Thursday, April 2, 2009




BAB 1





Aku cuma mampu tunduk. Menyembunyikan wajah seboleh mungkin. Memang salah aku. Takkan hendak menjawab pula. Dia bos. Aku ni….
“Awak ni…kenapa? Ada masalah ke?,”
Laju aku menggeleng. Sambil ku pamerkan sedikit senyumku yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup kecuaian sendiri.
“This is not the first time, you know? Hari ni dah tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya. Dengan orang lain, tak tahulah. Cuba terus terang dengan saya. Apa masalah awak sebenarnya?,”
“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih hati-hati,”
Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang cukup menawan hati perempuanku. Membuat aku hampir terduduk di kerusi di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan direnung jejaka sekacak Encik Firdaus?
“Saya keluar dulu ya, Encik. Saya ambil file debtor yang Encik minta tu,”aku bersuara lemah. Hairan dengan kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku boleh tersilap?
Encik Fidaus diam. Cuma memandangku dengan pandangan yang tidak aku mengerti akan maksudnya. Perlahan aku menggaru kepala yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh rasa perasan yang seperti mahu bertenggek di ranting jiwa. [Janganlah pandang saya macam tu, Encik. Perasan saya nanti]
“Encik….,” panggilku perlahan. Manalah tahu kalau-kalau Encik Firdaus sedang berangan kan? Tidak sedar yang sambil dia berangan, matanya terpandang pula pada aku. Aku tersenyum dalam diam.
“Hmmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch. After lunch pass it to me,”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?,”
Encik Firdaus mengangguk. Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untuk keluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan aku langsung ini. Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang mata dengan bos yang tampan itu.
“Diya…,”
Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak pernah dia memanggil nama singkatanku. Aku berpaling.
“File ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep it back,”
Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat aku mencapai fail yang dihulur Encik Firdaus. Dan cepat juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup melihat senyum lucu Encik Firdaus. Encik Firdaus ketawakan aku.
File di tangan kuletak seketika di atas meja. Sekejap lagi aku simpan. Mataku tajam memandang screen kumputer. Mencari-cari window yang aku rindu. Tidak ada. Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semua pesanan yang aku titipkan. Marahkah dia pada aku? Marahkah dia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untuk bertemu? Aku mengeluh lagi. Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di screen computer.
“Hei. Diya… apahal?,”
Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman di sebelah. Mata kemudian ku pakukan kembali pada screen komputer.
“Bismillahirrahmanirrahim…..,”perlahan aku klik pada ikon Yahoo!! Messenger di sudut screen komputerku. Melihat kalau – kalau dia online di saat ini. Ada. Dia ada. Tapi, kenapa pesananku dan sapaanku yang berbakul itu tidak dibalas? Sampainya hati. Sebak rasanya dadaku saat ini.
“Diya…..,”
Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya. Mulut terasa berat untuk kubuka. Sharifah tersengih.
“Apa hal?,” soalnya sekali lagi.
“Apahal apa?,” soalannya kujawab dengan soalan juga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku itu.
“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?,”
“Minta fail ler,”
“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapa ek? Sejak dua menjak ni….. selalu sangat dia panggil kau masuk bilik dia….,”
Aku sengih. Mana tak selalu? Ada saja kesilapan yang aku buat. Semuanya pasal mamat poyor yang tengah buat aku sedih ni…
“Kenapa ek?,” Sharifah bertanya lagi. Aku tidak terus menjawab. Masih menatap screen computer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku. Tak ada pun. Aku sedikit terperanjat apabila jemari Sharifah menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Berdepan dengan renungan tidak bersalah Sharifah. Sharifah mengharapkan jawapan dariku rupa-rupanya.
“Entah. Dia minat kat aku kot….,”balasku selamba. Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yang memang tiada noktah.
“Ek hemmm…..,”
Suara itu membuat wajahku membahang. Aku tunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia muncul di saat ini? Dan kenapalah mulut aku secabul ini? Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja. Sengih yang terasa mencabar kewibawaan aku.
“Siapa minat kat awak?,”
Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, aku cuba untuk bertentang dengan mata redup milik Encik Fidaus. Cabulnya mulut aku. Sanggup memalukan tuannya sendiri. Lepas ni…kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.
“Err…Mat bangla kat production Encik. Dia selalu kacau saya Encik. Ha.. betul tu. Betul kan, Sherry,” ujarku tergagap sambil memandang wajah Sharifah yang mengulum senyum. Sharifah mengagguk laju menyokong kata-kataku. Tetapi, sekali pandang, reaksi Sharifah nampak melebih-lebih pula. Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia tak tahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?
“Tak keluar lunch ke? Jomlah. Saya belanja,”
“Err… tak pe lah. Kenyang Encik.,”
“Sharifah?,”
“Encik belanja?,”
“Yes. All on me. Jom la. Ajak la staff lain. And… you., Diya. Jom la,”
“Saya betul –betul kenyang. Terima kasih sebab ajak,”
“Sure?,”
“Yes,”
“Kalau macam tu nak buat macam mana ,ya tak? Agaknya tunggu Mat Bangla awak ya?,”gurau Encik Firdaus.
“Eh, mana ada? Tak adalah,”jawabku malu. Sejak bila Encik Firdaus pandai bergurau dengan staff ni? Ish… musykil betullah. Agaknya hati tengah senang kot.
“Sharifah…shall we?,”
Sharifah mengangguk sambil mengangkat punggung. Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut tetamu. Sharifah pula berlari kecil sambil tersengih memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat dagu. Mataku kembali kaku memandang yahoo ID yang kurindu. Ke manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macam ni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang kutanggung saat ini? I miss you sayang… jerit hatiku tiba-tiba. Sayang? Siapalah sayang tu? Hish! Memang aku dilanda perasaan tahap kronik ni…Kalau dibiarkan boleh melarat jadi sakit jiwa ni. Tak nak!

***




BAB 2




Charming: Hi sweet.
Hampir meloncat aku dari kerusi. Setelah hampir dua minggu, akhirnya aku dapat juga melihat window ini. Window yang sangat-sangat aku rindu. Terasa senyumku saat ini mekar bak jambangan mawar merah segar di atas meja penyambut tetamu. Sukanya hati aku. Bahagianya aku.
Ugly Betty: Hi…..
Ugly Betty: mana hilang? Lama x dengar citer. I tegur pun x nak jawab.
Charming: Ada. Cuma…
Ugly Betty: Cuma apa?
Charming: Saja nak bagi u rindu. Ajak jumpa tak nak.
Aku tersenyum. Indahnya hari ini. Nasib baik aku batalkan niat untuk mengambil cuti sakit.. Kalau tidak, tidak dapat hendak bersembang dengan Charmingku ini.
Ugly Betty: Ingat dah lupa kita…
Charming: ….. mana boleh lupa. Cuma , orang tu…tak tau lah. Kan?
Aku tersenyum lagi. Bahagianya.
Deringan telefon sedikit mengganggu. Dengan agak malas aku mencapai gagang. Kenapalah perlu ada gangguan di saat- saat indah seperti ini?
“Diya, masuk bilik saya kejap,”
Ha? Aku termangu. Ini betul-betul gangguan. Tak nak. Aku tidak mahu ke mana-mana pun. Aku ingin berada di sini. Bersama Charmingku. Aku tak nak!
“Kenapa Encik?,”soalku agak lemah. Harap-harap mendengar suaraku yang lemah bagai orang sakit ni, Encik Firdaus membatalkan niatnya untuk berurusan denganku. Bukan malas hendak bekerja, tetapi kerja yang Encik Firdaus hendak bagi ni, tidak kena pada masanya. Tunggulah aku selesai bersembang dengan Charming dulu.
“Masuk,”cukup tegas arahan daripada Encik Firdaus.
“Ye lah,” jawabku lemah. Mengacau betul. Orang baru nak jiwang-jiwang. Encik Firdaus ni, memang dengki tau!
Ugly Betty: Kejap ya. Bos panggil la
Aku diam seketika. Menunggu balasan. Tiada. Merajuk ke dia? Sudahnya aku cuma mengeluh kecil. Encik Firdaus ni….
Dengan malas aku menapak ke bilk Encik Firdaus. Perlahan mengetuk pintu biliknya. Harap-harap Encik Firdaus tidak dengar. Bolehlah aku berlalu dengan senang hati. Terdengar suara menyuruh aku masuk. Dengar juga. Aku merungut sendiri. Dengan malas aku akur.
“Ada apa Encik?,”
Encik Firdaus mengangkat muka. Kemudian tersenyum lawa.
“Can you do me a favor?,”
Aku merenung wajah Encik Firdaus. Menunggu arahan sebenarnya.
“Boleh?,”
Aku mengangguk. Ada ke tanya macam tu. Dah namanya aku ni pekerja, memanglah boleh minta aku buat kerja. Lainlah kalau minta keluar dating ke…makan malam ke…. Barulah tanya, boleh ke…tak boleh ke… Aku tersenyum kecil. Mimpilah aku hendak keluar dating dengan bos yang kacak ini.
“Ok. Awak tolong buat filing untuk semua document tu,” arah Encik Firdaus sambil memuncungkan mulut ke arah meja bulat di satu sudut biliknya. Aku akur. Melangkah perlahan ke arah meja yang dimaksudkan. Mataku tertumpu pada beberapa dokumen di atas meja. Kebanyakannya bil dan penyata bank yang kelihatan seperti peribadi. Keningku sedikit berkerut.
“Betul ke Encik nak saya buat filing ni?,”
“Yalah. Kenapa?,”
“Tapi, ini semua… macam dokumen peribadi jer….,”
“Memanglah. Saya nak awak failkan semua. Arrange lah macam mana pun. Janji, I can access it. Fast and easy. Boleh?,”
Aku diam. Ini bukan kerja aku. Kenapa dengan Encik Firdaus ni? Dia nak mengorat aku ke? Biar betul. Aku menguntum senyum. Perasannya!
“Saya tahu. Sepatutnya secretary I buat. Tapi, hari ni, Lisa cuti. So, can you do it for me?,”
Aku sengih. Malu. Encik Firdaus seolah-olah dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran aku. Bahaya ni! Aku duduk sambil membelek dokumen. Berfikir cara filing yang paling efisyen. Kononnya macam aku ni expert la. Puas aku berfikir, tapi, buntu. Fikiranku lebih pada Charmingku yang kutinggalkan di luar.
“Err… Encik…,”
“Yes. Any problem?,” cepat Encik Firdaus bertanya sambil mengangkat muka menatapku tajam. Aiseh! Ini yang buat aku kelu ni.
“Err….. boleh saya buat kat luar? On my desk?,”
Encik Firdaus tidak menjawab. Cuma renungannya yang memberitahu aku, bahawa cadangan aku ditolak sama sekali.
“Kenapa? Ada masalah ke kalau buat di sini?,”
“Tak. Bukan macam tu. Cuma…,”
Encik Firdaus terus memandang menanti jawapan. Aku tunduk. Buat-buat sibuk menyusun kertas-kertas di hadapanku.
“Diya…I’m waiting. Cuma apa?,”
“Tak ada apa-apa Encik. Saya buat sekarang,”
Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kemudian kembali tunduk meneliti fail di tangannya. Aku mengeluh lemah. Selamat jalan Charming. Mesti selepas ini, dia akan menyepi lagi. Dan aku akan kembali merindu lagi. Ini semua Encik Firdaus punya pasal. Kenapa perlu dia minta aku buat ini semua di saat-saat yang sebegini penting. Menyampah! Agaknya aku memang tiada jodoh dengan Charming. Tapi, aku betul – betul sukakannya. Aku betul –betul diburu resah bila tidak dapat berbicara dengannya. Biarpun hanya jemari yang menjadi medium bicara, namun, itulah yang membahagiakan aku sekian lama. Aku bahagia melayan patah bicaranya. Nampaknya selepas ini, aku perlu kuat untuk belajar melupakan seorang insan bergelar Charming. Sedihnya. Aku mengangkat muka. Dalam diam merenung tajam pada Encik Firdaus yang leka dengan kerjanya. Bagai tersimpan rasa geram yang tidak berpenghujung di hati ini, walaupun aku tahu ini semua bukan salah Encik Firdaus. Lelaki itu yang sebenarnya tidak serius denganku. Itulah kenyataannya. Tetapi, entah kenapa perasaan yang berbunga ini menafikan kenyataan itu. Perasaan yang berbunga ini sanggup menanggung peritnya sebuah kerinduan yang tidak berbalas. Bodohnya aku. Aku kembali tunduk. Membuat kerja yang disuruh dengan tidak sepenuh hati. Selepas ini, kalau Encik Firdaus marah –marah lagi gara-gara aku buat salah, aku tidak kisah. Saat ini aku hanya ingin melayan perasaanku sahaja. Melayan rasa kecewaku pada Si Charming. Melayan rasa geramku pada Encik Firdaus. Melayan rasa sedihku, pada kebodohanku sendiri.

***



BAB 3





Aku termangu sambil menongkat dagu. Leka melayan perasaan yang tidak menentu. Dua minggu selepas kali terakhir Si Charming muncul di screen komputerku, lelaki itu menghilang lagi. Hancur luluh hati ini tiap kali melihat bicaraku tidak berbalas. Hancur luluh hatiku menanti munculnya window yang aku rindui itu. Sampai hati dia. Sudahnya sudah lebih seminggu YMku terbiar sepi. Malas aku nak buka. Menyakitkan hati aku saja.
“Diya…,”
“Hmmmm…,”
“Diya…,”
“Apa?,”
Sharifah mendengus perlahan. Bahuku ditepuk perlahan. Aku mengeluh perlahan. Sharifah ni. Memanglah. Menganggu betul.
“Diya. Pandanglah aku. Aku nak cakap ni,”
Aku menoleh. Memandang wajah Sharifah yang tersengih senang. Kalaulah aku boleh seceria dia saat ini. Tapi, apakan daya….
“Apa? Cakaplah…,’
Sharifah tidak bersuara. Cuma jarinya menunjuk ke arah screen komputernya. Aku kerutkan kening. Tidak faham maksud bahasa isyarat yang Sharifah gunakan. Lantak kaulah Sherry. Malas aku nak layan. Aku kembali merenung kosong ke screen komputerku. Renungan kosong yang tiada apa – apa makna.
“Diya! Tengoklah sini,”
Aku sedikit tersentak. Terkejut dengan suara Sharifah yang cukup dekat di telingaku. Aku tarik muka. Geram disergah begitu.
“Apa? Terkejut aku tau,”
Sharifah sengih.
“Sorry. Kau pun satu. Aku panggil buat blur jer, kenapa?,”
Aku pandang wajah Sharifah dengan tidak berkelip. Sharifah sengih lagi.
“Janganlah pandang aku cam tu. Kau bukan tak tahu aku gabra kau pandang aku macam tu,”
Aku menjeling. Tahu pun takut.
“Apa dia?,”soalku akhirnya.
“Ni haaa…. Cuba kau tengok ni,”
Aku memandang komputer Sharifah. Tak ada apa-apa pun.
“Apa?,” soalku hairan. Sharifah mendengus perlahan.
“Kau on YM tak?,”
Aku mencebik sambil menggeleng perlahan.
“Patutla. Ni ha. Prince Charming kau tanya kenapa dah lama kau tak online?,”
Aku memandang window di screen computer Sharifah. Window milik Charming. Patutlah dari tadi duk tunjuk komputernya. Rupa-rupanya ini yang dia cuba beritahu aku. Aku bangkit dari kerusi. Melangkah mendekati Sharifah.
“Apa dia cakap?,”soalku dengan nada yang tidak begitu mesra. Ada rasa cemburu berputik di hati. Cemburu pada Sharifah kerana mendapat pesanan dari Charmingku. Tidak adil. Aku yang sapa dia berbakul-bakul, dia buat tidak layan. Sekarang dia boleh berkongsi cerita dengan kawan aku pula.
“Dia tanya pasal kau lah,”
“Tanya apa? Apa yang dia nak tahu? Tak boleh tanya aku sendiri ke?,.”
“Ek eleh Minah ni. Jelous pulak. Dia nak tanya macam mana? Kau tak on YM kau,”
Ya tak ya juga. Aku buat – buat selamba. Menutup rasa malu pada diri sendiri.
“Mana ada aku jelous? Aku tanya saja. Dia nak apa?,”
“Bacalah sendiri,”
“Tak naklah. Nanti kan ada apa-apa rahsia, aku terbaca pulak,”
“Diya. Kau ni memanglah. Rahsia apanya? Baca je lah. Kau ingat aku ada affair dengan Charming tu ke? Kau tak nak baca, biar aku yang baca,”
Aku senyum kecil. Sharifah ni, kadang-kadang terlebih emosional pula. Aku tarik kerusi lalu duduk di sebelah Sharifah.
“Mana?,”soalku sambil meneliti window di screen komputernya.
“Ni haa. Yang kau tengok window pakwe aku tu apasal?,”
Pakwe? Aku tersengih. Sharifah ni, kelakar juga. Ada ke dengan kekasih hati pun boleh sembang dalam Yahoo Mesengger.
“Dengan pakwe pun, kau layan YM ker?,”
“Yelah. Kan jauh…,”jawab Sharifah juga dengan sengih yang panjang. Aku menggeleng perlahan.
Charming: Mana pergi kawan awak yer?
Charming: Lama tak nampak.
Charming: Sibuk ker dia?
Aku termangu. Tidak tahu apa yang aku rasa saat ini. Tersentuh juga hati ini bila baca kata-kata itu. Dia cari aku ke? Dia masih ingatkan aku ke? Tidak. Aku tak boleh lembut hati. Nanti yang makan hati, bukan dia, tetapi aku. Aku mesti kuat. Aku harus belajar melupakan dia. Aku tidak boleh terus melayan perasanku.
“Apa lagi? Pergilah on YM kau. Dia mesti tengah tunggu kau tu,”
“Tak adanya. Kalau aku kumpul pesanan aku kat dia, aku rasa dah penuh tiga-tiga tong recycle bin kat depan tu tau. Yang plastik, yang kaca, yang kertas, semuanya penuh. Tahu tak? Tapi, satu pun dia tak balas. Sedih hati aku ni, Tuhan je yang tahu. Malas aku nak layan lagi. Buat aku sakit jiwa je,”
“Aik. Macam marah je?,”sakat Sharifah sambil tersengih.
Aku mengeluh perlahan. Perlahan juga aku bangkit dari sisi Sharifah. Bergerak malas ke mejaku semula.
“Bukan marah. Tapi, geram,”
“Kau tak boleh nak salahkan dia, Diya,”
Aku merenung tepat ke wajah Sharifah. Dia membela si Charming tu? Ini tidak boleh jadi.
“Kau ni, kawan dia ke kawan aku?,”
“Kawan kau lah. Tapi, dalam kes kau ni, aku tak boleh nak sokong kau. Sebab aku rasa ini semua silap kau juga,”
Aku kerutkan kening. Apa pula salah aku?
“Apa salah aku?,”
“Yelah. Dah berapa puluh kali dia ajak kau keluar? Dia ajak jumpa? Kau jual mahal. Memang padanlah dengan muka kau,”
“Kau ni Sherry… Mulut dah ada insurans belum? Kalau tak ada better keep it shut. Ok?,”
“Amboi… marah….,”ujar Sharifah bersama gelak kecil. Aku menjeling sekilas. Memang betul juga kata-kata Sharifah. Aku mengeluh lagi.
“Entahlah Sherry. Malas aku nak fikir,”
“Haaa. Ni… Tengok. Dia hantar lagi. Aku rasa dia memang betul-betul nak cakap dengan kaulah. On lah. Kesian dia,”Ujar Sharifah sambil jari telunjuknya menujah ke screen komputer. Aku menggeleng perlahan.
“Tak ada mood la. Aku tahu dia bukan serius pun nak kawan dengan aku. Nanti aku pulak yang makan hati sorang-sorang,.”
“Mana kau tahu? Entah-entah ini jodoh kau. Siapa tahu, kan?,”
Aku sengih. Yalah tu. Banyaklah Sharifah punya jodoh.
“Dia suruh kau on YM la Diya,”
“Kau tanyalah dia apa dia nak?,”
“Aku pulak?,”
“Tanya je la,”
“Ok,” balas Sharifah sepatah. Jemarinya laju menaip sesuatu. Kemudian dahinya berkerut merenung screen komputernya. Aku sekadar memandang kosong gelagat Sharifah. Sharifah berpaling sambil tersenyum panjang.
“Nak tahu apa dia cakap?,”soalnya dengan senyuman meleret.
“Apa dia cakap?,”
“Aku baca ya. Beritahu kawan awak tu, on la YM tu. I miss her so much. Betul. Tak tipu. And, suruh juga dia buka email. There is something for her. Special for her,”
Aku termangu. Degup jantung tiba-tiba terasa kencang. Tiba-tiba juga wajahku terasa membahang. Berderau darah mendengar kata-kata yang dibaca oleh Sharifah. Kalau macam ni, boleh cair semula hatiku. Janganlah buat aku macam ni, wahai Charming. Aku memandang wajah Sharifah. Sharifah mengangkat kening bersama senyuman nakal. Aku resah sendiri. Nak mengalah atau nak teruskan perjuanganku untuk melupakan dia?
“So?,”
“Kau cakap kat dia, aku tak boleh nak online. PC aku problem,”akhirnya aku memberi alasan.
Sharifah tersenyum.
“Lantak kau lah. Satu hal, jangan lupa buka email kau. Aku nak juga tengok apa yang special sangat tu?,”
Aku mencebik. Malas melayan kata-kata Sharifah. Padahal saat itu, hatiku memberontak ingin bersembang dengan Charmingku. Tidak. Aku mesti kuat.

*****

BAB 4





Aku termenung di balkoni sambil mataku tertancap pada gelagat Sharifah yang tersengih sendiri di hadapan komputer. Leka melayan teman-teman mayanya. Aku berpaling. Menghadap pada kegelapan malam. Sesekali melihat panorama malam di bandaraya Shah Alam ni, mendamaikan juga. Bolehlah mendamaikan hati aku yang tengah bergelora ni. Entah gelora apa yang melanda, aku pun tak tahu. Gelora rindu ke? Gelora asmara ke? Entahlah. Yang pasti bait –bait puitis lagu yang ditujukan padaku, melalui email dua hari lalu, betul-betul buat aku jadi angau. Yang sedihnya aku angau sendiri. Kad ucapan berisi bahasa puitis lagu Dealova, yang aku cetak dua hari lalu, kubiarkan sepi di atas meja. Sudah berpuluh kali kubaca dan sudahnya aku terbuai di dalam dunia indah yang sementara. Bila terjaga, aku sedar, aku sedang menyeksa perasaanku sendiri. Kejam sungguh perasaan ini.
“Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu….,”
“Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu…,”
“karena langkah merapuh…tanpa dirimu….,”
“Karena hati telah letih…,”
“Aku ingin menjadi sesuatu…,”
“Yang selalu bisa kau sentuh…,”
“Aku ingin kau tahu, bahawa aku…,”
“Selalu memujamu…,”
“Tanpamu.. sepinya waktu…,”
“Merantai hati…,”
“Bayangmu seakan-akan…,”
“Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil …,”
“Rinduku padamu..,”
“Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada…,”
“Hanya dirimumu yang bisa membuatku tenang…,”
“Tanpa dirimu aku merasa hilang…,”
“Dan sepi….,”
Aku tersenyum kecil. Sedap juga suara Sharifah ni. Dalam keasyikan membuai perasaan mendengar lagu yang kononnya ditujukan khas untukku itu, hatiku berdetik tiba-tiba. Aneh mendengar suara riang Sharifah menyanyi lagu Dealova. Lebih aneh apabila Sharifah seakan ingat keseluruhan lagu itu. Hebat juga budak ni. Tak sangka dia hafal lagu tu. Selalunya bukan main susah nak hafal lirik lagu. Aku berpaling. Melihat Sharifah menyanyi – nyanyi sambil memegang kertas yang kucetak tempoh hari. Tidak! Aku menjerit sambil berlari ke arah Sharifah. Sharifah tergelak sambil mengangkat tangan, cuba menyelamatkan kertas di tangannya.
“Bagi aku lah,”
Sharifah tergelak. Untuk beberapa ketika kami berebutkan sehelai kertas itu, sebelum akhirnya Sharifah mengalah. Kertas itu diletakkan di tapak tangan aku. Aku menarik muncung, sambil bergerak ke sofa. Merebahkan badan ke situ. Kertas yang sedikit keronyok itu aku pandang.
“Itulah yang rahsia sangat tu ya?,” Sharifah bersuara sambil melabuhkan punggung ke sofa. Berhadapan denganku. Aku menjeling sekilas.
“Romantiknya dia… Kau tak rasa apa –apa ke masa kau baca kata-kata indah tu? Ditujukan khas pada kau pulak tu? Kalaulah Azman layan aku macam ni… bahagianya aku,”
Aku cuma memandang tingkah Sharifah yang tergedik-gedik. Budak ni, memanglah. Suka sangat berangan.
“Diya….aku tanya ni,” sekali lagi Sharifah bersuara. Aku mengeluh perlahan. Kalau aku tidak rasa apa-apa, takkanlah aku dah jadi angau macam ni, Sharifah oiii. Kata-kata itu cuma melantun di dalam hatiku. Tidak kuluahkan pada Sharifah. Sudahnya aku mencapai kusyen lalu menutup wajah. Pura-pura tidur. Penat mahu melayan bicara Sharifah seterusnya. Semuanya nanti pasti berkisar tentang Si Charming. Kalau boleh aku tidak mahu fikir pun tentang lelaki itu saat ini. Satu-satunya lelaki maya yang berjaya mengetuk hati perempuanku. Ingatkan perasaan itu indah. Rupa-rupanya cukup menyakitkan. Di sebalik rasa bahagia yang aku rasa sekarang, bagai ada selumbar yang menyucuk hati. Entah kenapa, tidak pula aku tahu.
“Diya…kau ni. Aku tanya ni. Jawablah,” Sharifah bersuara sambil menarik kusyen yang menutup wajahku. Aku mengeluh lagi sambil bangkit dari baring. Wajah Sharifah kutatap untuk seketika.
“Entahlah. Aku tak tahulah,” akhirnya aku bersuara lemah.
“Laa… kenapa pulak? Aku cadangkan kau jumpa je dengan Charming ni. Nampaknya dia macam serius ni. Kau cubalah dulu. Bukan rugi apa – apa pun. Kau ni, takut sangat dengan lelaki ni, kenapa?,”
“Siapa cakap aku takut? Aku tak takut lah. Kau ni, pandai-pandai je ya?,”
“Aku yakin Si Charming ni serius dengan kau. Banyak kali dia YM aku tanyakan kau tau. Sejak kau boikot dia. Tunjuk perasaan konon. Kau tunjuk perasaan…aku tengok, kau juga yang macam makan hati,”
“Kalau aku layan dia, aku lagi makan hati, tahu tak?,”
“Kenapa pula? Senang saja. Dia nak jumpa, kau pergi sajalah. Jumpa saja. Bukan buat apa-apa pun. Kalau kau tak berani pergi seorang, aku boleh temankan. Aku pun nak juga kenal dengan jejaka yang seromantik ni. Mesti dia tu macam Prince Charming kan?,”
Aku merenung tajam wajah Sharifah. Tinggi pula imaginasi minah ni.
“And… banyak kali dia call aku tau,” suara Sharifah kembali serius.
“Call kau? Apa dia nak?,”.
“Dia minta nombor telefon kau,”
“Kau bagi tak?,”
“Mestilah tak. Walaupun mulut aku ni gatal nak bagi. Kesian dia Diya. Banyak kali dia minta,”
“Padan muka. Sekarang baru nak menggelabah? Masa aku terhegeh-hegeh, dia jual mahal. Buat aku ni, macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku duk teringat dia siang malam tahu tak? Seminggu aku tak lalu makan. Tahu tak? Ada dia kisah? Tak ada pun. Sekarang bila aku belajar nak lupakan dia, dia buat macam ni pulak. Betul-betul buat aku rasa terseksa tahu tak? Sakit hati aku ni. Pedih. Tahu tak?,”
“Tahu. Tahu. Tak payah lah asyik tanya tahu tak…tahu tak….,” Sharifah bersuara separuh bergurau. Barangkali dia lucu mendengar bicaraku yang berulang-ulang.
“Tapi, kan aku dah cakap. Salah kau juga. Jumpa tak nak. Nombor telefon pun kedekut. Tak nak bagi. Cuba open sikit. Kau ni, tertutup sangat. Get what I mean?,”sambung Sharifah sedikit serius.
Aku buat muka bodoh sambil menatap screen televisyen yang bercerita sendirian.
“Kau ni kan…. Aku tak tahulah nak cakap apa. Nak kata choosy sangat, masalahnya, senarai boyfriend langsung tak ada. Nak kata tak cantik. Kau ni cantik. Nak kata tak ada orang nak…, bersepah lelaki yang duk menunggu kau. Tu, Johan supervisor kat assembly tu, dah setahun tunggu kau. Sekarang ni pulak, aku tengok Encik Firdaus pun macam ada apa-apa je dengan kau. Tu belum masuk Bangla dengan Nepal lagi tu. So, apa lagi yang kau tunggu ha?,”
“Entahlah Sherry. Aku takutlah ,”jawabku perlahan. Sudah lama Sharifah tidak menyentuh hal lelaki denganku.
Sharifah mengeluh perlahan. Perlahan dia bergerak mendekatiku. Memeluk bahuku sambil berdehem.
“Apa yang kau takutkan? Ini lumrah hiduplah. Kecil, besar, bercinta, berkahwin. Then ada anak. Lepas tu cucu. Lepas tu, tua. Kau mesti lalui itu semua,”
“Aku takut…semuanya sama dengan Abang Kamal,”
Sharifah mengeluh lagi.
“Kau tak boleh samakan semua lelaki dalam dunia ni, dengan Abang Kamal tu. Tak semua lelaki macam tulah. Berapa ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Kenapa kau asyik duk ingat dia? buang masa kau saja. Cuba alihkan perhatian kau pada lelaki lain. Johan ke…Encik Firdaus ke….Charming ni ke….Mesti kau sedar, masih ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Percayalah cakap aku,”
“Senanglah kau cakap. Bukan kau lalui semua tu. Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku. Sampai bila-bila pun aku tak akan boleh lupa,”
“Dah tu, sampai bila-bila pun kau tak nak bercinta? Tak nak kahwin? Kau ni….,”bicara Sharifah terhenti di situ. Telefon bimbitnya yang menjerit memaksa dia mematikan bicara. Dia bangkit. Menuju ke meja komputer. Telefon bimbit di sebelah keyboard dicapai. Senyum mekar di bibirnya. Aku turut tersenyum. Buah hati telefonlah tu. Sharifah berlari ke arahku dengan lagak riang yang agak luar biasa. Membuat aku dijentik rasa resah. Resah melihat keriangan teman karibku itu. Janganlah keriangan itu membawa berita ngeri buatku.
“Charming call. Dia nak cakap dengan kau lah,”
Hampir terloncat aku di sofa. Mampus! Kan betul telahanku. Memang berita ngeri! Mana aku nak menyorok ni? Tak nak. Aku tak nak cakap dengan dia. Sharifah menghulurkan telefonnya. Aku menggeleng laju. Gila betul.
“Jawablah. He’s on the line ni,”
“Cakap je lah aku dah tidur…,” ujarku perlahan sambil bangkit dari sofa. Aku mesti masuk ke bilik. Menyorok daripada Sharifah juga Charming. Walaupun aku tahu Charming memang tidak akan nampak aku di situ.
“Dah. Menggelabah pulak. Jawab je lah,”
Aku jegilkan mata pada Sharifah. Kurang asam punya budak. Ada ke cakap macam tu. Kalau Charming dengar, malulah aku. Sharifah menghulurkan telefonnya sekali lagi. Dan sekali lagi jugalah aku menggeleng laju. Apa aku nak cakap dengannya? Mesti nanti macam orang bodoh. Sharifah mengeluh geram. Sudahnya dia mencapai tanganku. Telefon diletakkan diatas tapak tanganku.
“Jawab…,”arahnya bagai mak-mak orang. Aku ternganga. Habislah aku kali ni. Sharifah berlalu semula ke komputer, meninggalkan aku bersama telefonnya. Dan bersama Charming di hujung talian. Bagai tidak percaya, insan yang sedang menunggu aku menjawab panggilannya saat ini adalah Charming. Dalam gugup telefon ku lekapkan ke telinga. Debar di dada hanya Tuhan yang tahu. Silap-silap boleh bisu aku malam ni.
“Hello…,”
Aku terduduk. Bagai mahu luruh jantung mendengar suara itu. Buat kali pertama aku mendengar suara lelaki yang aku puja. Dalam terpaksa aku harus akui, indahnya perasaan ini. Walaupun aku berusaha untuk membuang nama lelaki ini, perasaan ini terlalu indah untuk aku singkirkan begitu sahaja. Kelu. Sungguh aku kelu mendengar suara itu. Bergetar perasaanku.
“Hello. Ada ke tidak ni?,”
Bibirku bergetar. Haruskah aku menjawab?
“You? Ada ke tu?,”
“Ada,” cepat bibirku menjawab. Cepat juga tanganku menutup mulut. Kantoi. Dah terjawab. Maknanya, kenalah aku teruskan perbualan ini. Apa yang hendak dibualkan?
“Apa yang menggelabah sangat?,”soalnya dengan suara yang cukup merdu di telingaku. Agh! Malunya. Kan dah cakap. Dia dengar.
“Err.. tak ada apalah. Tak ada apa-apa,”
Terdengar gelak halus yang membuat jantungku makin kencang berdegup. Tiba-tiba wajah terasa membahang. Entah kenapa suasana yang dingin tadi, tiba-tiba bertukar hangat. Panas. Mungkinkah disebabkan degupan jantungku yang terlalu kencang ini?
“You dapat email I tu?,”
“Emm….dapat. Terima kasih,”
“Itu saja?,”
Aku terpaku lagi. Itu sajalah. Aku nak cakap apa lagi? Cakap lebih-lebih kan, buat aku malu sendiri saja. Entah-entah lirik lagu tu, cuma untuk menyindir aku. Tak mungkin perasaannya begitu terhadapku. Kalau aku…. Betullah. Aku rasa aku ni, dah tahap jatuh cinta ni.
“About that words, I serius. I tak main-main,”
Gulp! Biar betul. Macam mana dia tahu apa yang sedang bermain di kepalaku ini? Dan, betul ke dia serius? Sudahnya aku tergelak. Gelak sumbang.
“Kenapa lama offline? You tahu I cari you kan? Balas dendam ya? Atau merajuk?,”
“Tak adalah. Busy sikit sekarang ni. Tak ada masa,”bohongku dengan nada yang tenang. Harap-harap memang kedengaran tenanglah.
“Macam bohong jer,”
“Betul. Tak bohong. Sibuk sikit,”
“I call you? Give your number,”
“Phone I tengah chargelah. Dalam bilik,”bohongku laju.
“Macam-macam alasan you ya? Nak jumpa tak nak. Nak call tak boleh. Nak YM pulak, busy ya?,”
Aku sengih. Mendapat sedikit keselesaan untuk menyambung bicara dengan Charming. Dia yang bertanya. Jadi, kerjaku, cuma menjawab soalan. Tak payah nak pecah kepala fikir idea nak berborak. Dengan santai aku bersandar ke sofa.
“Just give the number. I’ll call. Tak seronoklah pakai phone kawan you. entah-entah dia pun nak tengah tunggu panggilan kan?,”
“Err… I tak hafal nombor I. Tak apalah. Dia tak kisah. Lagipun dia tengah layan YM dengan boyfriend dia,”
“Alasan. Tapi, sebenarnya you tak nak bagi kan? Tak apa. I akan cuba sampai berjaya. Sebab I rasa, you ni, is the one for me. So, I’ll try sampai berjaya,”
Aku tergelak lagi. Yelah tu. Janganlah kau permainkan perasaan ini wahai lelaki.
“Miss call I. lepas tu I call u. Please. Jangan ada alasan lagi,”
“OK,”bagai dipukau aku menjawab.
“Now,”
“Err…. Kejap.,” aku mula menggelabah. Kesilapan besar. Bagaimana aku boleh tersilap cakap?
“I tunggu ni. Ok?,”
“Ok….,”
Talian terputus. Dan aku termangu sendiri. Perlukah aku memberi nombor telefonku? Kalau dia cuma ingin mempermainkan perasaanku bagaimana? Telefon Sharifah kuletak di atas meja. Dan, deringan telefon bimbitku menarik perhatian. Segera kucapai. Mak. Sukanya hati. Dan aku menjawab panggilan itu sehingga kulupa janjiku pada seseorang….


