdaus tersenyum.
“Waalaikumussalam,”
“Kenapa aunty? Aunty cari saya ke?,”
“Ha ah. Datang rumah malam lusa ya?,”
Keningku sudah berkerut. Tajam mataku memandang wajah Encik Firdaus. Cepat-cepat dia mengangkat kedua-dua tangannya. Isyarat dia tidak tahu apa-apa.
“Kenapa?,”
“Adalah. Datang sajalah. Datang tau,”
“Errr…,”
“Ini memang aunty yang ajak. Bukan Fir yang ajak. Datang ya,”
Aku termangu. Nak jawab apa ni?
“Jangan tak datang. Mesti datang. Jangan hampakan aunty ya?,”
Alahai! Agaknya Encik Firdaus belajar cara nak memujuk ni, dari mummynya. Hilang akal aku untuk mereka alasan.
“Adiya?,”
“Yalah,”
Encik Firdaus tersenyum panjang mendengar jawapanku.
“Bagus. Jangan tak jadi pula,”
“Ya, aunty,”
“Hmm… Ok. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
“Bukan saya yang suruh, ok?,”cepat-cepat Encik Firdaus bersuara sebelum aku sempat membuka mulut. Aku cuma memandang. Telefon aku hulurkan padanya.
“Saya keluar dululah, Encik Firdaus,”
“Saya belum habis cakap lagi,”
“Saya tak nak cakap apa-apa lagi. Lupakanlah semua tu,”
“Mana boleh? Awak ingat saya main-main ke?,”
Aku mengangkat punggung.
“Kalau Encik Firdaus cakap pasal ni, lagi, saya hantar surat resign,”
Encik Firdaus terkedu. Aku tersenyum. Nampaknya ugutanku berkesan.
“Tiya… ini tak adil. Tak adil bagi saya. Langsung tak boleh nak bela diri. Awak ni macam Nazi pula. Kuku besi. Kejam tau,”
“Nazi ke. Kuku besi ke. Sekali lagi Encik Firdaus buka mulut pasal ni, saya betul-betul hantar surat resign,”
“Awak ugut saya?,”
“Kenapa? Tak boleh? Encik Firdaus ingat, Encik Firdaus sorang saja pandai mengugut? Saya pun pandai,”
“Memang awak pandai. Saya tak boleh nak cakap apa-apa dah,”
“Then… you better shut up. Itu lebih baik,”
“Amboi… bahasakan bos ya?,”
Aku tersenyum, puas hati berjaya membuat mulut Encik Firdaus berhenti bercerita tentang peristiwa yang memalukan aku itu.
“Saya keluar dulu ya?,”
Giliran Encik Firdaus yang menarik muncung. Sedaya upaya aku cuba sembunyikan senyum yang mahu terukir di bibir. Lucu melihat muka Encik Firdaus yang mencuka. Padam muka!
Aku melangkah menuju ke pintu.
“I won’t give up,”Encik Firdaus bersuara.
Aku terus melangkah.
“One day, awak akan jadi pengantin saya,”
Yalah tu. Aku terus melangkah keluar. Eh, lupa pula. Cepat-cepat aku membuka semula pintu bilik Encik Firdaus. Menjenguk ke dalam.
“Kenapa? Ubah fikiran? Come here. Saya sambung semula penjelasan saya,”Encik
Firdaus bersuara.
“Bukan. Kenapa mak Encik Firdaus ajak saya ke rumah Encik Fridaus?,”soalku hairan
Encik Firdaus mengeluh pendek.
“Birthday dia. Saya jemput awak ya?,”
“Tak payah,”aku bersuara sambil berlalu. Kurang ajar betul aku dengan majikan hari ini. Tapi tidak mengapa. Aku puas hati dapat kenakan Encik Fridaus sekali sekala.

****

Saturday, September 20, 2008

Biar YM Yang Bicara 37

“Macamlah awak kenal saya. Kalau salah orang, macam mana?,”
“Saya yakin, saya tak akan salah orang,”
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Charming.
“Saya percaya. Sebab awak mix kan?,”
Satu lagi bicaranya singgah di fikiran.
[I spend masa untuk Mummy I. Tak boleh buat benda lain. Weekend just for her.]
“Mummy memang pantang kalau hari minggu ada perbincangan business. Hari minggu cuma untuk dia saja,”
Kata-kata Charming dan kata-kata Farid, memang sama. Kenapa aku tidak sedar itu semua selama ini?
“No. Encik Firdaus panggil saya Tiya,”
“Oh. Ya ke? Sorry. Tersilap. Awak marah ke? Sorrylah. ‘D’ and ‘T’. Hampir sama bunyinya. Maaf. Saya tak sengaja. Tak sangka pula saya, awak marah bila orang salah sebut nama awak,”
Dan itu adalah kesilapan Encik Firdaus yang paling ketara. Aku pula? Aku percaya sepenuhnya dengan alasan yang Encik Firdaus berikan. Bodohnya aku. Kejamnya Encik Firdaus. Sampai hati Encik Firdaus menipu aku sehingga ke tahap ini. Air mata yang mengalir lagi, aku seka segera. Nasib baik kawasan Taman Tasik Shah Alam itu sudah sunyi daripada manusia. Dapatlah aku melepaskan perasaanku sepuas hati.
