Friday, August 29, 2008

Biar YM Yang Bicara 30

Pintu bilik Encik Firdaus, aku ketuk perlahan.
“Masuk,”
Perlahan aku menolak daun pintu. Menjenguk seketika sebelum melangkah masuk. Encik Firdaus sendirian. Tekun meneliti fail di mejanya. Wajah pun serius saja. Sibuklah tu. Patutlah minta aku belikan makanan untuk dia. Tiba-tiba terselit rasa bersalah kerana rasa geram yang hadir di hati sebentar tadi.
“Yes. Masuk Tiya,”
Aku akur. Encik Firdaus tersenyum di mejanya. Aku pula, sedikit sebal mendengar Encik Firdaus memanggilku dengan nama itu. Aneh sungguh perasaan ini. Kalau semalam dan sebelumnya, aku suka dia memanggilku dengan panggilan manjaku itu. Tetapi, hari ini, aku tidak suka langsung.
“Ini nasi goreng yang Encik Firdaus pesan. Dan ini apple juice. Saya tak tahu Encik Firdaus nak air apa. Jadi saya order air ni sajalah. Sebab saya tengok Encik Firdaus selalu order air ni,”
Encik Firdaus senyum.
“It’s okay. Memang minuman kesukaan saya pun air ni. Awak dah makan?,”
Aku mengangguk.
“Duduklah. Temankan saya. Tak best pula makan sorang-sorang,”
“Tak apalah, Encik Firdaus. Saya ada kerja,”
“Please. Duduk sekejap,”
Melihat wajah Encik Firdaus yang sedikit mengharap, hati aku menjadi lembut. Mudahnya aku kalah pada pujukan lelaki ini.
“Ok. Tapi, sekejap saja,”
Encik Firdaus tersenyum. Dia mengangkat punggung, beralih ke sofa sambil membawa plastik makanannya. Aku mengekori dari belakang. Melabuhkan punggung di hadapannya. Memandang dia membuka belas polistrene berisi nasi goreng. Aku mengangkat punggung.
“Nak ke mana?,”
“Ambil gelas. Nak letak minuman Encik Firdaus,”
Encik Firdaus tersenyum sambil mengangguk. Aku berlalu ke kabinet kecil yang menempatkan gelas dan cawan. Mengambil sebiji gelas, kemudian bergerak semula ke sofa. Plastik berisi jus epal aku capai. Menuang perlahan jus tersebut ke dalam gelas.
“Kenapa Encik Firdaus tak keluar makan?,”
“Tak siapa nak teman. Makan sorang-sorang. Tak best,”
Aku pandang wajahnya. Menyindir aku ke? Memang sudah tiga hari aku cepat-cepat pergi makan tangah hari di kantin. Aku diam. Tidak membalas kata-katanya.
“You are avoiding me. Kan?,”
Bulat mata aku pandang wajahnya. Memang betul pun. Tapi, takkan aku nak mengaku.
“Mana ada? Tak adalah,”mulutku cepat-cepat berbohong sambil tersenyum. Encik Firdaus tersenyum panjang sambil matannya tajam merenungku. Renungan tidak percaya.
“Boleh saya tahu kenapa?,”
“Kenapa? Kenapa apa?,”
“Kenapa awak mengelak dari saya? Takut jatuh cinta kat saya ke?,”goda Encik Firdaus sambil tersenyum nakal.
Tanpa sedar aku mencebik. Perasannya. Tak nak aku jatuh cinta kat Encik Firdaus. Nanti, aku juga yang makan hati.
“Ok. Serius, kenapa awak mengelak dari saya?,”
“Mana ada saya mengelak? Tak mengelak pun,”
“Betul?,”
“Betullah. Nak tipu buat apa?,”
“Ok. Kalau macam tu, buktikan awak tak tipu,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus dengan pandangan resah. Bukti? Apa pula bukti yang dia inginkan ni? Senyum manis di bibir Encik Firdaus membangkitkan seribu tanda tanya di hatiku.
“Bukti apa pulak? Saya cakap tak ada, maknanya tak adalah. Tak payahlah pakai bukti segala. Encik Firdaus ni, macam mahkamah pulak,”
“Mahkamah hati.. mengadili perasaan. So, perlukan bukti kejujuran,”selamba Encik Firdaus berkias. Aku tersenyum kecil. Tak sangka Encik Firdasu ada bakat bermadah. Indah dan sedap didengar susunan kata-katanya.
“Kenapa awak senyum? Tak betul ke apa yang saya cakap?,”
“Saya ni.. kalau bab kiasan dan madah-madah ni, memang saya tak berapa nak faham,”
“Tak berapa nak faham ke.. takut nak faham?,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Dalam nada bergurau, aku sedar renungannya cukup serius. Aku menarik nafas panjang sambil jemariku bergerak ke pipi. Menyelit rambut yang jatuh ke telinga. Dan, aku sedar, pandangan Encik Firdaus bagai makin melekat ke wajahku. Membuat aku betul-betul gemuruh. Tiada lagi senyum di bibir itu. Cuma pandangan yang tidak berpenghujung. Aku berdehem perlahan. Tiada reaksi. Perlahan aku mengangkat punggung. Baik aku beredar sebelum Encik Firdaus mengeluarkan kata-kata yang boleh membuat aku marah lagi. Namun, pegangan tangan Encik Firdaus membuat aku tidak jadi melangkah.
“Please.. Duduk. Saya tak puas pandang wajah awak,"
Aku kerutkan kening. Encik Firdaus ni, angau ke? Ini sayalah Encik Firdaus. Nurul Adiya Fatiha. Bukan Mia. Hatiku menjerit kuat. Geram apabila sekali lagi Encik Firdaus seperti ingin mempermainkan perasaanku lagi.
“Please..,”
Dalam marah, sekali lagi aku kalah pada pujukan Encik Firdaus. Aku duduk semula ke sofa. Encik Firdaus tersenyum sedikit.
“Saya betul-betul sukakan awak,”
Aku tersenyum nipis sambil tunduk. Mencari kata-kata yang sesuai untuk diucapkan.
“Takkan awak langsung tak boleh nak pertimbangkan?,”
Perlahan aku mengangkat muka. Tersenyum lagi. Tapi, aku tahu senyumku sudah tidak semanis mana.
“Kita cakap pasal benda lain ya, Encik Firdaus?,”pintaku sambil sekali lagi membetulkan rambutku yang terjatuh ke wajah.
“Ok. Cakap pasal benda lain. This weekend, datang rumah saya?,”
Aku ternganga. Topik yang menyesakkan dada juga yang Enick Firdaus utarakan. Baik tidak payah tukar topik.
“Calm down. Jangan terkejut sangat,”gurau Encik Firdaus bersama senyum yang mekar di bibir. Senyum yang di dalam diam meruntun jiwaku. Aku senyum sambil jemariku menutup mulut.
“Buat apa pulak saya nak kena pergi rumah Encik Firdaus?,”
“Mummy saya,”
“Kenapa dengan mak Encik Firdaus?,”
“Dia nak jumpa awak,”
“Hah? Nak buat apa?,”lurus saja soalan yang keluar dari bibirku.
“Nak bincang pasal nak masuk meminang awak kot,”
Aku menjeling sambil menarik muncung. Orang serius dia nak buat lawak pula.
“Oklah Encik Firdaus. Saya keluar dululah,”aku terus mengangkat punggung. Sekali lagi tangan Encik Firdaus memegang lenganku. Kali ini, dia menarik lenganku, membuat aku terduduk semula. Aku pandang wajahnya. Geram. Encik Firdaus senyum lagi.
“Serius,”ucapnya sepatah.
“Apa yang serius?,”
“Mummy saya nak jumpa awak,”
“Saya ada hallah hari minggu ni,”
“Hal apa?,”
“Nak pergi dating,”jawabku selamba. Encik Firdaus terdiam seketika.
“Ohhh..,”akhirnya dia bersuara perlahan.
“Maaflah ya, Encik Firdaus,”
“Kasihan mummy saya. Dia berharap sangat nak jumpa awak,”suara Encik Firdaus sedikit kecewa. Juga memberi sedikit rasa serba salah di hatiku. Betul ke?
“Kenapa dia nak jumpa saya?,”sekali lagi aku bertanya soalan yang sama. Ada rasa hairan yang mengusik perasaan apabila tiba-tiba ibu Encik Firdaus beriya-iya hendak bertemu denganku. Encik Firdaus mengangkat bahu.
“I don’t know,”
“Pelik. Buat apa mak Encik Firdaus nak jumpa saya sangat? Saya ada buat salah ke?,”
Encik Firdaus tersenyum sambil memandang wajahku.
“I don’t know , sayang,”ujarnya perlahann sambil menekan perkataan sayang di hujungnya. Membuat darah menyerbu ke mukaku. Barangkali melihat wajahku yang sudah bertukar warna, Encik Firdaus tergelak halus. Mendengar gelak itu, muncungku bertambah panjang. Sukalah tu, dapat mempermainkan perasaan aku. Semakin hari, terasa aku semakin tidak faham dengan sikap Encik Firdaus.
“Datang ya. Jangan hampakan mummy saya,”
“Tapi..,”
“Please..,”
“Ada apa-apa occasion ke?,”risikku sambil menentang renungan Encik Firdaus. Encik Firdaus menggeleng.
“Dah tu?,”
Encik Firdaus mengangkat kening.
“Dah tu apa?,”soalnya tidak mengerti.
“Yalah. Takkan tiba-tiba saja nak saya pergi jumpa dia? Kan macam tak logik tu,”
“Saja. Have fun dengan family. Makan-makan. Barbeque ke. Just some sort like that,”
“Untuk family kan? Jadi, tak eloklah saya join sekali. Nanti mengganggu,”aku bersuara dengan niat menolak ajakan itu.
“Well. Kalau dah itu, jawapan awak, nak buat macam mana kan? Tapi, apa saya nak cakap dengan mummy saya ya?,”
“Cakaplah apa-apa pun. Bukan susah sangat,”
“Apa kata..,”
Encik Firdaus tidak meneruskan kata-katanya. Sebaliknya dia mengangkat punggung. Bergerak ke mejanya. Aku memandang dengan seribu persoalan di hati. Apa pula yang cuba Encik Firdaus lakukan ni? Aku gundah sendiri. Biasanya agenda Encik Firdaus pasti tidak akan menguntungkan aku. Pasti Encik Firdaus yang akan tersenyum senang. Aku cuma memandang dia mencapai gagang telefon sambil menekan nombor.
“Hello. Assalamualaikum, mummy. Pasal this weekend. Mummy cakap dengan Adiya ya. She’s here now,”
Mak! Encik Firdaus telefon mak dia ke? Kan aku dah cakap. Agenda Encik Firdaus pasti akan menguntungkan dia. Daripada duduk, aku langsung berdiri tegak. Terkejut. Encik Firdaus tersenyum sambil menghulurkan gagang telefon ke arahku. Meminta aku bercakap dengan ibunya. Aku mati kutu. Apa aku nak cakap dengan ibunya? Mesti macam orang bodoh nanti.
“Cepatlah. She’s on the line ni. Waiting for you,”
Aku kerutkan kening.
“Saya nak cakap apa? Tak naklah,”
“Alaa.. cakaplah kenapa awak tak boleh datang,”bukan main lagi Encik Firdaus mengajarku. Aku masih tercegat di situ. Benci sungguh aku dengan Encik Firdaus ni.
“Cepat,”gesanya lagi. Aku bergerak ke mejanya. Mengambil gagang yang dihulur. Apa aku nak cakap ni?
“Saya nak cakap apa?,”bisikku sambil memandang Encik Firdaus. Encik Firdaus tergelak halus. Tidak menjawab. Cuma berdiri sambil berpeluk tubuh memandang aku. Aku garu kepala.
“Hello..,”aku bersuara lambat-lambat.
“Hello. Adiya ya? Fir ada cakap pasal weekend ni?,”
“Ha? Oh.. Ada,”
“Datanglah ya. Kalau berkumpul ramai-ramai, meriah sikit,”
“Err…,”
“Datang ya? Jangan tidak pula,”
Aku bungkam. Mataku bulat memandang Encik Firdaus yang tersenyum panjang.
“Adiya? Kenapa? Tak boleh datang ke?,”
“Eh, tak,”
“Kalau macam tu, jadilah ya?,”
“Jadi? Jadi apa?,”seperti orang bodoh aku bertanya. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang sedang kami bualkan. Terdengar gelak di hujung talian. Puan Junaidah ketawakan aku.
“Jadi datang rumah auntylah, sayang,”mesranya bicara Puan Junaidah. Kelu aku dibuatnya. Anak dengan emak, kedua-duanya pandai mencantas bicaraku. Pandai membuat aku terdiam. Pandai membuat aku terkelu.
“Jadi ya?,”
Aku tersentak. Terkejut. Sempat pula aku melayan perasaan.
“Ya,”sepatah jawapan itu meluncur laju. Melatah ke aku ni? Nak tarik balik ke? Aku gigit jari.
“Good. Aunty tunggu,”
Tak jadi tarik balik. Betullah kata orang tua-tua, terlajak kata, tidak boleh hendak diundur.
“Ok,”lemah jawapan yang aku berikan.
“Hmm. Bagus. Oklah. Aunty ada kerja sikit ni. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,” gagang telefon aku hulurkan semula pada Encik Firdaus. Encik Firdaus menyambutnya bersama dengan senyuman yang cukup lebar. Cukup-cukup lebar sehingga aku rasa ingin saja aku jahit mulut itu.
“So? Macam mana?,”
Aku menjeling lagi. Buat-buat tanya pula.
“I noticed, awak sekarang ni, dah pandai jeling-jeling and tarik muka dengan bos ya?,”
Sekali lagi wajahku disimbah bahang malu. Terasa pijar muka ini.
“Saya keluar dulu,”akhirnya aku bersuara sambil melangkah laju ke pintu. Encik Firdaus tergelak lagi. Geramnya aku.
“Saya jemput awak this weekend,”
Suara itu melekat di gegendang telingaku sebaik pintu biliknya aku tutup. Terasa degup jantung aku semakin tidak normal. Buat aku jadi gundah saja. Perlahan aku menarik nafas sedalam mungkin. Aku tidak boleh hanyut dengan godaan Encik Firdaus. Tidak boleh!