*****


BAB 5





Di mejaku, aku buat-buat sibuk. Renungan tajam Sharifah, kucuba buat tidak tahu. Aku tahu Sharifah masih tidak berpuas hati denganku. Sejak dua hari lalu. Sejak kuceritakan tentang keterlupaan janjiku pada Charming. Padahal aku memang tidak sengaja. Memang betul-betul lupa. Takkan dia tak boleh terima langsung alasanku itu? Alamak, dia datanglah. Aku cepat-cepat membuka fail Puschasing. Buat-buat sibuk meneliti senarai creditors. Sharifah memeluk tubuh di hadapanku. Tercegat bagai bos nak marah staff bawahan. Perlahan aku mengangkat muka.
“Dah call belum?,” soalnya tanpa memberi salam. Aku bersandar ke kerusi.
“Kan aku dah call hari tu. Dia off handphone dia. Nak buat macam mana? Dia tak seriuslah tu,”
“Itu hari Sabtu lepas. Sekarang dah Isnin. Call la dia,”
Aku termenung. Mencari-cari akal untuk mengelak daripada terpaksa akur pada arahan Sharifah. Tatkala itu juga pandanganku berlaga dengan wajah Encik Firdaus yang serius. Berhenti di ruangan penyambut tetamu. Bercakap sesuatu dengan Mira , gadis penyambut tetamu. Aku melihat jam di dinding. Hampir sebelas pagi. Lambat pula Encik Firdaus masuk pejabat hari ni. Muka pun serius semacam. Takut pula aku tengok. Sudahnya, pandanganku segera kualihkan. Kembali menghadap wajah Sharifah yang tidak begitu ceria hari ni. Pun serius juga. Agaknya hari ni, hari muka serius sedunia kot. Aku tersengih sendiri. Kalakar dengan lawak ku sendiri.
“Diya! I’m talking to you. Kau dah call dia belum?,” soal Sharifah dengan suara sedikit tinggi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apalah yang hendak kukatakan pada gadis ini?
“Aku rasalah, dia ni mesti dah kahwinlah. Yelah. Cuba kau fikir, kenapa dia swicth off telefon? Pasal tu kan weekend. Dia mesti spend time dengan family dia. Tak nak terkantoilah tu. Betul tak apa aku cakap? Dia tu cuma nak permainkan aku saja,”akhirnya aku mendapat idea paling logik untuk diberikan pada Sharifah. Untuk mengelak daripada arahan Sharifah.
“Banyaklah kau punya kahwin. Berapa kali kau call dia?,”
Perlahan aku mengangkat jari telunjuk. Menunjukkan isyarat satu bersama senyuman kecut. Sharifah ni, kalau dah marah, takut pula aku tengok.
“Sekali? Hari Sabtu tu je lah kau call dia? Lepas tu?,”
“Aku call dia off. Jadi takkan aku nak call lagi. Dia tak nak diganggulah tu. Mesti dia dengan anak isteri dia tu. Dia berbahagia di sana, kau marah-marah aku kat sini. Tak adil tahu tak?,”
“Yelah. Kau sepatutnya call dia. Minta maaf. Masalahnya kau dah janji dengan dia. Jadi, kau tak patutlah buat dia macam tu,”
“Aku dah call kan? Lagipun aku bukan sengaja. Memang aku terlupalah. Aku sembang dengan mak aku dekat dua jam tau. Mana aku tak lupa. Bukan salah aku. Dia pun tak ada telefon kau, tanyakan pasal aku. Itu menunjukkan yang dia memang tak serius dengan aku. Yang kau pula, janganlah marah aku sampai macam ni sekali. Kau kan kawan aku. Bukan kawan Si Charming tu,”
Sharifah mengeluh perlahan. Mungkin amarahnya sudah sedikit kendur.
“Ego juga kau ni ya? Tak nak beralah. Kalau macam ni, aku pun tak tahu nak cakap apalah. Suka hati kaulah Diya. Janji kau bahagia,”
Aku sengih. Mungkin betul kata-kata Sharifah. Berat hatiku untuk membuka langkah pertama. Sebenarnya bukan aku ego. Tapi, aku malu.
“Rancak nampak. Tak ada kerja ke?,”
Teguran itu membuat aku dan Sharifah sama-sama terkejut. Encik Firdaus tercegat di belakang kami. Sejak bila dia di situ? Tadi aku tengok sedang berbual dengan Mira. Aku tersengih. Sharifah pun sama. Alamak! Kantoi dengan bos la.
“Ada Encik Firdaus. Tapi, semua dah siap,”jawab Sharifah sambil tersenyum panjang. Encik Firdaus turut tersenyum. Aik! Tadi bukan main serius lagi mukanya. Bercakap dengan Mira, sikit pun tak senyum.Sekarang, bukan main manis pula senyumnya. Pelik betullah bos aku ni. Tapi, kalau dia senyum macam ni selalu kan, bagus. Ceria sikit pejabat ni. Aku tersenyum dalam diam.
“Yes, Diya? Anything to share?,”soal Encik Firdaus sambil menikam mataku dengan renungannya yang redup. Aduhai. Lupa sekejap aku pada Charming. Aku tersenyum sambil menggeleng. Apalah hati ni. Cepat sangat tergugat. Hihihi.
“Tak ada apa-apalah Encik,”
“Orang… kalau senyum sorang-sorang, there’s must be something. Adalah yang buat hati senang tu ya?,”
Aku cuma sengih. Encik Firdaus pula menyambung senyum sebelum berlalu.
“Berborak boleh. Tapi, kerja kena jalan tau,” dalam lembut, sempat dia bahasakan aku dan Sharifah. Hampeh betul. Aku mencebik. Sharifah pula tersengih.
“Ini semua kau punya pasal. Kau ajak aku sembang pasal Charming time kerja macam ni, kenapa?,”ujarku setelah bayang Encik Firdaus menghilang. Sharifah tergelak kecil sambil berlalu ke mejanya.
“Tapi, aku peliklah. Sejak dua menjak ni, dia selalu muncul tiba-tiba kat belakang kau. Kenapa ya?,”soal Sharifah sambil memandangku. Aku tersengih. Sharifah ni, memang nak kena.
“Kau nak aku jawab ke soalan tu?,”
Sharifah mengangguk. Aku tersengih. Baru mahu membuka mulut, tiba-tiba window kesayanganku muncul di screen komputer. Mana satu nak buat dulu ni? Jawab soalan Sharifah atau baca pesanan Charming?
“Kenapa?,” soal Sharifah sekali lagi. Aku berpaling padanya.
“Kau tahu tak suara kau tu, sampai pak guard kat guard house tu pun boleh dengar tahu tak? Mahu dia tak datang senyap-senyap macam tu. Nasib baik dia sound dalam lembut. Kalau tak, buat malu saja tau,”
“Ye ke? Aku rasa suara aku tak ada la kuat sangat…,”
“Kau yang perasan suara kau tak kuat. Padahal satu office ni boleh dengar suara kau yang merdu tu,”
Sharifah termangu seketika. Aku tersenyum melihat gelagat Shariifah yang sedikit blur. Suka aku lihat wajah dia macam tu. Cute. Kemudian mataku teralih ke window Charming.
Charming: Hai sayang. I dapat message U. Sorry I memang offline kalau weekend.
Aku termangu sambil menongkat dagu. Mungkinkah betul telahanku tadi? Entah – entah dia dah kahwin. Sebab tu dia matikan telefon dan sebab itu jugalah dia tidak melayari YM. Hatiku tiba-tiba menjadi tidak enak. Apa akan jadi kalau aku jatuh cinta pada suami orang. Tidak mungkin. Aku tidak mahu bercinta dengan suami orang.
Charming: I spend masa untuk Mummy I. Tak boleh buat benda lain. Weekend just for her.
Yelah tu. Untuk Mummy ke untuk isteri? Hatiku berdetik tiba-tiba.
Charming: I belum kahwin la. Tahu apa ada dalam kepala U tu. Sebab belum
kahwin la, masa weekend, cuma untuk dia.

Wajahku terasa membahang. Dia tahu apa yang aku fikir? Dia ni, orang ke hantu? Ini yang buat aku seriau ni.
Charming: U? Ada ke tak tu?
Ugly Betty: Ada.
Charming: Naper diam?
Ugly Betty: Tak ada apa-apalah.
Charming: Kata nak miscall. Tak ada pun.
Ugly Betty: Kan I dah minta maaf. Tak sengaja. I betul-betul lupa.
Charming: Lupa? Bergayut dengan pakwe ke?
Ugly Betty: Mak I lah. Lepas I cakap dengan U, mak I call. Sembang dengan dia sampai dua jam lebih, lepas tu, terus lupa. So sorry.
Charming: Tak apa. But U know something?
Ugly Betty: ?
Charming: Lepas I cakap ngan U mlm tu, I got one miss call. I though it’s U.
Aku senyum. Siapalah yang miscall tu? Rasa kurang senang tiba-tiba menyelinap di hati. Ada rasa marah pada orang yang buat miss call tu. Cemburu ke ni? Ish! Takkanlah.
Ugly Betty: Then? J
Charming: I returned the call. And, it’s a disaster, U know…,
Keningku berkerut. Disaster? Macam teruk saja bunyinya. Apa yang disaster tu? Jemariku pantas menaip.
Ugly Betty: Disaster?
Charming: Ya. Rupa-rupanya pompuan indon. Salah nombor. Satu malam dia
ganggu I. Lastly, I switch off my phone.
Oh….Patutlah aku telefon tidak dapat. Takutkan perempuan Indon rupanya. Aku tergelak kecil. Penakut juga orangnya.
Charming: Apa gelak2?
Jemari segera melekap di bibirku. Misteri betullah dia ni. Macam tahu semua yang aku rasa. Macam tahu semua yang aku buat. Menakutkan betul.
Ugly Betty: Patutlah saya call tak dapat.
Charming: Berapa kali U call? Bila?
Uhly Betty: Ada la. Tapi, U off.
Charming: I off malam tu jer. Lepas tu I on my handphone.
Ugly Betty: hihihihi
Charming: Sekali cuba saja ye? Lepas tu, terus diam. Tak tunjuk efforts yang baik
pun…nak kawan ngan I. Tapi, tak apa. I x kisah. Sebab I akan tunggu
U sampai U sudi nak keluar ngan I. N sampai U sudi terima I sebagai
teman hidup U.
Ugly Betty: Ye lah tu. Entah2 U ni dah ada gf. Saja nak main2kan I.
Charming: Terserah pada U. Tapi, Im very sure about my feeling.
Aku tersenyum sendiri. Yalah tu. Susah pula hendak percaya. Tapi, dalam tak percaya itu jugalah hatiku tergoda. Dalam tak percaya itu jugalah, aku asyik membuai perasaan.
Charming: So, bila kita nak jumpa?
Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba. Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpa tidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Aku lebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebih selesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuat aku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki. Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampir menggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untuk mengenali insan bergelar lelaki. Tapi, entah kenapa dengan Charming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana aku cuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu sebabnya?
Charming: Setiap kali tanya soalan ni, mesti x de reply.
Ugly Betty: Hmmm. Tengoklah dulu.
Charming: I x kisah. U ambik lah sebanyak mana masa yang U nak. I boleh tunggu.
Aku tersenyum kecil. Betul ke dia sanggup tunggu? Mana ada lelaki macam tu di dalam dunia ini? Sanggup menunggu perempuan yang dia sendiri tidak pernah jumpa. Dan tidak pernah kenal.
Charming: k la. I ada meeting pas ni. Gtg. Next time kita sambung. Tapi, jangan
lupa call malam ni. I tunggu. And, make sure U x lupa lagi.
Ugly Betty: InsyaALllah.
Charming: I tunggu. Bye.
Ugly Betty: k.
Aku termenung. Nampaknya malam ni, aku tidak boleh lagi mungkir janji. Window milik Charming aku tutup perlahan. Perlahan juga aku mula menongkat dagu. Mula melayan perasaan. Hish! Tak boleh berangan di sini. Banyak lagi kerja lain yang harus diselesaikan. Nak layan perasaan, tunggu sampai rumah. Di sini, tempat kerja. Aku menghela nafas. Mencari semangat baru untuk meneruskan kerja. Terputus bicara dengan Charming pasti buat aku hilang semangat. Kalau boleh aku ingin berbicara dengannnya sehingga ke akhirnya. Tapi, itu kan mustahil.
“Aik. Lain macam je? Tiba-tiba hilang semangat. Monyok je aku tengok. Kenapa?,”Sharifah bertanya tiba-tiba. Aku sengih. Ketara sangatkah perubahan wajahku?
“Tadi Charming online,”
“Okla tu. Dia cakap apa?,”
“Dia tak marah pun. Malam ni dia suruh aku call dia,”ceritaku bersama senyuman yang meleret. Entah kenapa, saat ini bercakap tentang Charming membuat aku berasa sangat bahagia.
“Amboi. Bukan main panjang senyumnya. Suka hatilah tu. Kali pertama aku tengok kau senyum macam ni, bila cakap pasal lelaki. Bertuah betul Charming tu ya. Macam mana lah agaknya orang yang dah berjaya mencuri hati Adiya Fatiha ni,”
Aku tersenyum lagi. Tiba – tiba berasa senang diusik begitu. Ish! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni ya? Telefon bimbitku menjerit tiba-tiba. Mengalih perhatianku seketika. Segera tanganku mencapai telefon di atas meja. Melihat siapa gerangan pemanggilnya. Nombor baru yang tidak aku kenali. Siapa pula ni?
“Hello?,”
“Assalamualaikum, Tiha,”
Aku tergamam. Tidak mungkin. Hanya seorang sahaja manusia yang panggil aku dengan panggilan itu. Tidak mungkin dia. Mana dia dapat nombor aku? Tidak!
“Tiha?,”
“Waalaikumussalam,”
“Ingat abang?,”
“Mana abang dapat nombor ni?,”soalku dengan suara sedikit bergetar.
“Mak Tiha bagi,”
Aku termangu. Habislah aku kali ni. Kenapalah dia muncul lagi? Ingatkan aku tak akan jumpa lagi dengan lelaki ini.
“Kenapa tak balik masa kenduri kesyukuran abang hari tu?,”
“Sibuk. Tak dapat cuti,”jawabku dengan nada yang cukup dingin. Terdengar tawa di hujung talian. Tawa yang buat aku menyampah.
“Macam manalah rupa girl abang sekarang? Rindulah. Abang datang jumpa nanti. Okay?,”
“Tak payah. Lately, saya sibuk la,”
“Abang datang nanti. Rindu sangat kat Tiha. Enam tahun tak tengok muka comel ni,”
Aku kaku. Diam mendengar kata-kata itu. Rasa menyampah pada kata-kata itu tetap sama dengan rasa menyampahku enam tahun dulu.
“Okla. Saya banyak kerja ni,”
“Ok. Kita jumpa nanti. Abang sekarang pun, kat Shah Alam,”
Talian segera kumatikan. Telefon bimbit kucampak ke meja secara spontan. Dia kat Shah Alam? Tidak! Aku tidak mahu mendengar berita seburuk ini. Lebih-lebih lagi di saat aku menikmati kebahagiaan bersama Charming. Tidak mungkin. Kenapa dia tidak bermastautin saja di Australia? Mengapa dia perlu pulang ke sini dan mengganggu hidupku lagi?
“Kenapa Diya? Macam ada yang tak kena saja?,”
Aku pandang wajah Sharifah. Mesti dia perasan perubahan wajahku.
“Abang Kamal,”jawabku sepatah.
Riak wajah Sharifah nampak amat terkejut.
“Abang Kamal call ke?,”soalnya juga dengan nada terkejut. Aku mengangguk lemah.
“Abang Kamal? Bila dia balik? And mana dia dapat nombor telefon kau?,”
Aku mengeluh bersama dengan muka yang cukup gelisah.
“Mak aku bagi,”
Sharifah turut mengeluh panjang. Barangkali dia simpati padaku.
“Apa aku nak buat Sherry? Dia cakap dia ada kat Shah Alam sekarang. Aku tak sukalah macam ni,”
“Rilekslah. Janganlah menggelabah,”
“Aku takut. Aku tak nak jumpa dia. Kalau macam ni, aku nak resignlah. Aku nak balik kampung. Tinggal dengan mak aku. Aku tak mahu jumpa dia. Aku tak mahu tengok muka dia,”
“Kau ni. Cakap macam budak-budak pulak. Janganlah gabra sangat. Kau bukan macam dulu lagi kan? Aku yakin kau boleh berdepan dengan dia,”
“Aku tak nak tengok muka dia. Aku menyampah,”
“Sudahlah tu. Cuba bertenang,”
Aku pandang wajah Sharifah. Dia boleh suruh aku bertenang? Bagaimana aku hendak bertenang kalau dibuatnya tiba-tiba dia tercegat di hadapanku? Aku mengeluh berat. Gusar memikirkan hari esok.

***


BAB 6





“Are you okay?,”
Soalan Sharifah secara tiba-tiba membuat aku tersentak. Pen di tangan terpelanting ke lantai. Rupa-rupanya cukup lama aku mengelamun. File yang ku ambil, rupa-rupanya masih terletak elok di atas meja. Belum berusik. Sharifah tersengih sumbang melihat aku terperanjat besar menanggapi sapaannya. Mungkin sudah bersedia untuk dimarahi. Perkara wajib yang akan aku lakukan setiap kali dia membuat aku terperanjat. Namun, tiada kata-kata marah yang keluar dari mulutku. Tiada keinginan untuk memarahi sesiapa. Apa yang bersarang di hati lebih membuat aku susah hati. Membuat aku gundah gulana. Sharifah menongkat dagu di mejanya sambil matanya bulat memandangku.
“Any problem?,”soalnya padaku dengan wajah yang cukup bersimpati. Aku menjeling. Sudah tahu lagi mahu tanya ke? Padahal tiap-tiap malam sejak kebelakangan ini, dia melihat muncung aku yang sikit punya panjang setiap kali telefonku berdering.
“Abang Kamal?,”tekanya bersama senyum kecil yang menguntum di bibir. Aku mengeluh perlahan sambil bersandar ke kerusi.
“Siapa lagi?,”ujarku pendek. Jeritan telefon bimbitku, memendekkan lagi bicara. Aku menjengah. Abang Kamal. Aku mengeluh berat. Kenapalah lelaki ini tidak pernah mahu mengerti yang aku tidak sukakan dia? Telefon kubiarkan menjerit sendirian. Sharifah sekadar memandang. Tidak lagi bertanya. Pasti dia juga sudah tahu siapa gerangan pemanggil yang berjaya membuat mukaku berkerut seribu. Yang berjaya membuat mukaku menjadi cuak semacam. Setelah lama menjerit, akhirnya telefonku diam. Tetapi, Cuma seketika. Jeritan yang lain pula menyentap kalbu. Sistem pesanan ringkasku menerima pesanan. Dengan malas aku mencapai juga telefon yang minta dipegang itu. Membuka pesanan yang dihantar.
‘Abang kat luar. Keluar cepat. Kita lunch sama. Abang tunggu ni.’
Aku ternganga. Gila! Betul –betul gila.
“Kenapa Diya? Macam nampak hantu je aku tengok,” tegur Sharifah pelik. Aku pandang wajah Sharifah tanpa berkelip. Telefonku aku hulurkan padanya. Sharifah mencapai kemudian membaca pesanan dari Abang Kamal. Sekarang matanya pula membulat memandangku. Sekarang baru kau tahu kenapa muka aku macam nampak hantu. Sebab memang hantu pun yang sedang menungguku di luar.
“So, macam mana?,”
Aku cuma menjungkit bahu. Mana aku tahu.
“Takkan kau nak biarkan dia tunggu kau kat luar tu,”
Aku jegilkan mata pada Sharifah.
“Takkan kau nak aku keluar dengan dia? Gila apa kau ni,” soalku geram. Kalau dengan lelaki yang aku sayangi, Si Charming pun, aku tak nak jumpa, apatah lagi dengan makhluk Tuhan yang paling aku benci ini.
“Bukanlah keluar dengan dia. Tapi, pergilah jumpa dia kejap. Cakaplah kau dah makan ke, tak boleh keluar ke. Sekurang-kurangnya tak adalah dia duduk je kat luar tu,”
“Tak naklah aku,”
“Tak bolehlah macam ni. Pergi je lah sekejap,”
Telefonku berdering sekali lagi. Sharifah menatap screen telefon yang masih berada di tangannya.
“Abang Kamal lagi. Better you pergi jumpa dia kejap. Suruh dia pergi,”
“Masalahnya, aku takut. Aku takut nak jumpa dia,”
“Kalau kau takut, dia akan ambil kesempatan atas kau. Percayalah cakap aku. Kau mesti berani. Berani melindungi diri kau sendiri. Cubalah. Aku tahu kau boleh buat,”
Aku menjeling marah. Senanglah kau cakap, Sharifah oi. Kau tak lalui apa yang aku lalui. Syarifah senyum. Tapi, kali ini senyumannya seperti membakar semangatku. Senyuman pendorong untuk aku jadi lebih berani. Aku terdiam sejenak. Mungkin Sharifah betul. Sudah sampai masanya untuk aku menjadi lebih berani. Aku mesti lawan ketakutan yang membaluti jiwaku sekian lama. Ketakutan yang menjarakkan aku dengan kaum Adam. Aku mesti kuat. Tapi, cukup kuatkah aku untuk melakukan perubahan itu?
“Apa lagi? Pergilah. Dah tiga kali dia call kau ni,”
“Kalau dia paksa aku macam mana? Dia suka paksa orang,”aku bersuara lemah. Tiba-tiba sahaja semangatku yang berkobar-kobar tadi hilang entah ke mana. Yang tinggal cuma rasa gerun untuk berdepan dengan Abang Kamal. Sharifah mengeluh panjang. Tajam matanya merenung wajahku.
“Kau bukan budak kecik lagi. Kau dah cukup dewasa untuk melawan dia. Kau berhak membuat keputusan kau sendiri. Lagipun, dia tu siapa nak paksa-paksa kau?,”
Aku mengagguk perlahan. Dalam situasi tertentu, pendapat Sharifah boleh juga dipakai. Perlahan aku mengangkat punggung.
“Aku pergi ni. Kau doakan aku jadi orang berani ya?,”
Sharifah tergelak.
“Selama ini, orang yang takut nak jumpa kau. Hari ni, terbalik pula ya?,”
Aku mencebik sambil mula mengatur langkah dengan perasaan yang bercampur- baur. Ada rasa takut. Ada rasa marah. Ada rasa geram. Ada rasa benci. Yang banyaknya, rasa takut. Aku cukup gerun mahu berhadapaan dengan Abang Kamal. Tapi, kalau dibiarkan, mungkin telefonku akan terus menjerit hari ini.
“Kuatkan semangat. Aku yakin, Malaysia boleh. Kau…aku tak tahulah,” ujar Sharifah bersama gelak kecil. Loyar buruk pula Minah ni. Aku cuma tersenyum kelat. Dengan langkah yang berbelah bagi, ku pergi juga. Melihat dari jauh seorang lelaki yang segak berdiri di sebelah sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Semakin hampir, terasa degupan jantungku semakin kencang. Sebuah senyuman yang cukup lebar menghias seulas bibir merah jambu yang di temani sedikit kumis nipis. Entah kenapa senyuman itu tidak nampak manis di mataku. Abang Kamal sudah agak berbeza penampilannya. Sudah sedikit kemas berbanding enam tahun dulu. Juga sudah agak berisi berbanding dengan tubuhnya yang kurus melidi satu masa dulu.
“Lama abang tunggu. Sibuk ke?,”itulah ayat pertama yang menyentuh gegendang telingaku. Aku cuma memandang wajah itu tanpa perasaan. Abang Kamal nampak begitu gembira. Dia menghulurkan helmet padaku. Aku tidak bereaksi.
“Abang buat apa kat sini?,”
“Kan abang dah cakap. Abang nak ajak Tiha keluar lunch,”
“Saya tak nak,”
Wajah Abang Kamal sedikit berubah.
“Tiha… kenapa ni?,”
“Saya sibuk. Banyak kerja nak buat. Lagipun saya dah makan dengan kawan saya,”
“Lain macam bunyinya. Macam tak suka saja abang datang..,”
Aku pandang wajah Abang Kamal yang kelihatan sedikit tegang. Memang itulah Abang Kamal. Suka membuat keputusan sendiri dan tidak suka dilawan.
“Memang saya tak suka abang datang sini. Saya tak suka abang ganggu hidup saya,”
Bulat mata Abang Kamal menikam mataku. Dan aku? Aku rasa macam tidak percaya dengan diri sendiri. Akukah yang baru menuturkan kata-kata itu? Tiba-tiba aku berasa bangga pada diriku sendiri. Tak sangka aku punya keberanian untuk melawan Abang Kamal. Betul kata Sharifah. Aku sepatutnya mencuba sebelum menyerah kalah.
“Tiha dah jadi kurang ajar sekarang ya?,”
Aku menentang renungannya. Aku kurang ajar? Bukankah dia lebih kurang ajar dariku? Berani dia bercakap tentang kurang ajar. Aku menarik muka masam. Abang Kamal pula, tersandar pada motor besarnya.
“Kenapa Tiha jadi macam ni?,”soalnya dengan suara yang sangat serius. Juga dengan pendangan yang sangat serius. Aku membuang pandang. Dia ingat dia seorang saja yang boleh buat serius? Aku pun boleh.
“Abang yang buat saya jadi macam ni. Dan jangan sesekali nak cakap saya kurang ajar. Kalau pun ada yang kurang ajar. Orangnya ialah abang. Bukan saya,”ujarku tajam. Beraninya aku. Dalam diam hatiku melonjak riang. Wajah Abang Kamal yang serius, perlahan-lahan mengendur. Mungkin dia tahu apa yang aku maksudkan. Dia mengeluh perlahan sambil melurut rambutnya yang disikat rapi.
“Tiha masih tak dapat lupakan apa yang pernah berlaku dulu ya?,”soalnya lembut.
“Abang ingat, saya ni apa? Boleh lupakan semua tu macam tu saja? Tak mungkin bang. Saya tak akan lupakan perbuatan abang tu. Kesannya pada saya terlalu pahit, bang,”
“Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang tak pernah berniat nak buat semua tu. Lagipun itu semua dah lama berlalu. Masa tu, abang terlalu muda Tiha,”
“Itu bukan alasan. Saya pun tak ada masa nak dengar alasan abang. Saya ada kerja. Baik abang pergi sekarang. Dan jangan datang lagi ke sini. Jangan jumpa saya lagi. Saya tak nak jumpa abang,”
“Tiha..please. Jangan buat abang macam ni. Dari dulu Tiha tahu sayang abang kat Tiha macam mana kan?,”Abang Kamal bersuara sambil mencapai jemariku. Dengan pantas aku merentap tanganku. Sentuhannya mengingatkan aku pada perbuatannya suatu masa dulu. Dan aku tidak mahu mengingati itu semua.
“Dari dulu juga abang tahu perasaan saya pada abang macam mana. Tapi, abang tetap memaksa hingga abang sanggup nak nodai saya. Saya tak akan lupakan semua tu. Kerana perbuatan abang, sampai sekarang perasaan takut tu menyiksa hidup saya,”
“Abang tak sengaja. Dan abang menyesal. Abang lakukan semua tu, sebab abang tak mahu kehilangan Tiha. Abang terlalu sayangkan Tiha,”
Aku membuang pandang. Alasan. Tidak kuasa aku mendengar sebarang penjelasan daripada lelaki ini.
“Oklah. Saya banyak kerja ni. Baik abang pergi,”
Abang Kamal tidak berkata apa-apa. Cuma renungannya menikam mataku.
“Saya pergi dulu,” ujarku sambil mengatur langkah memasuki kawasan kilang tempat aku bekerja.
“Abang pergi. Tapi, tak bermakna abang mengalah. Abang tahu abang pernah melakukan kesalahan pada Tiha. Abang akan cuba tebus kesalahan itu,”
Kata-kata itu aku biarkan hilang bersama debu yang ditiup angin tengahari itu. Aku terus berlalu meninggalkan Abang Kamal.
“Ayyoo adik Diya. Dating ke?,”
Suara sumbang itu menarik perhatianku. Aku berpaling. Seorang mamat Nepal tersengih memandangku sambil memegang plastik hitam berisi sampah. Mamat ni memang nak kena. Aku tengah angin, nak buat ramah pulak.
“Banyak hensem aaa itu abang,”
Aku kerutkan kening. Geram pula melihat mukanya yang tersengih-sengih.
“You datang sini mahu bikin apa ha?,”soalku dengan wajah mencuka. Dia tersengih sambil mengangkat plastik sampahnya.
“Buang sampah juga… adik,”
“You buang sampah pakai tangan ke pakai mulut?,”ujarku geram. Dia gelak lagi.
“Pakai tangan la adik Diya. Mulut untuk makan juga,”balasnya masih bersama senyuman meleret. Hai, mamat ni, memang menyakitkan hati betullah. Aku berpaling. Meneruskan langkah menuju ke arah pejabat. Malas hendak melayan mamat Nepal yamg tidak faham bahasa itu.
“Itu aaaa…lain tada. Mesti gaduhlah tu. Jangan risau adik Diya, sikit jam dia mesti pujuk punya…,”
Hai! Mamat ni, sudah lebih. Memang nak kena basuh mamat Nepal ni. Aku berhenti mengejut dan berpaling. Buk!
“Adoiiiiii!,”jeritku sambil tunduk menekan dahi. Sakitnya!
“Sedap ke?,”
Satu suara bertanya. Dan, pertanyaannya betul-betul menambahkan rasa geram di hati. Ada ke tanya sedap ke?
“Sakit siot!,”ujarku geram sambil menngosok dahiku. Sakitnya. Aku mendongak sambil menggosok dahiku. Betul-betul sakit. Dan, melihat siapa gerangan berada betul-betul di hadapanku membuat aku ternganga. Sakitku hilang serta merta. Yang tinggal kini, hanya rasa takut kerana mulut celuparku dengan mudahnya memaki bos sendiri.Tidak! Encik Firdaus! Maafkan saya Encik Firdaus. Jangan marah saya yang kerdil ini… Habislah aku kali ni. Encik Firdaus tersenyum.
“Marah nampak,”ujarnya bersama senyum manis yang menguntum. Rupa-rupanya aku terlanggar Encik Firdaus. Macam mana dalam sekelip mata, dia boleh berada di belakangku? Sebaik aku berpaling, dahiku selamat bertembung dengan dagunya. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Tapi, itu semua salah aku.
“Maaf Encik. Saya tak sengaja. Sakit ke?,” dalam kelam kabut dan malu yang amat sangat aku bertanya sambil secara spontan jemariku menggosok dagunya. Tindakan refleks yang amat bodoh. Dan, aku cuma menyedari tindakan bodoh itu tatkala aku terasa jemariku berada di dalam genggaman Encik Firdaus. Membuat aku kaku seketika. Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus turut sama merenungku. Membuat wajahku membahang tiba-tiba. Membuat jantungku berdegup kencang juga secara tiba-tiba. Baru aku sedar betapa dekatnya jarak antara kami. Begitu hampir sehingga haruman minyak wangi yang dia pakai bagai melekat di hidungku. Aku bagai terpana. Kenapa perasaanku cukup berbeza? Sentuhan Encik Firdaus membuat aku rasa indah. Kenapa perasaannya tidak sama dengan sentuhan Abang Kamal?
“Ek hem..Encik Firdaus memang suka kalau accident macam ni, Adiya,” suara itu tiba-tiba mencelah. Mengganggu detik-detik indah luar biasa yang baru aku alami. Juga menyedarkan aku, bahawa bukan hanya aku dan Encik Firdaus sahaja berada di situ. Bagaimana aku boleh tidak perasan dengan Lisa yang tercegat di sebelah Encik Firdaus. Malunya! Encik Firdaus turut berdehem, sambil cuba mengukir senyum. Kali ini aku dapati, amat payah untuk Encik Firdaus mengukir senyum padaku.
“Are you okay?,”soal Encik Firdaus sambil menyentuh dahiku yang masih terasa sakit. Aku sengih sambil bergerak ke belakang. Jemariku di dalam genggamannya kutarik perlahan. Segan pada Lisa, setiausaha Encik Firdaus yang dari tadi tersenyum meleret melihat drama antara aku dan Encik Firdaus. Juga malu apabila mendengar gelak kuat Mamat Nepal yang menjadi punca amarahku. Menjadi punca kemalangan ini. Encik Firdaus berpaling ke arah tawa sumbang itu. Namun, pegangan tangannya tidak dilepaskan.
“Yes? Anything funny, Damodar?,” soalnya serius.
“Nothing, Sir. Sorry,” balas lelaki itu sambil terus berlalu. Padan muka. Namun, aku perasan masih ada sisa tawa yang di bawa bersama. Dan, Encik Firdaus… bila nak lepaskan tangan saya ni? Aku bertanya sendiri.
“Merah dahi awak. Ni, kena tuam ni,” Encik Firdaus bersuara sambil mengelus perlahan dahiku. Alahai. Janganlah macam ni Encik Firdaus. Ini dah macam drama romantik rupanya ni. Encik Firdaus mengelus perlahan dahiku sambil menggenggam erat jemariku. Aku tak tahu apa yang dia rasa saat ini. Tapi, yang aku pasti, perbuatannya itu membuat jantungku seperti mahu meledak. Janganlah buat saya jadi perasan, Encik Firdaus.
“It’s ok Encik Firdaus. Salah saya. Saya minta maaf. Saya tak hati-hati,” ujarku sambil menarik tanganku dari genggamannya. Dengan perlahan dia leraikan pegangannya, sambil matanya masih menikam mataku. Macam tak nak lepas je. Hatiku berbisik sendiri. Menyedari renungan mata Encik Firdaus masih juga jatuh ke wajahku, aku tunduk. Kenapa lain benar pandangan Encik Firdaus kali ni? Silap haribulan boleh pengsan aku di situ.
“Jangan lupa tuam dahi tu. Nanti benjol, nak bersanding tak cantik,”
Aku tersengih. Aduhai Encik Firdaus. Sempat kau buat lawak denganku? Tidakkah kamu tahu perasanku saat ini? Bergelora bagai taufan menyapa lautan.
“Saya pergi dulu. Kak Lisa, saya pergi dulu,”
Lisa tersenyum panjang dan Encik Firdaus pula merenung panjang. Merenung siapa? Merenung aku lah! Itu yang buat aku nak cabut cepat-cepat. Sebelum aku perasan lebih-lebih, baik aku pergi dari situ. Dalam pada melayan debar dek layanan Encik Firdaus, tiba-tiba aku teringatkan Charming. Maafkan saya Charming. Saya cuma suka sikit saja kat bos saya ni. Itupun sebab semua orang suka kat dia, saya pun rasa macam nak suka juga la. Tapi, hati saya tetap kat awak… Walaupun saya tak kenal awak…Teringatkan Charming aku jadi lupa pada Abang Kamal. Jadi lupa pada Encik Firdaus. Senyum manis tiba-tiba terukir di bibir.