Selintas dengan itu juga aku teringat gelak Encik Firdaus semasa aku online dengan Charming. Juga renungannya padaku saat itu. Malunya! Rupa-rupanya dia tahu siapa aku pada waktu itu. Encik Firdaus kejam!
Telefon bimbitku berdering lagi. Untuk yang ke berapa kali, tidak terhitung rasanya. Aku tahu siapa yang membuat panggilan itu. Encik Firdaus! Siapa lagi, kalau bukan dia? Telefon bimbit aku keluarkan dari beg. Merenung kosong ke arah screen yang mempamerkan sejumlah panggilan yang tidak dijawab. Dan untuk ke sekian kalinya, deringan itu menjerit. Kali ini Sharifah yang menelefon. Juga aku biarkan telefon itu akhirnya membisu sendiri.
“Adik,”
Aku menoleh.
“Ya , pakcik?,”
“Buat apa kat sini, malam-malam macam ni?,”
Aku menggeleng perlahan.
“Bahaya duduk kat tempat macam ni, seorang diri,”
Aku tersenyum nipis sambil memandang sekeliling. Sudah malam rupanya. Pantas aku melihat jam di tangan. Pukul sebelas malam. Ya ALLAH. Lamanya aku di sini.
“Baliklah. Dah malam ni,”
Aku mengangguk perlahan. Lelaki separuh umur itu tersenyum sambil berlalu. Aku terkulat-kulat di situ. Berfikir-fikir seketika mahu ke mana. Dan, telefon berdering lagi. Abang Kamal.
“Hello,”aku menjawab panggilan itu dengan suara yang cukup lemah.
“Tiha kat mana ni?,”
“Hah?,”soalku hairan dengan nada suara Abang Kamal yang sedikit keras.
“Tiha kat mana sekarang? Abang datang ambil Tiha,”
“Kenapa?,”
“Sherry call abang. Katanya Tiha tak balik dari petang tadi. Kenapa? Apa yang berlaku?,”
Aku mengeluh lemah. Sharifah ni. Cepat sangat melatah.
“Tiha tak apa-apalah abang,”
“Tell me. Where are you?,”
“Tak apa. Tiha balik sendiri,”
“Dah pukul sebelas lebih ni. Bahaya jalan sorang-sorang. Cepat beritahu abang Tiha kat mana? Abang datang ambil,”
Aku megeluh perlahan. Abang Kamal ni, risau tidak bertempat pula.
“Tiha… Tiha kat mana?,”
“Tiha kat tasik ni,”
“Malam-malam buta macam ni? Tiha buat apa kat situ? Abang datang sekarang. Tiha kat kawasan mana?,”
“Alaa.. Tak payahlah bang. Tiha ambil teksi saja. Tak payah susah-susah,”
“Abang datang sekarang. Tiha kat area mana?,”
“Kat taman permainan ni…,”
Talian terputus. Aku pandang telefon bimbitku. Kemudian mengeluh perlahan. Dengan lemah kaki aku hayun.
“Tiha…,”
Aku menoleh. Abang Kamal berlari ke arahku. Aku terkebil-kebil. Aik! Sejak bila Abang Kamal boleh ghaib ni?
Abang Kamal termengah-mengah di hadapanku.
“Abang marathon dari rumah abang ke?,”soalku melihat wajah Abang Kamal yang kepenatan.
“Marathon dari tempat parking motor,”jawab Abang Kamal dalam mengah.
“Doktor apa abang ni? Tak pernah exerciselah tu. Berlari sikit pun dah semput,”
Abang Kamal menarik hidungku sambil menarik nafas panjang-panjang. Cuba menghilangkan penatlah tu. Penat sangat sehingga tidak mampu berkata-kata. Aku tersenyum sambil mengelak. Memandang lucu wajah Abang Kamal yang kepenatan. Abang Kamal tercegat di hadapanku setelah penatnya sedikit mereda.
“What happened?,”
Aku geleng. Abang Kamal merenung wajahku.
“Baru lepas menangis ya?,”
Aku geleng lagi.
“Jom. Kita balik. Duduk sini lama-lama, bahaya,”
Aku angguk. Abang Kamal menarik tanganku. Berjalan menuju ke arah tempat dia meletak motorsikalnya. Aku mengikut tanpa banyak bicara.
“Dah makan ke belum ni?,”soal Abang Kamal sebaik kami sampai ke motorsikal besarnya. Aku sentuh perut. Pedih. Patutlah. Dari pagi aku belum makan. Lapar!