****

Thursday, August 28, 2008

Kuseru Rindu Itu... (6)

“Ingatkan dah lupakan kita,”
Hisyam tersenyum sambil bersandar ke kerusi. Senang mendengar suara merajuk Maisara. Akhirnya Maisara mengalah. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Tidak melihat wajah itu. Rindu di dada hanya Tuhan saja yang tahu.
“I miss you, sayang,”ujarnya perlahan. Dia memandang ke arah balkoni. Mencari kalau-kalau ada bayang Idayu di situ. Dia tidak mahu tertangkap lagi.
“Kalau rindu, kenapa tak datang cari Sara? Sibuk dengan dan isteri ya?,”soalan Maisara yang bercampur antara nada merajuk dan menyindir itu, membuat dia tergelak.
“Kenapa tak jawab call abang?,”soal Hisyam sambil menukar posisi telefon bimbitnya dari telinga kiri ke telinga kanan.
“Siapa yang mulakan?,”terdengar suara Maisara yang agak dingin di hujung talian. Hisyam tersenyum.
“Ohh.. Balas dendamlah ni?,”
“Bukan balas dendam. Tapi, saja nak tengok. Sara ni.. penting ke tidak pada abang,”
Hisyam tersenyum.
“Jangan cakap macam tu. Of courselah Sara penting pada abang,”
“Kalau macam tu, baguslah. Tapi, harap-harap jangan kat mulut saja cakap macam tu. Kat hati lain pula ceritanya,”
“Sara..Sara.. Kenapa cakap macam tu? Kalau Sara nak tahu, apa yang keluar dari mulut abang, datang dari hati abang. Tak ada lainnya. Kenapa Sara cakap macam tu?,”
“Entahlah. Kadang-kadang rasa macam susah nak percaya cakap abang ni. Lebih-lebih lagi..,”kata-kata Maisara tergantung di hujung talian.
“Lebih-labih lagi apa?,”soal Hisyam apabila kata-kata Maisara terhenti di situ. Ada rasa hairan yang menjentik perasaan.
“Tak ada apa-apalah. Lagipun. Tak sesuai cakap macam ni. Lebih senang cakap kalau face to face,”
“That’s good. Abang pun memang nak jumpa Sara. Dah lama tak jumpa Sara,”
“Isteri abang tak marah ke?,”
“Sara.. kenapa cakap macam tu?,”soal Hisyam tenang. Terasa tersindir dengan soalan Maisara.
“Tak ada apa-apa. Saja tanya. Kot-kotlah sekarang ni, abang dah kena kuarantin dengan wife abang. Itu sebab dah lupakan kita,”
“Hmm.. Macam-macamlah Sara ni. Kita jumpa ya? I miss you,”
“Suka hati abanglah. Oklah. Sara ada hal ni. Bye,”
“Bye..,”Hisyam bersuara perlahan. Talian sudah terputus. Hisyam termangu. Tertanya-tanya akan perubahan sikap Maisara. Ada rasa pelik yang mengganggu jiwanya. Bicara Maisara tidak seperti biasa. telefon bimbit diletakkan di atas meja. Dia mengeluh panjang. Tidak selesa dengan situasi yang menghimpitnya saat ini. Rasa bersalah pada Idayu membuat dia terseksa. Membuat dia berasa amat berdosa. Membuat dia berasa dirinya terlalu kejam pada Idayu. Tapi, dalam masa yang sama, rasa sayang pada Maisara memberi dia satu perasaan indah yang tidak pernah dia rasai selama hampir tujuh tahun di mengahwini Idayu. Perasaan yang tidak pernah dia rasai. Dia jadi keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri. Dia senang dengan kebahagiaan rumahtangganya bersama Idayu. Dia senang hidup bersama Idayu dan Syafiq. Namun, dia juga tidak sanggup berpisah dengan Maisara setelah perasaan cinta menguasai dirinya. Bukan dia tidak pernah cuba melupakan Maisara. Dia pernah cuba. Namun, rasa rindu yang menyeksa jiwa. Rasa pedih bila terpisah.. membuat dia kalah. Dia kalah pada panahan cinta Maisara.
“Abang..,”
Hisyam sedikit tersentak. Idayu tercegat di hadapannya bersama senyuman yang tidak pernah luput dari bibir. Senyuman yang bagai salju, mendinginkan hatinya saban waktu. Melihat wajah Idayu yang begitu tulus, membuat hatinya semakin dihambat rasa bersalah. Semakin dihambat rasa berdosa. Maafkan abang, Ayu. Hanya itu yang mampu melantun kuat di jiwanya.
“Jauh melamun..,”tegur Idayu sambil meletakan mug berisi kopi panas di atas meja. Hisyam tersenyum kecil. Idayu pula, berpaling perlahan.
“Nak ke mana tu?,”
“Masuk. Tak nak ganggu lamunan abang,”ujar Idayu sambil cuba mengukir senyum. Mungkin Hisyam perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi, dia tidak mahu mengganggu. Setiap orang perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri. Mungkin itu yang sedang Hisyam lakukan.
“Duduklah. Temankan abang,”pinta Hisyam sambil menarik perlahan tangan Idayu. Idayu menurut.
“Tak mengganggu abang ke?,”
Hisyam tersenyum lebar.
“Mana ada? Takkan nak biarkan abang minum sorang-sorang?,”
Idayu tersenyum lagi. Dan, sekali lagi, hati Hisyam merintih hiba. Maafkan Abang, Ayu.
“Apa yang abang menungkan tadi?,”
“Tak ada apa-apa. Saja. Ambil angin malam. Tengok-tengok bintang. Banyak betul bintang malam ni. Tenangkan fikiran,”
“Fikiran abang tak tenang ke?,”soal Idayu sengaja ingin melihat reaksi Hisyam. Hisyam tidak menjawab. Dia hanya tergelak kecil. Matanya memandang wajah Idayu. Hatinya tertanya-tanya kenapa apabila berdepan dengan idayu, perasaannya tidak sama dengan berdepan dengan Maisara? Perasaanya berbeza. Terasa segala-galanya berubah cuma di dalam sekelip mata. Walhal, selama ini dia senang menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami Idayu. Dia cukup senang hidup bersama-sama dengan Idayu. Dia bahagia dengan warna-warna bahagia rumahtangganya. Segalanya terasa begitu sempurna, sehingalah dia bertemu dengan Maisara. Maisara telah membuka satu lembaran baru di dalam dairi hidupnya. Maisara telah membuka debar di dadanya tatkala renungan mereka bersatu. Kenapa debar itu tiada tatkala matanya memanah sepasang mata redup milik Idayu? Kenapa?
Sesungguhnya dia tidak mampu menghindari hangatnya api cinta Maisara yang sedang membakar kebahagiaan rumahtangganya itu. Dia sedar itu. Ya. Dia teramat sedar. Pasti bahang cinta Maisara akan membuat rumahtangganya nanti terasa hangat, sekiranya Idayu mengetahui segala-galanya. Itulah yang paling dia takut. Dia takut Idayu akan kecewa.Dia takut kebahagiaan ini akan hilang. Memang tidak pernah ada rasa cinta buat Idayu, tetapi, itu tidak bermakna yang dia tidak sayangkan Idayu. Dia sayangkan Idayu sebagai seorang wanita yang telah dia nikahi.
“Abang.. abang ada masalah ke?,”lembut soalan Idayu menyentuh gegendang telinganya. Membuat menung Hisyam perlahan-lahan menjauh. Hisyam menggeleng perlahan.
“Abang tak sihat ke?,”
“No. I’m fine. Jangan bimbang. Abang okay,”
Mendengar jawapan Hisyam, Idayu tidak bertanya lagi. Pandangannya dialihkan ke dada langit. Betul kata Hisyam. Banyak betul bintang yang menghiasi dada langit malam ini. Cantik.
“Ayu jumpa Mieza tadi, kan?,”Hisyam membuka bicara. Idayu mengangguk tanpa memandang Hisyam. Matanya leka merenung bintang di langit.
“So, apa ceritanya? Kalau abang boleh tahulah,”
Idayu tersenyum. Kini, dia mengalihkan pandangan ke wajah Hisyam.
“Dia bagi kad jemputan. Dia akan kahwin dua minggu lagi,”
“Wah. Tiba-tiba saja?,”
“Ya. Ayu pun terkejut. Tapi, itu semua tak penting. Yang penting, tak lama lagi, dia akan kahwin. Kita pergi ya, bang?,”
“InsyaALLAH,”
Idayu membuat muka. Bergerak merapati Hisyam.
“Janganlah InsyaALLAH saja. Bolehlah bang,”
Hisyam tergelak kecil mendengar rengekan manja Idayu. Senang dengan gelagat Idayu.
“Hmm.. Yelah,”
Idayu tersenyum lebar.
“Abang arrange schedule abang betul-betul tau. Jangan sampai, bila tiba hari nikah Mieza, abang ada hal pula,”
Hisyam tergelak lagi. Matanya merenung seraut wajah Idayu yang cukup mententeramkan hatinya itu. Idayu hampir sempurna sebagai seorang isteri. Tetapi, kenapa tiada perasaan cinta yang hadir untuk Idayu? Kenapa?
“Abang.. dengar tak?,”
“Dengar.. Ini arahan atau permintaan?,”soalnya berseloroh.
“Arahan,”balas Idayu selamba. Hisyam tergelak lagi.
“I’ll try,”akhirnya dia menjawab.
“Abang. Janganlah macam ni. This is my bestfriend’s wedding. Kita mesti datang. Tolong ya, bang,”
“Yalah. Kita akan pergi. Lagipun, dah lama tak balik Terengganu kan? Boleh jumpa Juita dengan Shahrul sekali,”
Idayu tersenyum lebar. Sangat setuju dengan cadangan Hisyam. Memang betul kata Hisyam. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan Juita dan Shahrul.
“Syafiq dah tidur ke?,”soal Hisyam menyedari Syafiq tidak mengekori Idayu seperti selalu. Biasanya waktu-waktu begini, Syafiq tidak berenggang dengan Idayu.
“Dah. Lepas makan tadi, terus dia ajak Mak Teh tidur. Mak Teh cakap siang tadi dia tak tidur. Mengantuk sangatlah tu,”
“Mamanya tak mengantuk ke?,”
“Tak,”balas Idayu menyedari senyuman nakal Hisyam.
“Ye ke?,”Hisyam bersuara lagi separuh menggoda. Idayu tersenyum manis.
“Ya,”jawabnya sepatah. Mendengar jawapan itu, Hisyam cuma menjungkit bahu sambil tersenyum. Kopi di hadapannya dihabiskan.
“Jom masuk,”ajak Hisyam sambil mengangkat punggung. Idayu menurut. Mug di atas meja, dicapai. Hisyam memaut perlahan pinggang Idayu. Melangkah beriringan menuju ke pintu utama. Baru beberapa langkah, alunan lagu dari telefon bimbitnya mematikan langkah mereka. Segera dia melihat nama si pemanggil yang tertera di screen.
“Shahrul,”ujarnya sambil menyambung langkah yang terhenti. Idayu tersenyum.
“Ayu ke dapur ya,” Idayu bersuara. Hisyam meleraikan pelukannya di pinggang Idayu, sebelum menjawab panggilan Shahrul. Idayu pula terus bergerak ke ruang dapur. Tidak mahu mengganggu perbualan dua teman karib itu.

****

“Eh, Mak Teh. Ingatkan dah tidur tadi,”tegur Idayu melihat Mak Teh sedang mengelap pinggan yang sudah Idayu basih sebentar tadi.
“Awal lagi. Mana boleh lelap mata ni,”jelas Mak Teh sambil mengambil mug di tangan Idayu. Idayu bersandar pada kabinet dapur. Melihat Mak Teh meneruskan kerjanya.
“Nanti kita balik Terengganu ya, Mak Teh,”
“Balik Terengganu? Bila?,”
“Lagi dua minggu,”
“Kenapa?,”Mak Teh bertanya lagi.
“Kawan saya, Mieza. Yang kita jumpa semasa kita keluar makan hari tu. Mak Teh ingat tak?,”
“Ya. Kenapa dengan dia?,”
“Dia nak kahwin,”
“Oh..,”
“Oh! Apa, Mak Teh?,”sergah Hisyam yang muncul tiba-tiba.
“Oh kawin! Dia nak kahwin..,”
“Siapa nak kahwin?,”
“Dia.. Eh, Mak Teh nak kahwin. Nak kahwin dengan Mieza. Eh, Mieza nak kahwin. Eh!,”Mak Teh mula melatah sambil tangannya menggaru-garu kepala. Hisyam tergelak riuh.
“Abang ni. tak baiklah selalu usik Mak Teh,”ujar Idayu sambil memeluk bahu Mak Teh. Belakang Mak Teh diurut perlahan-lahan. Mak Teh beristghfar sambil mengurut dadanya. Hisyam tersenyum. Tangannya membuka peti sejuk. Mencapai sebiji epal hijau. Dia berpaling semula ke arah Idayu dan Mak Teh.
“Gurau sikit je, Mak Teh. Mak Teh tak marah kan?,”
“Kamu memang. Suka sangat usik Mak Teh,”
Hisyam tersengih. Dia menghulurkan epal di tangannya kepada Idayu. Bagai memahami kehendak suaminya, Idayu bergerak ke sinki membasuh epal tersebut.
“Shahrul kirim salam.,”
“Waalaikumussalam. Apa yang dia cakap?,”soal Idayu sambil menghulurkan epal kepada Hisyam. Hisyam memegang tangan Idayu lalu dibawa ke mulutnya. Epal di tangan Idayu, digigit tanpa perlu dia memegangnya.
“Dia cakap, dia nak ke sini lusa,”
“Ya ke? Dia seorang saja?,”soal Idayu lagi.
“Tentulah dengan Juita,”
Senyum gembira mekar di bibir Idayu. Rindu benar dia pada Juita. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan adiknya itu.
“Baguslah macam tu,”Mak Teh bersuara sambil tersenyum senang. Hisyam turut tersenyum.
“Apple please,”dia bersuara sambil membuka mulut minta disuap.
“Nah,”Idayu bersuara sambil meletakkan epal di tangan Hisyam.
“Eh, suaplah,”
“Makanlah sendiri. Ayu nak call Juita,”ujar Juita terus berlalu.
“Tengok Mak Teh. Sebut saja nama adik dia, terus lupa suami,”rungut Hisyam sambil menggigit epal di tangannya.
Mek Teh cuma tergelak kecil. Senang melihat kemesraan itu.

****

Kuseru RIndu Itu... (5)