****

BAB 7





Dua hari berlalu sejak insiden drama romantik antara aku dan Encik Firdaus. Dua hari itu jugalah mulut murai sebelahku ini tidak berhenti bertanya itu dan ini. Betul-betul buat aku rimas. Hilang tumpuan aku gara-gara mulut kecil ini. Tumpuan apa? Tumpuan bercinta dengan Charminglah. Di rumah, tumpuan bicaraku dengan Charming terbantut di hujung jari. Di pejabat pun sama. Gangguan yang sama daripada mulut yang sama. Itu belum masuk lagi pesanan ringkas dan deringan tidak berangkat daripada Abang Kamal. Banyak sungguh halangan untuk kita bersama, Charming. Aku mengeluh sendiri. Menunggu untuk beberapa ketika lagi di hadapan komputer sebelum aku beredar ke bahagian production.
“Diya!,”
Aku tersentak. Dengan malas aku pandang wajah Sharifah yang sudah menyinga.
“Apa dia Sherry? Mulut kau ni, tak reti penat ke?,”
Sharifah mencebik. Dari mejanya, dia menghayun langkah ke arahku.
“Aku tak akan penat selagi kau tak cerita habis pasal tu,”
“Nak cerita apanya? Tak ada apa-apalah. Kan aku dah beritahu hari tu. Kitaorang terlanggarlah. ‘Ter’… Kau tahu tak? Kalau kau tak faham ‘ter’ ,orang putih cakap accident. Faham tak?,”
Sharifah mencebik.
“Itu aku tahulah. Tapi, takkan setakat itu je? Aku tengok Encik Firdaus tu pun dah lain macam je tengok kau. Kuch kuch ho ta hai kot. Apa kata orang tu… dari mata terus turun menusuk hati. Aduh…,”
“Ek? Kau memang. Semua orang lain macam di mata kau. Malas aku nak layan kau. Charming ni pun satu. Mana dia pergi ni. Tak muncul-muncul. Ini semua kau punya pasal. Asyik tanya pasal Encik Firdaus je,” aku merungut sambil mengangkat punggung.
“Apa pulak kena mengena antara aku, Encik Firdaus dan Charming tu? Kalau kau, lainlah. Kau rebutan antara dua jejaka itu,” Sharifah menjawab dengan gaya seorang sasterawan. Geram aku hilang melihat gelagatnya. Timbul pula rasa lucu yang menggeletek jiwa.
“Yelah. Pasal kau asyik tanya aku pasal bos kita tu, dua kali aku tertaip nama Encik Firdaus dan terhantar kat dia tau. Dua kali jugak dia tanya aku siapa Encik Firdaus tu. Tengok… dua hari dia tak ada online langsung. Tentu dia marah kat aku. Tak pun dia ingat aku ni, cuma nak main-mainkan dia. Geram betul aku,”
Sharifah sengih.
“Kau geram kat siapa? Kat Charming ke?,”
“Kat kaulah,”
Sengih Sharifah makin lebar sambil menggigit jari dengan muka takutnya.
“Sorrylah. Tapi, salah kau juga. Aku tanya sekali kau tak nak cakap habis-habis. Tu yang terpaksa juga kacau kau dating tu,” Sharifah bersuara bersama gelak besar. Aku menjeling. Aku sembang online, dikatanya dating? Betullah Sharifah ni. Aku baru hendak melangkah apabila tiba-tiba satu window kecil muncul di screen komputer. Senyum mekar tiba-tiba. Langkah terhenti, dan aku duduk semula. Tiba-tiba alam kurasa dipenuhi bunga-bunga yang berwarna-warni. Sama seperti perasaanku saat ini. Berbunga-bunga.
Charming: BUZZ!!!
Charming: Hi Sweet…
Senyumku makin lebar. Siapalah yang dapat gambarkan perasaanku saat ini. Seronok dan bahagia bercampur menjadi satu. Tidak dapat aku nafikan lagi, aku memang sudah terpikat pada Charming. Benar-benar tepikat.
“Amboi, muka. Terus berseri-seri,”sakat Sharifah bersama senyuman yang tidak kurang lebarnya. Aku menjeling.
“Jangan kacau aku. Kalau dia offline lagi, siap kau,”
“Aik! Charming kau yang buat perangai, aku pulak yang kena marah?,”
Aku senyum sambil membuat isyarat menyuruh Sharifah berlalu dari mejaku. Dari pagi sampai tengahari sibuk dengan kerja, walaupun aku cuma bekerja dengan separuh hati sahaja. Kerana separuh lagi, aku guna untuk memikirkan tentang Charming. Jadi, saat ini tidak akan aku sia-siakan. Sharifah jelirkan lidah sebelum berlalu. Dan aku tergelak kecil.
Charming: BUZZ!!!
Charming: Ada ke tak ni?
Ugly Betty: Ada. Mana U pergi? lama tak online…
Charming: Lama ke? Mana ada? Baru semalam I x ada. Ni, I dah datang balik.
Kenapa? U rindu kat I ke?
Aku sengih. Memanglah aku rindu. Rindu sangat nak baca bait-bait bicaranya. Suka mengulit perasaan sendiri dengan bicaranya yang romantik dan bersahaja.
Charming: ? Diam pulak dia.

Ugly Betty: Kalau I rindu pun, rindu sorang2 jer…Takkan U nak rindu kat
halimunan macam I ni.
Charming: Halimunan?
Ugly Betty: U yang cakap hari tu kan? I ni macam halimunan. Ada dalam tiada.
Charming: Halimunan pun halimunan la. Nak buat macam mana? Dah nasib I
jatuh cinta dengan halimunan. Terimalah seadanya.
Aku tersenyum. Jatuh cinta konon. Meski dalam hati ada getar halus yang mengusik jiwa. Tapi, aku kena realistik sikit. Mana ada lelaki senang-senang nak jatuh cinta pada seorang gadis yang tidak dia kenali. Kalau aku, lainlah. Aku ni perempuan. Perempuan kan jiwanya halus. Aku tergelak kecil.
Ugly Betty: Jatuh cinta? Senangnya U jatuh cinta. Kenal tidak…apa tidak tiba-tiba
cakap jatuh cinta kat I.
Charming: Kenapa? U x percaya ke? Kalau sekarang U bagi alamat rumah
keluarga U, sekarang juga I pergi meminang. Serius.
Aku cuma tersenyum panjang.
Charming: Senyum pulak. Senyum buat apa? Bagilah alamat family U. Nanti I
hantar rombongan meminang. I tak main-main. Serius.
Senyum di bibir mati tiba-tiba. Macam biasa, Charming dengan misterinya. Dan, betul ke Charming serius? Aku jadi buntu. Tidak tahu bagaimana hendak membalas bicara jejaka ini. Sudahnya aku cuma menggaru dagu perlahan-lahan. Mencari ilham.
Charming: Cakaplah…
Ugly Betty: Cakap apa?
Charming: Alamat u la, sayang.
Ugly Betty: Hmmmm.. Ingatkan apa la tadi. Dah cakaplah. Tp, U x dengar kot
Aku senyum.
Charming: Kalau macam tu, type…
Ugly Betty: Hehehe
“Lebar senyum, nampak?,”
Fokus aku terganggu lagi. Geramnya. Kenapalah selalu macam ni. Aku berpaling. Senyum Johan melebar, bersama sengih Damodar di belakangnya. Aku turut tersenyum panjang. Lupa, sepatutnya sekarang aku ke production department berjumpa dengan Johan. Cuma itu yang mampu aku hadiahkan pada lelaki ini. Minta maaf la banyak-banyak. Saya lupa.
“Kita tunggu dia kat sana, sampai berasap punggung. Kata pukul 11, sekarang dah nak masuk lunch dah ni,”Johan bersuara sambil bersidai di mejaku. Cepat-cepat aku minize window Charming. Maaf Charming. Gangguan lagi.
“Sorrylah. Saya betul-betul sibuk tadi. Baru nak pergi ni haaaa,”
Johan senyum.
“Tak apa. Diya punya pasal, saya tak boleh marah,”
“Joe….Kasi duduk jauh-jauh. Nanti ada orang marah U tau,”
Aku pandang Damodar yang tersengih. Tak sayang mulut betul Nepal ni. Geram pula aku melihat senyumnya. Lebih geram lagi apabila kata-katanya itu disambut derai tawa Sharifah. Johan cuma tersenyum kecil. Matanya jatuh ke wajahku. Memandang dengan pandangan yang selalu dia hadiahkan untuk aku.
“Patutlah tak pernah nak layan kita,” Johan bersuara bersama senyum kecil. Antara nampak dan tidak nampak. Aku diam. Ini semua pasti mulut Damodar yang buat kerja. Cepat betul berita tersebar.
“Mana ada? U ni Damodar... pandai je reka cerita ya?,” marahku pada Damodar. Damodar cuma tersengih panjang. Johan turut tersenyum walaupun senyumannya tidak seceria mana.
“Nah,” dia bersuara sepatah sambil menghulurkan sekeping disket bersama beberapa keping kertas laporan bulanan untuk production department. Aku tersenyum kecil.
“Menyusahkan awak aje. Tak payah hantar pun tak apa. Saya boleh pergi after lunch,”
Johan cuma tersenyum kecil sambil menjungkit bahu.
“Small matter la. Lagipun, memang nak keluar lunch pun. So, bawa sekali. Nanti, kalau ada kerja tak payah nak ke sana ke sini. Ye tak?,”
Aku cuma mampu senyum. Dia ni, perli aku ke?
“Ke… nak tengok muka, Joe?,”Sharifah bersuara tanpa dipinta.
Aku berpaling. Merenung tajam ke arah Sharifah yang tersengih.
“Tu pun satu sebab jugak, Sherry. Walaupun orang tu tak sudi kat kita, tapi, kalau hati kita dah berkenan… teringin jugak nak tengok muka tu,” balas Johan sambil mengangkat kening padaku dengan muka yang sedikit serius dan sedikit bergurau. Membuat aku sendiri keliru. Mamat ni, serius ke bergurau? Tapi, lupakanlah. Bukan benda penting. Apa yang lebih penting, saat ini aku menunggu dua lelaki ini berlalu, supaya aku boleh berbicara dengan Charmingku secara tenang dan aman. Tanpa sebarang gangguan.
“Jom, Diya. Kita keluar lunch,”
Aku termangu. Dengan cukup bersahaja Johan mempelawa aku. Aku menggeleng perlahan.
“Tak apalah. Terima kasih. Saya kenyang,”
“Kenyang ke tak sudi nak keluar dengan kita?,”
Aku senyum kecil.
“Betul. Saya kenyang. Terima kasih ajelah ye?,”
“Tu lah kau. Aku ni yang lapar, kau tak nak ajak. Pergi ajak orang yang dah kenyang tu , buat apa?,” Sharifah menyampuk lagi.
“Ajak kau buat apa? Perabih duit aku je. Ajak Diya , tak apa. Boleh tenangkan jiwa aku yang gundah gulana ni,”
Sharifah mencebik. Johan tersengih. Aku pula termangu. Benggang dengan situasi yang asyik memisahkan aku dengan Charming.
“Joe, cepatlah. Itu hero sudah datang. Nanti kalau kena marah, aku tidak tahu,”,” Damodar bersuara tiba-tiba, dengan gaya Bahasa Melayu aras tingginya. Aku tergelak mendengar kata-katanya. Dalam gelak, aku pandang ke arah Damodar. Tidak faham dengan kata-kata lelaki itu. Johan pula buat – buat tidak dengar.
“Ek hem… sibuk nampaknya. Ada mesyuarat ke?,”
“Tak adalah bos. Mahu pergi makan jugaaa..,” cepat Damodar menjawab pertanyaan Encik Firdaus. Johan yang membelakangi Encik Firsdaus segera mengangkat punggung dari meja. Aku pula, segera tunduk tatkala Encik Firdaus sudah tercegat di hadapanku.
“Bila kantin kita tukar ke sini? Tak tahu pula saya,”
Johan tersenyum kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut dah ala-ala rambut Mawi, mana datang gatalnya. Encik Firdaus turut tersenyum walaupun tidak cukup lebar untuk melegakan hati pekerja-pekerjanya ini. Encik Firdaus ni, dalam senyum pun sempat nak menyindir.
“Hantar report kat Adiya, Encik Firdaus,” Johan memberi keterangan secara terperinci. Mendengar namaku disebut, aku mengangkat muka. Aku tersenyum kecil pada Encik Firdaus. Hakikatnya baru hari ini aku bertentang mata semula dengan Encik Firdaus. Dua hari aku mengelak daripada bertemu dengannnya. Sebabnya, malu belum surut di hati ini.
“Ohh… So, you dah lunch ke Joe?,”
“Nak pergi la ni. Jom Dam,” Johan bersuara sambil mengajak Damodar.
“Diya? Dah lunch?,”
“Dah,” bohongku sepatah. Laju pula tu meluncur dari bibir.Encik Firdaus memandang dengan pandangan tidak percaya. Aku tersengih. Bagaimana dia mahu percaya? Lunch time baru bermula, aku boleh cakap aku sudah makan tengahari. Kalau cakap ‘belum, kenyang lagi’ bolehlah diterima. Lantaklah. Dah terlajak kata, mana boleh diundur-undur. Buat muka sardin sudahlah depan bos hensem ni.
“Dahi awak tu… merahnya tak hilang lagi ya?,” Encik Firdaus bertanya sambil sedikit menunduk. Memerhati dahiku dengan lebih dekat.
Jemariku cepat-cepat menutup dahi. Ish! Encik Firdaus ni, boleh perasan pula dia. Malunya aku. Dalam berdebar dan malu, aku tidak tahu wajahku bertukar ke warna apa. Entah-entah warna hijau tak? Lebih-lebih lagi saat itu juga mata Johan dan Damodar turut melekat di dahiku. Melihat tingkah kalutku, barangkali, Encik Firdaus tersenyum lebar. Hmm… Bergayanya senyuman dia. Dan aku… aku pandang ke bawah meja. Nyorok bawah ni, ok jugak ni.
“Balik tuam dahi tu,”
Aku cuma pemerkan sebaris gigi yang tersusun rapi buat Encik Firdaus. Encik Firdaus pula mengangkat kening sebagai balasan. Membuat jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Dan saat itu juga aku terpandang wajah Johan yang sedikit berubah. Perlahan dia mengatur langkah.
“Joe.. Awak makan kat mana?,”
“Kat luar Encik Firdaus. Dengan Dam ni,”
“Jomlah. Pergi dengan saya. Saya pun nak keluar lunch ni,”
“Eh, tak apalah,”
“Ikut sajalah. You pun Damodar. Girls? How about you?,”
Aku cukup laju mengeleng dan Sharifah pula, turut menggeleng perlahan apabila melihat gelenganku. Encik Firdaus tersenyum kecil.
“Nak buat macam mana, orang tak sudi. Jom lah kita pergi,” Ujarnya sambil mengatur langkah. Johan dan Damodar menyusul di belakang.
“Jangan lupa tu…,”Encik Firdaus sempat berhenti di pintu utama pejabat sambil berpaling tunjukkan dahinya.
“Tuam selalu,”
Aku sengih lagi. Encik Firdaus tersenyum sambil berlalu.
“Kau ni, kalau tak…boleh makan free. Mesti tempat best-best tu diaorang pergi makan tu,” Sharifah menyuarakan ketidakpuasan hatinya sebaik ketiga-tiga lelaki itu hilang di mata.
Aku kerutkan kening. Ada ke marah aku pula.
“Kau nak ikut, ikut je la. Aku tak larang pun,”
“Yelah. Aku sorang perempuan, seganlah,”
Aku tersenyum sambil mengangkat punggung. Window Charming sudah lama menyepi. Pasti lelaki itu sudah tiada. Perlahan aku menutup window itu.
“Jomlah,”
“Pergi mana?.”
“Makanlah. Aku belanja. Tapi, kat kantin je lah,”
Sharifah sengih.
“Ok. No hal. Ini yang aku tunggu-tunggu ni,”
“Memanglah aku belanja. Tapi, kau yang bayar,” ujarku bersama gelak jahat. Sharifah mendengus marah. Dan aku menyambung gelakku sambil berlalu.
“You girls… Nak ke mana tu?,”
Langkahku terhenti serta merta. Buk!
“Adoi!,”Sharifah menjerit sakit. Aku tergelak. Walau ada rasa sakit di belakangku, dek kerana dilanggar oleh Sharifah, namun rasa lucu lebih ketara di hatiku.
“Kau ni kan… nak berhenti tak reti-reti nak bagi signal ke,”marahnya sambil menggosok hidungnya.
“Kau ikut dekat sangat,”ujarku masih lagi bersama gelak lucu.
“You ni, Adiya, suka berhenti mengejut macam ni ya? Patutlah hari tu boleh accident dengan bos,”
“ Betullah. Sakit hidung aku tau,”
Aku mengulum senyum. Cuba membuang rasa geli hati. Sharifah masih menggosok hidungnya. Lisa tersenyum kecil.
“You all nak ke mana ni?,”
“Lunch,”jawabku sepatah.
“Jom. Ikut I. I belanja. There’s something I nak discuss dengan you, Adiya,”
Ha? Lisa nak bincang sesuatu denganku? Apa dia? Macam serius saja nadanya. Ini yang buat aku jadi seram sejuk ni. Darah gemuruhlah katakan.
“Hal apa Kak? Encik Firdaus nak meminang Diya ke?,”
“Hey!,” aku terjerit tiba-tiba, mendengar soalan Sharifah. Terkejut dengan soalan berani mati dari Sharifah. Budak ni, memang nak kena cili mulut ni. Lisa tergelak mendengar soalan itu. Atau… dia tergelak melihat aku yang terkejut tahap cimpanze dengan soalan Sharifah? Entahlah. Aku tak tahu. Yang penting, tiba-tiba aku dilanda rasa ingin tahu.
“Lebih kurang macam tulah,” balas Lisa bersahaja. Aku ternganga. Memang suspen ni. Sharifah? Tak usah ceritalah muka terkejutnya macam mana. Malas aku nak pandang.
“Jom,” ajak Lisa sekali lagi.
“Ok…Ok… Jom Diya,” sampuk Sharifah sambil menarik tanganku. Aku cuma menurut dengan perasaan yang serba tidak kena. Pandai betul Lisa buat aku nervous. Nervous tahap cipan ni.