“Belumlah tu…,”Abang Kamal bersuara melihat gelagatku. Menyentuh perut. Gelagat spontan apabila aku terasa lapar. Aku tersengih.
“Jom. Kita pergi makan dulu,”
Laju aku menggeleng. Abang Kamal kerutkan kening.
“Pulak. Kenapa?,”
“Malulah. Tengoklah muka Tiha ni,”
“Kenapa dengan muka Tiha?,”Abang Kamal bersuara dengan nada hairan. Aku menarik muka. Abang Kamal tidak nampak ke, mata aku yang hampir tertutup ni? Bengkak! Atau Abang Kamal buat-buat tidak nampak?
“Mata Tiha bengkaklah,”
“Kenapa?,”
“Abang ni. Kalau dah bengkak macam ni, mestilah sebab menangis,”
“Ohh…. Mengaku pun. Tadi, abang tanya, cakap… tak,”
Aku menjeling. Soalan perangkap rupanya.
“Now, tell me. What happened? Kenapa sampai bengkak macam ni sekali matanya ni? Bergaduh dengan Sherry ke?,”
“Tak adalah. Tak ada apa-apa,”
Abang Kamal mengeluh perlahan.
“By the way, apa abang buat di sini? Macam mana abang tahu Tiha kat sini?,”aku mengubah tajuk perbualan.
“Sherry telefon abang. Cakap Tiha tak balik sejak dari petang tadi,”
“Sherry tak cakap apa-apa ke?,”
“Tak ada. Cuma dia cakap, cuba cari di sini. Dia kata, selalunya Tiha suka datang lepas perasaan kat sini,”
Aku diam.
“Tak nak cerita kat abang ke?,”
Aku menggeleng.
“Oklah. Tak apa. Sekarang ni, kita pergi makan ya,”
“Tak naklah bang. Tiha nak baliklah,”
“Sure?,”
Aku mengangguk.
“Hmm.. Suka hatilah. Tapau pun tak nak?,”
Aku menggeleng.
“Lain kali jangan buat macam ni lagi tau. Risau abang tadi,”
Aku tersenyum. Abang Kamal ni. Agaknya dia lupa yang aku bukannya anak kecil yang perlukan perlindungannya sepanjang masa. Aku sudah cukup dewasa untuk menjaga diriku sendiri.
“Abang tahu, Tiha dah besar. But, still… kena hati-hati,”Abang Kamal bersuara, seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di fikiranku. Aku tersengih. Untuk seketika, aku terlupa pada perbuatan Encik Firdaus. Perlahan dia mencapai helmet sambil menatap wajahku. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya.
“Kenapa?,”soalku hairan
“Kalau dulu, lepas Tiha menangis sampai bengkak mata macam ni, mesti suruh abang tiup mata tu. Supaya hilang bengkaknya. Sekarang nak suruh abang tiup ke?,”
Aku tergelak malu. Pantas kenangan lalu bertenggek di ranting ingatan. Abang Kamal turut tesenyum.
“Tak naklah. Itu masa kecil-kecillah bang. Lagipun, bukannya hilang pun bengkak tu,”balasku bersama senyum yang panjang. Abang Kamal tergelak halus. Tangannya bergerak ke mataku. Menyentuh perlahan mataku yang bengkak.
“Balik nanti, tuam dengan tuala suam pelan-pelan,”
Aku tersenyum.
“Ok. Jom abang hantar Tiha balik,”
Aku mengangguk perlahan. Abang Kamal bergerak hampir padaku. Memakaikan helmet untukku. Aku tersenyum sambil membetulkan helmet yang sudah melekat di kepala.
“Abang…,”
Abang Kamal yang baru hidupkan enjin motorsikannya, berpaling padaku.
“Ya?,”
“Nak makan wedges lah,”aku bersuara perlahan. Buat muka kasihan pada Abang Kamal. Abang Kamal tergelak.
“Ok. Nanti kita singgah KFC kejap,”
Aku tersengih.
“Terima kasih,”
“Hmm.. Dah. Cepat naik,”
Cepat-cepat aku bergerak membonceng motorsikal Abang Kamal.

***

“Amboi. Kau ni, biar betul,”
Aku mengangkat muka. Sharifah menggeleng perlahan.
“Kenapa?,”
“Sampai tiga kotak besar wedges? Mak oi. Kau ni, makan ke melantak?,”
Aku buat-buat tidak dengar sambil membetulkan silaku di hadapan meja. Abang Kamal tersenyum sambil memandangku.
“Apa jadi sebenarnya ni?,”Abang Kamal bersuara sambil memadang Sharifah. Sharifah melopong sambil mencuri pandang ke arahku. Aku kerutkan kening. Isyarat agar Sharifah tidak membuka cerita.
“Entah. Saya pun tak tahu, abang,”Sharifah bersuara dengan nada menggelabahnya. Nampak sangat menipu. Abang Kamal tersenyum.