Mama.. nak air,”
Idayu menghulurkan gelas berisi milo ais ke mulut Syafiq. Syafiq menyedut milo ais dengan agak rakus. Barangkali nasi goreng yang dimakannnya agak pedas.
“Afiq, careful. Nanti tersedak”Hisyam bersuara. Idayu tersenyum.
“Kenapa? Pedas ke?,”Idayu bertanya lembut. Laju kepala Syafiq mengangguk.
“Pedass. Pedasss sangat-sangat,”ujar Shafiq sebaik selesai menyedut milo sejuk itu. Idayu tergelak kecil.
“Dah nak habis nasi goreng ni.. baru terasa pedas ya?,”Idayu bersuara sambil tersenyum lucu. Syafiq tersengih.
“Dia dah kenyanglah tu. Takut orang paksa habiskan makanan tu, itu yang tiba-tiba nasi goreng jadi pedas tu,”Mak Teh menyampuk.
Hisyam dan Idayu sama-sama tergelak mendengar kata-kata Mak Teh. Melihat keceriaan pasangan suami isteri itu, dada Mak Teh berasa lapang. Doanya cuma satu.biarlah kebahagiaan rumahtangga majikannya itu kekal untuk selamanya. Dia pernah menjadi saksi ketegangan rumahtangga Hisyam dan Idayu satu ketika dulu. Apa yang dia harapkan, biarlah kemurungan Idayu kebelakangan ini, bukan disebabkan oleh krisis perkahwinan mereka. Dia terlalu sayangkan Hisyam dan Idayu. Terlalu banyak jasa yang ditabur oleh Hisyam kepadanya.
“Mak Teh, kenapa? Tak sihat ke?,”tegur Idayu melihat Mak Teh jauh mengelamun. Teguran yang menyedarkan Mak Teh daripada lamunan. Dia tersenyum sambil menggeleng,
“Dah tu, kenapa termenung saja? Makanan tu tak sedap ya? Nak tukar yang lain ke?,”
“Bukan. Tak. Tak ada apa-apa. Mak Teh cuma senang tengok Syam dengan Ayu macam ni. Kalau enam tujuh tahun dulu, risau Mak Teh tengok kamu berdua.Tapi, sekarang Mak Teh lega. Mak Teh doakan kamu berdua bahagia sampai bila-bila,”
“Hai… Mak Teh. Kenapa tiba-tiba jadi sentimental ni?,”soal Hisyam separuh bergurau. Mak Teh tergelak kecil menanggapi kata-kata Hisyam.
“Mak Teh tak ada sesiapa pun kat dunia ni. Mak Teh cuma ada kamu berdua saja. Dan kamu… kamu berdua layan Mak Teh macam ahli keluarga sendiri. Terima kasih, Syam… Ayu..,”
“Mak Teh, kenapa cakap hal yang sedih-sedih pada hari istimewa ni?,”Idayu bersuara sambil menyentuh lembut jemari orang tua itu.
“Hari istimewa? Hari istimewa apa?,”Mak Teh bertanya dengan nada hairan. Senyuman yang terukir di bibir Idayu dan Hisyam, menambahkan lagi rasa hairannya.
“Kenapa? Ayu mengandung ke? Kalau betul, syukur Alhamdulillah. Tak lama lagi Syafiq dapat adiklah ya? Harap-harap perempuanlah ya? Biar jadi sepasang,”
Idayu tergelak mendengar tekaan Mak Teh yang meleset sama sekali. Serentak dengan derai tawa Hisyam.
“Afiq ada adik? Betul ke mama? Mana adik Afiq?,”Syafiq menyampuk di tengah-tengah perbualan tiga orang dewasa di hadapannya.
“No. Nek Teh tersalah cakap,”terang Idayu sambil mengusap pipi Syafiq. Anak kecil itu mengeluh perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepala. Lagak seolah-olah kesal dengan kesilapan Mak Teh. Saling tidak tumpah dengan lagak Hisyam bila dia tidak berpuas hati dengan satu-satu perkara. Melihat aksi anak kecil itu, tawa mereka makin berpanjangan.
“Kalau bukan itu yang istimewanya, apa lagi yang istimewa?,”Mak Teh terus bertanya. Inginkan kepastian.
“Mak Teh, selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke lima puluh lapan,”ujar Hisyam setelah tawanya reda. Mak Teh tergamam. Rupa-rupanya makan malam ini adalah untuk meraikan hari ulangtahun kelahirannya yang dia sendiri tidak ingat. Wajah Hisyam dan Idayu dipandang bergilir-gilir. Rasa terharu terasa menyesakkan dadanya.
“Hari jadi Mak Teh?,”
“Ya. Selamat hari jadi dan saya doakan Mak Teh dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik,”Idayu bersuara mengiyakan kata-kata suaminya.
Mak Teh tidak bersuara. Bibir matanya terasa berat. Tiada kata-kata yang mampu dia ungkapkan. Seperti tahun-tahun lalu, Hisyam dan Idayu mengingati tarikh kelahirannya. Cukup untuk membuktikan betapa kedua-dua insan itu terlalu mengambil berat tentang dirinya. Dengan statusnya sekadar pembantu rumah, perhatian sebegitu memang amat bermakna. Tiba-tiba dia terasa dia tidak lagi keseorangan di dunia ini.
“Terima kasih sebab ingat hari lahir Mak Teh. Mak Teh sendiri pun tak ingat,”akhirnya Mak Teh bersuara dengan nada yang amat perlahan.
“Dan.. kami ada sesuatu untuk Mak Teh,”
Mak Teh memandang ke arah Hisyam.
“Apa lagi Syam? Kamu berdua ingat hari lahir Mak Teh, itu pun dah cukup bererti pada Mak Teh. Tak usahlah bagi apa-apa lagi. Tiap-tiap tahun, kamu tak pernah lupa tarikh ni. Mak Teh tak tahu nak cakap apa. Syukur pada ALLAH kerana Mak Teh diberikan majikan sebaik kamu berdua,”
Hisyam tersenyum. Dia mengeluarkan sampul surat dari poket kemejanya.
“Ini untuk Mak Teh,”
“Syam.. tak payah susah-susah. Mak Teh tak nak apa-apa. Mak Teh cuma nak terus menumpang kasih di rumah kamu. Itu saja,”
“Ambillah Mak Teh. Ini pemberian kecil dari kami untuk Mak Teh. Mak Teh dah banyak membantu kami sekeluarga. Malah, kami dah anggap Mak Teh macam keluarga kami sendiri. Terima ya?,”
Perlahan Mak Teh mengambil sampul di tangan Hisyam.
“Bukalah nek. Afiq pun nak tengok hadiah Nek Teh. Tapi… kenapa hadiah Nek Teh kecik sangat, mama?,”Shafiq bersuara tiba-tiba. Mak Teh akur. Sampul surat dibuka. Sekeping cek di dalamnya dikeluarkan. Bulat matanya melihat angka sepuluh ribu yang tertulis di atas cek tersebut.
“Syam.. untuk apa semua ni?,”
“Mak Teh boleh buat apa saja. Mungkin Mak Teh boleh simpan dalam Tabung Haji. Mak Teh kan dah lama berhajat nak ke Tanah Suci,”
“Tapi, Mak Teh kan ada simpanan. Duit gaji Mak Teh tu pun, bukan banyak sangat berusik. Ini.. banyak sangat ni..,”
“Ambillah Mak Teh. Mak Teh berhak,”ujar Hisyam pendek.
“Terima kasih, Syam.. Idayu,”
Idayu tersenyum sambil mengusap jemari Mak Teh. Air mata Mak Teh menitis tanpa sedar. Air mata kesyukuran dan air mata kegembiraan.
“Haii.. papa ni,”suara Syafiq yang tiba-tiba menarik perhatian semua di meja makan itu. Hisyam kerutkan kening sambil memandang wajah anak lelakinya itu.
“Kenapa Afiq?,”
“Papa ni pun, satu. Nape bagi hadiah kertas je? Tengok Nek Teh dah nangis. Cian Nek Teh. Tak pe Nek Teh. Buang je lah hadiah papa tu. Nek Teh main mainan Afiq jelah,”Syafiq mengomel apabila melihat Mak Teh menitiskan air mata. Pertanyaan anak kecil itu membuahkan tawa yang cukup riuh.
“Gelak pulak orang cakap,”dalam pelat Syafiq menyambung omelannya. Hisyam dan Idayu tersenyum.
“Syafiq dah mengantuk tu,”Mak Teh bersuara apabila melihat Syafiq sudah mula menguap.
“Kalau macam tu, kita pulang sekarang?,”soal Hisyam sambil memandang wajah Idayu. Idayu cuma mengangguk.
“Come Syafiq. Kita balik,” Hisyam mendukung Syafiq setelah menjelaskan bayaran makan malam mereka. Syafiq cuma menurut. Idayu dan Mak Teh turut mengangkat punggung.
“Ayu,”
Idayu tidak jadi melangkah. Dia berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Sekuntum senyuman yang cukup lebar menghiasi bibirnya.
“Mieza,”nama itu pecah di bibirnya sambil dia memeluk teman yang berdiri di hadapannya itu. Hasmieza membalas rangkulan Idayu. Rangkulan mesra itu dilepaskan. Idayu memandang wajah Hasmieza. Bertemu Hasmieza di sini, memang di luar jangkaan.
“Apa kau buat di sini?,”soalnya riang. Hasmieza tersenyum senang.
“Aku ada kursus di sini. Saja keluar makan,”
“Abang.. Ingat Mieza?.”
“Of course abang ingat. Apa khabar?,”sapa Hisyam bersama senyuman manis.
“Baik,”balas Hasmieza sambil tersengih.
“Kau kat sini, tapi tak call aku pun. Sampai hati kau ya?,”Idayu bersuara dengan nada sedikit merajuk.
“Memang aku nak call. Memang aku nak jumpa kau pun. Ada hal penting. Tapi, tak sempat call , dah berjumpa kat sini,”
“Hal penting? Apa dia?,”
“Ayu.. abang tunggu di kereta ya. Mak The, jom,”ujar Hisaym untuk member peluang dua sahabat itu berbual-bual. Idayu mengengguk.
“Sporting, Hisyam tu ya?,”ujar Hasmieza setelah agak jauh Hisyam dan Mak Teh meninggalkan mereka. Idayu tersenyum.
“So, apa hal yang penting tu?,”
“Aku tak nak cakap sekarang. Lagipun tak seronok jumpa macam ni. Tergesa-gesa. Nak bercerita panjang pun tak boleh. Apa kata kita jumpa esok? Boleh berbual panjang,”
“Kau ni.. Selalu macam tu. Suka buat aku suspenlah. Mesti aku tak boleh tidur malam ni. Kita jumpa esok, tapi, hal yang penting tu.. beritahulah sekarang.”
“No. Sabarlah. Tungu esok ya?,”
“Well. What can I say. Anyway, I miss you so much,”
“Me too,”ujar Hasmieza sambil tersenyum gembira.
“Okaylah. Aku pergi dulu. Anak aku mengantuk tu. Jumpa esok ya,”
Hasmieza mengangguk tanda faham.
“Aku pergi dulu,”sekali lagi Idayu meminta diri sambil melangkah meninggalkan Hasmieza. Dia masih diburu tanda tanya. Apakah perkara penting yang dimaksudkan oleh Hasmieza? Hasmieza muncul tepat pada waktunya. Sememangnya saat ini dia amat memerlukan sahabatnya itu.Dia juga ada perkara penting yang ingin dikongsi bersama Hasmieza. Dari jauh dia melihat Hisyam tersenyum sambil bersandar pada kereta. Dia membalas senyuman itu.
“Sekejap saja. Abang ingat.. mesti banyak benda yang nak dibualkan. Ayu pun dah lama tak jumpa dia kan?,”
“Memang banyak pun. Tapi, malam ni, tak bolehlah. Ayu nak jumpa Mieza esok. Boleh kan, bang?,”
Hisyam tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.
“Apa perkara penting yang dia nak cakap tadi?,”
“Dia tak nak cakap. Tunggu esok katanya. Geram betul,”
Hisyam tergelak kecil melihat mulur Idayu yang sedikit memuncung.
“Oklah. Jom,”ujar Hisyam sambil membuka pintu kereta untuk Idayu.
“Thanks, abang,”ujar Idayu sambil melangkah masuk ke perut kereta. Dia menoleh ke belakang. Syafiq sudah terlena di ribaan Mak Teh.

*****




“Walimatulurus?,”Idayu bertanya sambil menatap kad undangan perkahwinan di tangannya. Hasmieza senyum sambil mengangguk.
“Jadi, inilah perkara penting tu ya?,”
“Ya. Kenapa? Macam tak happy saja,”soal Hasmieza agak hairan dengan penerimaan Idayu tentang khabar perkahwinannya. Sangkanya Idayu akan menjerit kegembiraan.
“Well. Aku tak tahu sama ada nak ucap tahniah atau nak marah,”
“Kenapa pula?,”Hasmieza bertambah hairan mendengar kata-kata Idayu. Idayu merenung tajam wajah temannya itu.
“Yalah. Tiba-tiba kau datang terus bagi kad jemputan kahwin. Kau tak pernah cerita pun yang kau sedang bercinta. Berahsia dengan aku ya?,.”
Hasmieza tergelak mendengar omelan Idayu. Rupa-rupanya itu penyebab kemarahan Idayu.
“Kalau pasal tu, aku ada alasan kukuh untuk membela diri,”
Idayu tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Okay. Aku nak dengar alasannya. Kalau tak cukup kukuh, aku tak nak pergi ke majlis kau ni,”Idayu bersuara separuh bergurau.
“Janganlah macam tu. Kau tak kasihan ke? Bestfriend kau ni datang dari jauh semata-mata nak bagi kad ni, tau,”
“We’ll see..,”
“Well.. aku tak bercinta pun..,”
“Apa? Maksud kau.. kau pun sama dengan aku? Kena kahwin paksa?,”cepat Idayu memotong kata-kata Hasmieza.
“Tak. Kau ni, janganlah menyampuk. Tak bestlah aku nak cerita. Dengar saja, tau!,”
“Okay.. Okay.. Aku dengar,”
“Dengar ya..,”
“Yalah. Aku dengarlah ni. Cepatlah sambung,”
Hasmieza senyum. Perlahan dia menyedut jus tembikai di hadapannya. Sengaja membuat Idayu tertunggu-tunggu.
“Mieza, cepatlah,”
“Sabarlah. Aku nak minum dulu,”
Idayu mengeluh. Tidak sabar dengan gelagat Hasmieza yang sengaja melambat-lambatkan ceritanya.
“Dia kawan sekerja aku,”akhirnya Hasmieza memulakan cerita.
“Aku dah lama sukakan dia. Tapi, dia ni, pemalu sangat. Takkan aku yang nak mulakan dulu. Sudahnya aku pun, memendam perasaan sajalah. Lagipun aku takut nak berterus terang. Takut kalau-kalau aku cuma bertepuk sebelah tangan. Malulah aku, sebab aku banyak berurusan dengan dia, dalam kerja. And, that’s why lah aku tak bercerita dengan kau. Aku tak tahu nak klasifikasikan keadaan aku. Nak kata bercinta.. tak. Sebab dia tak pernah meluahkan perasaanya. Nak kata aku tak bercinta, tak pasti. Sebab, siang malam aku cuma terbayang-bayangkan wajah dia saja,”
“Then?,”
“Tiga tahun aku menunggu. Tapi, tak ada apa-apa perubahan. Sehinggalah satu hari dia terserempak aku keluar dengan Rafi, sepupu aku tu. Kau kenal kan?,”
Idayu mengangguk.
“Dia ingat aku ada apa-apa dengan Rafi, jadi dia tanya aku untuk dapatkan kepastian. Masa tulah dia tersasul cakap perasaan dia. Merah padam muka dia lepas tu. Malu. Rupa-rupanya dia pun ada hati kat aku,”cerita Hasmieza sambil tergelak kecil. Idayu turut ketawa.
“Lepas tu?,”
“Lepas tu dia terus ajak aku kahwin. Dia dah buang masa selama tiga tahun. Jadi katanya dia tak mahu buang masa lagi. Lagipun, kita ni, bukannya muda lagi kan? So, aku setuju sajalah. Kami bertunang dua minggu lepas, dan we are going to marry. Tak sempat nak bercinta. Nampaknya kami terpaksalah bercinta lepas kahwin. Macam kau. Ha… ini mungkin sama dengan kau. Bercinta lepas kahwin,”
“Tahniah Mieza. Aku doakan kau bahagia sampai ke akhir hayat,”
“Terima kasih. Kau dengan Hisyam, macam mana?,”
Idayu diam seketika mendengar soalan Hasmieza.
“Kenapa kau diam?,”Hasmieza bertanya lagi. Hairan melihat kebisuan Idayu. Idayu membiarkan jemarinya memintal-mintal hujung tudungnya. Jiwanya yang resah meminta dia berkongsi keresahan ini dengan seseorang. Dan, Hasmieza adalah calon yang terbaik.
“Kenapa kau diam?,”
“Kau ada masalah dengan Hisyam ke?,”Hasmieza cuba meneka.
Idayu tetap diam.
“Tapi, semalam aku tengok kau dengan dia..,”kata-kata Hasmieza terhenti di situ. Melihat wajah Idayu yang mendung, rasanya tidak perlu untuk dia teruskan kata-katanya itu.
“What happened?,”soal Hasmieza perlahan. Idayu mengangkat muka. Wajah Hasmieza dipandang agak lama.
“I don’t know,”ujarnya pendek setelah agak lama berdiam diri.
“Aku tak faham. Selama ni aku tengok rumahtangga kau perfect. Tak ada masalah. Bahagia. Malah, kadang-kadang aku jadi cemburu melihat kebahagiaan kau. Hisyam layan kau dengan baik. Terlalu baik. Tak pernah bergaduh. Kenapa tiba-tiba?,”
“Puas aku tanya soalan yang sama pada diri aku. But, I don’t have the answer. I don’t know. I don’t know, Mieza,”
“Kamu berdua bertengkar?,”
“Unfortunately no. Kalau kami ada bertengkar, at least aku ada satu reason. But I have no clue. Aku tak tahu kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia berubah perlahan-lahan?,”
“Apa yang dia dah buat?,”
“Akal aku menyangkal. Tapi, hati aku yakin, dia ada perempuan lain,”
“What? Hisyam? Ada perempuan lain? Aku rasa kau patut dengar kata akal kau. I don’t belive it. Tak mungkin. Dia begitu bahagia dengan kau. Aku tengok semuanya. Aku tengok cara dia layan kau. Cara dia pandang kau. Cara dia bercakap dengan kau. It seem you’re everything for him. Tak mungkin dia buat kau macam tu. Mustahil. He loves you, Ayu,”
“I don’t think so,”Idayu bersuara perlahan. Tidak mungkin ada cinta di hati lelaki itu. Hisyam tidak pernah menyatakannya sejak tujuh tahun dulu. Dan, sehingga ke hari ini, kalau dia ingin mencari punca perubahan Hisyam, itulah satu-satunya punca perubahan lelaki itu yang dapat diproses dengan baik oleh akalnya.
“What di you mean by that word? Ayu..kau hidup bahagia dengan dia selama ini. Kamu berdua ada Syafiq. Apa yang membenarkan itu semua berlaku kalau bukan cinta?,”
“Aku pun tertanya-tanya, apa yang membenarkan kabahagiaan ini menjelma dalam hidup kami?,”
“Hisyam seorang lelaki yang baik. Mungkin ada yang cemburu dan cuba menghasut kau. Membuat kau prasangka pada suami kau sendiri,”
“Aku lihat sendiri, Mieza. Aku..isteri dia, melihat sendiri dia begitu mesra dengan perempuan lain. Perempuan muda yang cantik,”
“May be it just misunderstanding. Kau tak tanya dia?,”
Idayu menggeleng.
“Kenapa?,”
“Aku takut dia mengiyakan semua tekaan aku. Aku takut aku tak akan dapat menerima kenyataan ini. Aku takut akan kehilangan kebahagiaan ini. Aku takut aku akan kehilangan dia. Aku tak mahu, Mieza. Aku tak mahu kehilangan dia. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku tak mahu rumahtangga kami hancur. Aku tak mahu kebahagiaan ini hilang,”
Hasmieza menarik nafas panjang mendengar luahan Idayu yang tidak berpenghujung.
“Aku yakin, semua itu takkan berlaku. Aku yakin Hisyam sangat mencintai kau,”
“Aku yakin dia tidak pernah mencintai aku. Hampir tujuh tahun kami kahwin. Sampai ke saat ini, dia tidak pernah cakap dia cintakan aku. Tidak pernah Mieza. Tiap kali aku tanya, dia akan diam dan mengubah topik perbualan kami,”
“Ya ke?,”soal Hasmieza dengan nada yang agak perlahan. Sukar untuk mempercayai apa yang keluar dari mulut Idayu.
Idayu mengangguk perlahan. Hasmieza menggenggam tangan Idayu dengan erat. Sedih melihat wajah sahabat baiknya yang kelihatan begitu murung.
“I don’t know what to say,”hanya itu yang mampu dia luahkan. Dalam diam dia kagum dengan ketabahan Idayu. Idayu boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang menghiris perasaannya, walhal dia telah melihat kemesraan suaminya dengan perempuan lain. Jelas kelihatan di mindanya wajah ceria Idayu bersama Hisyam malam tadi. Dia sendiri tertipu dengan keceriaan Idayu. Siapa sangka di sebalik keceriaan itu, hati Idayu sebenarnya semurung wajahnya saat ini.
“Its okay. Im fine. Memang sedih. Tapi, under contol,”ujar Idayu cuba berlawak. Hasmieza tersenyum kecil. Terasa lawak Idayu tidak kelakar langsung.
“Im proud of you. Kau tabah, Ayu,”
Idayu menggeleng.
“Kenapa?,”
“Aku tak tabah. Cuma aku takut. Aku tak nak kebahagiaan ini terganggu. Aku mahu meniknmatinya selagi Hisyam mahu mempertahankannya. Hisyam memang tidak pernah menjanjikan kebahagiaan untuk aku. Tidak pernah menjanjikan apa-apa untuk aku. Apa yang aku perolehi sepanjang perkahwinan kami ni, adalah satu hadiah yang tak ternilai untuk aku. Aku tak akan sia-siakan detik bahagia ini selagi aku diberi kesempatan untuk menikmatinya,”
“Maksud kau? Kalau Hisyam mengiyakan hubungan dia dengan perempuan tu nanti, kau akan mengalah?,”
“Sesetengah perkara, kita tak boleh paksa, kan?,”
Hasmieza mengeluh panjang sambil menggelengkan kepala.
“Kalau aku.. I’ll fight till the end. He’s yours. Kau dah kahwin dengan dia for more than six years. Kau berhak mempertahankannya,”
“Kita tukar topik,”Idayu bersuara sambil tersenyum hambar. Hasmieza mengeluh lagi
“Aku tak nak pertemuan kita ni terus tercemar dengan cerita sedih aku. it’s not fair. Aku percaya kau ada banyak cerita gembira nak kongsi dengan aku. Betul tak?,”
“Tadi ya. Tapi, sekarang macam dah tak ada,”
“Janganlah macam tu. Or else, lepas ni aku tak akan cerita apa-apa lagi pada kau,”
Hasmieza tersenyum mendengar ugutan Idayu.
“Ok. Kita tukar topic,”ujar hasmieza sambil meleraikan pegangan tangannya di jemari Idayu. Idayu turut tersenyum.
“Aku tak tahu ini penting ke tidak bagi kau. Borhan sekarang bekerja di Terengganu. Dia selalu call aku. Dan.. dia selalu sangat tanya pasal kau,”Hasmieza bersuara setelah agak lama membisu.Idayu tersenyum kecil. Mendengar nama itu, mengembalikan seraut wajah yang pernah membuat dia bahagia dan pernah membuat dia sangat terluka. Sudah lama wajah itu terpadam dari album kenangannya.
“Tak penting sama sekali. Aku tak kenal dengan manusia yang bernama Borhan,”
“Dia tak pernah bosan bertanyakan kau,”
“Untuk apa? Untuk apa, Mieza?,”sopalnya memandang wajah Hasmieza. Hasmieza Cuma mengangkat bahu tanpa menjawab soalan Idayu.
“Mungkin dia masih mengharapkan kau,”Hasmieza memberi pendapat. Idayu tergelak sinis mendengar kata-kata Hasmieza.
“Mengharapakan aku? Dia dah lupa ke? Kan dia yang lepaskan aku pada Hisyam dulu. Apa lagi yang dia nak harapkan dari aku?,”
“Kembali pada dia barangkali. Sampai sekarang dia masih belum kahwin,”
“Dia kahwin atau tak, itu bukan masalah aku. Tak payahlah cakap pasal dia. Aku tak nak dengar,”
“Okay. Dah tu kau nak cakap pasal siapa?,”
“Mmmmm.. Pasal Hakimi ni?,”ujar Idayu sambil memandang nama yang tercetak di atas kad jemputan perkahwinan Hasmieza. Hasmieza tersengih.
“Ok. No problem,”

