Wednesday, May 19, 2010

TENTANG Q-SHE


Q-She adalah adalah supplemen yg diperbuat dari Pueraria Mirifica untuk tujuan kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadarhormone, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain. Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujungkaki, dalam dan luar.

Antara kebaikannya adalah :-

KULIT
- menganjalkan kulit yang telah melendut
- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
- mengurangkan garis-garis halus
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
- melembutkan kulit
- kulit kurang kasar dan kering
- merawat jerawat dari dalam
- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
- melambatkan proses penuaan secara berkesan

KUKU
- mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh
- menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih
- meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat
- kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat

RAMBUT
- mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya
- mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang
- menggalakkan pertumbuhan rambut baru
- mengawal keguguran rambut
- melambatkan penuaan rambut dan mengawalrambut dari beruban
- menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat

BADAN
- melangsingkan badan denganpeningkatan jisim badan tanpa lemak
- membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh
- mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan

PAYUDARA DAN PUNGGUNG
- mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
- memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
- membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut

TENTANG BIDADARI


Bidadari produk kesihatan keluaran DCL yang memastikan kecantikan dan kebahagian suami isteri dihasilkan daripada bahan semulajadi mewah.

kandungan:-
madu asli
sireh
akar serapat
kacip fatimah
kurma
manjakani
serai
jarum mas
asam jawa
herba-herba terpilih

Bagaimana Bidadari berfungsi
BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)

Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.

Keistimewaan Bidadari
Membina dan mengecutkan rahim
Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
Menegangkan payudara
Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
Menguatkan sistem kemutan
Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin.
Menambahkan kolegen dalam badan
Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
Menghilangkan bau badan & mulut
Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
Melegakan panas badan

Cara Guna
-Ambil 2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan.
-Gunakan sudu plastik.
-Selepas sebulan, minum Bidadari 3 kali seminggu untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya
-Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Bidadari.
BIDADARI TIDAK BOLEH DIMINUM SEMASA DATANG HAID- kerana ketika haid, rahim tengah mengembang kembang, fungsi Bidadari pula untuk kecutkan rahim
*-Lelaki & wanita mengandung dilarang mengambil Bidadari.

Tuesday, May 18, 2010

BAGAIMANA ALPHA LIPID MENJAGA KITA


ALPHA LIPID LIFELINE™ adalah mengandungi kolostrum berkualiti tinggi yang diperlukan oleh manusia. Ianya hanya diperolihi daripada susu awal lembu menyamai dengan susu yang dihasilkan diperingkat awal ibu-ibu melahirkan anak yang ianya kaya dengan antibodi.

ALPHA LIPID LIFELINE™ diimport terus dari Syarikat NZ New Image International, New Zealand. Ketulinannya sudah pasti tidak diragui.

Jika anda tidak yakin, anda cuba dulu amalkan produk ALPHA LIPID LIFELINE™ yang sememangnya UNIK, REPEAT ORDER dan DIPERLUKAN oleh orang ramai.

Apa itu KOLOSTRUM?
Adalah ‘makanan sulung alam semulajadi”. Ia adalah cecair pra susu yang diberikan oleh semua mamalia kepada anak yang baru lahir sehingga beberapa hari selepas kelahiran. Ia adalah campuran utama imun dan pertumbuhan yang diperlukan oleh bayi sebagai pertahanan terhadap penyakit dan untuk proses tumbesaran.

Bayi manusia memperolehi imuniti sejak dari dalam rahim sebelum dilahirkan., melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan memberikan pemeliharaan tambahan. Tiada pertikaian tentang kebaikan penyusuan ibu terhadap bayi.

Berbeza dari manusia, anak-anak lembu mendapat bekalan factor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum. Anak lembu tidak mendapat bekalan factor imun di dalam rahim. Ini menerangkan mengapa kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih factor imun dari kolostrum manusia.

Oleh kerana kolostrum lembu adalah bukan spesifik, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia lain termasuk manusia
KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE™
1. Mengandungi antibodi (immunoglobulin) untuk melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen
2. Meningkatkan dayatahan badan melawan penyakit
3. Formula Alpha Lipid™ 100% berkesan dan diserap cepat
4. Mengandungi Vitamin dan Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup untuk keperluan harian
5. Mengandungi Lactobasilus Acidophilus dan Bifidobacterium, bagus untuk fungsi normal usus
6. Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
7. Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu
8. Membanu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah
9. Membantu memulihkan pelbagai penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia.
Asal-Usul Colostrum ALPHA LIPID
Dikeluarkan oleh kilang pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Image International, Auckland, New Zealand. New Zealand terkenal dengan susu awal lembu yang diperah daripada lembu-lembu yang segar. Susu yang diperolehi dipastur dan diproses secara ‘Flash Low Temperature’ dan dihasilkan pada suhu yang rendah. Ini menghasilkan susu kolostrum yang segar dan berkualiti tinggi.

