Wednesday, November 7, 2012

NOVEL

Novel sendiri :D




ISBN: 978-967-5067-83-9


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?




Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan kubiarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
selamanya... 

Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini cuma mengundang sakit di hatimu. Untuk sekali ini, akurlah pada satu pintaku…
Lepaskan aku dari belenggu air mata ini…SABRINA

Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan. Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuat hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu…Maaf…Ini pilihanmu, lantas aku akan kotakan… akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu… agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan… 
BADRUL…




Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. 

Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….


BERMINAT? BOLEH EMAIL KE

hanni.ramsul@gmail.com 

ATAU


Monday, October 15, 2012

VITAMIN C


VITAMIN C






* Memberi efek kulit yg sekata, cerah, lembap

* Sesuai untuk ibu mengandung

* Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan
* Bagi yg menghadapi masalah resdung amat sesuai
diamalkan
* Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu,
fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi
& gigi yang sihat
* Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
* Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol,
tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
* Melindungi daripada pembekuan darah, lebam,
menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran
hormon antistress
* Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga
bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat
berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa
selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
* Memainkan peranan penting dalam pengeluaran
kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-
matang
* Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai
antibiotik yang tidak berbahaya
* Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering
dirosakkan oleh radikal bebas
* Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –>
berguna dalam rawatan anemia
*Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan
hemoglobin dan sel darah merah
* Merawat jangkitan saluran kencing
* Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
* Utk kanak2 memadai dgn mngambil sepruh, krn jumlah vit c yg diperlukan oleh kanak2 hnya 250mg sehari
* Vitamin C adalah jenis sustained released atau
pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh
itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin
C yang berterusan




HARGA


30 BIJI - RM38 + RM6 (POSTAGE)


60 BIJI - RM70 + RM6 (POSTAGE)


BERMINAT? 

PM OR SMS DI NO: 011-29080656