******

Kuseru Rindu Itu... (4)

Idayu bersandar pada kerusi, di banglo dua tingkatnya. Angin petang sesekali menyapa wajahnya. Menolak rambut ikalnya beralun perlahan. Matanya terus melekat pada gelagat Hisyam yang dari tadi asyik menekan-nekan telefon bimbitnya. Untuk ke sekian kalinya juga telefon itu disuakan ke telinga. Berkali-kali dia melihat Hisyam cuba cuba membuat panggilan. Barangkali membuat panggilan pada nombor yang sama. Barangkali juga panggilannya tidak berjawab, memaksa lelaki itu itu mengulangi perbuatan yang sama berkali-kali. Entah kenapa dia menjadi sayu melihat tingkah itu. Hatinya memberontak untuk mengetahui siapalah yang cuba dihubungi oleh suaminya itu? Wajah Hisyam nampak cukup serius. Jelas kelihatan riak kecewa dan marah pada wajah itu. Mindanya pula, begitu cepat membentuk imej gadis manis yang cukup mesra dengan Hisyam tempoh hari. Mungkinkah Hisyam sedang cuba menghubungi gadis itu? Mungkinkah ada krisis di antara mereka dan gadis manis itu, kini sedang merajuk? Mungkinkah juga suaminya itu sedang berusaha memujuk buah hatinya itu? Perlahan Idayu pejamkan mata. Tidak sanggup membiarkan mindanya terus memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menyakitkan itu. Dia takut untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu. Dia takut, kerana itu semua hanya akan menjauhkan Hisyam dari hidupnya. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Begitu sukar kebahagiaan ini menjelma, dan dia tidak mahu kehilangan segala-galanya dengan begitu mudah.
“Segalanya pasti sukar untuk awak nanti. Jadi, ada baiknya awak fikir masak-masak. Betul ke awak nak teruskan ini semua? Saya tak mahu awak menyesal nanti,”
Suara Hisyam tujuh tahun lalu, kini terngiang-ngiang di telinganya. Inikah penyesalan yang dimaksudkan Hisayam?
“Kamu pasti ini keputusan kamu?,”
“Apa pilihan yang saya ada untuk saya membuat keputusan?,”
“Kita tidak kenal antara satu sama lain dengan mendalam. Kita cuma kenal melalui beberapa pertemuan sejak kebelakangan ni saja. Tiba-tiba kita terpaksa bersatu dalam satu ikatan perkahwinan. Mustahil bagi saya. Dan mustahil saya dapat membahagiakan kamu. Saya tak ada apa-apa perasaan terhadap kamu. Please, think about it. Jangan sisa-siakan masa depan kamu. Katakan saja kamu tak mahu teruskan rancangan mengarut ni. Habis cerita. Itu saja. Senang kan?,”
Idayu memandang wajah Hisyam yang nampak cukup bersahaja. Lelaki itu bersandar pada batu besar sambil matanya ditebarkan ke tengah lautan yang maha luas.
“Encik Hisyam.. Apa kata saya cadangkan semula cadangan bernas Envik Hisyam tu.. pada Encik Hisyam. Parents kita sekarang, ada kat dalam. Why don’t you just go inside and tell them about your brilliant suggestion. I bet you.. mereka mesti happy,”
“What?!,”
Idayu membuang pandang. Menyedari Hisyam merenung tajam ke arahnya.
“Kalau awak keberatan untuk beritahu parent saya, tak apa. Awak cuma perlu beritahu parent awak sahaja. Boleh, Encik Hisyam?,”dia menyambung kata-kata sambil memandang wajah Hisyam. Hisyam mengeluh keras. Wajah lelaki itu jelas kelihatan sangat marah.
“You know what.. Cik Idayu? Awak ni.. bodoh sombong. Tahu tak?,”
Bulat mata Idayu memandang wajah Hisyam. Berani lelaki itu mengeluatkan kata-kata sebegitu.
“Encik Hisyam! Jaga mulut awak, okay! This is my first and last warning. Saya tak perlukan kritikan awak tentang diri saya. Lagipun, awak tak kenal saya pun,”
“Okay. Im sorry. Mungkin saya terlepas cakap. Tapi, saya datang dengan niat yang baik. Pertunangan kita ni.. tak masuk akal. Dan, perkahwinan kita.. itu kerja gila. Awak tak nampak ke? Saya tak mahu awak korbankan masa depan awak, hanya kerana janji orang tua kita. Perkahwinan ini takkan berhasil. Kita cuma akan membuka pintu sengsara. Percayalah cakap saya,”
“Saya tahu,”Idayu menjawab lemah.
“Kalau tahu, awak kena beritahu mereka,”
“How about you? Awak dah beritahu mak ayah awak yang awak protes cadangan mereka ni?.”soal Idayu sambil merenung lama wajah Hisyam.
“Yes. I did it. Tapi, tak berjaya. Sebab itulah saya datang, minta pertolongan awak, Idayu,”
Mata Idayu masih di wajah Hisyam.
“I did it once. And, you know what happen? Abah saya masuk ICU. Heart attack. Syukur dia tak apa-apa. Cukuplah sekali itu saya mencuba. Saya tak sanggup korbankan ayah saya demi diri saya sendiri. Kalau perlu pengorbanan, biarlah saya yang berkorban. Saya tak sanggup melihat ayah saya jatuh sakit lagi. Lagipun, apalah sangat pengorbanan ini kalau hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah dia berikan pada saya selama ini,”
Hisyam mengeluh panjang. Wajahnya nampak sedikit kecewa.
“Awak yakin awak tak akan menyesal?,”
“Tak..,”bibirnya bergerak perlahan.
“Apa yang tak?,”
Idayu tersentak. Kenangan lalu mula menjauh. Mak Teh tercegat di hadapannya.
“Apa dia, Mak Teh?,”soalnya sedikit hairan dengan soalan pembantu rumahnya itu. Mak Teh tersenyum panjang.
“Apa yang Ayu fikirkan tu? Sampai cakap sorang-sorang?,"
“Cakap sorang-sorang? Mana ada? Macam-macamlah Mak Teh ni,”
“Mak Teh dengar, sebab tu Mak Teh cakap,”
“Ya ke? saya tak sedar pun,”
“Mana nak sedar, kalau fikirannya melayang jauh. Apa yang Ayu fikirkan? Mak Teh tengok sejak akhir-akhir ni, Ayu selalu termenung,”
Idayu tersenyum kecil. Wajah Mak Teh dipandang agak lama. Mak Teh memang selalu begitu. Terlalu mengambil berat tentang dirinya. Malah orang tua itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi semenjak kedua ibu bapanya pergi buat selama-lamanya. Namun, dia belum bersedia unuk berkongsi keresahannya itu dengan Mak Teh. Belum masanya.
“Syafiq mana?,”soalnya sambil tersenyum manis. Mak Teh cuma menarik nafas perlahan. Faham Idayu sedang mengubah topik perbualan.
“Tidur. Lepas aje tengok TV, terus tertidur,”
Idayu mengangguk perlahan.
“Duduklah , Mak Teh,”pelawa Idayu sambil menepuk kerusi di sebelahnya.
Mak Teh menurut. Matanya memandang ke arah cawan teh yang tidak berusik. Kuih keria di dalam piring juga tidak terusik. Selalunya kalau makanan atau minuman tidak berusik, bermakna adalah cerita sedih yang mengusik hati Idayu. Apa dia? Itu yang menjadi tanda tanya kini.
“Ayu ada masalah ya?,”soalnya cuba mencungkil apa yang bersarang di hati Idayu. Idayu mengukir senyum.
“Tak adalah. Mak Teh ni.. pandai-pandai saja serkap jarang,”
“Mak Teh ni, orang tua. Dah lama hidup, Ayu. Dah lama makan garam. Tapi, kalau Ayu tak nak cerita tak apalah. Mek Teh tak paksa,”
Idayu tersenyum lagi. Memang mustahil untuk dia berbohong pada Mak Teh. Orang tua itu bijak membaca apa yang bermain di hatinya.
“Tak penting sangat, Mak Teh,”ujar Idayu akhirnya. Mak Teh tersenyum lebar. Kan betul tekaannya.
“Haa.. kan betul apa yang Mak Teh cakap,”
“Perkara kecil saja. Saya boleh selesaikan sendiri. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Nasib baik Mak Teh ada,”Idayu bersuara sambil tersenyum panjang.
“Selisih faham dengan Syam, ya?,”
“Tak adalah. Kami tak ada bertengkar pun,”
“Dah tu, kenapa Ayu di atas.. Syam di laman?,”
“Dia nak buat call. Malas saya nak ganggu,”
“Hari minggu pun, sibuk telefon client ke?,”soal Mak Teh menjenguk ke balkoni. Bayang Hisyam sudah hilang.
Idayu tersenyum pahit. Kalaulah benar Hisyam sedang membuat panggilan untuk rakan niaganya, tentulah hatinya tidak serawang ini. Tentulah hatinya tidak sesakit ini. Malangnya tingkah Hisyam langsung tidak menunjukkan ke arah itu. Dia menebarkan pandangan ke halaman. Hisyam sudah tiada di situ. Dia sedikit terperanjat apabila melihat Hisyam sedang berdiri sambil memeluk tubuh pada pintu sliding yang memisahkan bahagian balkoni dengan bahagian ruang rehat tingkat atas. Hisyam tersenyum sambil meletakkan jari telunjuk ke bibir sebagai isyarat agar dia berdiam diri. Idayu tidak memberi sebarang reaksi. Hisyam melangkah perlahan ke arah Mak Teh yang sedang membelakanginya. Sengaja ingin mengusik pembantu rumahnya itu.
“Buat apa tu, Mak Teh?,”sergah Hisyam sambil memegang bahu Mak Teh. Membuat mak Teh terperanjat.
“Buat apa? Buat call! Call client! Lupa bini,”
“Siapa call?,”sakat Hisyam apabila Mak Teh mula melatah.
“Kaulah. Call client lupa bini,”
“Client siapa, Mak Teh?,”
“Client aku! Eh, client kau! Eh bini kau,”
Hisyam ketawa mendengar latah Mak Teh yang melarat. Idayu turut tergelak kecil melihat Mak Teh yang terus mengulang kata-katanya sambil tangannya menunding-nunding ke arah Hisyam. Melihat Mak Teh yang sedikit semput, Hisyam mengurut perlahan belakang wanita separuh abad itu.
“Sudah Mak Teh.. Istighfar Mak Teh..,”ujarnya sambil terus mengurut belakang Mak Teh.
“Astaghrfirullahal ‘Azim. Subhanallah. Kamu ni Syam!,”Mak Teh bersuara terputus-putus sambil mnegurut dada. Hisyam masih tergelak sambil mengambil tempat di sebelah Idayu. Seronok dapat mengusik wanita itu.
“Mengumpat saya ya?,”ujar Hisyam setelah latah Mak Teh sedikit reda. Mak Teh masih mengurut dadanya menghilangkan semput.
“Kamu berdua ni, pakat nak kenakan Mak Teh ya?,”
Hisyam tergelak mendengar kata-kata Mak Teh. Idayu pula tersenyum panjang.
“Saya tak campur, Mak Teh. Saya tak tahu Abang Syam nak sergah Mak Teh,”ujar Idayu membela diri.
“Yalah tu,”
Idayu tergelak mendengar jawapan Mak Teh. Dia tahu Mak Teh tidak percaya pada kata-katanya.
“Syafiq mana, Mak Teh?,”Hisyam bersuara lagi apabila keadaan Mak Teh kembali normal.
“Tidur. Mak Teh turun dululah. Nak siapkan makan malam. Syam..Ayu.. nak makan apa malam ni?,”
“Tak payah masaklah Mak Teh. Kita dinner kat luar. Okay, Ayu?,”soal Hisyam sambil memandang wajah Idayu.
“Kenapa?,”soal Idayu sedikit hairan.
“Saja. Nanti ada orang cakap, abang ni, lupa isteri pula. Sebab tak lupa isterilah, abang ajak isteri abang keluar dinner ni,”Hisyam menjawab dengan nada bergurau. Mak Teh mencebik. Idayu tersengih.
“Mak Teh ikut sekali ya?,”tambah Hisyam sebelum Mak Teh melangkah masuk ke ruang rehat. Dia tidak jadi melangkah. Sebaliknya kembali menoleh ke arah Hisyam.
“Tak payahlah Syam. Mak Teh duduk rumah je lah,”
“No..No..No.. Tak ada Mak Teh, maknanya tak ada dinner. Mak Teh mesti ikut. Tak ada alasan,”Hisyam bersuara memberi kata putus.
“Yalah,”Mak Teh bersetuju sambil berlalu. Hisyam mengalihkan perhatiannya pada Idayu. Wajah itu ditatap tanpa berkelip.
“What?,”soal Idayu yang tidak faham dengan maksud renungan Hisyam.
“What?,”Hisyam mengulangi soalan yang sama sambil menarik kerusinya rapat ke kerusi Idayu. Sekuntum senyuman yang menggoda muncul di bibirnya, memaksa Idayu turut tersenyum.
“So.. isteriku yang cantik..apa ceritanya tu?,”
“Cerita? Cerita apa?,”soal Idayu pura-pura tidak faham maksud soalan Hisyam.
“Pasal Mak Teh ya?,”teka Idayu cepat apabila wajah Hisyam semakin rapat ke wajahnya. Hisyam tersenyum. Wajahnya kembali dijarakkan daripada wajah Idayu. Dia memandang wajah isterinya itu. Menanti cerita yang bakal keluar dari seulas bibir yang kaya dengan senyuman itu.
“Tak ada apa-apalah. Mak Teh Cuma pelik tengok abang buat call banyak kali tadi. Dia ingat abang call client. Itu ssja,”
“Ohh.. Ayu pula? Ingat abang call siapa?,”soal Hisyam agak perlahan. Tidak sangka perlakuannya tadi diperhatikan oleh isteri dan pembantu rumahnya.
“Manalah Ayu tahu,”
“Ayu tak nak tanya ke?,”soal Hisyam apabila melihat wajah Idayu cukup tenang. Sedikit syukur kerana tiada keraguan di wajah isterinya itu.
“Nak Ayu tanya saja.. atau nak Ayu check sekali call out kat handphone abang tu?,”Idayu menjawab soalannnya dengan satu soalan yang mampu merentap tangkai jantungnya. Berharap agar Idayu tidak serius dengan kata-katanya itu, Hisyam cuma mampu tersenyum sambil mengangkat bahu. Idayu tergelak kecil.
“Kenapa ni? Pucat. Macam nampak hantu,”Idayu bersuara ceria, menutup gelora di hatinya. Melihat kebisuan dan perubahan wajah Hisyam, bagai terus mengiyakan segala syak wasangkanya sebentar tadi. Memang Hisyam menghubungi kekasihnya. Hatinya kuat berkata yang Hisyam sedang bermain wayang dengannya.
“Dinner malam ni.. ada something yang special ke?,”Idayu mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu terus terlarut dalam kepedihan perasaannya. Mendengar soalan Idayu, Hisyam tersenyum. Lega apabila isterinya itu mengubah tajuk perbualan.
“Ayu lupa ke?,”
“Apa dia?,”
“Hari ni kan, hari ulangtahun kelahiran Mak Teh. Yang ke lima puluh lapan,”
“Ya ALLAH. Ayu lupalah bang. Ayu tak beli apa-apa pun untuk hadiah Mak Teh,”
Hisyam tersenyum panjang.
“Don’t worry. Semuanya ditanggung beres. Abang ada hadiah special untuk Mak Teh. Nak tahu tak?,”
“Of courselah nak,”
“Kalau macam tu, jom masuk bilik. Abang tunjukkan,’Hisyam bersuara sambil menarik Idayu bangkit dari kerusi. Idayu melangkah agak cepat apabila tangannya ditarik oleh Hisyam.
“Lambatlah,”rungut Hisyam sambil berpusing. Idayu terjerit kecil apabila lelaki itu memaut dan mendukungnya. Hisyam tergelak sambil melangkah ke arah bilik mereka.