Bagaimanakah kolostrum dihasilkan ?

Sebaik sahaja lembu melahirkan anak, ia menghasilkan secara tepatnya 30 liter kolostrum didalan tempoh masa 72 jam. 5 liter yang pertama diberikan kepada anak lembu, baki 25 liter yang berlebihan pula dikumpul untuk kegunaan manusia. 5 liter yang pertama bukan sahaja penting untuk anak-anak lembu, ia juga mengandungi kandungan tinggi darah, nanah dan lain-lain yang dianggap tidak sesuai untuk kegunaan manusia.

Baki kolostrum akan dikumpulkan. Ia dikeringkan dan di 'flash-pasteur' pada suhu 72 darjah Selsius selama 15 saat mencukupi untuk membunuh mikrobia, tetapi tidak cukup lama untuk merosakkan elemen-elemen bioaktif. Kemudian produk ini dikeringkan pada haba yang rendah (untuk mengekalkan bioaktiviti) untuk menghasilkan suatu serbuk putih. Proses pengeringan pada haba yang rendah ini, diasaskan di New Zealand dan menghasilkan kehilangan bioaktiviti kurang daripada hanya 3%. Seterusnya ia dikeluarkan didalam bentuk serbuk untuk minuman, kapsul dan tablet.

Dengan kemudahan teknologi penghasilan kolostrum termaju hasil penyelidikan berterusan, maka satu syarikat kesihatan New Zealand yang dikenali sebagai 'New Image International' telah memajukan produk daripada 'batch' pertama, yang dinamakan LIFELINE.


CARA PENYEDIAAN
Minggu Pertama : 1 skop sehari
Minggu kedua dan Seterusnya : 1 hingga 2 skup sehari

Diambil di awal pagi sebelum sarapan pagi ketika perut masih kosong.
1 skop penuh + 150ml air sejuk.
Gunakan "shaker", masukkan air sejuk dahulu, baru masukkan Alpha Lipid dan digoncangkan hingga sekata

PESANAN :
Sila gunakan gunakan air sejuk atau air mineral. Penggunaan air panas boleh menyebabkan unsur protein ternyahasli dan mikrorganism di dalam susu alpha lipid mati dan tidak berfungsi dengan kata lain, air panas akan merosakkan kandungan Susu.
Sesuai diambil oleh semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan bayi.

PROSES PEMULIHAN
Kolostrum Alphalipid merupakan makanan tambahan bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta dadah lain. Walau bagaimanapun sesetengah orang akan mengalami beberapa reaksi atau tindakbalas yang positif semasa proses pemulihan seperti:

► Mengantuk dan keletihan - Proses penggantian tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
► Berpeluh , demam dan sakit kepala - Proses peningkatan kadar metabolisme dan tenah dalam badan akibat daripada permbuangan toksik melalui saluran perkumuhan.
► Gatal, kerap buang air kecil atau besar. - Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti metabolit, logam berat an lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
► Sakit perut, sakit otot, loya dan denyutan jantung yang laju - Proses penyembuhan , pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru.

** Rasa Alpha Lipid Lifeline lebih kurang dengan Ais Krim Vanilla yang cair

SDII .... APA TU? NAK TAHU, BACA YE...


SLIM DIET II (SD II)

Produk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini
Di MALAYSIA !

Satu-satunya produk pelansingan badan yang memerlukan anda makan 3 kali sehari dan tidak perlu berbelanja banyak untuk mengurangkan berat badan. Produk yang terhebat dan anda tidak perlu ragu ragu untuk mencuba.
Kelebihan menjalani program Slim Diet II:


Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.

Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.

Program SDII juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.

SDII juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.

Paling penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.
Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang.

Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:

* Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.

* Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.

Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

PROTIN

Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.

Thursday, January 28, 2010

KENAPA?

Kenapa?

Hati…
Hati memberontak mahu hamburkan segunung marah..
Tapi, pada siapa?
Termenung…
Marahnya cuma pada hati sendiri

Akal…
Akal habis fikir tentang silap ini,
Tapi, silap siapa?
Termenung…
Silap itu rupanya dari akal sendiri

Jiwa…
Penat menghitung sengsara yang muncul mengiring langkah
Tapi, dari mana?
Termenung…
Bukan dari aku…
Jadi bukan salah aku…
Ini salah hati yang sering goyah…
Ini salah akal yang silap mencongak…
Kenapa sengsaranya aku yang perlu tanggung?
Kenapa?