Tuesday, May 18, 2010

BAGAIMANA ALPHA LIPID MENJAGA KITA


ALPHA LIPID LIFELINE™ adalah mengandungi kolostrum berkualiti tinggi yang diperlukan oleh manusia. Ianya hanya diperolihi daripada susu awal lembu menyamai dengan susu yang dihasilkan diperingkat awal ibu-ibu melahirkan anak yang ianya kaya dengan antibodi.

ALPHA LIPID LIFELINE™ diimport terus dari Syarikat NZ New Image International, New Zealand. Ketulinannya sudah pasti tidak diragui.

Jika anda tidak yakin, anda cuba dulu amalkan produk ALPHA LIPID LIFELINE™ yang sememangnya UNIK, REPEAT ORDER dan DIPERLUKAN oleh orang ramai.

Apa itu KOLOSTRUM?
Adalah ‘makanan sulung alam semulajadi”. Ia adalah cecair pra susu yang diberikan oleh semua mamalia kepada anak yang baru lahir sehingga beberapa hari selepas kelahiran. Ia adalah campuran utama imun dan pertumbuhan yang diperlukan oleh bayi sebagai pertahanan terhadap penyakit dan untuk proses tumbesaran.

Bayi manusia memperolehi imuniti sejak dari dalam rahim sebelum dilahirkan., melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan memberikan pemeliharaan tambahan. Tiada pertikaian tentang kebaikan penyusuan ibu terhadap bayi.

Berbeza dari manusia, anak-anak lembu mendapat bekalan factor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum. Anak lembu tidak mendapat bekalan factor imun di dalam rahim. Ini menerangkan mengapa kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih factor imun dari kolostrum manusia.

Oleh kerana kolostrum lembu adalah bukan spesifik, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia lain termasuk manusia
KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE™
1. Mengandungi antibodi (immunoglobulin) untuk melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen
2. Meningkatkan dayatahan badan melawan penyakit
3. Formula Alpha Lipid™ 100% berkesan dan diserap cepat
4. Mengandungi Vitamin dan Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup untuk keperluan harian
5. Mengandungi Lactobasilus Acidophilus dan Bifidobacterium, bagus untuk fungsi normal usus
6. Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
7. Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu
8. Membanu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah
9. Membantu memulihkan pelbagai penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia.
Asal-Usul Colostrum ALPHA LIPID
Dikeluarkan oleh kilang pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Image International, Auckland, New Zealand. New Zealand terkenal dengan susu awal lembu yang diperah daripada lembu-lembu yang segar. Susu yang diperolehi dipastur dan diproses secara ‘Flash Low Temperature’ dan dihasilkan pada suhu yang rendah. Ini menghasilkan susu kolostrum yang segar dan berkualiti tinggi.

Bagaimanakah kolostrum dihasilkan ?

Sebaik sahaja lembu melahirkan anak, ia menghasilkan secara tepatnya 30 liter kolostrum didalan tempoh masa 72 jam. 5 liter yang pertama diberikan kepada anak lembu, baki 25 liter yang berlebihan pula dikumpul untuk kegunaan manusia. 5 liter yang pertama bukan sahaja penting untuk anak-anak lembu, ia juga mengandungi kandungan tinggi darah, nanah dan lain-lain yang dianggap tidak sesuai untuk kegunaan manusia.

Baki kolostrum akan dikumpulkan. Ia dikeringkan dan di 'flash-pasteur' pada suhu 72 darjah Selsius selama 15 saat mencukupi untuk membunuh mikrobia, tetapi tidak cukup lama untuk merosakkan elemen-elemen bioaktif. Kemudian produk ini dikeringkan pada haba yang rendah (untuk mengekalkan bioaktiviti) untuk menghasilkan suatu serbuk putih. Proses pengeringan pada haba yang rendah ini, diasaskan di New Zealand dan menghasilkan kehilangan bioaktiviti kurang daripada hanya 3%. Seterusnya ia dikeluarkan didalam bentuk serbuk untuk minuman, kapsul dan tablet.

Dengan kemudahan teknologi penghasilan kolostrum termaju hasil penyelidikan berterusan, maka satu syarikat kesihatan New Zealand yang dikenali sebagai 'New Image International' telah memajukan produk daripada 'batch' pertama, yang dinamakan LIFELINE.


CARA PENYEDIAAN
Minggu Pertama : 1 skop sehari
Minggu kedua dan Seterusnya : 1 hingga 2 skup sehari

Diambil di awal pagi sebelum sarapan pagi ketika perut masih kosong.
1 skop penuh + 150ml air sejuk.
Gunakan "shaker", masukkan air sejuk dahulu, baru masukkan Alpha Lipid dan digoncangkan hingga sekata

PESANAN :
Sila gunakan gunakan air sejuk atau air mineral. Penggunaan air panas boleh menyebabkan unsur protein ternyahasli dan mikrorganism di dalam susu alpha lipid mati dan tidak berfungsi dengan kata lain, air panas akan merosakkan kandungan Susu.
Sesuai diambil oleh semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan bayi.

PROSES PEMULIHAN
Kolostrum Alphalipid merupakan makanan tambahan bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta dadah lain. Walau bagaimanapun sesetengah orang akan mengalami beberapa reaksi atau tindakbalas yang positif semasa proses pemulihan seperti:

► Mengantuk dan keletihan - Proses penggantian tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
► Berpeluh , demam dan sakit kepala - Proses peningkatan kadar metabolisme dan tenah dalam badan akibat daripada permbuangan toksik melalui saluran perkumuhan.
► Gatal, kerap buang air kecil atau besar. - Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti metabolit, logam berat an lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
► Sakit perut, sakit otot, loya dan denyutan jantung yang laju - Proses penyembuhan , pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru.

** Rasa Alpha Lipid Lifeline lebih kurang dengan Ais Krim Vanilla yang cair