“Suka hati koranglah. Bukan abang tak tahu. Berpakat tak nak cerita kat abang kan?,”
Sharifah tersengih. Aku pula, tunduk menumpukan perhatian pada kotak wedges. Memang lapar betul perut ini. Abang Kamal mengangkat punggung.
“Abang nak ke mana?,”soal Sharifah sedikit hairan. Mendengar soalan Sharifah, aku mengangkat muka. Abang Kamal berdiri sambil memandangku.
“Abang balik dulu,”ujarnya lembut.
Aku diam seketika. Perlahan mengangkat punggung.
“Abang marah ke?,”
Abang Kamal tergelak kecil.
“Taklah. Buat apa nak marah? Tapi, kalau sekali lagi Tiha buat semua orang susah hati macam ni, memang abang akan marah,”
Aku tersengih.
“Promise. Tiha tak buat lagi,”ujarku sambil mengangkat tangan separa bahu. Abang Kamal tersenyum.
“Good. Oklah. Abang balik dulu. Tak manis abang lama-lama kat sini. Anything, call abang, ok?,”
Sama laju aku dan Sharifah mengangguk. Abang Kamal tergelak sambil melangkah ke pintu. Kami mengekori dari belakang. Melihat Abang Kamal berlalu.
“Kenapa kau beritahu abang Kamal?,”soalku sambil menutup pintu.
“Dah tu? Aku dah tak tahu nak buat apa. Kau tahu tak? Risau aku. Encik Firdaus pula, dari tadi asyik telefon. Tanya kau dah balik ke belum. Dia cakap, dia call kau, kau tak jawab,”
Aku membuang pandang. Mendengar nama itu, membuat marah dan geramku muncul semula. Sharifah bergerak ke telefon. Aku pula, laju melangkah ke arah hidangan yang aku tinggalkan tadi. Menyambung semula makanku yang terganggu.
“Hello. Encik Firdaus?,”
Gigitan pada wedges terhenti. Sharifah menelefon Encik Firdaus rupa-rupanya.
“Diya dah balik dah. Dah ada kat rumah ni. Encik Firdaus tak payah risaulah,”
Tajam mataku merenung Sharifah. Sharifah menoleh. Memberi isyarat Encik Firdaus ingin bercakap denganku. Aku menggeleng.
“Diya…,”perlahan Sharifah menekan suaranya. Tanda tidak setuju dengan tindakanku. Aku bergerak perlahan ke arah Sharifah. Sharifah tersenyum. Gagang dihulurkan padaku. Aku mencapai gagang, lekapkan pada telinga.
“Tiya…,”
Cukup perlahan dan lembut suara Encik Firdaus. Aku menahan nafas. Cuba tenteramkan diri sendiri.
“Tiya, saya minta maaf ya. Bagi saya lima minit, and I’ll explain everything,”
“Tiya cakap, dia dah tidur,”aku menjawab sambil meletakkan gagang. Puas hati aku.
“Kenapa kau cakap macam tu? Apa yang berlaku sebenarnya?,”soalan Sharifah memaksa aku berpaling. Dengan muka masam aku bergerak ke sofa. Melabuhkan punggung di hadapan Sharifah. Sharifah setia memandang wajahku. Menunggu penjelasan.
“Apa yang Encik Firdaus cakap pada kau?,”soalku lambat-lambat. Belum sempat Sharifah menjawab, telefon berdering lagi.
“Jangan jawab. Aku tak nak bercakap dengan dia,”
“Amboi. Marah betul bunyinya. Cerita kat aku, apa sebenarnya yang berlaku? Sampai bengkak mata macam ni, kau menangis. Mesti ada hal serius ni,”
“Memang serius pun,”
“Apa dia? Encik Firdaus buat tak baik pada kau ke?,”soal Sharifah risau. Aku pandang wajah Sharifah. Ke situ pula fikirnya.
“Tak adalah. Tapi, kesannya lebih kurang macam tu jugalah,”
Sharifah membetulkan duduknya.
“Cepatlah cerita. Apa yang berlaku sebenarnya?,”
“Kau tahu tak? Selama ni, Encik Firdaus tipu aku,”
“Tipu kau? Pasal apa? Pasal Mia ke?,”
“Itu pun satu hal juga. Tapi, ini lagi serius. Kau tahu tak siapa Charming tu?,”
Bulat mata Sharifah mendengar soalanku.
“Please, don’t tell me Charming tu ialah bos kita ,”
Aku diam.
“Betul?,”soal Sharifah tidak percaya.
Aku mengangguk. Mulut Sharifah ternganga. Terkejut sangatlah tu. Melihat reaksi terkejutnya itu, aku mencapai seketul wedges, lalu aku suap ke mulutnya. Sharifah menepis tanganku sambil mengunyah wedges di mulutnya, membuat aku tergelak.
“Aku terkejut betul ni,”dia bersuara serius. Dan, muka serius sambil mengunyah wedges itu, membuat gelakku semakin kuat.