*****

BAB 8





Telefon bimbitku, aku alihkan ke telinga kiri. Terasa tangan kananku sedikit lenguh. Telinga pun sudah sedikit panas.
“Kenapa diam?,”
“Ada ni. Tukar telinga jap,”
“Ha?! Tukar telinga? Berapa pasang telinga yang you ada?,”
Aku tergelak. Tersilap cakap. Malunya.
“Tukar phone ke telinga kiri. Penatlah. Sakit tangan,”
“Alaa… So pity, my girl. Dah lama sangat ya kita berborak? I pun tak perasan masa berlalu,”
Aku tergelak kecil. Sambil itu aku perasan Sharifah yang tegak di sofa memandangku. Aku sengih sambil berpaling. Menghadap screen komputer yang gelap.
“Tak apa. I tak kisah. Bukan selalu pun boleh berborak dengan you macam ni,” aku bersuara ceria. Tidak mahu Charming mematikan talian sebenarnya. Walaupun pada hakikatnya sudah hampir dua jam aku bersembang dengannya, jangan ditanya apa yang kami bualkan, kerana aku sendiri pun tidak tahu apa yang menjadi topik perbualan kami. Segalanya berlalu begitu sahaja. Tiada perkara penting yang dibualkan. Tapi, kami seolah-olah tidak kekeringan tajuk untuk dibualkan. Ada sahaja cerita dari mulutnya dan ada sahaja jawapan dariku. Begitu juga sebaliknya. Dan, yang penting, aku betul –betul menikmati kegembiraan ini.
“So, apa yang I minta siang tadi, macam mana?,”
Aku kerutkan kening. Apa yang dia minta siang tadi? Aku tidak ingat. Maklumlah siang tadi banyak sangat gangguan yang datang.
“Apa?,”
“Tak ingat ke?,”
“Maaf. I betul –betul tak ingatlah. Apa dia ya?,”
“Alamat rumah you lah. Kita bertunang, nak?,”
Hah?! Alamak. Dia dah masuk topik yang tidak menariklah. Topik serius. Ini yang buat aku seriau. Macam mana nak jawab ni? Aku mula gelisah. Tiba-tiba rasa macam nak letak telefon.
“Ok? Kita bertunang?,”
“You biar betul. Nama I pun you tak tahu, nak bertunang pulak,”
“Itu senang saja. You beritahu nama you, then I tahulah. Tak nak beritahu pun tak apa. I panggil you Betty saja. Lagipun, kita nak bertunang je dulu. Tak payah pakai nama penuh pun tak apa. Tapi, kalau nak nikah esok, itu terpaksa jugalah you bocorkan rahsia nama you tu. Nanti kelam kabut I depan kadi, kalau masa tu pun, you nak berahsia juga,”
Aku tergelak. Suaranya yang selamba di hujung talian membuat resahku semakin menjadi-jadi.
“Setuju tak? Jangan tanya I sama ada I serius atau tak, sebab, from the beginning, I dah cakap I serius. So, now.. just say yes or no,”
“Err… ini bukan …,”
“Yes or no…,” Charming menyampuk sebelum aku sempat menghabiskan kata-kata yang memang aku mampu canai separuh sahaja itu.
“No,”jawabku laju.
“No?,” terdengar suara Charming sedikit terkejut.
“ No, I mean bukan no. Tapi, bukan yes. No… I don’t know…,”
Charming tergelak panjang. Romantisnya gelak lelaki ini.
“Kenapa sayang? Tiba-tiba nervous pulak. Bukan ajak kahwin pun. Ajak bertunang saja dulu. Just say yes,”
“Ini bukan perkara main-main. Melibatkan dua keluarga. I rasa belum sampai masa untuk fikir sampai ke tahap ini,”
“Mungkin masanya belum sampai pada you. Tapi, pada I… I dah bersedia. Dah sampai masa untuk I maju setapak lagi dalam hubungan kita,”
Aku kaku seketika. Betulkah lelaki ini tidak main-main? Tetapi, memang selama aku mengenalinya, dia sangat serius bila berbicara tentang hala tuju perhubungan kami. Rasanya aku yang banyak main tarik-tarik tali dengannya. Itupun, dia seolah –olah tidak jemu melayan sikap aku yang kadang-kadang nampak macam mengada-ngada tu. Ish! Teruk betul aku ni. Mengada-ngada ke aku ni? Tak adalah mengada-ngada. Cuma, bimbang dengan keputusan yang bakal diambil. Itulah sebabnya sampai sekarang pun, langsung tidak ada keputusan yang aku buat. Aku lebih senang mengikut rentak hubungan kami. Tidak berusaha untuk teruskan hubungan ini ke satu tahap yang lebih serius. Bukan tidak mahu. Tetapi tidak berani.
“Sayang?,”
Aku berdehem perlahan mendengar panggilannya. Hampir luruh hati ini mendengar panggilan romantis itu. Aku akui aku amat bahagia dengan layanan ini.
“Ada ni…,” balasku dengan suara sedikit bergetar.
“Sayang…you tak yakin dengan cinta I? Kalau you tak yakin, you ambil lah sebanyak mana pun masa untuk belajar yakin pada I. I akan tunggu you,”
Ah! Sudah! Macam mana nak jawab ni? Memang aku tidak begitu yakin. Tapi, kalau aku jawab macam tu, mesti dia kecil hati. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal.
“Hai… baru kejap tadi syampu kepala tu, masih gatal lagi ke?,”
Aku menjeling. Ada saja nyamuk yang mengganggu. Sharifah tersengih sambil menongkat dagu di meja komputer, berhadapan denganku. Bila masa pula nyamuk gergasi ni, terpacak kat sini?
“Kepala siapa yang gatal?,” soal Charming. Pasti dia dengar suara nyaring Sharifah.
“Tak adalah. Kawan I ni. Kepala banyak kutu. Orang suruh pakai racun tikus, tak nak. Pakai syampu buat apa? Bukan hilang gatal tu,”jawabku bersahaja. Geram sebenarnya dengan Sharifah. Kerjanya mengacau saja. Mendengar kata-kataku Charming tergelak. Sharifah pula terjerit kecil.
“Aku mana ada kutu?,” jeritnya sambil melempar kusyen ke arahku. Aku mengelak, membuat badanku tidak seimbang. Kini, giliran aku pula terjerit kecil sebelum aku terjelepuk ke atas karpet. Sakitnya! Dan yang lebih penting, malunya! Sharifah tergelak besar. Aku terasa seperti mahu menangis. Nasib baik karpet tebal.
“Apahal tu?,”
Aku diam. Takkan aku nak cakap aku bergayut dengannya sampai jatuh dari kerusi. Malulah.
“Buah nangka jatuhlah,” jerit Sharifah dekat dengan telefonku sebelum dia cepat-cepat lari masuk ke biliknya. Hantu punya Sharifah. Dan.. Charming tergelak besar. Aku menarik muka masam. Biarlah tiada sesiapa yang nampak mukaku saat ini, tapi, rasa malu ini, tidak membenarkan aku sama-sama gelakkan diri aku sendiri.
“Macam mana boleh jatuh ni?,”soal Charming masih bersama tawanya yang panjang. Hampeh betul. Janganlah gelak sangat! Aku diam. Tiba-tiba terasa sedih bila diri menjadi bahan gelak. Lebih-lebih lagi yang gelak itu adalah pengarang hati sendiri.
“Sayang?,” panggilnya, setelah agak lama aku berdiam diri.
“Macam mana boleh jatuh?,” sekali lagi dia bertanya soalan yang sama.
“Janganlah gelak. Sakit tau,” aku bersuara separuh merengek. Bukan hendak mengada-ngada, tapi, saat itu, rasa mahu menangis pun ada. Bukan sebab sakit. Tapi, sebab malu dengan Charming. Dan, entah kenapa, hati ini tiba-tiba terasa sayu sangat apabila Charming gelakkan aku.
“Ok. Sorry. I tak gelak. But, it’s funny lah sayang. Sakit ya? Itulah. Cuba duduk elok-elok. Jangan aktif sangat,”
Aku menarik muka masam. Aktif apanya? Ingat aku ni budak hyperactive ke? Mahu saja aku matikan talian telefon saat itu juga. Kenapa aku ni? Merajuk ke? Hati tertanya-tanya sendiri. Aku nak merajuk kat siapa? Kat Charming ke?
“Tak apa la. Nak gelak, gelak je la. I letak phone. Assalamualaikum,” talian terus aku matikan. Amboi. Macam tak percaya. Buat kali pertamanya aku boleh merajuk dengan Charming. Pecah rekod betul aku hari ini. Macamlah Charming akan pujuk aku. Telefon ku campak ke atas karpet yang tebal.
Sekarang aku perlu pergi cari Sharifah. Ada perhitungan yang perlu dibuat dengan gadis itu. Perlahan aku mengangkat punggung yang terasa sedikit sengal. Dengan langkah agak laju, aku menuju ke bilik Sharifah. Perlahan aku menolak pintu. Tidak berkunci. Bagus.
“Hawau kau Sherry. Malu aku tau.! Dia gelakkan aku,” aku menjerit geram sambil meluru ke arah Sharifah yang sedang meniarap di atas katil. Sharifah terperanjat. Tapi, sudah terlambat. Aku sudah pun melompat ke katil sambil memukulnya dengan kusyen yang dia baling padaku. Sharifah ketawa sambil mengelak pukulanku.
“Padan muka. Siapa suruh kau kutuk aku depan dia,” balas Sharifah bersama gelak besar. Bergolek-golek dia dia cuba mengelak.
“Malu aku tau,” ujarku geram. Sharifah tersenyum sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangan. Aku pula terus memukul. Puas hati dapat lepaskan geram.
“Woit! Cup! Cup! Ada call. Aku nak jawab dulu,”
“Ahhh…. Aku tak kira. Aku marah gila kat kau ni,”
Terkial–kial Sharifah cuba mencapai telefon bimbitnya. Aku pula terus rapat memukulnya. Dalam bergelut itu, aku tidak sedar kami sudah di hujung katil. Dan, sekali lagi. Bedebuk! Kami sama-sama jatuh ke lantai.
“Adoi….,”kami sama-sama mengaduh. Aku tersengih.Walaupun sakit, tapi, aku puas hati.
“Adoiii…Hello. Siapa ni?,” Sharifah mengaduh sambil menjawab telefonnya.
Aku bangkit sambil tersenyum panjang.
“Ada. Kejap,”
Aku pandang wajah Sharifah yang tersenyum kecil.
“Charming. Dia nak cakap. Phone kau mana?,”
Aku diam. Ceriaku hilang serta-merta. Rajuk tadi menjelma lagi.
“Cakaplah aku dah tidur,”
“Dia dengar kita sama-sama tergolek tadi, kau nak aku cakap kau dah tidur? Dah. Jangan nak mengada. Jawab,”
Aku mendengus. Sharifah ni. Kot ya pun,cubalah balajar cakap perlahan sikit. Telefon di tangannya ku capai. Ku lekapkan di telinga. Tapi, masih tidak bersuara.
“Hello….,”
Aku diam.
“Hello. Sayang merajuk ya? I minta maaf. Ok? I tak buat lagi. Tak sangka , rupa-rupanya Betty I ni, sensitive orangnya,”
Aku diam lagi.
“Cukuplah tu. I dah minta maaf kan? Cakaplah sesuatu. I’m sorry. So.. so sorry,”
Bibirku terukir sedikit senyum. Rupa-rupanya indah perasaan apabila dipujuk. Kalau macam ni, rasa seperti nak merajuk selalu.
“Sayang?,”
“Ada ni,” jawabku perlahan.
“Tadi bunyi bising. Jatuh lagi ke? You lawan wrestling ke?,”
Aku tergelak kecil.
“Tak adalah. Mana ada,”
Charming turut tergelak di hujung talian.
“Oklah sayang. Dah lama sangat kita sembang ni. Esok nak kerja kan? So, good night. Sweet dream. Ok?,”
“Ok,”
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,” balasku perlahan. Dan, tak lama selepas itu, talian terputus. Aku mengeluh panjang. Rasa tidak puas hati apabila bicara terpaksa ditamatkan. Sudahnya aku berbaring di katil Sharifah. Telefonnya ku letak di sebelah. Melihat aku berbaring santai di katilnya, Sharifah turut menghempaskan badan di sebelahku.
“Lama kau borak dengan dia. apa yang dibualkan?,”
“Entah. Aku pun tak tahu,”
Sharifah mencebik. Dia menongkat kepala sambil merenung ke arahku. Aku pula terus sahaja memandang siling. Membiarkan fikiranku kosong seketika.
“Kau serius ke dengan dia?,”
“Entah. Aku pun tak tahu,”
Sharifah mendengus perlahan.
“Semuanya entah. Boringlah cakap dengan kau ni,”
Aku berpaling ke arah Sharifah.
“Sherry…,”
“Hmm… Ada apa?,” soal Sharifah malas. Barangkali mood untuk jadi penyibuk sudah hilang bila dia mendengar jawapan demi jawapan yang membosankan daripadaku. Dia leka menekan telefon bimbitnya. Cukup laju. Pasti sedang menghantar pesanan ringkas buat Azman. Aku tersenyum. Bahagianya Sharifah bersama buah hatinya.
“Dia ajak aku bertunang…,” aku bersuara perlahan
Sharifak tersedak tiba-tiba. Terbatuk-batuk dia bangkit dari pembaringannya. Aku cuma memandang. Sharifah ni, kalau bab bagi response, memang tidak pernah tidak over.
“Apa?,”soalnya separuh menjerit.
“Dia ajak aku bertunang,”
“Serius? Dia serius ke?,”
“Dia cakap dia serius. Tapi, manalah aku tahu dia betul-betul serius ke, dia main-main,”
“Kau jawab apa?,”
Aku menjungkit bahu.
“Kau setuju?,”
“Gila ke aku nak setuju? Aku mana kenal dia? Entahlah. Aku pun tak tahulah Sherry. Apa aku nak buat ha?,”
“Kau dengan dia, macam mana? Kau betul-betul sukakan dia tak?,”
Aku mengeluh panjang. Pandangan ku halakan semula ke siling.
“Memang aku sukakan dia. Aku selesa dengan dia. Aku suka cara dia layan aku. Cara dia layan kerenah aku. Yang penting, aku tak payah nak jumpa dia,”
“Kau ni, peliklah. Takkan kau nak bercinta macam ni sampai tua? Kalau kau betul-betul sukakan dia, pergilah jumpa dia.Takkan dia sanggup nak layan kau macam ni saja. Dia mesti harapkan satu hari kau akan jumpa dia. Nanti, bila dia dah bosan… baru padan muka kau,”
“Aku bukan tak nak jumpa dia. tapi, aku tak beranilah. Aku rasa masanya belum tiba,”
“Bilalah masanya tu? Bila dia dah bosan dan tinggalkan kau ke?,”
“Hish! Kau ni. Janganlah cakap macam tu,”
“Pada pendapat akulah…,”
“Amboi, kau cakap macam nak jawab soalan Bahasa Melayulah,”sampuk aku tersengih. Sharifah jelirkan lidah tanda marah.
“Oklah. Apa pendapat kau?,”soalku bersama senyum meleret. Sharifah senyum semula.
“Aku rasalah, dah sampai masanya kau jumpa Charming, kalau kau rasa kau betul-betul sukakan dia. Aku tak fikir dia nak permainkan kau. Dari mula lagi, nampak sangat dia serius dengan kau. Kau saja yang macam nak tak nak,”
“Aku naklah. Tapi… ,”
“Tapi tulah yang malas aku nak dengar tu,”
Aku tersenyum pendek.
“Stop pasal Charming. Pasal Encik Firdaus tu, macam mana?,”
“Pasal apa?,”soalku pura-pura tidak tahu.
“Pasal pinangan dia tulah,”
Aku tergelak kecil. Teringat semula kata-kata Lisa tengah hari tadi. Kelakar betul Encik Firdaus ni.
“Gelak pulak. Apa jawapan kau?,”
Aku menguap perlahan.
“Mengantuklah. Oklah Sherry. Aku nak masuk tidurlah. Charming suruh aku mimpi indah-indah malam ni,” aku bersuara sambil berlalu ke pintu.
“Hey!,”
Aku terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan Sharifah.
“Cakap pasal Charming, sampai pagi pun tak apa. Cakap pasal orang lain.. terus mengantuk. Esok aku tanya lagi. Kau ingat aku nak mengalah macam tu je?,”
Aku tergelak kecil mendengar ugutan Sharifah. Lantak kaulah Sharifah. Aku layan mimpi dengan Charming lagi bagus.

****

BAB 9





“Adiya… datang jumpa saya sekejap,” suara Lisa memanggilku di interkom. Aku mengerutkan kening.
“Ok,” jawabku sepatah. Fail di hadapanku, aku tutup perlahan. Ada apa hal Lisa nak berjumpa denganku? Hati digaru sedikit rasa pelik.
“Sherry, aku pergi jumpa Kak Lisa kejap. Kalau Johan datang bagi P.O, kau tolong filing terus dalam file ya. Nanti, misplace pulak,”
“Yelah,” Sharifah menjawab sepatah sambil matanya melekat ke screen komputer. Tekun key in invoices yang melambak-lambak. Aku terus melangkah perlahan ke ruangan Lisa. Melihat aku, dari jauh lagi senyuman manis sudah terukir di bibir wanita itu. Melihat riak wajahnya yang serius, pasti semua orang akan menyangka Lisa seorang yang sombong. Barangkali karisma seorang setiausaha yang begitu elegan, membuat Lisa kelihatan sedikit angkuh. Tetapi, sebenarnya wanita ini baik hati.
“Kenapa Akak nak jumpa saya?,” soalku sebaik sahaja tiba di mejanya. Lisa tersenyum.
“Come. Masuk bilik Encik Firdaus sekejap. Tak selesa bercakap kat sini, kan?,”
Pulak. Apa perkara yang hendak dibincangkan ni? Lisa mengangkat punggung , melangkah bergaya ke bilik Encik Firdaus. Aku cuma mengekori dari belakang. Pintu bilik dibuka perlahan. Lisa memberi isyarat supaya aku masuk. Aku akur. Tiada sesiapa di dalam.
“Encik Firdaus dengan ayahnya,” beritahu Lisa sambil menutup daun pintu. Aku tersenyum. Dengan Tuan Pengurus Besar rupanya.
“Duduklah,”pelawa Lisa sambil melabuhkan punggung ke sofa yang empuk. Aku turut melabuhkan punggung di hadapan Lisa.
“So, macam mana?,” soal Lisa sambil memandang wajahku.
“Macam mana? Macam mana apa?,”soalku sedikit hairan. Lisa mengeluh perlahan. Wajahku ditatapnya lama.
“Lupa ke, buat-buat lupa ni? Apa yang saya cakap hari tulah,”
Aku termenung seketika. Cuba mengingati semula apa yang pernah Lisa cakap padaku. Rasa-rasanya tidak ada apa yang penting. Cuma pasal cadangan Encik Firdaus. Tapi, aku rasa cadangan itu hanya cadangan main-main saja. Mustahil Encik Firdaus serius.
“Apa ya? Rasanya macam tak ada kot. Atau… saya lupa ke Kak?,”
“Memang you lupa. Pasal permintaan Encik Firdaus tulah. You tak fikirkan keputusannya ke?,”
“Serius ke kak?,”
“Laaaa…. Kalau tak serius, buat apa saya beritahu you? Dia ada bagi I a few name. No. Actually dia cuma cadangkan nama you saja,”
“Tak naklah saya kak. Saya mana tahu semua tu,”
“Dia yakin you boleh, Diya. Sebab tu dia cadangkan you. You tak payah risaulah. I yakin you boleh buatlah. Bukan susah pun,”
“Dah tu, kerja saya sekarang ni, macam mana?,”
“Sharifah will take your position. So, what do you think?,”
Aku resah. Macam mana ni? Wajah Lisa kupandang tanpa berkelip.
“Tapi, saya tak yakinlah. Carilah orang lain. Tak naklah saya,”
Lisa mengeluh perlahan.
“Cuba jangan pandang rendah pada diri sendiri. Nothing is imposible as long as the passion is here,” Lisa bersuara sambil tangannya menyentuh dada.
“And… confident is here…,” sambungnya sambil meletakkan pula jemarinya di kepala. Aku tersengih. Sengih yang kurang menjadi. Ada rasa resah dan risau yang mengganggu ketenteraman jiwaku saat ini. Bicara Lisa yang tidak ubah seperti pakar motivasi, gagal memberi perangsang padaku. Sudahnya aku hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal.
“Kenapa saya? Carilah staff baru. Yang lebih elok qualificationnya. Lagipun ini bukan bidang saya,”
“Itu you kena tanya Encik Firdaus. Saya tak tahu kenapa you yang jadi pilihannya,”
Aku tersenyum kelat. Bunyi daun pintu ditolak, menarik perhatianku. Aku menoleh. Encik Firdaus melangkah masuk bersama senyuman menawan yang menguntum di bibir. Aku kembali menghadap muka Lisa. Senyum Encik Firdaus yang menjadi igauan setiap staff wanita bujang di kilang ini, langsung tidak kubalas. Isyarat untuk membalas senyum itu tidak sampai ke otakku. Saat ini, otakku hanya buntu mendengar bicara Lisa. Juga buntu dengan keputusan Encik Firdaus.
“Mengganggu ke?,”soalnya sambil melangkah ke mejanya. Lisa tersenyum manis. Aku tidak bereaksi apa-apa. Menganggu apanya. Ini bilik dia. Sempat pula aku mengomel di dalam hati.
“ I dah tak tahu macam mana pujuk your girl ni,” ujar Lisa selamba. Aku ternganga. Your girl? Tidak silap dengarkah aku? Apa maksud kata-kata Lisa? Aku? Encik Firdaus’s girl? Ish! Jangan perasan Adiya Fatiha. Aku cuma tunduk memandang meja kaca di hadapanku tatkala Encik Firdaus tergelak mendengar aduan Lisa. Semakin hari, terasa gelagat Encik Firdaus semakin menggerunkan. Mengelirukan. Bak kata cewek Indonesia, bisa-bisa gue jatuh cintak nih… Hish! Misterinya bos aku ni.
“Kenapa Diya? Apa yang awak fikirkan?,” Encik Firdaus bertanya sambil menyusun beberapa fail di mejanya. Setelah mejanya agak kemas, dia melangkah mendekati aku dan Lisa. Aku masih dengan kebuntuanku. Manalah aku ada jawapan untuk soalan Encik Firdaus tu.
“Tell me. What is the problem?,” soal Encik Firdaus sambil melabuhkan punggung di hadapanku. Aku tunduk. Agak rimas dengan situasi ini. Sekarang aku tidak ubah seperti pesalah di hadapan Lisa dan Encik Firdaus.
“Lisa akan ikut suaminya ke Sarawak. So, I need somebody untuk isi jawatan dia. Saya cadangkan nama awak. Setuju?,” Encik Firdaus kembali mengulangi kata-kata Lisa beberapa hari lalu. Aku mengangkat muka. Mata Encik Firdaus tepat menikam mataku. Membuat aku kelu seketika.
“Saya… Saya tak tahu kerja ni,”
“ Lisa will supervise you. Until the end of the month,”
“Tapi, saya bukan dari bidang ni, Encik Firdaus,”
“Business. But you did very well in account. So saya yakin awak boleh ambil tugas Lisa juga,”
“Tempat Sharifah macam mana pulak?,”
“Sharifah memang account degree holder. So I think there is no problem. Tempat Sharifah sekarang, kita akan buka vacancy for account assistant. Settled,” senangnya keputusan yang Encik Firdaus ambil. Lisa senyum sambil menjungkit bahu padaku. Ini bukan tawaran ni. Ini sudah seperti keputusan muktamad.
“Tak boleh cari candidate yang lebih layak ke, Encik Firdaus?,” aku mencuba untuk kali terakhir. Mencuba untuk menolak tawaran Encik Firdaus.
“I’m afraid not. So, this is final decision. Okay?,”
Aku tunduk. Mana aci. Ini dah kes paksa ni. Hish.. boleh ke orang macam aku ni, nak jadi setiausaha? Aku buntu. Rasa macam nak pecah kepala fikir alasan untuk menolak tawaran ini. Setiap alasan yang diberi, ada saja hujah untuk Encik Firdaus sangkal. Hendak bagi lebih-lebih kan… takut Encik Firdaus melenting pula.
“Diam… tandanya setujulah tu ya?,”
Aduh! Encik Firdaus ni bergurau pula dia.Aku tersenyum sedikit.
“Kalau dah yang empunya diri setuju, senanglah cerita,” Lisa pula menyampuk ala-ala makcik-makcik pergi meminang. Betul-betul sejiwa bos dengan setiausaha ni. Geram pula aku melihatnya. Lisa tersenyum panjang. Encik Firdaus turut tidak kering dengan senyuman.
“So, esok Lisa akan terangkan tugas-tugas awak. Ok?,” Encik Firdaus bersuara lagi sambil bersandar ke sofa. Santainya dia. Aku juga yang resah dan tidak puas hati.
“Adiya Fatiha?,”
Aku mengangkat muka. Mengangguk perlahan bersama sekuntum senyuman paksa.
“Good. So, Lisa, boleh?,”soalnya sambil memandang wajah setiausahanya. Lisa tersenyum sambil mengangkat bahu.
“I, no problem. Anytime,”
“So, let end up the discussion. You may go now. And, tolong panggil Sharifah. Saya nak jumpa dia,” ujar Encik Firdaus sambil mengangkat punggung. Aku dan Lisa turut bangun dari sofa.
“Terima kasih Encik Firdaus, saya keluar dulu,” ujarku berbasa- basi. Masih geram dengan keputusan Encik Firdaus yang sedikit memaksa. Encik Firdaus tersenyum sambil mengangguk perlahan. Aku mengatur langkah keluar. Meninggalkan Lisa yang masih berbicara sesuatu dengan Encik Firdaus. Laju kaki kuhayun ke mejaku. Duduk seketika untuk mencari ketenangan. Nafas kutarik perlahan-lahan.
“Kenapa ni?,”
Aku berpaling sebaik mendengar soalan Sharifah. Sharifah memandangku dengan pandangan hairan. Aku menggeleng sambil membetulkan duduk.
“Encik Firdaus nak jumpa kau,” ujarku acuh tidak acuh.
“Apa? Buat apa dia nak jumpa aku?,”
“Laaa…Manalah aku tahu. Kalau nak tahu, pergilah jumpa dia,”
“Hangin pulak dia. Jealous ke sebab Encik Firdaus nak jumpa aku?,” Sharifah bertanya dengan suara mengada-ngada yang dibuat-buat. Aku mencebik.
“Tak kuasa aku nak jealous. Cepatlah. Dia tunggu kau tu,”
Sharifah tersengih sambil bangun dari kerusi.
“Aku pergi ni. Ada nak pesan sesuatu ke? Nak kirim salam ke? Kirim rindu ke?,”
Aku jelirkan lidah sambil menjeling. Sharifah tergelak riuh.
“Pergilah cepat,” ujarku, melihat Sharifah masih malas-malas bergerak.
“Yelah. Nak pergi la ni,”
Aku tersenyum kecil melihat Sharifah yang tergedek-gedek berlalu ke bilik Encik Firdaus. Tingkah Sharifah menghilangkan sedikit rasa tidak puas hati yang menghimpit jiwa saat ini. Sharifah hilang dari pandangan, dan aku kembali bersandar ke kerusi. Hmm… mulai esok aku akan belajar bagaimana untuk menjadi seorang setiausaha. Jawatan sebagai Account Executive akan aku serahkan pada Sharifah. Memang aku tahu Sharifah layak, sebab dia memang lebih berpengetahuan di dalam bidang ini. Dia menjadi pembantu aku pun, sebab aku yang rekomenkan dia ke sini. Jadi, takkan dia nak ambil alih kerja aku kot. Terpaksalah dia terima juga jawatan Account Assistant tu. Aku mengeluh lagi. Memandang screen computer. Charming pun tiada untuk aku sejukkan hati ini. Aku nak telefon dia? ish! Tak adanya. Biar dia yang telefon aku. aku tidak boleh telefon dia. Telefon bimbitku, kucapai. Walau mindaku tidak mahu , tetapi, hati ini terasa ingin mendengar suaranya. Rindu padanya. Oh… Charming. Tiba-tiba hilang marahku pada Encik Firdaus. Timbul rasa rindu pada buah hati maya ku itu. Telefon…tidak…telefon…tidak? Telefon di genggaman kuletak semula ke atas meja. Rindu tapi malu. Sudahnya aku cuma menongkat dagu di meja. Mengharapkan Charming yang menghubungiku. Tapi, aku tahu itu mustahil. Charming tidak akan menghubungiku di waktu siang begini. Siang untuk YM. Malam kita bersembang di telefon. Itulah yang Charming suarakan satu ketika dulu. Aku iyakan sahaja. Itu lebih baik daripada dia mengajak aku berjumpa dengannya.
Deringan telefon bagai mengetahui aku sedang menunggunya. Segera kucapai. Senyum yang baru ingin aku ukir, padam tiba-tiba. Bukan insan yang aku nanti-nanti. Abang Kamal. Apa lagi yang dia mahu? Aku berkira-kira. Haruskah aku menjawab panggilan ini? Sudah beratus kali dia menghubungiku. Sudah berpuluh rasanya pesanan ringkas yang aku terima. Semuanya tidak aku layan. Tetapi, lelaki ini seolah-olah tidak tahu jemu. Terus sahaja berusaha untuk mendapatkan aku. Betul-betul membuat aku rimas. Aku diam seketika, menanti telefonku penat menjerit. Namun, nampaknya ia tidak tahu penat. Perlahan aku menjawab panggilan itu. Telefon ku dekatkan ke telinga.
“Hello,”
“Hello Tiha. Kenapa buat abang macam ni?,” terdengar suara Abang Kamal sedikit sayu. Namun, hatiku bagaikan batu saat itu. Tiada langsung rasa simpati mendengar suaranya yang sedih itu.
“Abang nak apa lagi? Kan saya dah jelaskan sejelas-jelasnya pada abang. Abang tolonglah faham diri saya sikit. Saya tak suka abang terus kacau saya macam ni,”
“Abang tak boleh lupakan Tiha. Sedetik pun abang tak pernah lupakan Tiha. Sejak sembilan tahun dulu, sehinggalah hari ini. Berilah abang peluang, Tiha. Abang akan buktikan abang boleh menjadi pelindung Tiha,”
“Pelindung tidak akan sesekali cuba memusnahkan, bang,” sinis sindiran yang aku tiup ke telinga Abang Kamal. Terdengar Abang Kamal mengeluh lemah.
“Tiha berdendam dengan abang.Tolonglah. Berilah abang satu peluang untuk abang tebus segala kesilapan abang dulu. Peluang pertama dan terakhir. Sebab Tiha tidak pernah beri satu peluang pun pada abang,”
“Abang… berapa kali saya nak cakap benda yang sama ni? Abang tak bosan ke dengar saya cakap benda yang sama saja pada abang? Saya tak ada apa-apa perasaan pada abang. Kalau dulu,ya. Saya ada satu perasaan istimewa untuk abang. Saya sayangkan abang sebagai abang saya. Tapi, selepas apa yang berlaku, rasa sayang tu pun, dah hilang, bang. Cuma ada rasa sebal dalam hati ni. Jangan sampai rasa sebal tu bertukar jadi benci pula,”
“Tolong jangan cakap macam tu Tiha. Abang betul-betul sayangkan Tiha. Tak ada perempuan lain kat dalam hati abang. Kucar- kacir hidup abang kalau Tiha terus buat abang macam ni. Dan abang tidak mahu rasa sayang sebagai abang. Abang mahu cinta Tiha,”
Aku mengeluh panjang. Kenapalah aku ditakdirkan mempunyai seorang sepupu yang tidak reti bahasa seperti Abang Kamal?
“Saya nak letak phone ni. Saya ada banyak kerjalah bang. Minta maaf banyak-banyak. Abang tak boleh paksa semua orang untuk ikut saja kata-kata abang. Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Assalamualaikum,”
Belum sempat Abang Kamal menjawab, talian sudah aku matikan. Sesekali terfikir juga teganya aku membuat Abang Kamal begini. Namun, peristiwa itu membuat rasa marah membasuh segala simpati yang ada. Tiada simpati untuk insan bernama Mohd Kamal Hafri. Telefon terus aku matikan sebelum ada lagi panggilan daripada lelaki itu. Bersama wajah yang sedikit masam, aku pandang Sharifah yang berjalan sambil tersengih panjang. Suka hati dengan perkhabaran dari Encik Firdauslah tu.
“Hey. Kenapa masam macam susu basi ni? Senyumlah sikit,” cukup ceria suara Sharifah sambil melabuhkan punggung ke kerusinya. Aku senyum sedikit.
“Kau tahu apa yang Encik Firdaus beritahu aku?,”soalnya bersama senyuman yang cukup lebar.
“Tahu. Congratulation,”
Sharifah tersenyum.
“Terima kasih. And congratulation to you too. Selamat bersama-sama dengan Encik Firdaus,”
Aku mencebik.
“Aik? Tak suka ke?,”
“Memanglah aku tak suka. Ada ke aku nak jadi secretary? Tak macth langsung. Lainlah kalau aku ni, macam Kak Lisa tu. Cantik. Tinggi. Seksi. Bergaya. Elegan. Semuanyalah. Perfect macam tu, bolehlah jadi secretary. Ini, macam aku nak jadi secretary? Jalan pun kengkang… nak jadi secretary. Benci betul aku Encik Firdaus ni,”
Sharifah tergelak besar mendengar bicaraku. Entah apa yang menggeletek jiwanya, aku pun tak tahu.
“Kau? Jalan kengkang? Hahaha. Kau ni memang lawak la Diya. Kot ya pun janganlah over sangat condemn diri sendiri,” ujar Sharifah sambil menyambung gelaknya. Amboi! Kelakar sangatlah tu. Sampai siap tekan-tekan perut pula minah ni ketawa. Melihat gelaknya aku sendiri tidak mampu untuk sembunyikan senyumku. Memanglah kau ni penawar rawanku wahai Sharifah. Sahabat aku dari alam kanak-kanak sehinggalah sekarang. Satu-satunya sahabat yang paling akrab denganku. Yang menyimpan semua rahsiaku. Dan aku simpan semua rahsianya.
“Betullah apa aku cakap. Aku tak sesuai dengan jawatan tu,”
“Kalau tak sesuai, kenapa terima?,”
“Aku tak terima pun. Tapi, Encik Firdaus yang baik hati tolong buat keputusan untuk aku. Sepatah alasan aku… sederet hujah dia. Tak larat aku nak dengar. Last-last terpaksalah aku cakap aku setuju,”
“Hmmm… nampak sangat Encik Firdaus tu dah tangkap lentok dengan kau. Dia nak selalu bersama kaulah tu,”
Aku menjeling tajam. Sharifah ni, pandai-pandai buat cerita. Kan, tak pasal-pasal jadi gosip pula.
“ Kau ni. Ke situ pulak. Kak Lisa nak resignlah. Sebab tu dia perlukan pengganti,”
“Hmm… Lantak kaulah nak cakap apa. Bagi aku, itu sajalah sebabnya. And one more thing… kau kena positif sikit dengan kerja baru kau ni. Jangan buat muka susu basi macam ni,”
“Macam mana aku nak positif? Aku… Nurul Adiya Fatiha kena jadi secretary. Macam serba tak kena je,”
“Apa pulak? Semua kerja sama sajalah. Kau nak jadi secretary. Bukan nak jadi Kak Lisa. Kau tak payahlah bayangkan kalau kau terima jawatan tu, kau kena jadi macam Kak Lisa tu. Yang penting kau dapatkan ilmu daripada Kak Lisa. Then, be yourself,”
Aku mengeluh perlahan. Apa-apa sajalah Sharifah.
“And… tak sabarnya aku nak duduk kat kerusi tu..,” sambung Sharifah sambil panjang muncungnya menghala ke kerusi yang sedang aku duduk. Aku jegilkan mata. Kemudian jelirkan lidah padanya. Satu kebiasaan dari kecil yang tidak boleh aku buang sehingga ke hari ini. Sharifah tersengih sambil mengangkat kedua belah keningnya.
“Bukan main lagi kau ya. Mentang-mentanglah boleh naik pangkat,”
Sharifah masih dengan sengihnya. Aku tersenyum nipis sambil mengambil getah pengikat rambut. Rambut ikalku yang melepasi bahu, aku ikat kemas.
“Abang Kamal telefon tadi,” aku bersuara perlahan. Memang aku tidak boleh kalau tidak bercerita pada Sharifah.
“Oh… kau jawab tak?,”
Aku mengangguk perlahan.
“Apa dia cakap?,”
“Biasalah. Rimas aku dibuatnya. Kenapa dia tu tak faham-faham apa aku cakap ha?,”
Sharifah memandang wajahku. Diam seketika. Barangkali dia tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dilontarkan.
“Perasaan Diya. Bukan senang kita nak lupakan orang yang kita sayang. Aku yakin Abang Kamal tu terlalu cintakan kau. Dari kita form five lagi, dah jelas dia cakap dia cintakan kau. Cuma dia bertepuk sebelah tangan. Tak boleh nak salahkan dia kalau dia tak boleh lupakan kau,”
Aku tunduk mendengar kata-kata Sharifah. Memang kata-kata sahabatku itu ada benarnya. Tetapi, sampai bila dia harus berdepan dengan tingkah Abang Kamal yang tidak pernah tahu jemu memburuku. Sudahnya aku termangu sendirian. Susahnya kalau macam ni,