****

Kuseru Rindu Itu... (3)

Telefon bimbitnya dicampak ke sofa. Maisara merengus geram. Anis pula, sekadar memerhati tingkah teman serumahnya itu. Nampaknya Maisara marah benar.
“Hai.. Kasihan telefon yang tak salah tu..,”akhirnya Anis bersuara sambil mencapai majalah di atas meja. Maisara cuma membuang pandang mendengar kata-kata Anis. Geramnya pada Hisyam melenyapkan keinginan untuk berbicara dengan Anis.
“Apa masalahnya ni, Sara?,”soal Anis melihat wajah Maisara yang mencuka. Maisara memandang wajah teman serumahnya itu. Apa yang hendak dia cakap pada Anis? Anis memang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menjalin hubungan dengan Hisyam. Tetapi, satu perkara yang tidak dapat dia nafikan, Anis memang seorang pendengar yang baik untuk mendengar setiap rintihan hatinya. Maisara mengeluh perlahan. Kadang-kadang dia malu untuk membuka cerita. Tetapi, untuk dia pendam segalanya,boleh membuat jiwanya semakin sakit.
“Hisyam?,”teka Anis apabila Maisara terus membisu. Maisara membuang pandang. Tekaan Anis tidak pernah salah.
“Dah seminggu dia tak call aku. Aku telefon tak berangkat. Aku geram Anis, aku geram,”
“Dia outstation tak?,”Anis bersuara, cuba sedapkan hati Maisara. Maisara mengeluh panjang.
“Kalau dia outstation, dia mesti beritahu aku. Aku tak suka dia buat aku macam ni, tau. Aku risau. Entah apa jadi kat dia, sampai aku call pun dia tak jawab. Selalu buat aku risau macam ni. Lama-lama boleh jadi gila, tahu tak?,”
“Alaa.. Tak ada apa-apalah. Dia sibuk kot,”
“Sibuk sekal pun, takkan tak boleh jawab call aku? Ni.. lagi teruk. Langsung tak dapat nak call. Aku risau, kalau terjadi apa-apa pada dia,”
“Kau ni.. cuba optimis sikit. Agaknya dia ada masalah kot,”
“Kau ni, kenapa? Kejap outstation. Kejap sibuk. Kejap ada masalah. Mana satu yang kau nak cakap sebenarnya ni?,”
Mendengar soalan Maisara yang bernada rungutan itu, Anis tergelak kecil.
“Aku cuma memberi kemungkinan saja. Atau.. mungkin isteri dia dah tahu hubungan kau dengan Hisyam. Mungkin isterinya tak benarkan dia call kau. Mungkin setiap call yang dia terima, kena tapis dulu. Siapa tahu kan?,”
Maisara terdiam. Itu adalah andaian paling berani daripada Anis. Dia pula, berat untuk menafikan andaian itu. Barangkali andaian Anis itu betul. Melihat Maisara membisu, Anis disapa rasa serba salah. Tersinggungkah Maisara dengan kata-katanya sebentar tadi?
“Sara.. Im sorry.,”
“No. Its okay,”pantas Maisara memotong kata-kata Anis. Anis tidak perlu meminta maaf. Kata-kata Anis itu berasas.
“Aku tak bermaksud nak buat kau tersinggung. Tapi, kau kena terima kenyataan. Bercinta dengan suami orang, tak selamanya indah. Satu hari, kau kena hadapi juga situasi sebegini,”
“Aku tahu. Tapi, dia tak patut buat macam ni. Buat aku risau tak bersebab. Tension! Tahu tak?,”
“Sabarlah. Kalau kau nak teruskan hubungan kau dengan Hisyam, kenalah kau belajar sabar banyak-banyak,”
“Maksud kau?,”soal Maisar perlahan. Kurang mengerti dengan maksud kata-kata Anis. Anis menarik nafas panjang. Majalah di tangannya, diletakkan semula ke meja. Dia memandang wajah Maisara yang masam mencuka.
“Aku nak tanya kau ni. kau yakin, Hisyam tak main-main?,”
Perlahan Maisara menggangguk. Dia tidak fikir Hisyam ingin mempermainkannya. Dia yakin Hisyam serius dengannya. Hisyam jujur.
“Dan kau.. kau sanggup terima Hisyam dengan keadaan dia macam tu?,”
“Maksud kau?,”
“Yalah. Kau tahu Hisyam tu suami orang. Kau boleh terima keadaan dia tu?,”
“Aku dah buat keputusan ni, setahun yang lalu. Sejak kali pertama aku jumpa dia. Aku yakin, dialah lelaki yang akan berkongsi hidup dengan aku. Aku yakin dengan pilihan aku dan aku yakin dia tidak akan mempermainkan aku,”
“Kau nekad untuk terima dia, bermakna kau juga harus nekad untuk berkongsi kasihnya dengan perempuan lain. Jadi, kau harus belajar untuk berasa kehilangannya buat seketika. Maksud aku, Sara.. bila kamu berdua berkahwin, dia tidak akan berada di sisi kau sepanjang masa. He also has to spend his time with his first wife. Remember that,”
“Dan, kesimpulannya, apa yang akan kau lalui nanti, sama seperti apa yang kau lalui sekarang. Anggap saja ini satu latihan. Latihan untuk berkongsi suami,”tambah Anis sebelum sempat Maisara bersuara. Mendengat kata-kata itu, Maisara menarik muka.
“Ayat kau tu, sama ertinya dengan ayat: Padanlah muka kau, sebab gatal nak bercinta dengan suami orang. Kan. Kau sindir aku kan?,”soal Maisara dengan nada suara yang agak dingin. Terasa seperti Anis cuba menyindirnya. Anis menggeleng perlahan.
“Sara.. aku tak ada niat langsung nak sindir kau. Kau tu yang terlalu sensitive. Apa yang aku cakap ni, kenyataan. Nampaknya kau tak boleh terima kenyataan ni,”
Maisara tunduk. Benar kata-kata Anis. Dia terlalu sensitif. Anis cuma memberi pandangan. Niat Anis baik. Dia yang salah sangka. Barangkali dia yang sedikit prejudis kerana dia tahu Anis tidak pernah menyokong tindakannya itu. Anis tidak pernah setuju apabila dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan Hisyam. Perlahan dia meyentuh tangan Anis sambil membalas renungan Anis.
“Im sorry. Aku.. teremosi,”Maisara bersuara sambil cuba mengukir senyum. Anis tersenyum kecil.
“Sara. Listen to me. Aku memang tak setuju bila kau kata kau nak bercinta dengan Hisyam. Dan, kau memang kawan aku. tapi, aku juga kena jujur pada diri aku sendiri.. kita ada prinsip masing-masing. Takkan aku kena lupakan prinsip aku semata-mata kerana prinsip aku bertentangan dengan prinsip kawan baik aku? prinsip aku.. cuba elakan skandal dengan suami orang. Kau pula, tak kisah bercinta dengan lelaki yang dah berkahwin. Jelas prinsip kita berbeza. Tapi, itu tidak boleh menjejaskan persahabatan kita. Apa yang aku nak cakap kat sini, walaupun pegangan hidup kita berbeza. Prinsip kita berbeza.. kita tetap bersahabat. Ingat tu, kau tetap sahabat aku. Sebagai sahabat, aku perlu hormat keputusan kau. Dan sebagai seorang sahabat juga, aku tidak sanggup nak tengok kau hadapi masalah sendirian. Im here to be you listener. Mungkin aku tak dapat selesaikan masalah kau.. tapi, sekurang-kurangnya boleh buat kau rasa lega sedikit. That’s what Im trying to do. That’s all. Tak ada niat lain langsung. Percayalah,”
“Thanks, Anis. You’re right. Kau cuma nak tolong aku. Mendengar masalah aku.. Membuat aku rasa lega. Yes. You did it. Sekali lagi aku minta maaf. Tak sepatutnya aku fikir yang bukan-bukan. Maafkan aku ya?,”
Anis mengangguk perlahan.
“Mungkin pendapat aku, kadang-kadang boleh buat kau terguris. Tapi, kau kena tahu itulah hakikatnya. Kita tak boleh fikir, yang kita sentiasa betul..,”
Maisara cuma membisu. Pandangannya dilemparkan ke luar jendela.
“Kalau akau tanya, kau jangan marah ya?,”Anis membuka bicara lagi. Pandangan Maisara kembali ke wajah Anis.
“Apa dia?,”soalnya sedikit hairan dengan soalan Anis. Anis berdehem perlahan sambil membetulkan duduknya.
“Apa yang membuat kau tertarik pada Hisyam tu?,”
Maisara tergelak kecil. Itu rupanya soalan yang ingin Anis suarakan.
“He’s good looking. Sesiapa pun akan tertarik pada lelaki seperti Hisyam. Don’t tell me, kau langsung tak tertarik pada Hisyam. kalau pun tak tertarik, at least admire dengan rupanya?,”
Anis tersenyum kelat. Memang dia akui kebenaran kata-kata Maisara. Namun, itu tidak boleh dijadikan ukuran kenapa Maisara begitu mudah untuk jatuh hati pada lelaki yang sudah berkahwin itu.
“Good looking plus married. Maaf kalau kau terasa.. kau tahu dia dah kahwin. Tak rasa bersalah ke? Sebab kau dah rampas hak orang lain? Sedangkan ramai lagi lelaki bujang kat luar sana yang menagih cinta kau,”
Maisara menarik nafas panjang. Wajah Anis dipandang agak lama. Sukar untuk dia mencari jawapan yang tepat untuk soalan Anis. Agak pedas, tetapi jujur. Hampir setahun dia bercinta dengan Hisyam, Anis tidak pernah bertanya. Tetapi, hari ini, soalan itu keluar dari mulut Anis.
“Tak pernah menjadi impian aku untuk bercinta dengan orang yang dah berkahwin. Tak pernah.Even, to think about it, pun aku tak berani. Tapi, Hisyam.. dia lain. Dia jujur dengan aku sejak dai mula aku kenal dia. Dia tak menipu. Dia tak memujuk rayu dengan niat yang tidak baik. Dia hormat aku sebagai seorang perempuan. Tak pernah ambil kesempatan ke atas aku. And, he said, he loves me,”
“Dia kata dia cintakan kau? Pernah dia ajak kau kahwin?,”
“In fact, aku belum bersedia untuk berkahwin. But now, I think Im ready for it,”
“Kau tak bersedia untuk berkahwin dan dia pun tak pernah mention about it?.”soal Anis lagi.
“Yes. Kenapa ni? Kau tanya aku macam polislah”Maisara menjawab soalan Anis bersama gelak kecil.
“Aku cuma bimbang kalau-kalau dia cuma nak permainkan perasaan kau,”
“I don’t think so. Tak ada sebab untuk dia buat macam tu,”
“Dia ada masalah ke dengan isteri dia?,”
“Tak ada. Dia cuma mencari ssuatu yang dia tak jumpa dalam diri isteri dia,”
“Apa?,”
“Cinta,”
“What? Nonsense. Kalau tak cinta.. kenapa mereka berkahwin?,”
“Parent’s decision,”
“Macam dalam novel cinta tu? Please Sara. Wake up. Susah aku nak percaya. Entah-entah dia cuma tipu kau,”
Maisara tersenyum.
“Tapi, kau mesti ingat. Karangan pengarang novel bermula daripada realiti kehidupan. Betul tak?,”
“Betul. Tapi..,”
“No buts. This is not imposible. And I believe him,”potong Maisara sebelum habis bicara Anis. Anis cuma mengangkat bahu. Tidak mahu lagi berdebat dengan Maisara. Cukuplah sekadar dia mendengar cerita Maisara. Maisara lebih mengenali Hisyam berbanding dirinya. Barangkali benar apa yang Maisara katakan. Barangkali juga dia yang terlalu prasangka pada niat Hisyam terhadap temannya itu.
Alunan lagu Dealova mengganggu bicara mereka. Maisara memandang telefon bimbit yang dilempar ke sofa dari jauh. Bergerak-gerak minta dijawab.
“Tak nak jawab ke?,”soal Anis hairan melihat Maisara selamba mendengar nada dering telefon bimbitnya itu.
“Siapa?,”
Anis menjengah melihat nama yang tepamer pada screen telefon yang menjerit di sebelahnya.
“Buah hati kau,”jawabnya pendek. Tangannya mencapai telefon yang dilempar Maisara sebentar tadi.
“No. Put it back. Aku tak nak jawab,”
Anis akur dengan wajah yang tidak mengerti. Apa sebenarnya yang diingini maisara? Baru sebentar tadi gadis itu mengamuk kerana Hisyam tida menghubunginya. Dan, sekarang, dalam masa kurang satu jam, dia menolak untuk menjawab panggilan daripada lelaki itu. Alunan lagu yang sama bergema lagi. Anis memandang wajah Maisara yang kembali mencuka.
“Jawablah. Bising,”
Maisara mendengus perlahan. Kusyen di sebelahnya dicapai dan dicampak untuk menutup telefon bimbitnya.
“Okay?,”soalnya memandang wajah Anis. Anis menggeleng perlahan.
“Aku tak fahamlah. Tadi kau yang beria-ia tunggu dia call. Kau yang susah hati sebab dia tak jawab bila kau telefon. Sekarang.. bila dia call, kau pula yang tak nak jawab,”
“Dia fikir, dia saja yang boleh buat macam tu? Dia silap. Kalau dia tak jawab call aku, aku pun tak payahlah jawab call dia. baru adil,”
“Adil? Ha.. baguslah. Nanti dia merajuk, kau pula yang susah hati,”
“Kita tengoklah siapa yang merajuk.. siapa yang pujuk,”
“Suka hati kaulah Sara. Daripada aku layan kau, baik aku tidur,”ujar Anis sambil bangkit dari sofa.
“Hei! Tak eloklah tidur siang. Nanti gemuk, tahu?,”
“Biar gemuk, daripada pening kepala tengok perngai kau ni,”
Maisara tergelak mendengar kata-kata Anis. Anis pula terus berlalu masuk ke bilik. Dia merenung ke arah telefon bimbitnya yang masih menjerit di bawah kusyen. Dia tersenyum kecil. Puas dapat membalas apa yang Hisyam lakukan padanya. Kadang-kadang dia emang geram pada Hisyam. lelaki itu terlalu mementingkan keluarganya. Dia sering menjadi pilihan kedua, walau mulut lelaki itu tidak pernah putus mengatakan ungkapan cinta. Setiap kali terpaksa membuat pilihan, keluarganya pasti akan diutamakan. Alasannya cukup mudah. Tidak sampai hati mengecewakan anak kecilnya. Sehingg ke hari ini dia cuba bersabar. Maklum akan risiko berkasihan dengan suami orang. Tetai, sering kali juga dia terfikir sampai bila dia boleh bersabar? Sudahnya dia cuma mampu mengeluh perlahan.