“And, kau tahu apa yang lebih buruk lagi?,”soalku setelah tawa sedikit mereda.
“Apa?,”
“Make sure mulut tu tertutup. Kalau tak, aku tuang pepsi ni,”
“Ok. Aku tutup mulut,”cepat Sharifah menutup mulut dengan jari telunjuknya.
“Selama ni, dia tahu aku Betty. Dia tahu tapi, terus layan aku seolah-olah dia pun tidak kenal aku,”
“Oh my god. Betul ke?,”
Aku mengangguk.
“Kenapa dia buat macam tu?,”
Aku mengangkat bahu. Manalah aku tahu.
“Dia tak cakap apa-apa?,”
“Aku yang tak nak dengar apa-apa. Aku serik dengan permainan Encik Fridaus. Tak tahu kenapa dia sanggup buat aku macam ni. Kejam tau!,”
“Mungkin ada reasonnya dia buat macam ni,”
Aku membuang pandang. Sebab apa? Sebab hendak suruh aku berhenti kerja ke?
“Dah tu, sekarang ni, macam mana? Kau dah tahu siapa Charming tu,”soal Sharifah setelah melihat aku senang berdiam diri.
“Lebih baik aku tak tahu. Hancur hati aku ni,”
Sharifah tersenyum kecil.
“Kau jangan nak gelakkan aku,”
“Sorry. Tapi, apa masalahnya? Kau pun suka Encik Firdaus kan? Oklah tu. Kau takkan kehilangan salah seorang dari mereka. Maksud aku, kau dapat Charming, kau juga dapat Encik Firdaus. Kalau akulah, aku terima aje,”
“Dia tipu aku Sherry. Aku tak suka. Lagi pun, aku tahu Encik Firdaus bukannya serius dengan aku. Dia dah ada Mia,”
“ Lagi-lagi Mia. Kau tanyalah Encik Firdaus tu, Mia tu siapa. Bukan susah pun,”
“Tak naklah aku. Aku tak nak Encik Firdaus tahu aku suka kat dia. Biarlah cerita ni, habis kat sini saja,”
Sharifah mengeluh perlahan.
“Degillah kau ni,”
Aku diam.
“Aku rasa, Encik Firdaus tak akan diam macam tu saja,”
“Cubalah dia kacau aku lagi. Aku resign nanti. Percayalah…,”
“Takkan sampai macam tu sekali. Kau ni… orang macam Encik Firdaus pun kau nak reject,”
“Malaslah aku nak cakap pasal ni lagi. Aku nak masuk bilik. Nak tidur. Kalaulah semua ni, mimpi ngeri… kan bagus,”
Sharifah tersenyum. Aku berlalu. Telefon bordering lagi. Laju aku melangkah ke bilik. Aku tahu Sharifah mejawab panggilan itu.

***

Tuesday, September 16, 2008

Biar YM Yang Bicara 36

Aku mengemaskan meja yang sedikit berselerak. Mata memandang jam di atas meja. Pukul empat petang. Lega sedikit. Gara-gara lamaran Encik Firdaus, dua hari aku cuti sakit. Hari ni, aku datang, dan Encik Firdaus tidak dapat masuk pejabat. Bahagianya. Tidak perlu aku menatap wajahnya. Jadi, tidaklah hatiku berperang sendiri. Melihat kelapangan masa, jemariku pantas klik pada icon Yahoo! Mesengger. Mata pantas mencari nama Charming. Hmm.. dia offline pula. Bosan juga.
“Hai. Dah sihat?,”
Aku tersentak. Perlahan aku mengangkat muka. Encik Firdaus tersenyum panjang sambil mengangkat kening. Aku tersenyum kecil
“Dah,”
“Jangan lagi sekali terkejut sampai MC seminggu sudahlah ya,”guraunya sambil kenyitkan mata. Aku terpana. Berdegup jantungku dengan tingkah Encik Firdaus. Hebat betul tarikan Encik Firdaus. Lama-lama, cair juga aku pada Encik Firdaus ni.
“Encik Firdaus kata tak masuk hari ni,”aku bersuara, membuang jauh-jauh perasaan aneh yang sering mengganggu itu. Encik Firdaus tersenyum manis.
“Dua hari tak jumpa awak. Walau macam mana pun, saya mesti datang juga. Datang tengok awak,”
Aku tersengih. Menutup riak wajah yang terasa merona merah.
“Any call or message for me?,”suara Encik Firdaus sudah kembali serius.
“A few important call,”
“Set up for an appointment ?,”
“Yup,”aku menjawab sepatah.
“Good. That’s my girl,”balas Encik Firdaus tersengih. Aku membuat muka skema. Dalam serius sempat pula dia selitkan lawak.
“Encik Firdaus nak tengok sekarang ke?,”
“No. Tomorrow morning pass the list to me. Sekarang pun dah pukul empat lebih. So, we rearrange my schedule tomorrow morning. Okay?,”
“As your word,”ujarku pendek. Encik Firdaus tersenyum.