****

BAB 10






“Atok macam mana, mak?,”
“Itu yang kamu tanya? Ok je lah. Macam tu jelah. Banyak-banyak benda itu yang dia sibukkan.”
Aku tersengih. Terlentok ke sofa sambil melekapkan telefon bimbit ke telinga.
“Ada bawa Atok jumpa doktor tak?,”
“Hish… Tak kuasalah mak. Kamu telefon mak ni, cuma nak tanya pasal Atok kamu tu ke?,”
“Alaa … mak. Janganlah marah. Nanti tak cun. Tiya rindu sangat kat Atok ni. Tapi, lagi rindu kat mak. Hari tu, mak juga yang cakap kaki Atok sakit. Dah elok ke? ,” aku bersuara bersama gelak kecil. Beli jiwa mak aku. Aku tersenyum panjang.
“Hmmm. Dah elok dah. Bila Tiya nak balik ni? Baliklah. Boleh jumpa dengan Atok kesayangan kamu ni. Bawa sekali pergi jumpa doktor,”
Aku senyum. Mak cemburu sebab aku lebihkan Atok. Silap aku juga. Ada ke pasal Atok yang aku tanyakan dulu pada mak. Sepatutnya tanyalah khabar dia dulu. Tapi, aku tahu cemburu mak, cemburu manja-manja.
“Tak tahulah mak. Tiya banyak kerja sekarang ni. Mak nak tahu tak? Tiya ada berita best ni,”
“Apa dia?,”
“Tiya dah jadi secretary, mak.”
Aku mematung seketika. Gelak ibuku riuh di hujung talian. Mak gelakkan aku? Tak baiknya. Sekurang-kurangnya ucaplah tahniah kat anak kesayangan dia ni. Ini tidak, baru saja aku buka bicara pasal kerja baru aku, dia terus gelakkan aku.
“Kenapa mak gelak pulak? Tiya seriuslah mak. Bos Tiya lantik Tiya jadi secretary dia,”
“Anak mak jadi setiausaha? Ish… Macam manalah agaknya tu ya? ,” soal ibuku bersama gelaknya yang tersekat-sekat.
“Ni… Dah pergi ambil kursus make up belum ni? Setiausaha kena pandai make up kan? Pakai baju lawa-lawa. Pandai ke anak mak buat semua tu?,” ibuku mula menyakatku.
“Alaa.. mak ni. Bukan nak ucap tahniah kat Tiya. Gelakkan Tiya pulak,” aku bersuara separuh merajuk. Sharifah yang sejak tadi memerhatikan aku, turut tergelak mendengar bicaraku.
“Yelah. Yelah. Tahniah. Dah tu, kerja lama Tiya dulu macam mana? Kenapa pulak Tiya yang bos Tiya pilih. Tiya kan bukan belajar jadi setiausaha,”
“Entah, mana Tiya tahu. Kerja lama Tiya, sekarang ni Sherry yang ambil alih,”
“Pasal bos tu dah berkenan kat Diya ni, Makcik…,”tiba-tiba sahaja Sharifah sudah ada di sebelahku, sambil bercakap agak kuat. Sengaja mahu ibuku dengar kata-katanya. Tubuhnya aku tolak sambil jegilkan mata. Sharifah tersengih sambil terlentok di sebelahku.
“Betul ke Tiya? Apa Sherry cakap tu?,”
“Mana ada? Mulut Sherry ni, tak boleh pakailah mak. Saja nak reka cerita. Mulut tempayan sumbing,”
Ibuku tergelak kecil. Sementara Sharifah menarik muncung.
“Hmm. Ni, mak nak tanya sikit ni,”
“Apa dia? Ada orang masuk meminang mak ke? Hmm.. kalau hensem, Tiya setuju je mak. Dah lama teringin nak dapat ayah tiri hensem ni. Tapi, kalau tak hensem, tak payahlah mak,”sakatku sambil tersengih panjang.
“Apa pulak nak meminang mak. Nak meminang kamulah,”
Senyumku mati tiba-tiba. Terdiam. Betul ke? Janganlah mak. Katakan berita ini cuma gurauan semata-mata. Tapi, suara mak macam serius je. Bahaya ni.
“Kenapa diam?,”
Aku kelu. Gemuruh pun ada. Macam mimpi ngeri pun ada rasanya ni.
“Pandai pun kamu berhenti menyakat mak ya?,” soal ibuku. Aku termangu seketika. Ibuku bergurau ke?
“Mak main-main? Tak betul tu kan?,”soalku separuh meneka.
“Dah tu, kamu ingat kamu sorang saja pandai loyar buruk? Mak tak pandai? Mak lagi pandai kan?,”
Fuh! Lega. Ingatkan serius ada orang nak meminang aku. Memang mak lagi pandai! Pandai membuat jantungku hampir luruh.
“Mak! Lawak mak tak menjadi tau. Takut Tiya tadi…,”aku terjerit marah. Rasa lega dan geram bercampur menjadi satu. Kini terdengar gelak kecil dari ibuku. Perlahan aku mengurut dada. Nasib baik itu cuma gurauan dari ibuku.
“Mak jangan buat macam tu lagi tau. Buat suspen saja,”
“Kalau ada pun apa salahnya? Umur kamu dah sesuai kahwin pun,”
“Yelah. Tapi, biarlah Tiya yang beritahu mak, ada orang nak meminang Tiya. Bukannya mak yang kena bagitau Tiya pulak,”
“Kenapa pula?,”
“Kalau Tiya yang beritahu mak, maknanya orang tu mestilah pilihan Tiya.Tapi, kalau mak yang beritahu Tiya, maknanya Tiya tak tahu siapa yang mengada-ngada nak meminang Tiya tu. Sah sah bukan pilihan Tiya tu. Mana boleh kawin dengan orang yang Tiya tak kenal,”
“Ada-ada sajalah kamu ni, Tiya. Ni mak nak tanya sikit ni,”
“Apa dia?,”
“Kamal kamu cakap dekat mak, susahnya nak jumpa kamu. Kenapa?,”
Aku diam. Abang Kamal mengadu pada ibuku ke?
“Apa dia cakap kat mak?,”
“Tak ada apa-apa. Cuma dia kata, susahnya nak jumpa dengan anak dara mak ni. Lama dia kat negeri orang. Dia balik saja, terus datang ke rumah. Tanyakan kamu. Cari kamu. Kenduri kesyukuran menyambut dia balik hari tu pun, Tiya tak ada balik. Kenapa susah sangat Kamal nak jumpa kamu? Sibuk sangat ke kamu ni?,”
“Sibuklah juga. Lagipun, Abang Kamal nak jumpa Tiya buat apa? Tiya bukannya ada apa-apa urusan dengan dia,” aku bersuara perlahan.
“Kenapa pula Tiya cakap macam tu? Dia tu kan sepupu Tiya. Adalah halnya dia nak jumpa dengan Tiya. Kalau susah sangat nak jumpa kat sana, balik je lah ke kampung ni. Akhir bulan ni kan ada cuti. Baliklah. Kamal pun balik. Boleh jumpa dia kat sini,”
“Tak bolehlah mak. Kalau hujung bulan ni, memang tak boleh. Cuti tu, tempat kerja Tiya buat Hari Mesra Pekerja. Tiya kena pergi Pulau Redang. Tiga hari kat sana. Tapi, Tiya janji lepas tu Tiya akan cuba ambil cuti dan Tiya akan balik jumpa mak. Janji,”
“Hai… Sibuk sungguh anak mak ni. Mengalahkan PM,”
Aku tergelak kecil.
“Biasalah mak. Anak siapa ni. Anak mak juga kan?,” aku bersuara separuh riak. Sharifah di sebelah cuma mencebik.
“Oklah mak. Nanti Tiya telefon lagi ya. Tolong cium Atok untuk Tiya ya. Peluk sekali,”
“Hish. Tak kuasa mak. Jangan nak mengada,”
Aku tergelak. Aku memang tahu mak tak suka sangat kat Atok aku. Cuma aku saja yang suka kat Atok seperti mana Atok suka kat aku.
“Bagi Atok makan makanan yang berkhasiat tahu. Oklah mak. Nanti sambung lagi. Nak sembang dengan bakal menantu mak ni. Dah janji dengan dia ni,”
“Betul ke? Lega mak dengar anak mak dah ada calon menantu untuk mak. Ni, boleh buat kenduri kesyukuran ni. Tak pernah-pernah dengar kawan dengan lelaki, tup-tup dah ada calon suami ya? Patutlah gabra semacam bila dengar ada orang nak masuk meminang ya? Rupa-rupanya dah ada pilihan hati. Bila nak bawa jumpa mak?,”
Aku senyum. Nak bawa jumpa mak? Tiya pun belum kenal dia lagi mak. Aku senyum lagi.
“Tak adalah. Tiya main-main jelah. Mana ada. Ok mak. Miss you. Sayang mak. Nanti Tiya call lagi ya. Mmuah. Mmuah,”
“Yelah. Assalamualaikum. Jangan lupa…,”
“Solat. Tiya ingat,” sampukku laju.
“Hmm… Jangan ingat tapi, buat-buat lupa pulak,”
“Ingat. Waalaikumussalam mak. Jangan lupa cium Atok untuk Tiya. Ok. Bye,”
Talian aku matikan. Sengih masih panjang di bibirku. Sukanya hati dapat bercakap dengan ibu tersayang. Hmm… sekarang masa untuk Charming pula. Dia sudah berjanji mahu online pukul sembilan. Sekarang sudah pukul 8.45. Lagi lima belas minit. Tak sabarnya.
“Aku kelakar dengar kau cakap dengan mak kau. Dari kecil sampai sekarang asyik Tiya.. Tiya…Tiya. Cute pun ada kau bahasakan diri kau macam tu. Aku panggil kau macam tu, boleh? Ha? Tiya?,” Sharifah bersuara sambil tersengih. Aku diam. Tidak memberi sebarang reaksi. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa ganti nama itu begitu melekat pada lidahku. Tapi, cuma dengan ibuku, nama itu wujud. Mataku tajam memandang jam di dinding. Menunggu detik untuk aku on komputer. Jam di dinding lebih menarik minatku berbanding bicara Sharifah.
“Lagi lima belas minitlah. Kalau tak sabar sangat, call sajalah. Bukan susah pun,” Sharifah bersuara. Mungkin dia perasan kegelisahanku. Aku pandang wajahnya.
“Suruh jumpa tak nak. Kan dah susah. Dah angau semacam. Hai… sampai bila kau nak macam ni, tak tahulah aku. Kalau dah jumpa kan senang. Asal rindu je boleh jumpa. Boleh tatap muka dia puas-puas. Ini… setakat baca ayat kat komputer saja, buat apa? Tak pun, setakat dengar suara saja. Tak realistiklah Diya oii,”
Aku buat tidak dengar. Sharifah sudah mulakan syarahannya lagi. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Sharifah cukup suka memberi motivasi tentang topik itu padaku. Kadang-kadang naik jelak telinga ni mendengarnya.
“Jumpalah dia Diya..Please…,” Syarifah bersuara lagi. Aku memandang pelik wajah Sharifah yang seperti mengharap. Kenapa pula dengan Sharifah ni? Tadi bercakap ala-ala Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Sekarang dah jadi macam orang nak pergi uji bakat berlakon pula. Sekelip mata saja berubah.
“Kau ni kenapa? Ada twist personality ek? Tadi bukan main serius macam pakar motivasi. Sekarang tiba-tiba tukar jadi primadona pulak?,”
Sharifah tersengih.
“Tak adalah. Aku teringin sangat nak tengok muka Charming tu. Teringin sangat-sangat. Nak kenal sangat dengan lelaki penyabar macam tu. Mana ada lelaki yang sanggup tunggu perempuan macam kau ni. Jual mahal. Eksyen. Suka main tarik-tarik tali. Pendek kata kalau lelaki normal, tak adanya dia nak layan. Tapi, Charming ni… tetap setia tunggu sampai hati kau terbuka nak jumpa dia. Hai.. pelik betul perangai lelaki ni. Jumpalah dia. Lepas tu, kenalkan kat aku. Please Diya. Please… Demi aku, jumpalah dia,”
“Amboi! Baik punya kutuk nampak. Apa dia? Jual mahal? Eksyen? Apa lagi? Suka main tarik-tarik tali? Mulut tu dah buat insurans belum? Kan bersepai kan, tak boleh nak claim nanti,”
Sharifah tersenyum sambil menutup mulut. Aku menjeling. Buat-buat marah.
“Janganlah marah. Memang betul pun macam tu kan? Sesungguhnya kebenaran itu memang menyakitkan. Kan? Kan? Kan?,” Sharifah cuba berlucu. Aku mencebik.
“Menyakitkan ya? Kalau kena ni , menyakitkan tak?,” soalku sambil mencubit lengan Sharifah. Shariifah menjerit kuat sambil menarik lengannya.
“Sakitlah!,” jeritnya sambil menggosok lengannya. Aku tersenyum puas. Padan muka.
“Habislah Charming nanti,” sempat pula Sharifah merungut sambil menggosok lengannya.
“Habis kenapa?,”soalku pelik.
“Love bite satu lenganlah jawabnya, kalau dia rela jadi boyfried kau nanti,”
Aku bulatkan mata mendengar kata-kata Sharifah. Sharifah tersengih.
“Betullah aku cakap. Kau punya cubit ni, boleh lebam tahu tak? Macam love bite la tu,” sambung Sharifah sambil ketawa. Kurang asam punya Sharifah.
“Kau nak lagi ke love bite aku ni?,” soalku sambil rapat padanya. Bersedia untuk melayangkan satu lagi cubitan di lengan Sharifah. Sharifah mangangkat kedua tangannya sambil menggeleng.
“Tak nak. Tak nak. Sakit tau. Ni seminggu pun belum tentu hilang tandanya ni,”
“Dah tu, jangan nak loyar buruk,”
Sharifah tidak menjawab. Leka membelek lengannya yang putih melepak. Aku turut melihat. Ada kesan merah bekas cubitanku. Aku menggosok perlahan lengan Sharifah yang merah. Kasihan pula aku tengok. Memang esok lengan itu akan lebam.
“Sakit tau,” Sharifah bersuara lagi. Aku tersengih sambil merapatkan kedua telapak tanganku. Memberi isyarat meminta maaf. Kemudian, aku berbaring di sofa sambil menonton televisyen yang terpasang.
“Diya. Kau tahu tak?,”
“Tak,” jawabku sepatah.
“Memanglah kau tak tahu. Sebab aku belum beritahu,”
“Tahu pun. Dah tu buat apa tanya? Nak cakap, cakap je lah,”
Sharifah mendengus perlahan. Dia bersila di sofa sambil menghadap mukaku. Menghadap telingaku sebenarnya, sebab mukaku menghadap kaca televisyen.
“Johan cuti,”
Aku kerutkan kening. Johan cuti, Sharifah sibuk nak ceritakan padaku? Apa kena mengena dengan aku kalau pun lelaki itu cuti?
“Kenapa? Selama dia kerja kat situ, dia tak pernah cuti ke?,” soalku buat-buat dungu.
“Kau ni. Nak loyar buruk pulak. Tak adalah,”
“Kalau macam tu, apa peliknya kalau dia cuti? Biarlah dia cuti,”
“Kau nak tahu sebab apa dia cuti?,”
“Kenapa?,”
“Dia bertunang,”
“Ohh… Dia tak cakap dengan aku pun,”
“Takkan dia nak cakap dengan kau. Kau pun bukannya nak layan sangat dia tu kan? Lagipun, dia bertunang sebab frust dengan kau. Takkanlah dia nak cerita kat kau,”
“Mana ada aku tak layan dia? Tak baik kau cakap aku macam tu tau,” aku bersuara perlahan. Agak terasa dengan kata-kata Sharifah. Aku layan Johan sama dengan aku layan teman-temanku yang lain. Cuma kurang mesra sebagaimana hubungan aku dengan teman-teman perempuan. Tapi, itu tidak bermakna aku sombong.
“Bukan itu maksud aku. Memanglah kau layan dia. tapi, bila dia sentuh bab perasaan, bab sayang, bab cinta, kau terus lari kan? Terus tukar topik,”
Aku diam. Kalau itu maksud Sharifah, memang tidak dapat aku sangkal. Betullah tu.Tapi, apa lagi yang boleh aku lakukan. Takkan aku nak beri harapan palsu pada lelaki itu. Kan itu kejam namanya.
“Cakap suka. Cinta. Tapi, tiba-tiba bertunang dengan perempuan lain juga. Hmm… lelaki. Cakap bagai nak rak. Hakikatnya, apa yang dia cakap tu, tak serius pun,”
“Tak baik kau cakap macam tu. Dia bertunang dengan pilihan keluarga dialah. Dia ada bercerita kat aku. Dia setuju , sebab dia dah give up dengan kau. Dua tahun dia tunggu kau. Tapi, tak ada balasan. Lebih-lebih lagi dia tengok Encik Firdaus pun macam nak rapat dengan kau. Tu yang dia frust gila tu. Terus tarik diri. Yelah, takkan nak bersaing dengan bos sendiri pulak. Hmm.. kesian Johan,”
Aku diam. Wajah Sharifah aku pandang lama.
“Kenapa semua orang dah mula gosip aku dengan Encik Firdaus ni? Rimaslah macam ni. Aku mana ada apa-apa dengan dia? Takkan pasal accident hari tu, semua orang nak lagakan aku dengan dia?,” aku bersuara separuh merungut.
“ Bukan nak lagakan. Nak satukan je. Mana ada gossip. Ketara sangatlah Encik Firdaus tu macam nak attract your attention tau. Cuma kau saja. Sama ada tak perasan atau buat- buat tak perasan. Bertuahlah badan. Kiri, kanan, depan, belakang… dikelilingi jejaka-jejaka yang merayu cinta dari kau,”
“Sherry! Jangan nak mengarutlah. Ingat aku ni apa? Playgirl ke?,”
“Aku tak cakap pun macam tu. Aku tahu kau bukan macam tu. Tapi, hakikatnya memang ramai lelaki yang menagih cinta kau kan? Johan, Abang Kamal, Encik Firdaus… Charming. Lepas ni, entah siapalah pulak. Pelik betul aku. Ilmu apa kau pakai ya? Sampai ramai macam tu peminat kau?,”
Aku mencebik. Tidak rasa gembira mendengar kata-kata Sharifah. Bukan satu perkara yang boleh dibanggakan pun apabila hidup sering dihimpit rasa serba salah. Serba salah dengan Johan. Serba salah dengan Abang Kamal. Namun, aku besyukur mendengar berita pertunangan Johan. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi rasa serba salah setiap kali lelaki itu mengajakku berbicara soal hati dan perasaan. Tidak perlu lagi aku tinggalkan lelaki itu termangu sendirian tiap kali dia meluahkan rasa cinta dan sayangnya. Bukan tidak kasihan pada Johan. Tapi, soal cinta, bukanlah boleh dipaksa-paksa. Seperti mana aku tidak cintakan Abang Kamal, begitu jugalah aku tidak cintakan Johan. Maafkan aku Johan.
“ Mana ada ramai. Johan jelah. Abang Kamal tu, tak boleh pakai punya. Tak makan saman tu. Pandai-pandai kau reka cerita ya?,”
Sharifah mencebik. Aku tersengih.
“Kau ni, memang susah sangat nak jatuh cinta kan?,”
Aku sambung sengihku yang belum habis tadi, sambil kenyitkan mata pada Sharifah.
“Tapi, aku tumpang gembira Johan nak bertunang. Harap-harap dia bahagia dengan pilihan keluarga dia tu,” aku bersuara lagi. Doa itu ikhlas dari sudut hatiku. Sharifah cuma tersenyum. Deringan telefon membatalkan niatku untuk menyambung bicara. Telefon segera kucapai. Nama Charming tertera di screen. Ya ALLAH. Aku pandang jam dinding. Pukul 9.15. Aku lupa temujanji aku! ini semua Sharifah punya pasal.
“Apasal gelabah semacam ni?,” soal Sharifah hairan.
“Charming. Aku lupa nak online la,”
“Laa… Ingatkan apalah tadi,”
Aku sengih sambil menjawab panggilan Charming.
“Hello. Sorry you. Terlupa. I on pc sekarang,” aku bersuara separuh menggelabah.
“Assalamualaikum,” tenang sahaja suara Charming memberi salam. Terasa wajahku membahang. Aku tersengih. Malu mendengar Charming memberi salam. Macam sindir aku saja.
“Waalaikumussalam,” jawabku perlahan.
“Haaa… macam tulah. Ni, main redah je,”
Aku tergelak kecil.
“Lupa,”jawabku sepatah. Terdengar gelak romantis Charming.
“Maaflah. Terlupa tadi. I on pc sekarang ya?,”
“Hmm.. Tak payahlah,”
“Kenapa? You marah ke ? I betul –betul terlupa ni,”
“No. I tak marahlah. Cuma,bila dah dengar suara you ni, sayang pula nak letak phone. Tak payah online lah. Kita sembang kat sini saja,”
Aku tersenyum malu. Itu ke sebabnya? Lagilah aku suka. Bak kata pepatah, pucuk dicita, ulam mendatang.
“Ok,” jawabku bersama senyuman yang cukup lebar. Perlahan mengangkat punggung dari sofa. Sharifah tesenyum kecil.
“Ooo… Dengan mak, boleh cakap depan aku ya? Dengan buah hati, nak nyorok-nyorok pulak,”
Aku tersengih sambil melangkah menuju ke bilik. Mencari suasana yang lebih tenang untuk berbicara.
“Kenapa kawan you bising-bising tu?,”
Aku senyum.
“Tak ada apa-apalah. Dia jeleos la tu,” aku menjawab sambil menolak pintu bilik.