****

Terima Kasih Sahabatku Yang Hampeh

Seperti biasa aku terpaku melihatnya. Asyik memerhati tiap tingkahnya. Hmm… kalaulah dia menjadi milikku. Dan kalaulah dia menyedari kewujudanku di sini, bahagianya aku. Aku tersenyum sendiri. Takkanlah dia akan menyedari seorang gadis yang amat biasa seperti diriku ini. Cukuplah aku memujanya dari jauh. Cukuplah aku menjadi perindu di dalam diam. Aku tidak akan mengharap lebih dari itu. Serahkanlah segalanya pada takdir. Andai ditakdirkan dia untukku, akulah insan paling bahagia di dunia ini. Dan andai ditakdirkan dia bukan milikku, pun aku rasa puas dapat memujanya di dalam diam. Aku senyum sendiri. Tiba-tiba tinggi pula imaginasiku.
“Hai, senyum sorang-sorang nampak,”
Tanganku yang sedang menongkat dagu, tergelincir. Hampir tersembam muka ke meja. Terdengar gelak riuh. Aku berpaling. Senyum sedikit pada Kak Ramlah peniaga kantin tempat ku bekerja. Malu sebenarnya. Agak-agak Kak Ramlah perasan tak aku sedang memerhati lelaki itu?
“Tengok saja buat apa? Pergilah tegur,”Kak Ramlah bersuara sambil tersenyum panjang. Wajahku merona merah. Kak Ramlah perasan ke? Malunya!
“Tengok apa kak? Mana ada saya tengok apa-apa?,”bohongku dalam nada seorang pembohong amatur.
“Tegurla dulu. Dua-dua diam saja, bila nak menjadi? Namanya Rizal,”
“Akak ni. Pandai je ya? Mana ada saya pandang dia?,”
“Akak rasa dia pun suka kamu. Kalau kamu kat sini, kamu yang perhati dia. Kalau dia kat sini, dia yang perhati kamu,”
“Akak ni. Pandailah reka cerita. Saya pergi dululah. Akak jangan buat cerita yang bukan-bukan tau. Malu saya kalau orang dengar,” aku bersuara sambil mengangkat punggung. Kak Ramlah tergelak lagi. Saja nak menyakat aku la tu. Laju aku berlalu ke pejabat. Lagi lama di situ lagi becok mulut Kak Ramlah yang sudah sedia becok tu. Dalam pada itu, hati tertanya sendiri. Betulkah kata-kata Kak Ramlah? Betulkah jejaka itu juga seperti suka padaku?
Ah! Tak mungkin. Entah-entah dia tak tahu pun yang ada seorang gadis bernama Mazlin di sini. Kalau betul dia sukakan aku, pasti setiap kali berselisih dia akan setidak-tidaknya menghulurkan sekuntum senyuman padaku. Ini tidak. Setiap kali berselisih, dia seolah-olah tidak menyedari ada seorang gadis yang baru sahaja melepasinya. Mana mungkin dia sukakan aku. Hmm..Kak Ramlah ni, memang saja nak mereka cerita. Nak kenakan aku lah tu. Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum. Pintu pejabat aku tolak. Berdentum bunyi benda terjatuh. Aku terkejut. Kaku melihat Rizal yang terduduk di hadapanku bersama beberapa file yang turut terjatuh ke lantai. Aku cuak tiba-tiba. Cuainya aku. Kasihannya Rizal.
“Err… maaf ya. Saya tak nampak awak,” aku turut duduk. Menolong mengutip fail yang berselerak di lantai. Rizal tidak bereaksi. Cuma tangannya pantas mengutip file.
“Sakit ke? Saya betul-betul minta maaf. Saya cuai,”
Rizal bangkit. Aku turut berdiri. Berpandangan dengannya buat seketika. Dahinya yang putih nampah sedikit merah. Pasti terkena pintu cermin yang aku tolak.
“Dahi awak…,”
“Tak apa. Sikit je,”
Pantas dia menjawab sebelum aku sempat habiskan bicaraku. Pantas juga dia mencapai filenya di tanganku. Membuat aku termangu. Lebih termangu apabila dengan langkah laju dia bergerak meninggalkan aku. Aku cuma memandang sehingga dia hilang dari pandangan. Sedikitpun dia tidak pandang padaku. Dia memang tidak akan sedar kewujudanku di sini. Dan, Kak Ramlah…Akak tipu saya ye… Kata Rizal tu pun suka kat saya. Tapi, tak ada pun.
Aku mengeluh perlahan sambil bergerak ke mejaku.
“Kenapa Lin?,”
Aku berpaling. Senyum kuukir buat Dania sambil aku menggeleng perlahan.
“Bunyi apa tadi? Apa yang terjatuh?,”
“Tadi?,”
“Yelah,”
“Aku buka pintu. Terlanggar guy tu. Apa namanya ek? Rizal?,”
“Ooo… Engineer tu ya?,”
“Mana aku tahu. Kesian dia. Aku tak nampak langsung,”
Dania tersengih.
“Jatuh ke dia?,”
“Ha ah. Habis berterabur file dia,”
Gelak kecil menghiasi bibir Dania yang manis. Aku mengerutkan kening.
“Rugilah aku tak tengok,” ujar Dania bersama sisa gelaknya. Aku tersenyum sambil menggeleng.
“Tak baik kau gelakkan orang. Nasib baik tak ada yang perasan tadi. Kalau tidak, mesti malu dia,”
Dania tersengih sambil melabuhkan punggung ke kerusinya. Aku pun turut sama melabuhkan punggung ke kerusi. Cuba mengingati wajah Rizal sebentar tadi. Sudah sekian lama dia bekerja di sini dan sudah sekian lama aku menjadi pemerhati Rizal, baru hari ini aku tahu Rizal itu siapa. Memang aku tidak pernah ambil tahu tentang itu semua. Untuk merisik dengan sesiapa, aku malu. Tapi, rasanya tidak ada salahnya aku berbicara tentang apa yang aku rasa ni, pada seseorang. Aku pandang Dania yang asyik menghadap komputer.
“Kau perasan tak… Rizal tu, hensem kan?,”soalku tiba-tiba. Dania berpaling. Menatap wajahku buat seketika. Terkejutkah dia dengan soalanku? Aku sengih melihat tatapan Dania yang tidak berkelip. Memang selama kami berkawan, aku tidak pernah berbicara tentang lelaki dengannya. Jadi, tidak hairan kalau Dania terkejut.
“Maksud kau, that Rizal? Guy yang kau langgar tadi?,”soal Dania akhirnya.
Aku mengangguk. Dania menjungkit bahu.
“Kan? Kau tengok macam mana?,”
“Entah. Aku tengok biasa je.,”balas Dania dengan wajah yang selamba. Aku diam sejenak. Aku tersenyum sedikit. Selera orang mana sama. Ye tak?
“Bagi kau, tak lawa. Tapi, aku tengok dia tu, memang hensem. Nampak macam baik je. Mesti dia tu baik orangnya,”
Dania tergelak kecil. Sekali lagi dia memandangku.
“Kau ni, mimpi apa semalam ya? Tak pernah puji orang lelaki, tiba-tiba hari ni, bukan main lagi kau puji mamat tu,”
Aku sengih.
“Aku puji saja. Yelah. Itu pada pandangan aku. pandangan kau, tak tahulah pulak. Pendangan orang ni kan, berbeza,”
Dania turut tersengih sambil menyambung kerjanya. Aku pula, perlahan-lahan mencapai kerja yang tertangguh sebelum makan tengahari tadi.
*****
Aku bersandar pada kerusi. Melihat persekitaran kilang tempat aku bekerja. Mencari kelibat Rizal. Tiada. Ada rasa rindu yang mula bertenggek di ranting rasa. Biasanya pada waktu makan tengahari aku pasti dapat melihat kelibat lelaki itu. Aku mengeluh perlahan. Sudah seminggu aku tidak melihat wajah kesayanganku itu. Aku memandang jam di tangan. Sudah hampir pukul 5.30 petang. Di perkarangan kawasan meletak kereta, kulihat kereta milik Rizal masih kaku di situ. Tapi, dia di mana? Biasanya pukul 5 petang dia sudah pulang. Rindunya aku. Rindu untuk menatap wajahnya, biarpun dari jauh.
“Lin…,”
Aku tersentak. Segera aku berpaling. Kak Ramlah tersenyum. Perlahan perempuan itu melabuhkan punggung ke kerusi di hadapanku.
“Belum balik ke?,”
“Tunggu kakak. Dia janji nak datang ambik. Nak pergi shopping, kak,” jawabku, tanpa kusedar rupa-rupanya dalam menjawab pertanyaan Kak Ramlah, mataku bagai digam pada kereta Waja kelabu metalik milik Rizal.
“Berapa kali akak cakap. Pandang dari jauh buat apa? Tak dapat pandang tuannya, pandang kereta pun tak apa ya?,”
Ya ALLAH. Kantoi lagi aku dengan Kak Ramlah. Aku segera tunduk. Cepat sahaja tanganku membelek akhbar di hadapanku. Kak Ramlah menggeleng perlahan sambil menarik akhbar yang kubelek.
“Haii…sejak bila pula kamu pandai baca surat khabar Cina ni?,”
Aku kelu. Surat khabar yang sudah bertukar tangan ku lihat sekilas. Betullah! Surat khabar Cina. Macamana boleh tak perasan tadi. Mataku lari pula pada wajah Kak Ramlah yang sedang merenungku. Aku sengih. Kenapa aku selalu kantoi dengan perempuan ini? Selama ini, tidak ada sesiapa pun yang menyedari perbuatanku. Kenapalah Kak Ramlah ni, prihatin sangat? Malulah aku kalau sampai nanti semua orang tahu aku selalu perhatikan Rizal tu.
“Akak ni… saya tengok gambar la Kak..,”
“Lin…Lin… Tak salah kalau kita suka seseorang. Yang jadi salah kalau kita tak berani nak tunjuk yang kita sukakan seseorang tu,”
Aku senyum. Tidak mahu menjawab. Jawapan aku mungkin akan menjadi perangkap yang akan menjerat aku sendiri nanti. Takut nanti, Kak Ramlah akan hebahkan pada semua orang. Tidak! Malunya aku nanti.
“Jangan sampai nanti kamu sendiri yang menyesal, sudahlah,”
Aku pandang lagi wajah wanita akhir 30 an itu. Apa maksud bicaranya itu?
“Kenapa pulak saya nak menyesal Kak?,” soalku lambat-lambat.
“Yelah. Kalau dah lama sangat menunggu, nanti dikebas orang baru kamu putih mata,”
“Mana saya ada apa-apa, Kak. Lagipun, saya ni siapa la kak. Nak berangan tinggi-tinggi. Nanti orang cakap saya ni syok sendiri pulak,”
“Akak cakap ni, sebab akak sayangkan kamu dengan Rizal tu. Dua-dua budak baik. Dua-dua pemalu pulak tu. Kalau kamu nak akak jadi orang tengah, akak sanggup nak tolong,”
Aku diam. Terasa wajahku membahang. Aku membalas renungan Kak Ramlah. Janganlah Kak Ramlah buat kerja gila tu. Tiba-tiba pula Kak Ramlah nak jadi matchmaker. Rizal tu bukannya suka kat aku. Apa-apa nanti, aku yang malu sendiri.
“Dia tak suka saya lah Kak,”
“Siapa cakap?,”
“Sayalah. Dia pandang saya macam nak tak nak saja. Akak ni, saja nak kenakan saya ya?,”
“Akak nak tolong. Nanti, kalau melepas jangan salahkan akak pulak,” Kak Ramlah bersuara dengan nada sedikit merajuk. Tersentuh dengan kata-kataku barangkali. Aku tersenyum lebar. Alahai. Satu hal pula nak memujuk Kak Ramlah ni.
“Alaa… Kak. Janganlah merajuk. Saya minta maaf okay? Sikit pun tak ada niat nak buat Kak kecil hati,”
Kak Ramlah senyum kecil.
“Kamu tahu mana Si rizal tu?,” soalnya perlahan. Aku menggeleng. Manalah aku tahu. Aku bukannya kawan dia. Mana aku tahu segala urusan dia. Aku cuma pemujanya di kejauhan.
“Dia keluar dengan kawan kamu,”
Aku ternganga. Apa? Keluar dengan kawan aku? Siapa? Aku pandang wajah Kak Ramlah. Ingin tahu cerita seterusnya, tapi, malas bertanya. Nanti, nampak sangat aku ni, macam cemburu. Cemburu tanpa alasan yang kukuh. Cemburu pada yang tak sudi. Tak malunya.
“Tak nak tahu ke siapa kawan kamu tu?,”
“Siapa?,”soalku sepatah.
“Dania la. Siapa lagi? Dah seminggu Akak tengok dia orang pergi makan tengahari kat luar. Hari ni pulak, mereka keluar dengan kereta Dania. Tak tahulah pergi mana. Sampai sekarang pun belum balik lagi,”
Aku betul-betul ternganga. Terkejut. Tergamam. Dan segala ter bertenggek di minda. Takkanlah kot. Kan Dania tidak suka pada Rizal. Not my type katanya.
“Betul ke Kak? Setahu saya, Dania cakap orang macam Rizal tu tak sesuai untuk dia,”
“Entahlah. Kalau tak sesuai kenapa mesra benar nampaknya tu?,”
Aku diam. Kenapa Dania buat macam tu? Kenapa perlu dia menipu aku? Sungguh aku tidak faham.
“Tu ha… Meraka dah balik tu,”
Aku pandang ke arah kawasan meletak kereta. Kereta Wira Dania berhenti di situ. Aku cuma mampu memandang Dania keluar dari kereta bersama Rizal. Melihat tawa ceria Dania. Melihat senyum manis Rizal. Entah kenapa bibir mataku terasa panas tiba-tiba. Sayunya aku melihat kegembiraaan yang terpancar di wajah mereka. Dan, Dania… sampai hati kau Dania. Kenapa kau mesti tipu aku? Kalau kau sukakan dia, berterus-terang sajalah.
“Akak takut kamu yang putih mata nanti,”
Aku tersentak kecil. Air mata yang hendak menitik, aku tahan. Senyum, ku cuba ukir selebar mungkin.
“Tak apalah Kak. Dia orang kan sepadan tu. Sama cantik sama padan,” aku bersuara dengan lagak hipokrit yang amat sangat. Tak apalah konon. Padahal hati aku meraung sedih saat ini. Kak Ramlah mendengus perlahan.
“Susahlah cakap dengan kamu ni,”
Aku cuma memandang wajah Kak Ramlah yang sedikit mencuka. Terasa macam Kak Ramlah lebih emosi berbanding aku.
“Haiii…,”
Sapaan itu membuat aku berpaling. Dania tersengih di depanku. Kak Ramlah pula mengangkat punggung berlalu dari situ.
“Belum balik ke?,”soal Dania riang.
“Tunggu kakak aku. Tak sampai-sampai lagi,” aku menjawab sambil lewa. Rasa geram dan sedih masih tersimpan di hati. Kenapalah kau menipu aku Dania?
“Riz!,”
Aku tergamam mendengar Dania memanggil Rizal. Langkah lelaki itu terhenti.
“Come here,” seru Dania lagi, membuat aku panas punggung. Lebih parah, lelaki itu laju saja melangkah ke arah kami.
“Kau kata kau tak suka dia. Sorry…he’s not my type,” dalam lembut aku bersuara menyindir Dania sambil mengajuk gaya Dania bercakap. Dania tersengih. Dan Rizal yang semakin dekat membatalkan niat aku untuk terus bersuara. Lelaki itu kini berdiri betul – betul di hadapanku. Mengukir senyum. Tapi, bukan untukku. Senyumnya untuk Dania.
“Duduklah,”
“Tak mengganggu ke?,”
“Tak adalah. Duduk jelah,” Dania besuara lagi sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Rizal akur. Perlahan dia duduk di sebelah Dania. Dan aku, terasa seperti orang bodoh duduk di hadapan mereka.
“Mazlin. U kenal Mazlin kan?,” Dania bersuara memperkenalkan aku pada Rizal. Aku senyum kecil. Diibalas juga dengan sekuntum senyum kecil dari Rizal
“Kenal,”jawabnya sepatah.
Aku cuak. Macam tak suka kat aku je.
“U nak minum ke?,”soal Dania sambil menatap wajah Rizal bersama senyum manja. Rizal menggeleng.
“Kan dah minum tadi,” lelaki itu menjawab pendek. Dania pula tergelak kecil sambil mengangguk perlahan. Dan aku? Aku pula resah menahan rasa sakit yang menyucuk di hati.
“Ok la. Aku balik dulu,” aku bersuara sambil mengangkat punggung. Sungguhpun aku cuma bertepuk sebelah tangan, tapi, aku tak sanggup untuk terus melihat kemesraan pasangan ini.
“Cepatnya,” celah Dania sedikit hampa.
Aku cuma tersenyum kecil.
“Kakak aku dah sampi agaknya. Dia janji dia tunggu kat luar. Ok la. Aku pergi dulu,”
Aku terus berlalu membawa air mata yang tiba-tiba menitik tanpa dipinta. Segera kusapu. Untuk apa air mata ini? Seharusnya aku sudah bersedia untuk kehilangannya kerana aku tidak pernah meletakkan sebarang harapan pada perasaan aku sendiri. Cuma, apabila aku kehilangannya di tangan sahabatku, Dania, aku betul-betul berasa kosong.