“Saya masuk dulu ya?,”guraunya sambil tersengih.
“Hah? Iya. Silakan…,”aku membalas lawaknya. Membuat dia tergelak senang. Melangkah terus ke biliknya. Sukanya hati dia. Aku mengeluh panjang. Mengangkat punggung. Ingin mencari Sharifah. Dengan malas aku melangkah ke meja Sharifah. Tekun benar Sharifah menghadap komputer.
“Busy ke?,”
“Busylah,”balas Sharifah tanpa memandangku. Aku mengangguk sambil bersandar pada mejanya.
“Kau tengah buat apa ni?,”
“Chat dengan Azman ni,”
“Hah?,”aku bertanya dengan nada terkejut. Sharifah tersengih.
“Itu ke yang busy sangat tu?,”
“Yelah. Jenuh aku kena dengar dia berleter ni,”
“Kenapa?,”
“Dia tanya pasal barang hantaranlah. Aku cakap belum beli. Dia marah betul. Nak cancel majlis tunang. Ni, busy pujuk baliklah ni,”
Aku tergelak.
“Padan muka. Aku dah suruh kau beli cepat-cepat. Kau degil. Suka sangat nak buat last minute. Kalau aku jadi Azman pun, aku marah,”
Sharifah menjeling.
“Lagi dua minggulah. Bukan tak sempat. Azman ni, mengada-ngada pula dia,”
“Kau ingat dua minggu tu, lama ke? Sekejap saja tau,”
Sharifah diam. Tidak menjawab. Cumanya jemarinya yang tidak berhenti menekan keyboard. Sibuk memujuklah tu.
“Pukul berapa balik hari ni?,”soalku lagi.
“Lambat sikit kot. Aku ada kerja nak buatlah. Kau boleh tunggu? Bolehlah ya,”
“Kerja ni ke?,”soalku lagi sambil menunjuk ke arah screen komputer.
“Bukanlah. Ada kerja sikit lagi. Tapi, mana boleh aku biarkan mamat ni marah-marah. Kalau buat dia betul-betul nak cancel, jenuh aku nak menjwab dengan mak aku,”
Aku tersenyum lucu, sambil menggeleng perlahan. Nampaknya terpaksalah aku menunggu kerana hari ini giliran Sharifah yang membawa kereta. Hari ini aku cuma menjadi penumpang.
“Wah!,”
Jeritan Sharifah secara tiba-tiba membuat aku tersentak. Tajam aku merenung wajah Sharifah yang ceria semacam.
“Kau kenapa?,”
“Azman nak datang sini,”jeritnya girang. Aku memandang tidak faham. Apa yang seronok sangat? Bukannya Azman tidak pernah datang jumpa dia di sini.
“So? Bukan dia tak pernah datang,”aku bersuara hairan.
Sharifah tersengih panjang.
“Dengar ni. ‘Hari minggu ni saya turun ke sana. Ikut saya pergi shopping barang hantaran. Susah-susah sangat biar saya yang bayar semuanya.’ Ha ha ha… Sukanya aku. Semua dia nak belikan. Tak payah guna duit aku,”
Aku kerutkan kening melihat wajah ceria Sharifah.
“Teruknya anak dara ni. Dahlah hantaran kau dia beli. Hantaran untuk dia pun, dia kena beli?,”
“Dah dia offer diri nak membayar. Takkan nak tolak pula. Nanti kecil pula hati dia,”balas Sharifah tersengih.
“Hmm… Lantaklah. Malas aku nak layan kau. Cepat sikit siapkan kerja kau. Aku tak nak tunggu lama-lama,”
Sharifah cuma tersenyum sambil menyambung bicara bisunya bersama Azman. Aku pula bergerak meninggalkan meja Sharifah. Kembali ke mejaku. Mataku tertangkap window di screen komputer. Seperti biasa, window itu pasti membuat senyumku melebar. Charming menyapaku.
Ugly Betty: Awak baru online ke?
Charming: Ha ah. Hari ni bz betul.
Aku tersenyum.
Charming: Demam dah ok?
Ugly Betty: Dah. Hari ni saya dah datang kerja dah.
Charming: Baguslah. So, This Sunday, macam mana?
Soalan Charming membuat aku teringat pada janji yang aku buat minggu lalu. Ada rasa serba-salah di hati. Tetapi, aku tidak boleh menolak lagi.
Ugly Betty: Ok. Awak cakaplah nak jumpa kat mana.
Charming: Good. Itulah yang saya nak dengar. Lamanya saya tunggu saat itu.
Aku tersenyum.
“Senyum panjang nampak..,”
Aku mengangkat muka. Farid tersengih. Kacau betul.