*****

BAB 11






Aku bersidai di meja penyambut tetamu. Tidak ada apa yang hendak di buat. Memandang ke arah Mira yang asyik menulis sesuatu di kertas. Pasti mencatat pesanan panggilan untuk staff. Sesekali aku tebarkan pandangan ke arah Sharifah. Sharifah pula santai bersandar di kerusiku yang kini menjadi miliknya. Menerangkan sesuatu kepada pekerja baru yang mengganti tempatnya. Aku pula? Bosannya. Lisa ada hal yang hendak diselesaikan di mejanya. Meja sementaraku di dalam bilik Encik Firdaus, ku biarkan kosong tidak berpenghuni. Tidak selesa berada di bilik Encik Firdaus. Berdua-duaan pula tu. Takut kena tangkap basah. Hahaha. Kalau macam ni sampai akhir bulan, mahu aku mati kebosanan. Hendak layan YM dengan Charming pun tiada masa dan tiada peluang. Hendak ber YM di bilik Encik Firdaus, seganlah pula. Walaupun memang tersedia komputer di mejaku.
“Kau ni, kenapa Diya? Macam kucing hilang anak saja aku tengok,” tegur Mira tiba-tiba.
“Bosanlah,”
“Dah naik pangkat pun, bosan juga ke?,”
“Mana ada aku naik pangkat? Aku cuma bertukar kerja saja. Mana ada naik pangkat? Pandai je kau buat cerita ya?,”
Mira tersengih.
“Apa-apa sajalah. Tapi, bunyinya lebih kurang jugalah. Kenapa kau duduk kat sini? Pergilah duduk kat meja kau,”
“Hai, menghalau nampak. Kenapa? Tak suka aku duduk kat sini ke?,”
“Tak adalah. Nanti kesian pulak bos tu. Tercari-cari secretarynya. Pecah rekod pula nanti. Bos kena cari setiausaha, pasal setiausaha suka main sorok-sorok,”
Aku membuang pandang. Carilah kalau dia nak cari. Aku tak kisah. Lagipun bukan jauh pun aku menghilang. Kat sini juga.
“Tak sabarlah aku nak pergi Pulau Redang. Bestnya. Kak Lisa cakap ada banyak program tau. Semuanya best-best. Dialah yang cakap,” Mira mengubah topik perbualan. Bagus. Menarik juga topik yang Mira buka ni. Tak adalah asyik cakap pasal aku dengan Encik Firdaus saja.
“Program apa?,”soalku ingin tahu. Mira merenung tajam wajahku. Aku tersengih.
“Aku tahulah sejak jadi secretary ni, aku bertambah lawa. Tapi, janganlah pandang aku macam tu. Seriau you,”aku berlawak menanggapi renungan tajam Mira. Mira tergelak besar.
“Uwek. Perasannya anak dara ni,”
Aku pula tergelak riuh. Memang sengaja mahu menyakat Mira.
“Kau berkongsi meja dengan Kak Lisa, tapi kau boleh tanya aku program kat sana? Kan Kak Lisa yang arrange semua rancangan. Semua program. Takkan kau tak tahu apa-apa,”
“Entah. Mana aku tahu. Lagipun, aku tak tanya pun,”
“Patutlah. Tak prihatin langsunglah kau ni. Macam mana nak jadi pembantu bos ni?,”
“Laaa.. Apa pula rasional hubung kait antara program hari mesra staff dengan kerja aku ni? Tak ada kena mengena langsung. Lagipun, malas aku nak tanya. Asal aku tanya je, Kak Lisa tu cuma tau senyum je. Tak pernah nak cerita pun,”
Mira tersenyum.
“Kau ni ada kerja ke tak sebenarnya?,” soal Mira sekali lagi. Aku pandang wajah Mira. Nampaknya gadis ni, benar-benar nak halau aku ni.
“Kau tak suka aku duduk sini, aku blahlah,”
“Eh. Eh. Bukanlah. Aku sakit perut ni. Kalau kau tak ada kerja, ganti kejap. Emergency ni,”
Laa… Minah ni. Buat gimmick betul.
“Boleh. No hal. Pergilah. Lagipun, aku memang tak ada kerja ni. Tunggu Kak Lisa habiskan kerja dia dulu. Lepas tu, mungkin ada kerja sikitlah kot. So, cepat sikit,”
“Ok. Thank you,”
Aku tersenyum. Mira cepat-cepat berlalu. Aku menggeleng perlahan. Melangkah malas ke kerusi Mira. Termenung di situ. Bosannya.
“Excuse me,”
Aku mendongak. Senyum lebar kuukir.
“Yes. What can I do for you sir?,”soalku sopan. Agaknya inilah penyambut tetamu paling sopan di Malaysia. Aku senyum lagi. Perasan. Lelaki di hadapanku turut tersenyum lebar.
“Yes. Please,”
Aku mengangkat kening.
“Apa dia? Kalau saya boleh tolong, saya tolong,”
Lelaki itu masih tersenyum sambil bersandar pada kaunter.
“Boleh tolong beritahu saya, apa nama awak?,”
Senyumku pudar perlahan-lahan. Nak mengayat pula mamat ni.
“Itu tak ada dalam service kamilah encik,”aku bersuara tapi, masih bersama senyuman yang ala-ala sedikit kelat. Tidak kena dengan jiwa betul kalau terpaksa berdepan dengan manusia seperti ini.
“Saya Farid. Nice to meet you. Boleh berkenalan?,”
“Nice to meet you too. Boleh, tak ada masalah. But, so sorry lah encik. Salesman not allowed to be here,”
“Salesman? You cakap I ni, salesman? Muka hensem macam I ni, ada rupa salesman ke?,”
“Salesman sekarang hensem-hensem encik. So, kalau encik nak jual apa-apa barang, kat sini tak bolehlah, encik. Kalau nak jual minyak urut… lagilah tak boleh. Diharamkan, encik,”
Lelaki itu tersenyum.
“Tak boleh ya?,”
Aku tersenyum sambil mengangguk.
“Saya ni, salesman ya?,”
Aku mengangguk lagi.
“Jual minyak urut ya?,”
Aku senyum sambil menjungkit bahu.
“I like you. First time in my life, I dapat penghinaan sebesar ini. But, still I like it. Sesekali kena reject, best juga rasanya. Lagipun bukan senang nak jumpa perempuan kutuk saya macam awak buat ni. Nampaknya langkah kananlah saya hari ni” sambung lelaki itu bersama senyuman yang panjang.
Aku turut tersenyum. Sesekali kena reject? Oh… tak pernah kena reject rupa-rupanya. Patutlah gaya cool semacam. Perasan hensem rupanya. Tapi, memang lelaki ni, hensem. Dan, kena kutuk pun dikira langkah kanan ke? Pelik betul orang lelaki zaman sekarang. Aku menyambung sengih. Terasa lucu mendengar kata-kata lelaki di hadapanku ini.
“Bos awak mana?,”
“Bos mana satu yang encik nak jumpa? Big boss ke?,”
“Big boss? No. I tak ada chemistry dengan big boss you. I tak nak jumpa dia,”
“So encik nak jumpa Encik Firdaus ke?,”
“Boleh juga. Tapi, buat masa ni, rasanya I nak jumpa you dulu. Miss..?,”
Aku senyum. Belum berputus asa rupanya lelaki ini.
“Saya intercom Encik Firdaus ya?,”
“Alaa… Nantilah dulu. I bukan nak cepat pun. Banyak lagi masa I. Kita sembang-sembanglah dulu,”
Aku pandang wajahnya agak lama. Kesopanan dan kesabaran rasa makin berkurangan. Etika penyambut tetamu pun semakin menipis ni.
“Well. I know I hensem. Jangan renung lama-lama. I afraid, malam ni, you tak lena tidur,”
Uwek! Tadi Mira yang buat kat aku macam tu. Sekarang aku pula yang berbulu tekak mendengar kata-kata lelaki ini. Perasannya! Lelaki itu tergelak macho. Aku pula terus memandangnya dengan pandangan yang tidak begitu mesra pelanggan.
“Angah. What are you doing here?,”
Angah?! Aku menoleh. Encik Firdaus tercegat di belakangku. Memandangku seketika sebelum matanya jatuh ke wajah lelaki di hadapanku itu. Lelaki itu tersenyum. Bergerak mendapatkan Encik Firdaus.
“Apa khabar, Along?,” sapanya sambil mencapai tangan Encik Firdaus. Bersalam dan mencium tangan lelaki itu.
Angah?! Along?! Tidak! Mengapa aku sering melakukan kesilapan bodoh macam ni? Mana aku nak sembunyi sekarang ni? Baik punya bahasa aku berikan pada jejaka hensem ni. Rupa-rupanya adik Encik Firdaus ke lelaki ni? Aku tersenyum kecut apabila Encik Firdaus dan Farid sama-sama memandangku.
“And, you… what are you doing here, Diya?,”
Aku sedikit gementar melihat wajah Encik Firdaus yang serius. Mana pergi senyum manisnya selama ini?
“Mira pergi toilet kejap. So, saya ganti dia sekejap,”
“Saya rasa tadi Lisa cari awak. Awak tak payah duduk di sini. Panggil Sherry. Suruh Sherry ajar that new girl. Next time biar dia yang tolong cover Mira,”
Aku terkedu. Tidak pernah pula lelaki ini bising setiap kali aku tolong gantikan Mira. Kenapa hari ni, lain macam saja anginnya? Datang bulan ke Encik Firdaus ni? Aku tersenyum lucu dengan lawakku sendiri.
“Now, Diya,”
“Err.. Ya. Baik Encik Firdaus,” segera jemariku menekan nombor sambungan ke meja Sharifah.
“Sherry, datang kat receptionist sekejap. Bawa Rina sekali,” tanpa menunggu jawapan dari Sherry, gagang terus aku letak.
“Ohh… Diya. What a nice name. Cantik nama macam orangnya,” Farid bersuara sambil tersenyum nakal. Aku cuma tersenyum kecil. Dengan kata-kataku tadi, tiba-tiba aku malu nak berdepan dengan lelaki ini. Cabul betul mulut ini.
“Diya… ini adik saya, Farid. Jangan layan sangat. Dia ni, Bujang Senang,”
“Bujang Senang?,” serentak soalan itu keluar dari mulut aku dan juga Farid.
“Yes. Species buaya paling ganas di Malaysia,”
“Along…,” Farid bersuara sedikit geram. Riak geram itu jelas kelihatan di wajahnya. Aku pula, tergelak kecil. Betul. Betul. Aku setuju. Encik Firdaus tersenyum kecil. Leganya aku melihat senyuman di bibir Encik Firdaus. Aku tidak suka melihat muka serius Encik Firdaus. Kenapa perlu Encik Firdaus sembunyikan senyumannya yang menawan itu? Betul tak?
“Come. Ke bilik Along,”
Farid membuat muka selamba.
“So, Diya. Nanti kita sambung cerita kita ya?,”
Aku sengih separuh hati. Encik Firdaus merenung wajah adiknya tanpa senyum.
“Jangan nak kacau secretary Along,”
“Ala… apa salahnya. Secretary je kan? Bukan wife kan?,”
Mataku bulat memandang Farid. Cabulnya mulut dia ni. Encik Firdaus pula diam. Cuma matanya yang melekat di wajah adiknya. Farid tersengih sambil mengangkat tangan menunjukkan isyarat ‘peace’. Sudahnya tubuh Farid ditolak agar bergerak meninggalkan ruang penyambut tetamu. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja dua lelaki itu hilang dari pandangan.
“Amboi. Tarik nafas panjang nampak. Kenapa? Apahal panggil aku? Apa pula Encik Firdaus cakap dengan kau tadi?,”
Aku memandang Sharifah yang tiba-tiba terpacak di hadapanku. Perlahan aku mengangkat pungung.
“Entah. Tak tahu. Tiba-tiba angin semacam. Ni, dia suruh kau train Rina buat receptionist’s task. Lepas ni, dia cakap, Rina yang akan cover Mira,”
“Kenapa?,”
“Mana aku tahu. Kau tanyalah dia. Oklah. Aku pergi dulu. Kak Lisa cari aku ni,”
Sharifah mengangguk sambil memberi isyarat kepada Rina supaya duduk di kerusi Mira. Aku pula cepat-cepat berlalu mencari Lisa. Lisa tekun menaip sesuatu di depan komputer. Dengan tergesa-gesa aku menghampirinya.
“Sorry akak,”
“Sorry? For what?,” Lisa bertanya dengan muka hairan. Aik! Boleh buat muka blur pula? Kan ke dia cari aku?
“Akak cari saya kan?,”
Lisa tersenyum nipis. Wajahnya masih jelas kelihatan sedikit kehairanan.
“Akak cari? Siapa cakap?,”
“Encik Firdaus cakap akak cari saya,”
Senyum Lisa makin melebar.
“Kenapa akak senyum pula?,”
Lisa menggeleng perlahan. Senyum masih mekar di bibirnya.
“Awak dengan Farid ke tadi?,”
Aku mengangguk perlahan.
“No wonderlah,”
Aku terlopong tidak faham. Terasa seperti ada satu rahsia antara Encik Firdaus dengan Lisa. Apa dia? Entahlah. Aku tak tahu.
“Akak ada rahsiakan sesuatu dari saya ke?,”soalku cuba mencungkil apa yang aku rasakan misteri antara Encik Firdaus dengan setiaushanya itu. Lisa menggeleng perlahan.
“Mana ada? Tak ada rahsia apa-apalah,”
Aku diam sambil memandang wajah Lisa. Langsung aku tidak percaya. Aku melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Lisa.
“Encik Farid tu, adik Encik Firdaus ke, akak?,”
“Ha ah,”
“Saya tak pernah nampak pun. Rasanya sejak saya kerja kat sini tak pernah pun saya jumpa dengan dia,”
“Dia kat Singapore. Dah tiga tahun lebih dia kat sana. Merajuk dengan Tuan Rashid,”
Aku cuma mendengar. Patutlah dia cakap dia tak ada chemistry dengan big boss. Ada perselisihan rupanya. Dan , patutlah aku tidak kenal dia. Bila aku mula bekerja di sini, dia sudah tiada.
“So, kenapa akak cari saya tadi?,”
“Oh.. Itu. Akak pun dah lupa. Just forget it,” balas Lisa sambil tersenyum. Macam menipu jer mukanya ni. Ish. Musykilnya. Suara orang bercakap membuat aku berpaling. Encik Firdaus baru keluar dari biliknya bersama Farid. Aku segera memalingkan muka. Tidak mahu bertentang mata dengan Farid.
“Hai…Diya. Here you are. Tunggu saya ke?,”
Aku mengangkat muka. Cepat mesra sungguh adik Encik Firdaus ni. Aku cuma tersenyum. Lisa turut tersenyum.
“Kata nak cepat kan? Pergilah balik. Kan lama pula Nasha tunggu kat kereta tu,” Encik Firdaus bersuara.
“Along ni. Macam menghalau je. Oklah. Saya pergi dulu. Lisa, I pergi dulu. Nice to see you again. Make sure ajar sweet girl ni pasal PR sikit. Jangan bantai semua yang datang tu semuanya nak jual minyak ubat,”
Aku tunduk malu. Hai. Terkena paku buah keraslah.
“Jual minyak ubat? Diya? Kenapa? Siapa yang jual minyak ubat?,”soal Lisa hairan. Perlahan aku mengangkat muka. Perlahan juga aku mengangkat punggung. Farid tersenyum penuh makna. Encik Firdaus pula, menatap wajahku tidak berkelip. Menunggu jawapan untuk soalan Lisa barangkali. Takkan aku nak beritahu dia aku baru lepas kutuk adik dia ni. Mahu masam balik senyumnya yang manis ni.
“Nothing. Hmm… saya rasa saya kena pergi dulu. Ada kerja sikit,” aku bersuara sambil cepat-cepat melangkah menuju ke bilik Encik Firdaus. Meninggalkan tiga manusia itu. Menuju ke arah meja sementaraku. Cuma di sinilah tempat untuk aku bersembunyi sekarang. Dengan malas aku melabuhkan punggung ke kerusi. Sekarang apa aku nak buat di sini. Aku senyum. Mungkin aku patut berbicara dengan Charming. Lagipun sudah hampir dua minggu aku tidak bersembang dengan Charming di dalam Yahoo Mesenger. Yahoo Mesengger aku aktifkan. Melihat kalau-kalau Charming online. Yes! Dia online. Aku senyum lebar. Namun, senyum itu perlahan hilang apabila pintu bilik dibuka. Encik Firdaus melangkah masuk. Kacau betul. Aku memerhati Encik Firdaus yang bergerak ke mejanya. Duduk di kerusi sambil membelek-belek kertas di hadapannya. Hmm.. Lantaklah. Dah tak ada tempat aku nak pergi ni. Terpaksa jugalah aku duduk di sini. Dan, dah terlanjur duduk di sini, mungkin ada baiknya aku mencari Charming. Jemariku mula melekat pada keyboard.
Ugly Betty: BUZZ!!!
Charming: Hai. Salam
Aku senyum. Berbalas rupanya.
Ugly Betty: Salam
Charming: Tengah buat apa tu?
Ugly Betty: Tengah menyorok. Hehehe
Charming: Menyorok? Menyorok dari apa?
Ugly Betty: Lupakanlah. Tak penting pun
Charming: laa.. Cakap jelah. U nyorok dari siapa? Ada peminat rush ke?
Ugly Betty: Ha ah
Aku senyum. Saja bagi Charming tidak senang duduk.
Charming: Aik. Ini yang tak sedap dengar ni. Ramai ke peminat U?
Ugly Betty: Tak adalah. Main2 je. I ni mana ada peminat. Lari dari adik bos tadi.
Charming: Adik bos? Kenapa? Dia nak tackle U ke?
Ugly Betty: Lebih kuranglah. Mana tahu dia adik bos. I ayat dia macam-macam.
Nasib baik tak kena marah.
Charming: apa U cakap?
Ugly Betty: I ckp dia salesman. Hehehe. Nak jual minyak urut. I cakap jual minyak
urut diharamkan kat ofis I.
Jemariku yang asyik menaip terhenti. Ada gangguan. Gelak Encik Firdaus menarik perhatianku. Apahal pula bos aku ni? Tiba-tiba gelak sorang-sorang. Aku memandang pelik. Kebetulan Encik Firdaus pun memandang ke arahku. Melihat wajah hairanku barangkali, dia tersenyum.
“Sorry,” ujarnya sepatah. Aku turut tersenyum. Kemudian mata kualihkan semula ke screen komputer. Lantaklah. Agaknya Encik Firdaus pun tengah chatting kot. Aku tersengih. Terfikir dengan siapalah agaknya lelaki itu sedang bersembang. Tiba-tiba terdetik di hati, apalah agaknya yang akan dibualkan oleh orang yang serius seperti Encik Firdaus tu. Mesti skema agaknya. Aku tergelak kecil.
Charming: Dia cakap apa, bila U cakap kat dia macam tu?
Aku senyum.
Ugly Betty: Dia gelak. N… U know, dia ckp dia suka. Pasal tak pernah kena reject
katanya. Jadi, bila sesekali kena kutuk n kena reject, dia ckp best.
Psiko betul lelaki cam tu.
Charming: Hmm.. Hensem ke adik bos U tu? Sampai tak pernah kena reject?
Ugly Betty: Hensemlah jugak. Tapi, bos I lagi hensem. Hehehe.
Charming: Tak terpikat ke?
Ugly Betty: Kat sape? Bos I ke adik bos I?
Charming: Bos U lah…
Ugly Betty: Hmm… entah. Tak ada kot.
Charming: Kenapa?
Ugly Betty: I ni jenis realistik. Nak mimpi siang hari buat apa? Sah—sah tak
sepadan dengan I, buat apa nak berangan kan? Ukur baju kat badan
sendirilah. Tul tak?
Charming: kalau dia suka kat U macam mana?
Ugly Betty: Ish, tak adalah. Mustahillah tu.
Charming: I cakap kalau…Kalau dia suka kat U, U akan terima dia?
Ugly Betty: No
Charming: Kenapa?
Aku termangu seketika. Charming ni, buat-buat tidak faham pula. Pasal aku dah suka kat kaulah. Mana boleh aku suka kat orang lain lagi? Hatiku menjerit sendiri.
Charming: Helloo… kenapa diam? Cakaplah kenapa U tak terima dia?
Aku teragak-agak. Hendak berterus terang tetapi ada rasa malu yang membelenggu diri ini.
Charming: Sayang.. Tell me. Why?
Ugly Betty: Sebab…
Ugly Betty: Sebab I suka kat U
Mak! Malunya. Rasa macam nak sorok muka bawah meja. Walaupun aku tahu Charming tak akan nampak aku.
Charming: U mean, U love me?
Mak oii. Janganlah tanya soalan macam tu Charming. Malu saya nak jawab.
Charming: Seriously. Answer me. Jangan diam macam ni.
Alahai. Serius pula perbualan hari ni. Tak pasal-pasal pecah rahsia aku cintakan dia. selalunya dia saja yang meluahkan perasaan. Aku cuma mendengar dan tergelak bahagia. Pasal perasaan aku pula, faham-faham sendirilah, Charming. Tak payahlah tanya-tanya macam ni. Apa aku nak cakap ni?
Charming: Please. I perlukan jawapan.
Aku teragak-agak.
Ugly Betty: If I say yes?
Charming: I’m the most lucky man in the world. Ini yang I tunggu dari U sekian
lama. At last, U mengaku juga U sukakan I. Thanks.
Aku tersenyum malu. Saat itu juga pandanganku berlaga dengan pandangan Encik Firdaus. Cukup romantis renungan lembut itu. Terasa menusuk kalbu. Segera aku alihkan pandangan. Ada orang main mata dengan sayalah Charming. Aku tersenyum kecil.
Charming: Kalau boleh I tanya. Kenapa U suka kat I? Padahal U x kenal I pun.
Ugly Betty: I can’t answer that question. No answer actually. Cuma, I rasa selesa n
bahagia bila dapat bercakap dengan U. N u? Soalan yang sama I tanya kat
U. Kenapa U suka kat I? Padahal U tak kenal I
Charming: I kenal U
Ugly Betty: ?!
Charming: I rasa I kenal diri U melalui kata-kata U. I falling in love with all that
things.
Ugly Betty: let say, kalau U jumpa I , n I x memenuhi ciri2 wanita idaman U, macam
mana?
Charming: Now, I tanya soalan yang sama pada U. What will U do, kalau itu terjadi
pada U?
Ugly Betty: Tak pernah terfikir pun. Hehehe.
Charming: Me too.
Aku senyum. Hampeh betul jawapannya. Tapi, bila difikir-fikir, sama hampeh dengan jawapanku.
Charming: I pasti itu tak akan terjadi. Sebab I pasti sangat-sangat I akan suka pada U.
Kalau U… itu I tak tahulah. Harap-harap U pun akan suka pada I.
berharap sangat U akan terima I. Because I really love you. Really… really
love U. So much.
Aku diam seketika. Serius pula bicara Charming hari ni. Terharu pun ada dengan kata-katanya. Benar-benar ikhlaskah lelaki ini ingin mendampingiku secara serius? Tiba-tiba terdetik soalan itu di hati. Dan aku pula, benar-benarkah aku bersedia menerima Charming sebagai teman hidup, walhal aku langsung tidak mengenalinya. Dalam rasa bahagia, tiba-tiba terselit rasa was-was. Was-was pada Charming atau pada diriku sendiri? Aku sendiri tidak tahu. Sudahnya aku termangu sambil membaca ayat-ayat romantis dari Charming. Tiba-tiba juga perasaan ini berbelah- bagi. Alamak. Kenapa rasa macam ni pula? Sekejap rasa macam cinta sangat kat Charming ni. Tapi, sekejap ada pula rasa kurang yakin pada lelaki ini. Tiba-tiba teringat kata-kata Sharifah. Mana ada lelaki yang akan jatuh cinta pada perempuan yang langsung dia tidak kenal. Hati mula berbisik. Charming cuma mempermainkan aku ke?

****

BAB 12





“Hey!,”
Aku tersentak. Sharifah tergelak kecil. Aku menjeling marah. Ada ke buat aku terkejut kat sini. Kalau tersungkur aku kat meja ni, tak ke malu? Sharifah meletakkan dulang berisi KFC di atas meja. Aku cuma memandang.
“Kau ni, kenapa? Dah dua hari aku tengok kau termenung saja. Ada masalah ke? Gaduh dengan Charming ya?,”
“Mana wedges aku? Kau lupa ya?,”soalku pula tanpa menjawab soalan Sharifah. Sharifah mendengus. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi.
“Adalah. Kejap lagi dia hantar. Lain orang tanya, lain yang dia cakap. Tell me. Kenapa ni? Monyok semacam je aku tengok,”
“Tak ada apa-apalah. Ni.. Azman mana? Kata nak tunggu kita kat sini. Sekarang kita pula yang kena tunggu dia?,”
“Alaa.. Tak ke mananya buah hati aku tu. Kejap lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak biasa pula. Sekarang.. Kau ni. Cepat cerita kat aku, kenapa ni?,”
“Tak ada apa-apalah,”aku cuba mengelak dari menjawab soalan Sharifah. Sharifah merenungku tajam.
“Hai.. sejak bila pandai berahsia dengan aku ni? Cepat cakap. Aku tahu ada sesuatu sedang mengganggu kau ni. Kalau tak penunggu, mesti orang bunian ni,”
Aku tergelak kecil. Kata-kata Sharifah ternyata mampu menggeletek hatiku. Melihat aku ketawa, Sharifah tersenyum kecil.
“Pandai pun senyum. So, sekarang, dah boleh cerita dah?,”
“Kau ni, memang pandai buat lawaklah,”
Sharifah cuma menyambung senyumnya yang masih bersisa.
“Excuse me. Table no. 5. Two large wedges?,”
“Yes,” laju aku menjawab. Pelayan restoran yang membawa pesanan cuma tersenyum sambil meletakkan dua kotak wedges di atas meja.
“Thanks,” ujarku sebelum pelayan itu berlalu bersama senyum yang manis. Aku menarik kotak wedges. Mula menyuap wedges ke mulut.
“Amboi.. Dalam termenung, sempat lagi makan ya? Sampai dua large size pula tu. Dah tu, makan sampai tak ingat nak pelawa orang,”
Aku tersenyum. Terlupa. Lapar membuat aku lupa rupa-rupanya ada manusia di hadapanku.
“Sorry. Lupa. Aku laparlah. Dah dua hari aku tak makan. Kau tahu tak?,”ujarku sambil menikmati keenakan kentang yang bersalut mayonis. Memang sudah dua hari aku tidak makan. Asyik memikirkan tentang Charming, aku jadi lupa segala-galanya. Hari ini baru terasa yang perut ini benar-benar minta diisi.
“Aku tahu. Itu sebabnya aku tanya ni. Apa masalah kau?,”
Aku mengeluh perlahan. Suapan pun mula perlahan. Aku bersandar ke kerusi. Memandang wajah Sharifah yang menunggu ceritaku.
“Charming..,”
“Haa.. Kan aku dah kata. Memang aku dah agak dah. Memang gaduh dengan Charming ni. Kenapa? Dia marah kat kau, sebab kau tak nak jumpa dia? Itulah. Aku dah cakap. Jumpa..jumpa.. Kau degil. Sekarang, tengok. Betul tak aku cakap? Mesti dia marah kat kau punya. Kalau aku pun aku marah. Macam nak main-main je. Silap-silap kena tinggal terus,”
Aku pandang wajah Sharifah tajam. Geram. Belum pun sempat aku buka cerita, dia sudah pun siapkan satu karangan untuk aku. Kalau betul tak apa. Ini semuanya salah fakta.
“Kau.. Boleh tolong diam tak? Nak dengar cerita aku ke nak dengar cerita kau ni?,”
Sharifah tersengih sambil menutup mulut dengan jemarinya.
“Ok. Ok. Aku diam, kau cerita,”
“Macam mana aku nak cakap ya?,”
“Kau gaduh ke?,”
“Taklah. Mana ada gaduh. Cuma, aku terfikirkan kata-kata kau,”
“Wait. Kau termenung sana, termenung sini, pasal Charming ke pasal aku?,”
“Sherry. Please. Kau nak dengar tak nak ni?,”
“Ok. Sambung,”
“Pasal Charminglah. Aku terfikir kau cakap, mana ada lelaki yang boleh serius dengan perempuan yang dia tak kenal. Aku jadi was-waslah dengan perasaan dia kat aku. Entah-entah dia cuma nak main-mainkan aku tak?,”
“Kenapa kau cakap macam tu?,”
“Dua hari lepas, dia luahkan perasaan kat aku. Dia cakap dia betul-betul serius dengan aku. Tiba-tiba aku jadi sangsi pula bila dia tiba-tiba cakap macam tu. Dia cakap, dia yakin sangat-sangat yang dia boleh terima aku, walau macam mana pun keadaan aku,”
“Laa.. Pulak. Kenapa pula? Dulu bila dia jarang chat dengan kau, kau kata dia tak serius. Sekarang ni, bila dia selalu call kau, chat dengan kau. And, siap luah perasaan lagi, tiba-tiba kau cakap dia nak main-main? Tak fahamlah aku dengan perangai kau ni. Entah-entah kau yang nak main-main kot,”
“Mana ada. Aku betul-betul sukakan dia. Itu yang buat aku jadi takut ni. Takut kalau dia tak serius dengan aku. Takut kalau-kalau semua yang dia cakap tu, semuanya saja nak permainkan aku. Aku takut nanti aku kecewa sorang-sorang. Sebab dia cakap macam real sangat. Bila dah real sangat tu, rasa macam tipulah pulak,”
“Itu sebabnya kau kena juga jumpa dia, kalau kau dah betul-betul suka kat dia. Aku rasa dia pun, tak ada nak main-mainkan kau kot. Kalau dia nak main-main, mesti dia dah lama give up sebab kau bukannya nak jumpa dia pun. Cubalah jumpa dulu. Baru boleh kenal hati budi dia. Lama-lama bercinta macam ni pun tak elok. Kau tak tahu perangai dia macam mana. Baik ke dia? Serasi ke dengan kau? Itu semua kau tak tahu. Tapi, makin lama kau makin sayang kat dia. Nanti, bila dah makin sayang, keadaan akan jadi lebih complicated. Kau tahu tak?,”
Aku mengeluh panjang. Betul tu. Itu yang buat aku resah gelisah ni.
“Aku tahu. Tapi, aku takutlah, Sherry. Aku malu. Nanti apa dia fikir pasal aku?,”
“Laa… Species apalah kau ni. Nak heran apanya apa kata dia? Dah kau berdua memang fall in love kan? Dua-dua dah sama-sama jatuh cinta cinta. Takkan nak kutuk girlfriend sendiri kot. Nak kata apa lagi? Jumpa dan kenal hati budi masing-masing. Mana boleh bercinta macam ni selama-lamanya? Nak kahwin nanti macam mana? Takkan nak nikah kat YM kot. Bersanding dengan PC? Macam tu?,”
Aku tergelak. Bersanding dengan PC? Terbayang pula kat mata aku, aku ayu berbaju pengantin, kemudian duduk di sebelah komputer. Hahaha! Kelakarnya. Memanglah Sharifah ni pandai membuat aku kembali ceria.
“Kau ni. Ada ke situ pula perginya,” ujarku bersama-sama sisa-sisa gelak.
“Aku cakap, kau gelak. Tapi, cuba kau fikir, kalau kau terus macam ni, hubungan kamu berdua tak akan ke mana-mana. Tak akan berkembang,”
“Aku tahu. Tapi, aku memang tak berani nak jumpa dialah. Aku takut. Aku malu,”
“Teruskanlah takut dan malu kau tu. Nanti melepas baru padan muka,”
“Kalau dia memang saja nak permainkan aku , macam mana?,”
“Sekuarang-kurang kau tahu. Mana kau nak? Kau nak tahu dia permainkan kau sekarang, atau kau nak bila kau dah betul-betul tak boleh nak lupakan dia,then baru kau tahu yang dia cuma permainkan kau? Mana satu pilihan kau? Mana satu yang lebih menyakitkan?,”
Aku termangu. Terfikir kata-kata Sharifah. Semuanya benar belaka.
“Memang aku dah betul-betul sukakan dia pun. Dah betul-betul jatuh cinta kat dia. Tak pernah aku berperasaan begini pada lelaki. Aku rasa, aku memang tak boleh nak lupakan dia. Itu yang buat aku takut. Takut kalau dia cuma nak tipu aku. Tak sanggup aku nak berdepan dengan keadaan tu,”
“Kau kena berani Diya. Ini bukan soal main-main. Melibatkan perasaan. Jangan sampai kau makan hati nanti. Cubalah dulu. Bukan tak ada orang yang serius bila bercinta online ni. Think positivelah. Jangan asyik fikir yang tak elok saja. Lagipun, kalau kau nak fikir semua benda yang tak elok ni, kau kena fikir sebelum kau terlajak jatuh cinta pada Charming tu. Semasa kau mula-mula berchatting dengan dia dulu.. Kalau sekarang baru kau nak fikir semua ni, aku rasa dah terlambat. Kau kena teruskan juga. Macam mana endingnya, itu kau kena tawakallah. Harap-harap ending atas pelaminlah,”
“Kau cakap ni.. makin menakutkan akulah. Bukan buat aku rasa lega. Buat aku makin susah hati pulak,”
“Dah tu kau nak aku cakap apa? Situasi kau sekarang ni, memang macam ni. Berbahaya. Tak berpenghujung. Kalau kau masih juga dengan malu dan takut kau tu, memang tak akan selesai masalah kau dengan Charming. Hubungan kanu berdua juga, akan terus tergantung macam nilah,”
Aku diam. Betul kata-kata Sharifah. Tapi, apa yang mampu aku lakukan? Memang aku tiada kekuatan langsung untuk berjumpa dengan Charming, walaupun hatiku sudah penuh rasa sayang untuknya. Aku tidak berani. Aku malu dan aku takut dipermainkan. Susahnya kalau tidak pernah jatuh cinta ni. Sekali dah jatuh cinta, pada halimunan pula. Betul-betul dugaan ni.
“Dah… terlopong pulak. Kenapa?,”soal Sharifah. Cepat-cepat aku buat muka ayu. Teremosi pula aku mengelamun.
“Mana ada terlopong…,”
Sharifah tergelak sambil mencapai wedges di hadapanku. Lengan baju kurungnya diselak. Melihat jam di tangan.
“Mana si Azman ni? Ni yang buat aku rasa macam nak marah ni,” gumamnya perlahan.
“Alaa.. Tak ke mananya Azman tu. Kejap lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak biasa pula,”aku mengulangi kata-kata Sharifah padaku. Membuat gadis itu memandangku dengan pandangan geram. Giliran aku pula tersenyum.
“So, macam mana? Apa kau nak buat?,”
“Biar takdir yang menentukannya. Tak larat aku nak fikir. Dan Biarlah YM itu yang berbicara. Selama mana dia nak berbicara..,”aku bersuara separuh bermadah. Sharifah mencebik.
“Alaa.. Senang-senang kau tutup buku je dengan Charming ni. Ambil je orang kat depan mata,”
“Siapa?,”
“Encik Firdauslah,”
“Kau ni. Sempat juga nak menyelitkan Encik Firdaus tu ya? Tak ada maknanya. Kau tolong jangan buat aku perasan, boleh tak? Aku malu sebab jatuh cinta cinta dengan Charming ni, aku rasa aku boleh terima lagi. Tapi, kalau dah aku terjatuh cinta kat Encik Firdaus tu. Eeee. Tak naklah. Malu besar tu. Terjatuh cinta kat bos sendiri. Dah lah tu, jatuh cinta sorang-sorang pulak tu. Oh tidak. What a nightmare. So, please jangan buat aku jadi perasan sorang-sorang,”
“Mana kau tahu kau bertepuk sebelah tangan? Kau tak cuba pun?,”
“Dahlah. Tak nak cakap pasal nilah. Tukar topik. Ada ke nak cuba bercinta dengan bos pula. Kalau dia cuba bagi surat warning kat aku, macam mana? Tak ke menggelupur aku nak cari kerja lain?,”
Sharifah menjungkit bahu tanpa berkata apa-apa. Cuma sedikit senyuman yang terukir di bibirnya. Aku turut diam.
“Haaa… Tu pun dia. Baru sampai,”aku bersuara sebaik melihat langkah Azman yang tergesa-gesa melangkah ke arah kami. Buat-buat kelam kabutlah tu. Lelaki ni… memang tak pernah berubah.
“Sorry. Aku lambat. Sorry sayang. Saya ada hal kejap tadi,”Azman bersuara sambil memandang ke arahku, kemudian dialihkan pula ke wajah buah hatinya. Sharifah menarik muka sambil menjeling. Aku yang memandang cuma tersenyum. Merajuklah tu.
“Alaa… Janganlah marah. Betul. Tak sengaja,”
“Dahlah Man. Duduk jelah. Kau punya tak sengaja tu, aku dengar daripada form two lagi. Dah.. Dah.. Duduk dan makan je ayam yang dah tak berapa panas ni,”aku bersuara sambil memberi isyarat supaya dia duduk. Azman tersengih. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi di sebelah Sharifah.
“Sherry, janganlah marah ya? Saya minta maaf. Betul. Ada hal tadi,”
“Hal apa?,” soal Sharifah sambil menatap wajah Azman tanpa berkelip. Azman tersenyum.
“Jangan pandang saya macam tu, awak. Tergoda ni,”
Spontan jemari Sharifah melekat ke belakang Azman. Pang! Ha. Kan dah kena lempang. Aku tergelak. Azman menyeringai menahan sakit.
“Mengada-ngada,” Sharifah bersuara sambil menngosok telapak tangannya. Pedihlah tu. Lempang Azman kuat sangat.
“Sakitlah. Tak baik buat kat bakal suami macam ni, tau,”
“Ala.. baru bakal suami. Belum jadi suami lagi. So, belum dikira derhaka pada suami lagi,”
Azman menjeling. Muka yang tadi manis sudah menjadi sedikit kelat. Aik! Sekarang siapa yang merajuk, siapa yang nak memujuk ni? Macam dua-dua dah merajuk saja. Aku leka menjadi pemerhati. Kalut betul pasangan ni. Tersenyum melihat wajah Sharifah pula berubah menjadi cuak.
“Awak. Sorrylah. Sakit ke?,”
“Takkkkk….. Tak sakit. Best. Tak tahu ke kena lempang macam ni, best rasanya?,”Azman menjawab soalan bodoh Sharifah dengan nada sedikit geram. Aku tergelak.
“Sorrylah. Tak sengaja. Awak pun satu. Kenapa cakap macam tu? Tak malu ke?,”
“Laaa.. Nak malu apanya? Tergoda kat bakal isteri pun nak malu ke?,”
Sharifah diam. Cuma aku perasan wajahnya sedikit memerah. Malulah tu. Mood Azman pula, sudah mula baik semula. Sekejap saja rajuknya.
“Malu pulak,” Azman mula menyakat. Sharifah menjeling. Tanpa menjawab, dia menarik kotak wedgesku. Tanpa menghiraukan senyum nakal Azman, dia terus menyuap kentang wedges ke mulut. Melihat reaksi Sharifah, Azman tergelak.
“Nak kena lempang lagi ke?,”soal Sharifah, garang.
“Nak. Tapi, pelan sikit ya. Jangan kuat sangat. Sakit,”
Sharifah mendengus marah. Aku tersenyum. Sesungguhnya aku cukup suka melihat gelagat Azman dan Sharifah. Sejak dari sekolah sehingga ke hari ini, tingkah mereka tidak pernah membuat aku jemu.
“Oh ya. Diya, Abang Kamal kirim salam,”
Senyum lebar yang menghiasi bibirku mati tiba-tiba. Di mana pula Abang Kamal berjumpa dengan Azman ni? Waalaikumussalam. Aku menjawab di dalam hati.
“Mana kau jumpa dia?,”
“Kat luar tadi. Kat parking,”
“Haa?! Dia kat sini ke?,” soalku terkejut. Tiba-tiba punggung terasa panas. Nak saja aku lari dari situ.
“Ya. Yang kau terkejut sangat ni, kenapa?,”
“Tak ada apa-apa. Dia buat apa kat sini?,”
“Entah. Mana aku tahu. Tak sempat tanya pun. Lagipun dia nak cepat. Dia oncall katanya,”
Jawapan Azman membuat aku sedikit lega.
“Dia dah pergilah?,”
“Ya. Kau ni, gabra semacam pulak. Kenapa?,”
“Tak ada apa-apalah,”aku menjawab sambil kembali tersenyum. Selamat. Perlahan aku mengurut dada.
Azman mencebik. Pandangannya dialihkan pula pada Sharifah.
“Awak dah cakap kat Diya ke?,”
“Belum. Tunggu awaklah,”
Azman tersenyum.
“Cakap apa?,” soalku hairan.
Azman menjungkit bahu sambil mencapai seketul ayam goreng. Sharifah memandang wajahku.
“Awak nak cakap ke, saya yang nak cakap ni?,”
“Saya nak makan. Awak cakaplah,”
Sharifah menepuk perlahan bahu Azman, membuat Azman tergelak kecil.
“Apa dia? Cakaplah,”
“Bulan depan kami nak bertunang,”
“Oh… Tahniah. Tahniah Man. Tak sabar nak tunggu ni,”
Sharifah tersenyum bahagia. Azman turut tersenyum sambil menatap wajah Sharifah. Nampaknya tidak lama lagi teman baikku ini akan menamatkan zaman solonya. Tinggallah aku seorang diri nanti.
“Lama ke kau orang nak bertunang?,”
“Entah. Belum bincang dengan mak aku lagi pasal tempoh tu. Tapi, mesti dia orang tak bagi lama-lama,”Sharifah membuka cerita.
“Saya pun tak nak lama-lama. Kalau boleh tak nak bertunang pun. Terus kahwin, kan senang,” Azman menyampuk sambil meratah ketul ayam yang kedua. Aku tergelak.
“Apa pulak tak payah bertunang? Ingat kahwin koboi ke apa?,”soal Sharifah marah. Azman tersenyum panjang.
“Baguslah tu. Tunang lama pun buat apa? Baik kahwin cepat-cepat,”
“Itulah. Aku setuju cakap kau, Diya. Kau? Bila pula? Takkan nak tunggu dapat title andartu baru terhegeh-hegeh nak cari calon. Jangan jual mahal sangat,” Azman bersuara lagi. Mak oi. Azman ni, kalau bercakap tak reti nak bertapis. Sama saja dengan Sharifah.
“Nantilah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau nak cari sana sini, tapi, memang dah tertulis aku ni akan jadi anak dara tua, tak guna juga,”
“Uish. Macam marah je,”
“Ye la. Suka-suka je kau nak kutuk-kutuk aku ya?,”
“Bukan kutuk. Ingatkan,”
Aku mencebik. Deringan telefon bimbitku menghentikan bicara. Aku buka beg. Melihat siapa yang menelefon. Charming. Nak jawab ke tidak?
“Siapa?,”soal Sharifah. Telefon aku matikan. Nantilah aku telefon semula.
“Tak ada siapalah. Kat mana kita tadi?,”jawabku sambil menyimpan semula telefon bimbit. Sharifah cuma mengangkat kening. Tanda tidak percaya dengan kata-kataku. Aku tersenyum. Nantilah Sharifah. Takkan nak cakap kat depan Azman ni. Malulah aku.