****
Aku termenung di beranda. Bunyi ruih rendah tidak kuendahkan. Masing-masing sibuk daripada pagi tadi lagi. Mak aku pun sudah berapa kali pergi dan balik ambil itu dan ini. Semuanya demi majllis pertunangan Dania yang cuma selang beberapa buah rumah dari rumahku. Aku pula, memang langsung tidak menjenguk. Alasan? Aku demam. Pening kepala. Padahal hati aku hancur. Rupa-rupanya sejak pertemuan itu, hubungan mereka semakin akrab. Dan dalam masa tidak sampai lima bulan, hari ini, mereka akan melangsungkan pertunangan. Sedih hati aku, hanya Tuhan yang tahu. Aku terduduk ke kerusi tiba-tiba. Rombongan pihak lelaki sudah sampai. Aku hanya melihat kumpulan manusia yang melintasi halaman rumahku bersama dulang hantaran bertemakan warna biru. Sayunya. Kalaulah hantaran itu untuk aku…
Tiba-tiba sahaja air mata menitik membasahi pipi.
“Kau tak serius sukakan Rizal kan?,” satu hari Dania pernah bertanya soalan itu.
“Kenapa?,”
“Aku rasa aku jatuh cinta dengan dia la. Kami nak bertunang,”
Aku terdiam mendengar kata-kata Dania. Apa lagi yang boleh aku katakana? Dan, dalam diam itu aku rasa sakit hati melihat wajah cerianya. Takkanlah sebagai sahabat yang rapat dengan aku, Dania langsung tidak sedar akan perasaanku pada Rizal? Tapi, tak boleh nak salahkan Dania saja. Kalau cuma Dania yang sukakan Rizal, tetapi lelaki itu tidak, takkanlah mereka boleh bertunang hari ini. Ye tak? Mereka memang saling mencintai. Dan, aku seharusnya akur dengan suratan ini. Suratan yang betul-betul menghiris perasaanku. Aku tahu tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Soal perasaan bukanlah soal yang boleh dipaksa-paksa. Mungkin sudah jodoh mereka berdua. Dan aku? Aku rasa selepas ini, aku kalis untuk jatuh hati lagi. Seluruh perasaanku sudah ku berikan pada Rizal, walaupun dia tidak pernah tahu…
“Ek hemm,”
Suara itu mengembalikan aku ke dunia realiti. Riak terkejut yang bukan sedikit ku rasa menyapu seluruh wajahku. Aku berpaling sambil menyapu pipi yang masih basah dengan air mata. Rizal tercegat di halaman rumahku. Apa dia buat di sini?
“Apa awak buat di sini?,” soalku kaku.
Rizal juga kelihatan agak kekok di hadapanku. Dia segan atau dia menyampah tengok aku ni? Tapi, kalau dia menyampah, sepatutnya dialah yang harus pergi. Bukannya aku. Ini kan rumah aku.
“Awak tak pergi rumah Dania. Kenapa?,” soalnya tanpa menjawab soalanku. Aku diam sejenak.
“Tak sihat,” akhirnya aku menjawab pendek. Dia mengamati wajahku, membuat jantung ini tiba-tiba berdegup kencang. Hati tertanya sendiri, masih ada sisa-sisa air matakah di pipiku?
“Pelik. Dia kan kawan baik awak?,”
Dania? Kawan baik aku? Aku rasa aku kena fikir semula pasal tu. Bukan berdendam, tapi masih geram dengan tindakannya.
“Hurm..,” Rizal bersuara lagi. Mengharapkan jawapan barangkali. Aku pandang wajahnya. Aduh! Melihat wajahnya aku seperti ingin menangis. Dia, insan yang sangat aku cintai, bakal bertunang dengan orang lain. Kenapalah dia tidak pernah sukakan aku? Melihat kumis nipisnya yang memikat. Melihat senyumnya yang manis. Melihat renungannya yang redup. Tidak! Aku tidak mahu menangis di hadapan lelaki ini. Beruntungnya Dania. Malangnya aku.
“Sampai nak bercakap dengan saya pun, awak tak sudi ke?,”soal Rizal tiba-tiba.
Aku terpaku mendengar soalan Rizal. Apa maksud kata-katanya? Macam marah saja. Apa aku dah buat padanya? Setahu aku, aku tidak pernah menyakiti hatinya. Macam mana aku nak sakiti hatinya, kalau bercakap dengannya pun aku tidak pernah.
“Apa maksud awak? Kenapa awak tanya saya macam tu?,”soalku kehairanan.
Rizal mengukir senyum yang kurang menjadi.
“Tak ada apa-apa,”
Aku mencebik sambil melayan menungku di hadapan jejaka idaman yang telah disambar orang. Lantaklah apa yang Rizal nak fikir apa tentang aku. Yang paling penting, sekarang ni, memang aku tengah kecewa sangat. Kalau Rizal cepat berlalu dari sini, lagi aku suka. Aku tidak sanggup untuk terus menatap wajahnya. Terlalu membuat aku terseksa.
“Boleh saya duduk?,” Rizal bersuara lagi. Aku jadi pelik. Menunganku terhenti. Aku berpaling. Bertentang mata dengan Rizal. Pelik pula tingkah lelaki ini. Apa mimpinya datang berbual denganku di hari pertunangannya. Saja nak membuat aku terseksa ke? Siap segak berbaju melayu pula tu. Buat aku jadi semakin makan hati saja lelaki ni. Tapi aku mesti kuat. Aku mesti menjadi pelakon yang hebat hari ini.
“Awak tak ke sana ke?,”soalku setenang mungkin. Walau hakikatnya jiwaku bergetar mengenangkan sebentar lagi akan tersarung cincin pengikat kasih antara Dania dan Rizal. Rizal tersenyum kecil. Dan, sukanya aku pada senyuman itu. Aku segera melarikan pandangan. Buat –buat sibuk membelek majalah di tanganku.
“Saya cuma datang tunjuk rumah saja. Parent saya tak bagi pergi,”
“Siapa yang sarung cincin nanti?,” satu lagi soalan yang menghiris perasaan sendiri, terpaksa aku tanya.
“Mak saya,” jawabnya pendek sambil melabuhkan punggung di birai beranda rumahku.
Aku mengeluh perlahan.
“Awak ni…kenapa? Lain macam saja. Tak suka saya tumpang duduk kat sini ke?,”
“No. Its okay. Duduklah. Saya pening kepala. Tak sihat,”bohongku laju.
“Tak pergi klinik ke?,” soalnya mengambil berat. Aku tidak tahu dia ikhlas atau tidak bertanya aku soalan itu. Tapi, nada dia bertanya buat aku jadi bahagia. Penyayangnya dia. Caring pula tu. Kenapalah lelaki ini begitu sempurna di mata aku? Aku jadi tersentuh. Jadi sedih. Semuanya bercampur baur. Rizal! Tolonglah pergi dari sini. Saya tak sanggup berdepan dengan awak lagi. Saya terlalu mencintai awak. Jerit hatiku sekuat mungkin. Namun, tidak sampai ke telinga Rizal. Lelaki itu malah kini leka membelek songkok di tangannya. Hebat sungguh seksaan yang kau berikan padaku wahai lelaki.
“Awak pula? Bila nak bertunang?,” tiba-tiba Rizal bertanya satu soalan yang betul-betul tidak masuk akal. Aku tergelak kecil. Gelak terkejut sebenarnya. Gelakku itu membuat Rizal menoleh dan meratah setiap inci wajahku dengan renungan redupnya yang memikat itu. Aku menutup mulut dengan hujung jari. Wajah Rizal nampak sedikit serius. Aku cuba sengih. Tidak mahu menjawab soalan yang tidak logik itu.
“Bertuahlah lelaki tu,” Rizal bersuara lagi. Dan aku terlopong lagi. Memang pelik tingkah Rizal hari ini. Tiba-tiba cakap pasal aku dan semua yang dia cakapkan itu, semuanya tidak betul. Rizal berdiri tiba-tiba. Memandang wajahku seketika. Aku pula, masih kaku mendengar soalan – soalan Rizal yang pelik.
“Maaflah kalau saya mengganggu ya. Saya tahu awak tak berapa sukakan saya. Salah saya sebab datang mengganggu awak kat sini. Sekali lagi saya minta maaf. Saya doakan awak bahagia dengan Mr Right awak tu,”
Dan sebelum sempat aku menjawab, Rizal sudah berlalu pergi. Untuk aku memanggilnya semula, mustahil rasanya. Biarlah. Biarlah Rizal dengan kebahagiaannya. Dan aku? Rizal…Rizal… Cuma kaulah Mr Right aku. Dulu…Kini…Dan, aku rasa selama-lamanya.