“Buat apa sampai panjang benar senyumnya tu?,”
“Tak ada apa-apalah. Encik Farid nak jumpa Encik Firdaus ya? Dia baru saja masuk office. Nanti saya inform dia, Encik datang,”
“Tak payahlah. Saya masuk terus je. Lagipun sekarang ni, office hour dah habis kan?,”
Aku pandang jam. Hampir pukul lima. Aku tersenyum.
“Suka hatilah,”
Farid tersenyum sambil mengatur langkah menuju ke bilik Encik Firdaus. Aku pula, terus menyambung semula bicara dengan Charming.
Ugly Betty: So, awak nak jumpa kat mana?
Charming: Saya tak kisah. Better awak yang cakap kat mana. Yang selesa untuk awak.
Ugly Betty: Hmm.. Kalau macam tu, kena fikir dulu. Hehehe
Charming: Semua benda nak fikir dulu.
Ugly Betty: Mestilah. Takkan tak fikir pulak. Kalau buat keputusan tak fikir dulu, bahaya. Tau.
Charming: Yela.. yela… awak je la yang betul.
Aku tergelak kecil.
Charming: gtg. Ada hal. Anything saya call Tiya malam ni. Ok. Bye. Take care. Love you. sayang.
Love you, sayang? Indahnya kata-kata itu. Aku terbuai seketika. Indahnya perasaan ini. Dan, bahagianya hati ini. Tidak sabar pula menunggu malam menjelma. Menunggu panggilan telefon Charming. Aku mengeluh seketika. Melayan perasaan, sampai bila pun tidak akan habis. Aku tersenyum lagi. Bergerak santai ke rak bersama file di tangan. Ingin simpan semula beberapa fail yang aku gunakan. Sekaligus menyusun semula rak file yang sedikit berselerak. Sakit mata memandang. Tiba-tiba, gelak tawa Farid begitu riuh singgah di telingaku. Entah apalah yang lucu sangat. Pintu bilik Encik Firdaus terbuka. Terjengol muka Encik Firdaus yang sedikit serius dan Farid bersama tawanya yang seakan tidak mahu reda. Aku cuma memerhati dari belakang.
“Charming? Charming ke ni? ,”
Soalan Farid bersama tawanya membuat jantungku hampir tercabut. Tidak!
“Shut up Angah. Jangan nak gelakkan Along pula,”
Ya ALLAH! Rasa hampir tercabut nyawa aku saat itu. Katakanlah apa yang sedang bermain di kepalaku ini tidak benar
“So, siapa Ugly Betty tu?,”
Fail di tangan jatuh tiba-tiba. Tidak! Bukan ini kenyataan yang aku inginkan. Bukan!
Farid dan Encik Firdaus serentak berpaling ke arahku. Aku tergamam. Terkejut. Terkesima. Terkedu. Dan hampir terduduk di situ. Sejuta ‘ter’ sekali pun, tidak akan dapat menjelaskan apa yang sedang aku rasa saat ini. Kejutan paling besar yang Encik Firdaus berikan padaku. Dan, ekspresi muka Encik Firdaus cukup untuk menggambarkan dia juga terkejut. Lemah rasanya lututku saat itu. Kenapa harus Encik Firdaus? Kenapa?
“Charming?,”soalku sepatah. Cukup perlahan soalan itu. Sebab soalan itu sebenarnya untuk diriku sendiri.
“Tiya..,”
File di lantai aku kutip lalu diletakkan di atas rak. Hilang keinginan untuk sambung menyusun rak yang agak tidak teratur itu. Laju aku bergerak ke meja. Mencapai beg tanganku.
“Saya balik dulu,”cepat-cepat aku melangkah. Tidak sanggup melihat wajah Encik Firdaus. Malunya aku. Rupa-rupanya selama ini Encik Firdaus yang selalu bersembang maya denganku. Sebelum banyak soalan dari mulut Encik Firdaus, baik aku lari. Balik dan fikir alasan kenapa aku terkejut sangat saat ini. Aku tidak boleh biarkan Encik Firdaus tahu akulah Ugly Betty yang sering melayan bicara romantisnya itu. Tidak!
“Tiya. Tunggu,”
Panggilan Encik Firdaus tidak aku hiraukan.
“Ugly Betty,”
Langkah aku mati tiba-tiba. Saat itu memang aku rasa seperti mahu menangis. Encik Firdaus panggil aku Ugly Betty? Dia tahu segala-galanya ke? Aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sangat resah. Juga pada wajah Farid yang kehairanan.
“Selama ini Encik Firdaus tahu saya Betty?,”soalku lambat-lambat. Encik Fridaus sedikit gelisah.
“Yeah..,”
Air mata gugur di pipiku mendengar jawapan itu. Encik Firdaus tipu aku selama ini. Betapa aku berasa tertipu. Aku berpaling.
“But, I can explain Tiya,”
Aku terus melangkah. Separuh berlari. Meninggalkan Encik Firdaus yang mengejar aku dari belakang. Nasib baik sudah melewati waktu pejabat. Jadi, pejabat sudah lenggang. Cuma Sharifah yang aku perasan terkebil-kebil melihat aku berlari keluar.