*****

BAB 13






“Fuh! Penatnya,” Sharifah bersuara sambil terus terbaring ke katil. Aku turut tersandar ke kerusi. Beg pakaian yang sederhana besar kubiarkan saja di tepi dinding. Memang penat. Berjam-jam di dalam bas, memang membuat badanku bagai hilang tenaga. Yang kunampak cuma katil dan bantal. Tapi, tak boleh dulu. Aku kena telefon mak dulu. Beritahu dia aku dah sampai. Nanti risau pula orang tua tu.
“Kau tak penat ke, Diya?,”
“Mahunya tak. Penatlah. Tapi, aku nak buat call kejap,”
“Call siapa? Buat laporan kat Charming ke? Ini dah serius ni, sampai kena buat report ni. Berapa kali sehari kau kena report kat dia pasal aktiviti kau?,”soal Sharifah tersengih.
“Tak adalah. Bukan call dia. Call mak akulah. Beritahu aku dah sampai. Sebelum dia telefon and berleter panjang, baik aku dulu yang telefon,”
Sharifah mengangguk perlahan.
“Aku pun nak call mak akulah. Nak beritahu aku dah sampai,” dia bersuara sambil mencapai telefon bimbit yang tidak pernah berenggang dari tangannya sejak dari mula menaiki bas hinggalah bas selamat berhenti di terminal untuk mengambil bot ke Pulau Redang. Aku tersenyum. Perlahan bangkit dari kerusi mencapai beg tangan di atas beg pakaianku. Menyelongkar mencari telefon bimbit. Telefon bimbit kukeluarkan sambil beg tangan kucampak ke katil.
“Aku keluar kejap,”ujarku sambil melangkah keluar dari chalet. Mengambil angin di beranda. Nyamannya. Perlahan tangan mendail nombor telefon rumahku. Deringan yang bertalu, membuat aku tersandar di beranda. Mana mak ni? Lambatnya angkat telefon.
“Assalamualaikum,”aku bersuara sebaik telefon berangkat.
“Waalaikumussalam,”
Aik! Macam kenal je suara ni. Mana mak? Kenapa lelaki pula yang angkat ni? Aku mula diburu seribu pertanyaan.
“Tiha ya?,”
Alamak! Abang Kamal. Apa Abang Kamal buat kat rumah mak aku ni? Kacau betullah.
“Tiha?,”
“Mak ada?,”
“ Ada. Kat dapur. Buat kopi. Nak cakap dengan dia ke?,”
Ek eleh. Memanglah nak cakap dengan mak aku. Sebab tulah aku telefon rumah aku. Apalah Abang Kamal ni. Takkan nak cakap dengan dia pula.
“Panggil mak kejap,” ujarku dingin. Aku terdengar Abang Kamal mengeluh perlahan.
‘Mak su, Tiha telefon ni. Cepat sikit. Nanti merajuk anak dara Maksu ni, kan’
Terdengar suara Abang Kamal memanggil ibuku. Saja nak bagi aku dengar suara dialah tu.
“Maksu kata tunggu kejap,”
“Tak apalah. Nanti saya telefon mak balik,”
“Eh, tunggulah dulu. Cakap dengan abang dulu. Ingat Tiha balik kampung,”
“Tak ada,” aku menjawab pendek.
“Maksu kata Tiha pergi Pulau Redang. Buat apa kat sana?,”
“Ada hari mesra staff. Tiga hari kat sini,”
“Hmmm… Ingat abang balik, boleh jumpa Tiha. Susahnya nak jumpa Tiha. Sunguh-sungguh Tiha nak mengelak dari abang ya?,”
“Mana tahu abang balik kampung. Lagipun, kita tak ada berjanji kan?,” bohongku dengan cukup lancar sekali. Padahal hari tu, ibuku sudah beritahu Abang Kamal akan balik kampung.
“Memanglah tak ada berjanji. Tapi, ingat ada rezeki abang nak jumpa Tiha. Kalau berjanji memang tahu, Tiha tak akan sudi. So, terpaksalah buat-buat macam kebetulan. Rupa-rupanya buat macam tu pun, tak boleh jumpa juga,” Abang Kamal bersuara dengan nada yang agak selamba. Aku tersenyum sendiri. Kelakar pula rasanya mendengar kata-kata Abang Kamal. Sampai macam tu sekali ke, usaha dia nak berjumpa dengan aku?
“Berapa hari Tiha kat sana?,”
“Tiga hari,”
“Banyak buat aktiviti kat sana?,”
“Entah,”
“Semua staff pergi ke?,”
“Ha ah,”
“Tiha baru sampai ke tu?,”
“Ha ah,”
“Pergi dengan bas ke?,”
“Ha ah,”
“Tiha sayang abang ke?,”
“Ha ah,”
Ops! Abang Kamal tergelak. Kurang asam punya Abang Kamal. Boleh bagi soalan psikologi pula kat aku. Dah tersasul.
“Tulah. Ha ah..Ha ah lagi,”ujarnya masih bersama gelak. Aku diam. Tidak ada keinginan untuk gelak bersamanya. Geram lagi, adalah.
“Cakaplah. Janganlah asyik ‘ha ah’.. ‘entah’..’ ya’. Kalau pun tak suka kat abang, janganlah tunjuk sangat. Sedih abang rasa bila Tiha buat abang macam ni,”
“Tak ada benda nak cakaplah bang. Mak ni, mana? Takkan tak siap-siap lagi buat air?,”
“Belum. Kejap lagi kot. So, bila kita boleh jumpa ni?,”
“Abang.. Janganlah cakap pasal ni lagi. Lupakanlah semua tu. Abang cari jelah perempuan lain. Yang lebih baik dari saya. Tak akan ke mananya kalau abang teruskan juga. Saya memang tak boleh nak terima abang. Tak payahlah kita buat masing-masing rasa serba salah, bang,”
“Abang akan terus mencuba. Terlalu lama abang mengharapkan Tiha. Takkan abang nak give up macam tu je,”
Aku diam. Geram dengan sikap Abang Kamal yang tidak tahu mengalah. Sampai bila dia hendak terus begini? Bukankah apa yang sedang dia lakukan ini akan membuat dia terluka? Akan membuat aku terseksa?
“Panggil mak kejap, bang,”
“Hmm.. Yelah. Maksu dah datang ni,”
Aku menarik nafas lega. Sebenarnya aku sudah kehilangan kata-kata untuk terus menyambung bicara dengan orang yang degil seperti Abang Kamal.
“Hello. Assalamualaikum,”
Aku senyum. Pasti gagang sudah bertukar tangan.
“Walaikumussalam, mak. Mak sihat?,”
“Sihat. Kamu dah sampai ke?,”
“Ha ah. Tiya baru sampai ni mak. Sampai je terus telefon mak ni. Baik tak anak mak ni?,”soalku sambil tersengih di beranda.
“Hmm. Baik apa? Takut nak dengar mak berleter kan? Tu yang cepat-cepat telefon tu, kan?,”
Aku sengih lagi. Mak ni, macam tahu-tahu saja. Tak boleh nak berlakon betul. Semua yang ada kat dalam hati aku, semuanya dia tahu.
“Abang Kamal buat apa kat rumah tu?,”
“Dia datang cari kamulah. Mana tahu kamu tak balik,”
“Buat apa nak cari Tiya?,”
“Manalah mak tahu. Kalau ada yang tahu pun, kamu berdua jelah. Betul tak?,”
Hai.. Dalam maknanya kata-kata ibuku ini. Pasti dia sudah mengesyaki sesuatu. Kenapalah Abang Kamal tunjuk sangat pada ibuku, ada sesuatu yang berlaku antara kami? Aku bocorkan rahsia, baru tahu. Mahu ibuku halau dia dengan parang. Tak ada nak hidang-hidang kopi lagi. Baru padan muka!
“Mak. Tak boleh lama ni. Lagipun, mak ada tamu tu kan? Nanti apa kata Abang Kamal, kalau tak ada orang yang melayan dia,”
“Mengelak. Mengelaklah selagi kamu boleh mengelak,”
Aku tersenyum. Tapi, sudah tidak semanis tadi. Kata-kata ibuku membuat aku sedikit gelisah.
“Mana ada Tiya mengelak? Mak ni, pandai-pandai je serkap jarang,”
“Serkap jarang mak selalu mengena,”
“Oklah mak. Sherry panggillah. Malam nanti Tiya telefon mak balik. Ok?,”
“Yelah,”
“Ok. Bye ,”
“Amboi. Sejak bila jadi orang putih ni? Assalamualaikum,”
Aku tersenyum. Terbayang wajah ibuku dengan perkataan itu. Mesti siap dengan gaya tu.
“Waalaikumussalam,”
Talian terputus. Dan aku termangu di situ. Bergerak perlahan ke tangga chalet. Duduk di situ sambil menongkat dagu. Terasa diri dihimpit rasa serba salah dengan sikap degil Abang Kamal. Serba salah kerana dia adalah sepupuku. Bimbang kalau berterusan kedinginan ini, nanti hubungan keluarga pula yang menjadi taruhan. Risau ada cerita yang tidak enak didengar akan muncul.
“Hai.. Jauh termenung?,”
Sapaan itu mengganggu lamunanku. Johan tersenyum memandangku. Aku turut tersenyum kecil.
“Teringatkan siapa?,”soalnya lagi.
“Tak ada teringat sesiapa pun. Saja ambil angin pantai ni. Best pula. Awak dari mana ni?,”soalku sedikit kekok. Sejak Sharifah beritahu Johan bertunang sebab kecewa denganku, aku belum lagi bercakap dengannya. Dia pun seperti mengelak daripada bertembung denganku. Lebih-lebih lagi apabila aku bertukar kerja, peluang untuk bertembung menjadi semakin kurang.
“Jalan-jalan. Ambil angin petang. Awak tak nak jalan-jalan ke?,”
Aku tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Yelah. Saya ni siapa ya? Mana layak nak jalan-jalan dengan awak,”
Senyumku mati tiba-tiba. Tidak suka dengan bicara Johan.
“Kalau awak cakap macam nak sindir saya, baik saya masuk. Saya tak suka,”aku berterus-terang. Memang aku geram bila ada orang yang bercakap begitu. Macamlah aku ni, sombong sangat. Nak kata aku sombong kan? Baik aku buat sombong betul-betul. Perlahan aku mengangkat punggung.
“Tunggu. Saya minta maaf. Saya tak berniat nak sindir awak pun. Duduklah dulu,”
Mendengar kata-kata Johan aku kembali duduk. Johan senyum sedikit.
“Thanks,”ujarnya sepatah.
Aku cuma tersenyum kecil. Johan ni, buat aku rasa segan pula. Siap nak berterima kasih pula.
“Boleh saya duduk?,”
Aku beralih sedikit. Memberi ruang untuk Johan melabuhkan punggung di sebelahku. Johan senyum sambil mengambil tempat di sebelahku.
“Awak apa khabar? Lama kita tak bersembang ya?,”Johan memulakan bicara. Ternyata dia sedikit kekok untuk berkomunikasi denganku. Tiba-tiba aku terasa aku pula lebih yakin untuk berdepan dengannya. Tidak seperti selalu, bila dia yang mendominasi perbualan. Bila aku yang terdiam tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Aku pandang wajahnya. Dia diam. Cuma mengira-ngira jarinya yang memang hanya sepuluh itu. Aku tersenyum kecil. Lucu bila Johan tiba-tiba menjadi pendiam.
“Kenapa senyum?,”soalnya tiba-tiba. Aku mengulum senyum. Supaya tidak terlalu ketara aku sedang mentertawakannya.
“Awak gelak kat saya ya? Kenapa?,”
“Rasa macam lain bila awak diam macam ni. Selalunya saya yang diam. Sekarang ni, terbalik pula. And, jari awak tu memang sepuluh. Awak kira sampai seratus kali pun, jawapannya tetap sepuluh,”aku berterus-terang. Tidak mahu dia salah faham. Dia tergelak kecil. Cepat-cepat jemarinya terlerai. Tangannya kini memeluk lutut.
“Saya pun tak tahu. Tak tahu kenapa tiba-tiba saya rasa segan nak berdepan dengan awak,”
“Tapi, awak masih nak berdepan dengan saya juga?,”balasku pendek. Senyum kuukir sambail menatap wajahnya yang cuma memandang jauh ke depan.
“Hati saya. Hati saya yang nak berdepan dengan awak,”
Aku pandang wajahnya dengan riak wajah yang sedikit terkejut. Dah bertunang pun masih nak bercakap pasal perasaan ke dengan aku?
“Jangan salah faham. Saya tahu status saya,”Johan bersuara seakan-akan dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiranku. Aku tersenyum. Lega.
“Tahniah. Maaf. Lambat ucap tahniah. Tak ada peluang nak berjumpa dengan awak,”
Johan tersenyum. Senyum yang sukar untuk aku tafsirkan akan maknanya. Bukan senyum gembira. Bukan juga senyum sedih. Terlalu sukar untuk menebak perasaan sebenar lelaki itu.
“Tahniah,”sekali lagi aku bersuara.
“Terima kasih,”jawabnya sepatah. Situasi yang tiba-tiba menjadi serba canggung membuat aku berasa serba tidak kena.
“Saya doakan awak bahagia,”
“Saya pun berharap begitu,” Johan bersuara dengan nada yang tidak pasti. Aku pandang wajahnya tanpa berkelip. Johan tergelak kecil.
“Jangan pandang saya macam tu. Walaupun saya dah bertunang, hati saya masih ada perasaan pada awak. Renungan awak boleh buat saya lupa pada status saya sekarang,”
Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan.
“Maaf,” ujarku sepatah.
“Untuk apa?,”soal Johan perlahan.
“Untuk segalanya. Saya tak bermaksud nak kecewakan awak. Saya.. Saya..,”
“Saya faham. Cinta tak boleh dipaksa. Saya hormat pendirian awak,”
“Sherry cakap, awak bertunang sebab.. sebab.. sebab saya. Saya harap Sherry salah,”
“Saya tak boleh ubah kenyataan tu. Memang itu hakikatnya. Saya tahu saya tak berhak paksa awak. Tapi, saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Memang saya betul-betul cintakan awak,”
Aku mula tidak senang duduk. Betul-betul tidak senang duduk.
“Janganlah cakap macam tu,”
“Don’t worry. Saya tak akan paksa awak. Saya pun sudah nekad dengan keputusan saya. Saya tak akan ubah fikiran,”
“Awak jangan buat keputusan semata-mata sebab awak kecewa dengan saya,”
“Hidup mesti diteruskan kan?,”
“Ya. Tapi, jangan sampai awak kecewakan tunang awak nanti. Kalau awak bertunang dengan dia tanpa apa-apa perasaan, nanti apa akan jadi padanya?,”
Johan tunduk. Cuma untuk seketika, sebelum dia mengangkat muka memandang wajaku. Agak lama. Mampu membuat aku pula yang tertunduk.
“Sejujurnya, saya ingin awak yang bertunang dengan saya,”
Ah! sudah! Johan ni, biar betul. Jangan buat kalut Johan oii. Awak tu dah jadi tunang orang.
“Tapi, saya tahu, mustahil. Bukan senang nak pikat hati Adiya Fatiha ni. Tak tahulah lelaki macam mana yang dia tunggu. Agaknya tunggu putera kayangan kot,” Johan cuba berlawak. Mungkin dia menyedari perubahan riak wajahku. Namun, aku rasa dia pun tidak berasa lucu dengan lawaknya itu. Sebab, tiada segarit senyum pun di bibirnya. Kalau dia tidak berasa lucu, aku, apatah lagi.
“Bukan masalah senang atau susah. Benda ni, bukan boleh dipaksa. Macam awak cakap tadi, kan?,”aku bersuara perlahan.
“Itu lainnya awak daripada gadis-gadis lain. Itu jugalah yang menjadi tarikan kuat untuk lelaki mendekati awak. Susah nak pikat. Dua tahun saya cuba, tapi failed. Saya nak tengok nasib Encik Firdaus pula. Sama macam saya atau tidak,”
Aku pandang wajahnya sekali lagi.
“Apa pula Encik Firdaus perginya? Tak ada kena mengena langsung,”aku menjawab dengan wajah yang sedikit masam. Johan tergelak.
“Semua tahu Diya. Cuma, awak saja yang buat-buat tak tahu. Macam mana awak buat kat saya dulu. Betul tak?,”
Aku mengangkat punggung. Topik perbualan kami sudah tidak menarik lagi.
“Nak ke mana?,”soal Johan sambil mendongak menatap wajahku.
“Tak nak cakap pasal nilah,”
“Harap Encik Firdaus tak kecewa macam saya. Merpati Mara Jaya Industries,”
Aku mengerutkan kening. Dia pula tersenyum panjang. Walaupun jelas senyumnya itu tiada keceriaan langsung. Tidak faham dengan kata-katanya membuat aku kembali duduk.
“Apa yang merpatinya ni?,”
Tiba-tiba soalan yang datang dari belakang itu membuat aku tersentak. Bukan aku saja, Johan pun turut tersentak. Soalan yang ingin aku tanya sudahpun ditanya oleh Sharifah.
“Kau ni! terkejut aku,”
Sharifah tersengih. Menolak bahu aku dan Johan. Nak menyelit kat tengah-tengah. Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di antara aku dengan Johan.
“Ni.. Buat apa ni? Berdating ya? Jangan nak date dengan tunang orang ya, Diya. Dan, kau pulak, jangan nak curang dengan tunang kau,”
“Mana ada. Ambil-ambil angin jelah,”sangkalku dengan muka yang sedikit kelat.
“Apa kau cakap tadi? Merpati? Mana merpatinya? Ada merpati ke kat sini?,”
“Ada,”
“Kat mana?,”
“Tu.. Kat sebelah kau tu,”Johan menjawab selamba. Sharifah menoleh. Memandang wajahku. Aku pula, memandang wajah Johan dengan pandangan hairan. Aku ke yang dia panggil merpati? Hmm.. Kalau panggil Angelina Jolie ke Jennifer Anderson ke, baguslah juga. Ini, merpati? Sharifah tergelak.
“Diya ni, merpati?,”soalnya sebelum menyambung gelak. Aku menjeling sambil menampar bahunya.
“Yelah. Tak betul aku cakap? Nampak jinak. Bila nak dekat, bukan main tinggi terbangnya. Langsung tak ada peluang nak tangkap,”
“Ohh.. Kalau itu, aku setuju. Dia ni, memang susah nak dapat. Aku teringin sangat nak tengok dengan siapalah nanti dia bersanding. Susah sangat nak jumpa Mr Right budak sorang ni. Jangan, duk asyik mencari, tiba-tiba dapat yang hampeh, sudahlah,”Sharifah membalas kata-kata Johan dengan nada ala-ala mak orang.
“Kot ya pun, nak mengata aku, mengatalah kat belakang. Janganlah mengata aku kat depan-depan macam ni. Terasa hati aku tau. Dahlah. Malas aku nak layan kau,”aku bersuara sambil mengangkat punggung. Sedikit terasa dengan kritikan Sharifah. Aku melangkah meninggalkan Johan dan Sharifah.
“Alaa.. Merajuk pulak. Aku gurau jelah,”
Terdengar suara Sharifah separuh menjerit. Suara itu tidak aku endahkan. Terus berjalan tanpa tujuan yang nyata.
“Hey! Tunggulah,”tepukan di bahuku membuat langkahku sedikit terganggu. Sharifah tersengih.
“Sorrylah. Aku tak sengaja nak sakitkan hati kau. Aku gurau jelah,”
Aku diam.
“Alaa. Cayang. Janganlah majuk. Cenyum cikit. Cikit lagi. Cenyum. Cenyum..,”
Aku tergelak. Sharifah turut tergelak.
“Kau ni, aku nak merajuk pun, tak boleh,”aku bersuara sambil menampar belakang Sharifah perlahan.
“Kau? Nak merajuk dengan aku? Malam sikitlah,”ujar Sharifah masih bersama gelaknya. Aku tersenyum sambil memeluk bahu Sharifah. Melangkah beriringan di sekitar chalet yang nyaman dan redup. Bukannya boleh lama aku merajuk dengan perempuan ni.
“Joe masih pandang kau kat belakang tu,” Sharifah bersuara. Spontan aku menoleh. Berlaga pandangan dengan renungan Johan yang tercegat memandangku dari jarak yang agak jauh. Aku ukirkan sekuntum senyuman. Dia turut tersenyum sebelum mengangkat tangan dan berlalu dari situ.
“Nampaknya dia masih tak boleh lupakan kau,”
“Minta-minta kata-kata kau tu, tak benar belaka. Mana boleh dia suka kat orang lain, padahal dia dah bertunang dengan orang lain,” aku bersuara dengan rasa yang sedikit bersalah. Kasihan tunang Johan kalau Johan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk melupakan aku. Aku benar-benar berharap agar satu hari, hati Johan tertutup buatku.

*****



BAB 14






Angin petang yang nyaman membuai perasaan. Asyiknya. Lagi lama aku kat sini, rasa-rasanya boleh lena. Rakan kerja yang lain sudah hilang mencari haluan masing-masing seusai sessi taklimat oleh Lisa sebentar tadi. Sampul di tanganku, aku letak di atas meja. Taklimat ringkas dari Lisa. Acara kemuncak untuk Hari Mesra Pekerja. Aku pandang sampul surat dengan tidak bersemangat.
‘TRESURE HUNT: PERFECT PARTNER WILL WIN IT!’
Aku mengeluh perlahan. Ada sahaja idea Lisa ni. Penat bermain bola tampar pantai tadi pun belum hilang lagi. Sudahlah penat, kalah pula tu. Ini, nak kena kejar ke sana, kejar ke sini pula. Berpasangan pula tu. Pasangan aku? Entah. Aku pun tak tahu. Sampul yang Lisa berikan pun, aku masih belum buka. Tapi, tak kisahlah siapa dia pasangan aku. Bukan penting pun.
“Hai. Mengantuk je mukanya?,”
Aku tersenyum. Lisa turut tersenyum. Perlahan dia melabuhkan punggung di hadapanku.
“Penatlah kak,”
“Alah. Orang muda macam awak pun, penat ke?,”
“Mahu tak penat? Dah dua hari, programme pack. Akak ni, nak dera kita orang ya?,”
Lisa tergelak.
“Mana ada? I tengok orang lain semuanya enjoy. Sesekali macam ni, apa salahnya. Bukan selalu pun,”
“Yelah. Saya ni, kurang stamina, kak,”aku menjawab sambil tersenyum.
“Tak buka lagi ke, tengok siapa partner awak?,”
“Belum. Nanti-nantilah. Nak rehat kejap. Berangin macam ni, kalau berangan , best juga ni,”
Lisa tersenyum lagi sambil mencapai sambul surat di hadapanku.
“Encik Firdaus tak masuk aktiviti ni ya. Kak? Dia tak ada pun masa akak bagi partner tadi,”soalku tiba-tiba. Agak pelik kerana sebelum ini, dia turun padang bersama anak-anak buahnya. Berlari ke sana-sini menyiapkan pertandingan membina istana pasir. Melompat-lompat tengah panas bermain bola tampar pantai. Pertandingan bermain sepak raga pun dia ikut serta sekali. Walaupun dia banyak sepak angin daripada sepak bola. Nampak sangat tidak pernah bermain bola sepak raga. Aku tersenyum tiba-tiba. Terasa kelakar teringatkan gelagat Encik Firdaus. Tapi, aku memang menghormati dia sebagai majikan yang baik. Bukan senang hendak jumpa majikan yang begitu mesra dengan semua orang bawahannya. Langsung tidak meninggi diri.
“Kenapa ni? Senyum sorang-sorang?,”
“Tak ada. Tiba-tiba teringat Encik Firdaus main bola sepak angin,”
“Ha? Bola sepak angin?,”
“Yelah. Asal dia sepak je, tak pernah kena bola. Asyik kena angin saja. Nampak sangat tak reti main,”ujarku tergelak. Mendengar jawapanku, Lisa turut tergelak.
“Oh.. You mean sepak raga? Awak ni, kalau dia dengar, dia potong gaji, baru tahu. Manalah dia pandai permainan macam tu? Bola sepak ke, futsal ke, terrorlah dia,”
Aku tersengih. Rasa lucu masih mencuit hati.
“Bukalah,”Lisa menghulurkan sampul yang aku letak di atas meja. Aku akur. Sampul aku buka perlahan. Melihat nama yang tertulis di situ, membuat mataku membulat memandang Lisa.
“Akak? Kenapa pula saya dengan Encik Firdaus ni?,”soalku tidak berpuas hati. Takkan aku nak berpasangan dengan bos pula.
“Awak kan secretary dia, so, memang patutlah awak partner dengan dia,”
“Akak pun secretary dia kan? Sepatutnya akaklah yang partner dengan dia. Yelah, sebelum akak pergi Sarawak. Akak tukar jelah. Akak ganti saya ya?,”aku memberi pendapat yang kurasakan amat bernas. Lisa menggeleng perlahan.
“Kenapa pula?,”soalku hairan.
“I cuma boleh jadi pangatur acara saja. Semua aktiviti tu, semuanya tak sesuai untuk I?,”
“Aik? Akak yang arrange semua aktiviti, tapi, semuanya tak sesuai dengan akak? Pelik ni..,”
“Yelah. Semuanya memang sesuai untuk semua orang. Tapi,I tak boleh join semua aktiviti lasak ni,”
“Why?,”
Lisa tersenyum.
“I pregnant,”
“What?,”soalku terkejut. Memang berita yang mengejutkan. Lisa mengangguk.
“Tahniah. Seronoknya. Dah berapa bulan?,”
“Baru lagi. So, sekarang dah tahu kenapa I tak boleh jadi partner Encik Firdaus?,”
Aku diam.
“I nak tanya awak sesuatu, Diya,”
“Apa dia?,”
Lisa diam seketika. Matanya memandang wajahku. Mengamati wajahku agak lama. Aku tersengih. Lain macam pula renungan Lisa.
“Awak tahu kan?,”
“Tahu? Tahu apa?,”
“Semua orang boleh perasan, takkan awak tak perasan?,”
“Err.. saya tak fahamlah,”
“Encik Firdaus,”
“Ya? Kenapa dengan Encik Firdaus?,”
“Dia memang sukakan awak,”
Mak oi! Ini betul-betul berita panas ni. Betul ke?
“Tak adalah. Akak pun sama dengan Sherry ke? Saja nak buat saya perasan? Syok sendiri? Tak baiklah kak. Buat saya macam ni,”
“Buat apa I nak bohong? I rasa awak sendiri boleh sedar layanan dia pada awak. The way he treat you.. talk to you.. pandang you. Takkan awak tak rasa apa-apa?,”
Aku diam. Kalau betul kata-kata Lisa ni, bermakna betullah kata-kata Sharifah. Betul juga jangkaan Johan. Aku termangu menongkat dagu.
“Awak tak suka Encik Firdaus ke?,”
“Tak adalah. Tapi, tak pernah saya terfikir sampai ke tahap tu. Tak layak saya nak fikir sampai ke tahap tu, kak,”
“Awak dah ada sesiapa ke?,” soalan Lisa kendengaran seperti merisik cerita. Aku diam sekali lagi.
“That guy hari tu ke? Yang datang dengan motor besar tu?,”
Aku pandang wajah Lisa. Dia ada ke semasa Abang Kamal datang dulu?
“I nampak. Encik Firdaus pun nampak. Itu ke orangnya?,”
Aku terlopong. Rupa-rupanya ada yang memerhati gelagat aku dan Abang Kamal.
“Itu sepupu sayalah,” beritahu aku akhirnya.
“Sepupu? Macam bergaduh saja I tengok,”
“Saya dengan dia memang tak serasi,”
“Kenapa dia datang cari awak?,”
“Tak naklah cakap pasal dia,”aku bersuara acuh tidak acuh. Tidak mahu bercakap tentang Abang Kamal.
“Encik Firdaus cemburu hari tu,”
Aku cuma mampu pamer deretan gigiku pada Lisa. Topik yang Lisa kemukakan cukup membuat aku serba salah. Rasa janggal bila dia bercerita tentang hati dan perasaan Encik Firdaus. Perasaan padaku pula tu. Kalau boleh aku tak nak dengar itu semua.
“Awak langsung tak ada perasaan pada Encik Firdaus ke?,”
“Kenapa akak tanya semua ni?,”soalku akhirnya. Jangan ini pun termasuk di dalam salah satu program dia, sudah. Mahu aku isytihar perang dingin dengan Lisa, kalau ini semua cuma satu permainan. Sumpah!
“Sebab I kasihan tengok Encik Firdaus. Dia ada beritahu I dia sukakan awak. Tapi, awak macam tak sedar semua tu. Kenapa?,”
“Tak ada apa-apa. Mungkin sebab saya dah sukakan orang lain kot,”
“Selain Encik Firdaus?,”
Aku tersenyum tanda mengiyakan.
“I’m wondering, macam manalah lelaki yang boleh mengalahkan Encik Firdaus tu ya? I ingat semua gadis kat sini memang mengimpikan Encik Firdaus jadi kekasih mereka. Tak tahu pula awak tak termasuk dalam senarai tu,”
“No comment,”jawabku sambil tersenyum.
Lisa tersenyum kecil.
“Kenapa Encik Firdaus tak ada tadi?,”soalku lagi.
“Entah. Katanya ada hal. Don’t worry. Dia dah tahu awak partner dia,”
“Ha?,”
“Yelah. Kan I yang arrange semuanya kan?,”
Aku menjeling sambil tersenyum kecil. Macam-macamlah Lisa ni. Senyumku mati perlahan-lahan melihat kelibat insan yang aku kenali. Insan, yang baru sahaja kami bicarakan tentangnya. Wajah Lisa kutatap agak lama.
“Encik Firdaus dah ada kekasih kan?,”soalku tiba-tiba.
“Kekasih? Maksud awak?,”
“Cik Mia?,”
“Oh.. Mereka dah lama clash lah. Kenapa?,”
“Tu.. Bukan Cik Mia ke tu?,”
Lisa menoleh. Memandang ke arah yang sedang aku pandang sekarang. Encik Firdaus sedang berjalan-jalan dengan Mia di tepi pantai. Siap bertepuk tampar dan bergelak ketawa lagi. Lisa cuba mempermainkan perasaan aku ke?
“Mungkin mak and ayah dia yang jemput Mia ke sini. Hubungan keluarga mereka berdua memang rapat,”
“Eloklah tu. Memang sepadan mereka berdua tu,”aku bersuara sambil terus memerhati. Melihat senyum dan tawa Encik Firdaus pada Mia, hatiku dijentik sedikit resah. Apatah lagi melihat mereka begitu mesra. Walaupun kemesraan itu bukan milik aku, namun senyum dan tawa itu, selama ini hanya untuk aku. Tiba-tiba aku rasa terpinggir, rasa jauh hati. Rasa macam merajuk. Merajuk apabila Encik Firdaus pamerkan senyum dan hadiahkan renungan redupnya untuk Mia. Sepatutnya itu semua hanya untuk aku. Aik! Peliknya perasaanku ini.
“Setahu I mereka dah lama berpisahlah,”
“Alah kak, berpisah sekejap. Biasalah tu. Kalau dah sama-sama masih ada rasa sayang, boleh berbaik semula. So, akak salah fahamlah pasal perasaan Encik Firdaus tu. Takkanlah orang macam Encik Firdaus tu, nakkan orang macam saya ni. Nasib baik tak sempat perasan tadi,”aku bersuara sambil melawak. Menutup rajukku yang tiba-tiba semakin menjadi-jadi. Kenapa pula aku rasa macam ni? Hatiku semakin gelisah apabila langkah pasangan dua sejoli itu, menghala ke arah kami. Rasanya, wajahku sudah kehilangan keceriaan.
“Hai. Boleh join?,”sapa Encik Firdaus mesra. Mia tersenyum di sebelahnya. Lisa mendongak. Aku pula, menjadi patung tiba-tiba.
“Of course. Duduklah,”balas Lisa bersama senyum yang cukup lebar. Encik Firdaus dan Mia sama-sama mengambil tempat di hadapanku.
“Mia, ini secretary baru I. Adiya,”
Mia tersenyum.
“I kenallah. Dulu your accountant kan? Hai Adiya. Nice to meet you again,”Mia bersuara sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut tangan yang dihulur. Senyum manis Mia aku balas dengan rasa yang kurang ikhlas. Kenapa ni? Kenapa aku rasa macam ni?
“So, tengah sembang pasal apa?,”Encik Firdaus bertanya sambil memandang wajahku. Aku tersenyum kecil. Buat apa pandang aku? Pandanglah Cik Mia yang cantik tu!
“Nothing. Borak kosong sambil ambil angin petang,”Lisa menjawab soalan Encik Firdaus. Aku menggosok-gosok leher. Mencari alasan untuk berlalu dari situ. Tidak selesa berada di antara Encik Firdaus dan Mia. Mataku tertancap pada Sharifah yang sedang mengatur langkah ke arah kami. Aku tersenyum. Ada alasan.
“Maaf. Saya pergi dulu ya. Sherry panggillah,”ujarku sambil mengangkat punggung. Belum sempat mereka bertiga bersuara, aku sudah pun bergerak laju meninggalkan Lisa, Encik Firdaus dan Mia. Separuh berlari aku mendapatkan Sharifah.
“Kenapa ni? Aku baru nak ke sana. Join kau orang,”Sharifah bertanya dengan nada hairan.
“Ah! Tak payahlah. Tak best pun. Buat sakit hati je,”
“Sakit hati kenapa pula?,”
Alamak. Terluah perasaan geram kat Sharifah pula.
“Tak ada apa-apalah. Jom kita pergi minum. Dahagalah,”
“Tu..Siapa dengan Encik Firdaus tu?,”
Aku menoleh. Encik Firdaus memandang ke arahku. Cepat-cepat aku berpaling semula. Mengadap muka Sharifah.
“Kau tak nampak ke? Bukan main mesra lagi tu? Mestilah makwe dia. Dahlah. Jom pergi minum. Kau belanja,”
“Aik. Lain macam je bunyi jawapannya,”
“Lain macam apa pula? Betullah,”
Sharifah tersengih.
“Ok ohh.. kamu ketahuan… kamu cemburu dengan dirinya…,”Sharifah menyanyi mengikut irama lagu Ketahuan dari kumpulan Matta, membuat aku menjerit marah. Mana ada aku cemburu? Sharifah terus menyanyi sambil berlari, apabila aku cuba memukulnya. Aku berhenti mengejarnya apabila rasa penat sudah singgah di kaki. Perlahan aku duduk di atas pasir pantai yang agak suam suam kuku dek pancaran mentari petang. Melihat aku sudah berhenti mengejarnya, Sharifah berpatah balik. Turut duduk di sebelahku. Dia masih tergelak sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Aku menjeling. Kemudian pandangan aku tebarkan ke tengah lautan yang maha luas. Damainya. Lebih-lebih lagi apabila bayu pantai membelai wajah.
“Kau cemburu ya?,”soal Sharifah setelah lelahnya sedikit hilang. Aku mencebik.
“Mana ada? Buat apa aku nak cemburu? Aku kan dah ada Charming,”jawabku sambil lewa.
“Yelah. Charming kau tak nampak. Encik Firdaus ni, hari-hari depan kau. Kau cemburu kan?,”
“Tolong sikit. Tak ada masa lah nak cemburu-cemburu ni. Sudahlah. Cakap pasal lainlah,”
Sharifah terus tersenyum. Tidak percayalah tu. Lantak kaulah, Sharifah.
“Siapa partner kau esok?,”soalku cuba mengubah topik perbualan.
“Johan. Kau?,”
“Encik Firdaus,”
“Hah? Baguslah tu. Perfect partner tu. Tahniah,”
Aku jelirkan lidah. Rimas dengan gurauan Sharifah.
“Kita tengok siapa yang jadi perfect partner, ya. Aku yakin aku dengan Johan akan menang esok,”Sharifah bersuara dengan semangat ala-ala peserta kem motivasi. Aku tersenyum lucu.
“Tapi kan, aku pelik sikitlah. Kenapa bukan Kak Lisa yang jadi partner Encik Firdaus?,”soal Sharifah tiba-tiba.
Sebab Kak Lisa nak padankan aku dengan Encik Firdaus. Aku tersengih. Jawapan itu cuma melantun di hati sahaja. Tidak mahu aku kongsikan cerita yang baru Lisa sampaikan tadi dengan Sharifah. Sudah dapat aku bayangkan macam mana kecohnya Sharifah kalau dia tahu cerita Lisa. Tidak.. Tidak.
“Kenapa ya?,”soalnya sekali lagi.
“Kak Lisa tak boleh join aktiviti lasak macam ni. Dia pregnantlah,”
“Hah?!,”
Seperti mana riak wajahku tatkala Lisa memberitahu aku sebentar tadi, begitulah juga riak wajah Sharifah. Terkejut sakan. Aku tersenyum sambil mengangguk.
“Wah! Seronoknya. Dah nak dapat baby. Patutlah dia nak resign and tinggal dengan husband dia. Hmm… Berahsia pula dia dengan kita ya?,”
Aku terus tersenyum mendengar Sharifah mengomel.

*****


























BAB 15





“Kenapa ni? Diam saja?,”Encik Firdaus bertanya sambil berpaling. Aku yang melangkah longlai agak jauh di belakangnya, terhenti. Encik Firdaus memandang wajahku. Menunggu jawapan.
“Penatlah Encik,”jawabku lemah. Memang penat setelah hampir dua jam berjalan ke sana ke sini. Tetapi, bukan itu punca aku berdiam diri. Masih ada rasa jauh hati yang mengganggu perasaan. Merajuk sendiri. Entah kenapa, kemesraan antara Encik Firdaus dengan Mia benar-benar menggangguku saat ini.
“Laaa.. Last task dah ni,”
Aku mengukir senyum yang tidak begitu bersemangat. Muka pun, aku buat-buat tidak bermaya. Biar Encik Firdaus menyangka aku benar-benar penat.
“Awak nak quit ke? Give up dan kita balik?,”
“Tak adalah macam tu. Takkan dah last task nak give up kot. Buang masa jelah kita terkejar sana terkejar sini tadi. Tapi, kalau Encik Firdaus nak berhenti setakat ini, pun, boleh juga. Saya tak kisah langsung,”
Encik Firdaus ketawa mendengar jawapanku. Kelakar ke? Entahlah. Encik Firdaus menghampiriku.
“Lets go. Kita habiskan. Lepas tu, kita rehat puas-puas,”
Aku tersengih. Yelah. Cakap memang senang. Tak tahu lutut aku rasa macam dah longgar sangat dah ni. Mahu pengsan aku kat sini.
“Come,”dia bersuara sambil mencapai jemariku. Gulp! Jantungku berdegup tiba-tiba. Sentuhannya membuat aku berdebar-debar lagi. Debaran yang sama seperti saat aku terlanggar dia dulu. Saat dia menyentuh dahiku dulu. Saat dia mengenggam jemariku dulu.
“Come,”ulangnya sekali lagi apabila melihat aku masih kaku di situ. Aku sedikit tersentak. Wajah terasa membahang. Malu apabila dia menyedari aku sedang melayan perasaan. Aku menarik tanganku sambil tersenyum.
“Ok. Jom,”ujarku melangkah laju meninggalkan dia di belakang.
“Amboi! Lajunya. Tunggu saya dulu,” Encik Firdaus bersuara sambil mengejarku. Tersengih apabila sudah berada di sebelahku. Berjalan beriringan mencari petunjuk seterusnya.
“What are we looking for, actually ha?,”soal Encik Firdaus selamba.
Laa.. Dia tak tahu ke? Aku buka petunjuk terakhir yang ada di tanganku.
“Mencari nota untuk sampai ke port terakhir kat information board. So, kita kena cari information boardlah,”
“Information board ya?,” Encik Firdaus melilau mencari-cari information board barangkali.
“Encik rasa kita boleh menang ke? Saya rasa macam nak kalah je ni. Dah berjam-jam dah ni. Entah-entah dah ada pasukan lain yang sampai kat garisan penamat,”
“Menang atau kalah tu, tak penting. Yang penting kita jangan give up. Semangat tu yang paling penting,”
Wah! Bersemangat betul Encik Firdaus ni. Malu pula aku mendengarnya.
“Ok,”jawabku sepatah.
“Tu.. I rasa itu yang kita cari,”
Aku pandang ke arah tempat yang Encik Firdaus tunjuk. Information board. Mungkin juga. Lagipun, dari tadi cuma ini saja yang kami temui. Betullah tu.
Aku mengatur langkah, mengekori Encik Firdaus yang berlari kecil ke arah information board yang dimaksudkan. Mencari-cari di sekitar kawasan itu, sesuatu yang mungkin merupakan nota yang diletakkan untuk kami. Dalam kepenatan, aku turut sama meninjau sekeliling. Mencari-cari dengan malas. Kalau lambat jumpa pun tak apa. Boleh aku lepak-lepak kat sini lama sikit. Bolehlah hilangkan penat. Aku tersenyum. Semangat macam ni, memang sah kami akan kalah.
“Yes! I got it. Lastly, saya yang jumpa note ni,”cukup girang suara Encik Firdaus sambil menayangkan sampul surat berwarna ungu. Aku tersenyum lucu. Sukanya hati dia. Memang patut pun dia gembira. Sejak dari mula tadi, asyik aku saja yang terjumpa nota dulu. Ini baru kali pertama dia yang jumpa. Aku mendekatinya. Menunggu dia membuka sampul surat yang akan memberitahu destinasi terakhir kami. Dia melayangkan sampul itu di hadapanku sambil tersengih. Hai, tak habis lagi ke gembiranya? Cepat-cepatlah buka Encik Firdaus. Kata nak cepat balik. Hatiku sedikit merungut.
“Bukalah, Encik,”
“Buka apa?,”Encik Firdaus mengajukan soalan bodoh bersama sekuntum senyuman nakal. Senyuman yang membuat aku kembali berasa istimewa di sisi Encik Firdaus. Aku tersengih macam kerang busuk. Loyar buruk pula dia. Perlahan Encuk Firdaus membuka sampul di tangannya.
“Alamak,”
“Kenapa, Encik?,”soalku sedikit hairan melihat riak wajah Encik Firdaus yang sedikit terkejut. Kali ini giliran dia pula yang tersengih macam kerang busuk.
“Nothing,”
“Apa the next instruction?,”
“Anda dikehendaki berjalan lebih kurang 500 meter dari sini, ke arah utara. Anda akan menemui sebatang pokok akasia. Ada sesuatu untuk anda di atas pokok itu. Dapatkannya,”bacanya dengan pelbagai nada dan pelbagai mimik muka. Aku tergelak kecil. Sukanya melihat gelagat Encik Firdaus.
“So, shall we? Kita kena cari pokok akasia ni,”
“Ok. Saya ikut saja,”
“Mana satu arah utara ni?,”soalnya sambil memandang wajahku. Aku buat muka blur. Mana aku tahu. Ada ke tanya aku.
“Mana saya tahu, Encik. Encik pun tak tahu ke?,”soalku lurus bendul. Ini baru betul. Kalau dah dua-dua tak tahu, perfect partner betul kami ni. Perfect partner paling tidak boleh dipakai. Encik Firdaus mengukir senyum. Dia berdiri sambil mengangkat tangan kanan, kemudian tangan kiri. Berlagak mencari-cari arah.
“My instinct said, that way,” ujarnya sambil mula mengatur langkah.
“Encik biar betul. Ada main instinct pula. Serius lah Encik Firdaus. Kan, tak pasal-pasal penat free kalau salah arah. Lutut saya dah nak berderai dah ni,”
Encik Firdaus ketawa.
“Betullah. That way,”
Lega. Ingatkan Encik Firdaus betul-betul tidak tahu tadi. Aku mengekori langkah Encik Firdaus. Berjalan dan berjalan sehingga hilang minat untuk bersuara. Penatnya! Jerit hatiku sekuat-kuatnya.
“Saya rasa pokok tu kot,” Encik Firdaus tiba-tiba berhenti sambil menunjukkan ke arah sepohon pokok.
“Bukanlah. Tu pokok palma. Kita cari pokok akasia,” bantahku sambil mengesat peluh di dahi. Encik Firdaus ni, pokok pun tak kenal ke?
“Bukan ya? Dah tu mana pokok akasia? Dah dekat 500 meter kita jalan ni,”
“Kejap saya cari,”aku bersuara sambil meninjau kawasan sekeliling. Agak sunyi. Tidak ada orang di sini. Cuma aku dan Encik Firdaus sahaja.
“Tu haa,”Aku menunding jari ke arah sebatang pokok akasia yang agak rendang.
“Mak oi. Tingginya. Nak kena panjat ke ni?,”
“Tak payah. Kan ada lift tu…,” aku menjawab selamba. Encik Firdaus tergelak malu. Aku berlari kecil ke arah pokok akasia yang dimaksudkan. Meninjau-ninjau cara untuk memanjat.
“So, saya kena panjatlah ni, ya?,”Encik Firdaus bersuara dari belakangku. Aku berpaling kemudian mengangguk perlahan. Sambil menggaru-garu kepala, Encik Firdaus menghampiri pokok tersebut. Aku memandang cara Encik Firdaus memanjat. Macam tak pandai saja.
“Boleh ke Encik? Encik pandai ke tak ni?,”
“Boleh. Saya pandailah,”
Ok. Aku diam dan terus memerhati Encik Firdaus yang terkial-kial memanjat. Memegang dahan demi dahan dengan gaya yang amat susah. Aku tersenyum lucu.
“Encik..!,”aku terjerit kecil melihat Encik Firdaus mahu memegang satu dahan yang kelihatan sedikit reput. Belum sempat aku bersuara memberi amaran, tangannya telah mencapai dahan itu. Dan, buk! Alamak! Encik Firdaus jatuh.
“Aduh!,”dia menjerit sakit, dan aku berlari ke arahnya yang terbaring di atas tanah. Apa aku nak buat ni?
“Encik ok? Kat mana sakit,”soalku cemas. Encik Firdaus cuba bergerak.
“Saya rasa ok kot,”
“Encik sebenarnya pandai memanjat tak?,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Sebenarnya saya tak pandai,”
“Laa.. Kenapa tak cakap?,” soalku sambil mengeluh panjang. Nak tunjuk macho depan aku rupa-rupanya tadi. Patutlah muka bukan main terkejut lagi sebaik dia membuka sampul tadi. Tidak pandai memanjat rupanya.
“Dah tu, takkan awak pula nak panjat,”dia bersuara sambil cuba bangkit. Dia menyeringai kesakitan. Ah sudah! Kenapa pula ni?
“Kenapa, Encik Firdaus?,”
“My leg,”
“Terseliuh ya?,”
Encik Firdaus mengangguk. Aku termangu di hadapan Encik Firdaus.
“Sekarang macam mana? Lupakan petunjuk terakhir ni?,”soal Encik Firdaus sambil menatap wajahku. Aku bergerak menjauh dari Encik Firdaus, sambil berfikir-fikir.
“Biar saya panjat. Dah alang-alang kat sini, kita cari jelah. Biar berbaloi dengan sakit kaki Encik Firdaus ni,”
“Awak nak panjat?!,”soal Encik Firdaus terkejut. Aku mengangguk sambil berdiri.
“Boleh ke?,”
“Saya dulu, juara panjat pokok kat kampung, Encik Firdaus. Cuma sekarang ni, kena pencen sebab mak saya tak bagi. Risau tak ada siapa nak masuk meminang saya katanya,”ujarku sambil tergelak. Encik Firdaus turut tergelak.
“Tak sangka awak ni, lasak juga ya?,”
Aku tersengih sambil bergerak ke pokok akasia yang merendang.
“Careful,”sempat Encik Firdaus berpesan. Aku tersenyum,sambil mula memanjat. Pokok yang sederhana tinggi dan agak rendang, memudahkan aku memanjat, sambil mata melilau mencari sampul surat terakhir.
“Jumpa?,”
Aku pandang Encik Firdaus yang tersandar sambil menjulurkan kakinya yang sakit. Aku menggeleng sambil mata terus melilau. Dan,mungkin, memang rezeki kami mataku tertangkap satu lagi sampul berwarna ungu diselit di celah dahan.
“Saya dah jumpalah,”teriakku sambil menghulurkan tangan untuk mencapai sampul tersebut.
“Good,” terdengar suara Encik Firdaus dari bawah.
Sampul aku capai. Bersandar sambil bersedia untuk membuka sampul di tangan.
“Hello. Kot ya pun turunlah dulu. Takkan nak baca kat atas tu,”
Aku tersengih. Lupa pula. Perlahan aku bergerak. Aku sudah hampir sampai ke bawah apabila tiba-tiba tanganku terpegang sesuatu yang lembik. Yang membuat aku geli geleman tiba-tiba. Yang membuat aku menjerit kuat. Terlepas peganganku dan aku selamat mendarat ke atas Encik Firdaus, membuat Encik Firdaus menjerit seiring dengan jeritanku. Mata aku pejamkan sambil terus menjerit. Geli geleman masih terasa.
“Cool down. Kenapa ni?,”soal Encik Firdaus dengan nada sedikit risau.
“Ulat. Tolong buang. Tolong..Tolong..,”aku menjerit sambil menghulurkan tangan. Ke arah mana aku hulurkan aku pun tak tahu. Sebab mata masih aku pejamkan. Takut untuk melihat kemungkinan yang bakal berada di depanku. Aku memang fobia dengan ulat beluncas. Aku tahu, aku terpegang ulat belucas tadi. Rasanya seperti masih melekat di tanganku.
“Mana ada? Open your eyes,”Encik Firdaus bersuara sambil memegang tanganku. Perlahan aku membuka mata. Membiarkan air mata katakutan membasahi pipi. Benda pertama yang aku pandang ialah wajah Encik Firdaus yang kesakitan. Dan aku? Aku berada di atas ribanya. Alamak!
“My leg,”Encik Firdaus bersuara tertahan. Aku melompat dari riba Encik Firdaus. Kesihannya. Sudahlah kakinya sakit, aku pula boleh terjatuh di atas kakinya yang sakit itu.
“Sorry, Encik Firdaus. Sorry sangat-sangat,”kalut aku meminta maaf sambil mengesat air mata yang membasahi pipi. Encik Firdaus tersenyum sambil memandang wajahku.
“Juara panjat pokok pun, takut ulat beluncas ke? Sampai menangis takutnya ya?,”
Mendengar perkataan ulat beluncas membuat aku terjerit sekali. Menggigil badanku menahan rasa geli pada makhluk tidak bertulang itu. Makhluk yang paling aku benci. Encik Firdaus tergelak.
“Hai, dengar nama pun takut?,”
“Dahlah Encik Firdaus. Tak mahulah cakap pasal benda alah tu. Tak suka,”aku bersuara sambil menggosok punggungku. Baru terasa sakit.
“Ok. So sekarang, baca apa yang ada dalam sampul terkhir kita ni,”
“Ha ah,”aku menjawab dengan nada yang kurang ceria. Rasa terkejut belum betul-betul hilang lagi. Hajat di hati hendak tunjuk hebat pada Encik Firdaus, tetapi, seperti Encik Firdaus, aku pun gagal juga. Ini semua gara-gara ulat beluncas tu! Menyampah betul. Aku bergerak ke sebelah Encik Firdaus. Agak jauh dari pokok akasia yang baru aku panjat. Bimbang kalau-kalau mataku tertangkap pula makhluk yang aku benci tadi. Perlahan aku membuka sampul surat.
“Bacalah,”gesa Encik Firdaus.
“Tahniah. Anda Berjaya melakukan semua tugasan yang telah diberikan. Mungkin anda adalah ‘Perfect Partner’ yang kami cari. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, bawa semua sampul surat yang anda miliki, ke meja penamat secepat yang mungkin. Kalau anda adalah peserta pertama yang sampai, tahniah. Anda adalah ‘Perfect Partner’ yang dicari-cari,”
Aku menarik nafas sedalam mungkin, selepas menghabiskan bacaan di dalam satu nafas. Duduk bersila di sebelah Encik Firdaus sambil menongkat dagu. Bagaimana kami hendak pulang ke garisan penamat, dengan keadaan Encik Firdaus macam tu?
“Macam mana ni, Encik? Encik boleh berjalan ke tak ni?,”
Encik Firdaus diam seketika sambil cuba menggerakkan kakinya.
“Kalau awak tolong papah, rasanya boleh,”
Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus. Secara spontan, jari telunjuk aku halakan ke muka sendiri.
“Saya?,”soalku tidak percaya. Aku hendak papah Encik Firdaus yang besar tu? Penatlah aku!
“Yelah,”
“Encik Firdaus telefonlah sesiapa. Suruh datang sini. Saya tak laratlah Encik Firdaus,” aku bersuara sambil buat muka kasihan.
“Hmm.. Telefon orang? Kalau bukan sebab awak jatuh atas saya, saya rasa saya masih boleh jalan tadi. Tapi, awak dah makin kronikkan injury saya ni, bila awak jatuh atas riba saya. So, awak kenalah bertanggungjawab,”
Macam tu ke? Aku pandang muka Firdaus lama. Buat muka kasihan lagi. Minta-minta lembutlah hati bos aku ni. Mana larat aku nak papah dia sejauh ini. Encik Firdaus tersenyum.
“Buat muka kesian ya?,”
Aku tersengih sambil mengalihkan pandangan dari wajah Encik Firdaus.
“Hmm.. Mana ada phone nak call mereka. Awak dah lupa ke? Kan tak boleh bawa handphone,”
Oh ya! Aku lupa. Syarat pertandingan tidak boleh membawa bersama telefon bimbit. Apa nak buat sekarang ni? Betul-betul buntu ni.
“Dah tu, macam mana ni, Encik? Dah petang ni. Takkan nak bermalam kat sini. Tak naklah saya. Nanti datang hantu kan..,”
“Ada dua pilihan. Duduk sini, tunggu mereka datang. Kalau dah pukul tujuh kita tak sampai lagi, mesti mereka akan cari kita. Pilihan kedua, kita bergerak perlahan-lahan. Tapi, awak kena tolong sayalah,”
Aku termangu. Tolong papahlah tu. Dahlah badannya besar, mesti berat tu. Malaslah aku nak papah.
“Kita tunggu sajalah,”akhirnya aku membuat keputusan yang paling menguntungkan aku. Mana tahu kalau ada kelibat manusia, bolehlah minta tolong daripada mereka. Encik Firdaus menjungkit bahu sambil tersenyum. Buat seketika kami saling membisu.
“Nampaknya memang sah kita kalahlah,”Encik Firdaus membuka bicara. Aku tersenyum.
“Dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana?,”balasku sambil mencapai ranting kayu. Melorek-lorek sesuatu di atas tanah berpasir.
“So, tak sedih ke?,”
“Nak sedih buat apa? Ni kan cuma satu permainan je kan? Lagipun. Saya dah agak, kita memang tak akan menang,” aku bersuara sambil tergelak kecil.
“Oh.. awak memang mempertikaikan kebolehan saya ya?,”soal Encik Firdaus sambil memandang wajahku. Aku tersengih. Alamak! Tersasul pula. Encik Firdaus pula tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Boleh saya tanya sikit?,” Encik Firdaus bertanya sambil merenung wajahku dengan muka yang agak serius . Aku terpaku seketika, sebelum mengangguk perlahan.
“Apa dia?,”soalku melihat Encik Firdaus masih berdiam diri. Kata nak tanya sesuatu.
“Awak dah ada steady guy?,”soalnya lambat-lambat, sambil terus menatap wajahku. Membuat wajahku tiba-tiba terasa pijar. Membahang. Kenapa Encik Firdaus bertanya soalan yang di dalam kategori sulit dan persendirian itu? Aku termangu.
“Hmm.. Rasanya baik kita berjalan pelan-pelan la Encik Firdaus. Duduk macam ni, rasa macam buang masa saja,”aku mengubah topik perbualan. Encik Firdaus tersenyum kecil. Aku pula, cepat mengangkat punggung. Menghulurkan tanganku ke arah Encik Firdaus.
“Ok. Kalau itu keputusan awak,”Encik Firdaus bersuara sambil mencapai jemariku. Aku menarik tubuh Encik Firdaus yang berat. Mak oi! Macam menyesal pula buat keputusan tadi.
Dan, dengan susah payah aku memapah Encik Firdaus. Tidak mengapalah. Asal saja aku tidak perlu melayan soalan-soalan yang bukan-bukan dari Encik Firdaus.
“Penat ke?,”soal Encik Firdaus setelah berjam-jam kami berjalan. Sudah hampir sampai pun. Dari jauh kelihatan rombongan dari syarikat kami, memenuhi kawasan yang agak lapang yang djadikan garisan penamat. Memang sah, semua orang sudah sampai agaknya.
“Penatlah. Macam nak pengsan ni,”keluhku dalam mengah. Tiba-tiba telingaku menangkap satu bunyi dari poket seluar Encik Firdaus.
“Encik Firdaus.. Tukan bunyi..,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus yang tersengih. Sengih orang bersalah.
“Ops. Sorry. Lupa. Saya cuma bagi satu je handphone kat Lisa tadi. Lagi satu dalam poket saya,”
“Haa?! Apa? Jadi, ada handphonelah?,” soalku marah. Dalam marah, spontan aku lepaskan peganganku pada Encik Firdaus. Geram betul.
“Adiya! Don’t let me..,”Encik Firdaus separuh menjerit. Dan aku mula sedar kesilapanku. Aku tidak sepatutnya melepaskan Encik Firdaus macam tu saja. Encik Firdaus yang gagal mengawal badannya, terus terjatuh ke atasku, dan aku pula turut terjatuh ke dalam lopak bersama-sama Encik Firdaus. Aduh!
“..go,”Encik Firdaus sempat menghabiskan ayatnya yang tergantung sambil menatap wajahku. Aku terlentang di dalam lopak. Terkejut. Habis badanku. Mesti sudah seperti anak kerbau berkubang ni. Nasib baik berpasir, kalau tidak, mandi selut aku hari ni. Dan Encik Firdaus pula bergerak ke tepi, turut terduduk di dalam lopak. Aku cuba bangkit, tapi, rasa sakit di kakiku, membuat aku berhenti bergerak. Rasa pedih dan berdenyut. Mata terasa berbinar-binar melihat darah meleleh di betisku. Banyaknya! Rasa macam nak pitam. Sekali lagi air mata meleleh di pipi. Kenapa malang sangat hari ini?
“Kenapa pula ni?,”
“Darah...,”ujarku teresak-esak. Dari jauh aku melihat beberapa orang berlari ke arah kami.
“Help me,”ujar Encik Firdaus sambil cuba bangun. Johan bersama beberapa yang lain bergerak ke arah Encik Firdaus dan tinggalkan aku seorang diri di sini.
“No. Help her first,”
Johan bergerak mendekatiku.
“Awak ok?,”
“Takk… Banyak darah..,”aku bersuara separuh merengek. Sudah betul-betul pening melihat darah yang memerah di betis. Johan tunduk, sambil cuba membantu aku berdiri. Lutut terasa betul-betul lemah, dan pandanganku menjadi kabur.
“Adiya pengsan..,”
Cuma itu saja yang sayup-sayup kedengaran di telingaku. Setelah itu, aku tidak sedar apa lagi yang berlaku.

*****