“Tiya… Let me explain first,”jerit Encik Firdaus.
Aku terus melangkah. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari mulur Encik Firdaus. Aku berhenti di hadapan proton Waja milik Johan. Aku berpaling. Melihat Encik Firdaus melangkah menghampiriku, aku terus membuka pintu kereta Johan. Terus masuk ke dalam perut kereta Waja Johan. Membuat Johan terperanjat.
“Kenapa ni?,”
Aku menyapu air mata yang jatuh di pipi. Menoleh memandang wajah Johan yang kehairanan. Tajam matanya memandang wajahku. Kemudian dia memandang ke arah Encik Firdaus. Aku turut memandang ke arah Encik Firdaus yang tercegat berdiri sambil melurut rambut.
“Cepat jalan,”laju saja aku memberi arahan.
“Ok,”jawab Johan sepatah. Dan kereta Johan bergerak keluar dari kawasan kilang. Aku diam melayan rasa terkejut dan rasa marah. Rasa geram dan sedih. Semuanya sudah bercampur, membuat air mata mengalir lagi. Tidak tahu apa makna air mata ini. Sedih? Marah? Geram? Aku tidak tahu. Cepat-cepat aku menyapu air mata yang jatuh ke pipi.
“Awak tak apa-apa?,”lembut suara Johan bertanya. Aku tunduk sambil menggeleng. Johan tidak terus bertanya. Cuma tenang mengemudi keretanya.
“Awak hendak ke mana ni?,”agak lama, Johan bertanya lagi. Dan aku menggeleng lagi.
“Nak saya hantar awak balik?,”
Laju aku menggeleng. Aku tidak mahu balik. Aku takut Encik Firdaus mencari aku di rumah. Aku belum bersedia untuk berdepan dengan lelaki itu.
“Nak berhenti minum? Atau nak saya hantar ke mana-mana?,”
Aku diam. Kali ini langsung tidak bereaksi.
“Kenapa ni? Apa yang berlaku? Bergaduh dengan Encik Firdaus ke?,”
“Tak ada apa-apalah,”jawabku perlahan. Jelas sekali aku berbohong. Tetapi, aku tahu Johan faham. Johan faham yang aku tidak mahu berkongsi cerita ini dengannya. Sudahnya, Johan terus memandu.
“Hmm… sebenarnya nak ke mana ni?,”agak lama memandu, Johan bertanya lagi.
“Saya pun tak tahu,”
“Awak nak saya temankan awak ke?,”soal Johan lagi. Aku diam. Tidak tahu apa yang aku ingini saat ini. Aku pandang wajah Johan. Malu pula rasanya berdepan dengan Johan saat ini. Apalah yang sedang Johan fikirkan tentang aku. Johan tersenyum kecil. Namun, jelas di wajahnya, ada rasa hairan yang amat sangat.
“Awak ada hal ke?,”soalku perlahan.
Johan tersenyum lagi.
“Sebenarnya saya nak ke Hentian Pudu. Tunang saya datang ke sini. Nak jemput dia..,”
“Ye ke? Sorry. Menyusahkan awak. Awak turunkan saja saya kat tepi jalan ni. awak pergilah jemput tunang awak. Maaf sangat-sangat sebab saya menyusahkan awak saja,”
“Kat sini susah nak dapat teksi. Tak apa kalau awak mahu saya temankan awak, saya boleh temankan awak,”
“Tak payah. Kasihan tunang awak nanti. Saya ok. Tak apa-apa. Jangan bimbang. Just turunkan saya di sini,”ujarku dengan perasaan serba salah. Aku betul-betul tidak berniat mahu menyusahkan Johan. Dengan tidak sengaja, aku terseret Johan ke dalam masalahku.
“Hmm… Macam nilah. Awak tak nak balik ke?,”
Aku menggeleng. Johan melihat jam di tangannya.
“Kalau macam tu, saya hantar awak ke tasik boleh? Mana tahu awak nak release perasaan awak kat situ?,”
“Suka hatilah. Saya tak kisah. Sekali lagi, saya minta maaf ya ,Joe”
Johan tersenyum kecil.
“It’s okay. Bila-bila masa awak perlukan pertolongan saya, saya ada kat sini. Anytime,”
Aku tersenyum nipis. Johan membalas senyum itu. Dan, aku terus diam selepas itu. Melayan perasaan yang pelbagai.
“Jangan lagi sekali terkejut sampai MC seminggu sudahlah ya,”
Tiba-tiba teringat kata-kata Encik Firdaus sebentar tadi. Nampaknya ini bukan setakat MC seminggu. Silap hari bulan boleh terus hantar surat perletakan jawatan. Malunya aku hendak berdepan dengan Encik Firdaus. Kenapa Encik Firdaus sanggup mempermainkan aku sehingga ke tahap ini? Sampai hati Encik Firdaus.
***