****

Selesai mengemas mejaku, aku bergerak perlahan. Aku orang terakhir yang balik hari ini. Buat kali terakhir, aku memandang ruang pejabat yang aku diami hampir dua tahun. Selepas ini, aku tidak akan ke sini lagi. Selamat tinggal semuanya. Aku pandang meja Dania. Selamat tinggal buat Dania juga. Sudah dua hari gadis itu cuti. Sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya dengan Rizal. Aku tersenyum pahit. Selamat berbahagia sahabatku. Aku melangkah perlahan ke kantin. Mencari Kak Ramlah. Dari jauh aku melihat Kak Ramlah dan seorang lelaki yang amat aku cintai. Apa dia buat di sini? Bukankah dia juga sepatutnya sibuk membuat persiapan? Langkah sengaja aku lambat-lambatkan. Berharap Rizal akan berlalu dari situ terlebih dahulu. Namun, semakin aku menghampiri kantin, lelaki itu masih di situ. Tidak berganjak. Bersandar malas pada dinding kantin. Seriusnya muka Rizal. Takut untuk aku mengukir senyum. Sudahnya aku mengalihkan pandangan pada wajah Kak Ramlah. Mengukir senyum manis buat wanita itu.
“Ada bawa barang yang saya pesan tu?,” soalku sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Kak Ramlah senyum. Matanya sempat lari ke wajah Rizal buat seketika sebelum kembali padaku.
“Akak lupalah. Esok, boleh?,”
Aku mengeluh perlahan.
“Alaaa… Esok saya tak ada,”
“Kamu pun cuti ke? Nak pergi majlis kahwin Dania dengan Rizal ni ke?,” soal Kak Ramlah laju. Aku senyum. Berpaling ke arah Rizal. Wajah itu tetap serius. Hish! Langsung tak ada seri pengantin. Cuba senyum sikit. Buat kali terakhir. Bolehlah aku simpan senyum itu untuk menemani mimpi-mimpiku nanti.
“Tak. Saya tak boleh pergi,”
“Memanglah kamu tak boleh pergi. Kalau pergi buat…,”
Aku menyentuh jemari Kak Ramlah. Bagai memahami permintaanku, kata-kata Kak Ramlah tergantung di situ. Aku tidak mahu Rizal tahu sesuatu yang dia tidak pernah tahu. Hakikatnya dia tidak perlu tahu pun.
“Saya berangkat ke Kuala Lumpur malam ni. Hari ni, last saya kerja,”
“Apa?,”
Aku tersentak. Bernyawa rupanya patung Rizal yang bersandar sedari tadi. Aku berpaling. Rizal melangkah ke arahku, membuat aku jadi gabra. Serius wajahnya yang bertambah membuat aku jadi gerun.
“Apa awak cakap? Awak nak ke mana?,”
“Kuala Lumpur…,”
“Kenapa? Sebab nak lari daripada saya?,”
“Haa?,”aku bertanya hairan. Pelik denagn penerimaan Rizal terhadap berita yang baru aku sampaikan. Aku mahu ke mana pun, apa kena mengena dengan Rizal?
“Awak ingat, awak lari dari saya, cinta tu akan hilang?,”
Apa?! Aku pandang wajah Kak Ramlah. Kak Ramlah tunduk. Sah! Rahsia aku sudah bocor.
“Kakak?,”
Kak Ramlah mengangkat muka. Dia tersenyum kecil.
“Akak tak sengaja. Tersasul,”
Oh! Tidak! Aku tidak sangup untuk berada di situ lebih lama. Malunya! Aku segera mengangkat punggung dan mahu melangkah pergi dari situ. Baru beberapa langkah aku bergerak, langkahku terhenti. Jemari Rizal menyambar lenganku. Membuat aku benar-benar tergamam. Aku tunduk, bila menyedari dia bergerak mendekatiku. Aku tidak sanggup melihat wajahnya. Aku malu. Betul –betul malu.
“Kenapa awak nak pergi?,”
Aku mengangkat muka. Dia kini betul –betul berdiri di hadapanku.
“Awak buat apa kat sini? Bukan ke awak sepatutnya sibuk dengan persiapan kahwin awak?,”
“Kenapa awak nak pergi?,” sekali lagi Rizal bertanya tanpa menjawab soalanku.
“Tak ada apa-apa. Saya sambung belajar. Lusa kena daftar kat UPM. Maaflah. Sebab saya tak dapat pergi majlis awak tu,”
“I love you,”
Aku terpaku. Tanpa sedar aku kini membalas renungannya. Tangan Rizal melekat di kedua-dua belah bahuku.
“I love you…,” Rizal bersuara lagi. Aku tersenyum pahit. Sandiwara apa yang sedang Rizal mainkan ini?
“Saya tak faham maksud awak,”
“Saya nak kahwin dengan awak,”
“Awak bertunang dengan Dania. Sekarang nak kahwin dengan saya pulak? Awak demam ek?,”
“Saya tak tahu selama ini awak memang sukakan saya,”
“Apa bezanya kalau pun awak tahu? Awak sukakan Dania kan? Awak cintakan dia. Dia cintakan awak. Kamu berdua dah bertunang dah esok kamu berdua akan kahwin. Tak ada bezanya,”
“Ada,”
“Awak… Rasanya kita tak perlu cakap apa-apa. Tak ada apa yang perlu dicakapkan pun,” aku bersuara sambil menyentuh jemari Rizal di bahuku. Menolak perlahan pegangannya itu. Perlahan aku melangkah. Meninggalkan Rizal di belakangku.
“Dania cakap awak tak sukakan saya, bila saya tanya dia pasal awak,”
Langkahku terhenti mendengar kata- kata Rizal di belakangku.
“Dania cakap awak tak nak kenal dengan saya pun,”
Ternganga mulutku mendengar kata-kata itu. Dania? Teganya Dania.
“Dania cakap saya ni bukan taste awak,”
Dania! Kau yang cakap macam tu. Bukan aku!
“Dania cakap awak dah jumpa Mr Right yang boleh membahagiakan awak. Dan I’m nothing for you. Orang macam saya, bersepah awak boleh dapat,”
Ya ALLAH! Sampainya hati kau Dania. Kau kan sahabat aku. Kenapa kau sanggup mereka seribu satu cerita tipu itu? Aku hanya mampu mengeluh perlahan. Walau apa pun, yang Dania cakap, perkahwinan itu tidak akan terhenti. Aku menyambung langkah aku yang terhenti.
“Saya tak akan kahwin dengan Dania esok,”
Tidak! Aku segera berpaling. Menatap wajah Rizal yang sudah bertukar hiba.
“No. awak tak boleh buat macam tu. Awak kena teruskan,”
“No. Dia tipu saya. Dan, saya memang cuma cintakan awak saja. Saya terima Dania sebab saya kecewa dengan jawapan awak,”
“Jawapan yang bukan awak dapat dari mulut saya sendiri?,”
“Itu silap saya. Dan silap kita, bila kita cuma memendam rasa. Jadi, tak payahlah kita buat satu lagi kesilapan. Perkahwinanan ini tidak sepatutnya terjadi,”
Aku diam. Memandang ke arah Kak Ramlah yang jadi pemerhati. Nasib baik saat itu cuma kami bertiga yang berada di situ. Kalau tidak, pasti hal ini akan menjadi gosip panas di kilang ini.
“Awak tak boleh buat macam ni,”
“Dania yang tak patut buat kita macam ni?,” Rizal bersuara dengan nada sedikit geram.
“Awak kena kahwin dengan dia. Kalau awak batalkan perkahwinan ni, Dania akan dapat malu. Awak kena fikirkan maruah Dania. Kasihan dia,”
“Awak. Dia tak pernah kasihankan kita pun,”
“Bagilah dia peluang. Jangan buat dia macam tu. Awak pernah sayangkan dia. Pasti awak boleh hidup dengan dia,”
“Awak? Awak tak nak kita hidup bersama?,”
Aku tersenyum sumbing.
“Mustahil, wak,”
“ Awak cintakan saya. Dan saya cintakan awak. Apa yang mustahil?,”
“Awak kena kahwin dengan Dania. Kalaupun bukan sebab Dania, fikirlah tentang mak dan ayah Dania. Apa perasaan mereka kalau perkahwinan anak tunggal mereka batal saat –saat akhir macam ni. Ayah Dania ada darah tinggi…sakit jantung. Say takut dia tak akan mampu menerima aib seberat itu,”
“Kakak… Saya tak percaya dia masih boleh cakap pasal orang lain, dalam keadaan macam ni,”Rizal tiba-tiba bersuara sambil memandang wajah Kak Ramlah. Barangkali Rizal benggang dengan jawapanku. Tapi, aku betul. Aku tidak boleh pentingkan diri aku sampai macam tu sekali. Aku melihat Kak Ramlah tersenyum.
“Itulah dia Mazlin. Orang lain sentiasa di depan. Dia…pilihan paling akhir dalam senarai orang yang ingin dia tolong,”
Rizal mengeluh. Aku pandang wajahnya yang kecewa.
“Saya tak boleh terima apa yang Dania dah buat pada kita,”
Aku senyum sambil mendekatinya. Entah daripada datangnya keberanian ini, jemariku perlahan menyentuh jemarinya.
“Forgive and forget,” ujarku perlahan.
“Tak mungkin. Kita sepatutnya bersama. Awak yang sepatutnya kahwin dengan saya esok. Bukan Dania,”
“Seperti yang saya cakap tadi, awak pernah sayangkan Dania. Saya yakin awak boleh hidup dengan dia. Just forgive and forget. Ok? Tolong jangan malukan keluarga Dania. Saya sayangkan Pak Daud dan Makcik Kalsom. Saya tak nak mereka malu,”
“Awak, macam mana?,”
Aku tersenyum kecil.
“What ever it is. Life must go on. Betul tak?,”
Rizal tidak menjawab. Cuma renungannya saja yang menunjukkan dia tidak setuju dengan keputusanku. Membuat aku jadi sedikit risau kalau-kalau Rizal betul – betul nekad membatalkan perkawinannya esok. Bukan aku saja nak tunjuk baik, tapi, aku rasa tindakan membatalakan perkahwinan itu, akan melukakan hati lebih banyak perasaan orang yang tidak bersalah.
“Awak… Kalau awak rasa awak betul – betul cintakan saya, kahwinlah dengan Dania tu. Demi maruah keluarga dia,” aku bersuara perlahan. Memang payah untuk disuarakan, tetapi, inilah jalan terbaik untuk kami. Sekian lama, akhirnya aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, ternyata cinta sahaja masih tidak mampu menyatukan kami. Perlu ada jodoh di situ. Dan, kami tidak memilikinya.
Aku berlalu tanpa menolah lagi. Dan aku berharap sangat untuk kali pertamanya aku meminta sesuatu daripada Rizal, dan Rizal akan penuhi permintaan itu.

****

Aku tersenyum sendiri. Akhirnya, hari ini, aku bebas sebagai seorang graduan yang memegang segulung ijazah sarjana. Seronok pula melihat teman-teman yang sibuk bergambar dengan keluarga masing-masing. Ada pula yang seronok bergambar dengan buah hati masing-masing. Masing-masing bersama jambangan bunga yang segar. Aku pula? Aku keseorangan. Tiada sesiapa yang menemaniku di sini. Tapi, aku tidak kisah. Mak tidak sihat, dan aku tidak mahu menyusahkan mak. Adik beradik? Cuma aku seorang saja anak mak. Kekasih? Aku tersenyum kecil. Sejak Rizal akhirnya berkahwin juga dengan Dania, hatiku benar-benar tertutup. Kali terakhir aku bertemu dengannya itulah. Sehari sebelum dia berkahwin. Selepas itu aku tidak pernah jumpa dengannya lagi. Biarlah semuanya menjadi kenangan. Dan terima kasih banyak – banyak buat Dania. Kalau bukan kerana dia, aku tidak mungkin menyambung pengajian sehingga ke peringkat sarjana. Memang apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku bahagia dengan hidupku sekarang. Perlahan aku mengangkat punggung, berjalan ke arah gerai menjual bunga. Cemburu pula melihat semua orang mendapat bunga. Aku pun nak juga. Tetapi, terpaksalah beli sendiri.
“Abang, bagi yang warna merah, pink, putih, kuning dan orange tu,” aku bersuara sambil jariku menunding ke arah beberapa jambangan bunga yang pelbagai warna di hadapanku.
“Banyaknya dik. Untuk siapa?,”
Aku meletakkan jubah konvoku ke bangku sambil membuka beg tanganku. Ingin mengambil wallet.
“Untuk sayalah bang. Dah tak ada orang nak belikan untuk saya. Kenalah beli sendiri,” jawabku bersahaja. Abang menjual bunga itu tergelak.
“Tak payah bang,” satu suara menegur dari belakang. Dan suara itu membuat jantungku berdebar. Bermimpikah aku? Aku segera menoleh. Tidak mungkin! Apa dia buat di sini?
“Dah ada bunga untuk dia,” Rizal bersuara sambil menghulurkan satu jambangan mawar merah yang cukup besar untuk aku. Aku terpaku di situ. Bagai mimpi.
“Apa awak buat di sini?,”
“Ambillah dulu bunga ni,”
Aku tersedar yang jambangan besar itu masih terhulur padaku. Perlahan aku mengambil jambangan mawar merah segar di tangannya. Malu pun ada rasanya. Aku melihat sekeliling. Rasanya jambangan bungaku paling besar di sini. Aku memandang ke arah abang menjual bunga. Abang itu cuma tersenyum.
“Maaf bang. Tak jadi beli. Tak cukup tangan nak pegang,” aku cuba berseloroh. Padahal hakikatnya aku cuba menutup rasa gugup dengan kemunculan lelaki ini secara tiba-tiba. Aku kembali memandang wajah Rizal. Semakin tampan pengarang hatiku ini. Tapi sayang, dia suami orang.
“Apa awak buat kat sini? Mana Dania?,” soalku sambil mata melilau mencari bayang Dania. Manalah tahu mereka datang berdua.
“Tak ada lagi Dania,”
Aku memandang wajahnya. Apa maksud kata-katanya?
“Mana awak tahu saya di sini?,”lain soalan yang bermain di kepalaku, lain pula soalan yang meluncur di bibirku.
“Mak awak beri nombor telefon kawan awak tu. So, senanglah saya cari awak,” terang Rizal sambil menunjuk ke satu arah. Aku pandang. Erika tersenyum padaku sambil mengangkat tangan. Aku turut tersenyum. Patutlah senang saja Rizal mencariku.
“Awak dengan siapa ni? Dania mana?,”
Rizal merenung tajam wajahku. Aku kecut. Segera aku tunduk. Barangkali lelaki ini rimas aku asyik bertanya soalan yang sama.
“Kan saya dah cakap, tak ada lagi Dania,”
“Maksud awak?,”
“Kami dah bercerai,”
“Apa?!,”soalku kuat. Rizal jegilkan mata sambil menarik tanganku. Terkial-kial aku mencapai jubah konvo ku sambil mengikut tarikan tangan Rizal. Langkah Rizal terhenti di kawasan yang sedikit lenggang. Pegangannya dilepaskan.
“Kenapa mesti bercerai?,” aku terus bertanya. Langsung tidak menunggu Rizal membuka bicara. Tidak sangka ini akhirannya. Memang ada emak bercerita perkahwinan Rizal sering bermasalah, tetapi, takkan sampai bercerai? Aku ke puncanya sebenarnya?
“Awak. Kenapa mesti bercerai?,”
“Awak tak suka ke dengar berita ni?,”
“Awak bercerai sebab saya ke?,” aku bertanya lagi. Rizal tersenyum lawa.
“Kalau saya cakap ya?,”
Aku binggung. Tiba-tiba rasa tidak selesa. Tidak selesa menjadi punca keruntuhan rumahtangga orang. Walaupun orang itu adalah orang yang merampas buah hatiku. Rizal tersenyum lagi.
“Tipulah kalau saya kata tak ada kena mengena langsung dengan awak, sebab saya memang tidak pernah berhenti mencintai awak. Saya kahwin pun, sebab permintaan awak. Tapi, perceraian kami, bukan awak penyebabnya,”
“Dulu awak kata forgive and forget kan? Kenapa…?,”
“Excuse me. Forgive and forget tu your words. Saya tak pernah cakap macam tu, ok?,”
“Jadi memang awak tak dapat maafkan Dania?,”
“Saya cuba. Saya cuba selama tiga tahun. Tapi, terlalu banyak benda yang mengganggu hubungan kami. Sometimes, efforts dari sebelah pihak saja tak cukup. Tak payahlah saya cerita. Itu masalah rumahtangga saya,”
Aku senyum. Aku tahu. Mak dah cerita pada aku. Memang mak menjadi tempat Rizal meluahkan perasaan. Mengadu masalah. Aku tak salahkan Rizal. Sikap degil Dania siapa pun tidak boleh lawan. Cuma tak sangka betul, mereka akan bercerai.
“Kenapa senyum?,”
Aku menggeleng perlahan. Rizal diam. Mata redupnya menatap lama wajahku. Membuat wajahku merona merah. Malulah.
“Saya rindu sangat pada awak,” Rizal bersuara perlahan sambil matanya terus melekat di wajahku.
“Kita kahwin?,”
Aku ternganga. Macam mimpi. Rizal melamar aku ke?
“Lepas ni, kita terus balik? Balik dengan saya. OK?,”
“Kenapa pulak?,”
“Sebab esok nak bertunang,”
“Siapa? Awak? Cepatnya dapat pengganti,” soalku hairan. Kata rindu kat aku. kata nak kahwin dengan aku. Tup tup nak balik cepat sebab nak bertunang. Wajahku menjadi sedikit kelat. Lelaki ini sedang mempermainkan perasaan akukah?
“Awaklah. Esok rombongan meminang saya akan sampai. Esok kita bertunang,”
“Hah?!”
Rizal tersenyum sambil mengangguk. Aku kelu. Tapi, entah kenapa, untuk kali pertama aku berasa sangat gembira. Saat ini yang terlintas di fikiran cuma kebahagiaan yang bakal digapai. Tiada lagi wajah- wajah yang perlu aku jaga hati mereka. Untuk kali pertamanya aku letak diriku di senarai pertama orang yang perlu aku bantu.
“Kenapa? Terkejut?,”
Aku tersenyum kecil sambil melangkah perlahan meninggalkan Rizal.
“Awak,” panggil Rizal dengan nada yang agak kuat.
“Saya belum kahwin lagi. Saya tak nak kahwin dengan duda,” aku bersuara sambil berpaling. Aku melihat senyum terukir di bibir Rizal.
“Ini duda hensem tau. Rugi kalau tolak. Tawaran istemewa ni. Yang terlaris di pasaran,” ujarnya dengan suara yang cukup romantik di telingaku. Aku tersenyum sambil menggeleng. Jual mahal sikit. Sekejap sahaja Rizal sudah berada di hadapanku. Dia berlari mengejarku rupanya. Langkahku terhenti.
“Baik setuju kalau tidak…,”
“Kalau tidak… apa?,” soalku tersenyum lucu. Hai, sekian lama tidak bertemu, kenapa pertemuan ini buat aku begitu mesra dengannya? Seolah hilang rasa kekok yang menghantui kami selama ini.
“Kalau tidak saya dukung awak sampai ke kereta,”
“You won’t do that…,”
“Jangan cabar seorang duda,”ujarnya sambil melangkah rapat padaku.
“Ok…Ok… Saya setuju,” aku menjawab laju apabila kedua tangan lelaki itu hampir menyentuk tubuhku. Nekad rupanya dia ni. Rizal tersenyum panjang, sambil melangkah beriringan denganku.
“So, esok kita bertunang. Lusa kita kahwin,”
“Eh, awak ni. Cepatnya,”
“Sebab dah lama sangat kita buang masa. Sepatutnya kita kahwin tiga tahun lalu. Lagipun, saya dah tak sabar nak nak gigit hidung tu. Comel sangat. Hidung tulah yang buat saya jatuh hati pada budak yang mahal senyum ni,”
Aku tersenyum malu. Tiba-tiba malu dengan gurauan Rizal.
“Mana ada? Saya suka senyum apa,”
“Kat orang lain. Kat saya mana pernah awak senyum? Hari ni baru boleh tengok senyum manis awak tu, khas untuk saya. Kalau tak, asyik tengok awak senyum untuk orang saja,”
“Macam mana saya nak senyum. Awak macam tak pernah perasan pun saya ni wujud kat dalam dunia ni. Bila jumpa, asyik serius je. Kita nak senyum pun takut. Takut malu sendiri, kalau awak tak balas,”
Rizal tergelak kecil mendengar kata-kataku. Dan, aku suka sangat mendengar gelak itu.
“Boleh kan?,” soalnya bersama sekuntum senyuman nakal. Aku cuma mampu tersenyum. Tidak mampu membalas kata-katanya.
“Lin…,”
Hampir luruh jantungku. Tak silap aku inilah kali pertama dia menyebut namaku. Aku berpaling.
“ Setuju kahwin dengan saya?,”
“Awak ni. Kalau saya bertunang dengan awak esok, maknanya saya akan kahwin dengan awakla,”
“Lusa?,”
Aku tersenyum. Ada-ada sajalah lelaki ini. Buat lawak betul.
“Awak tahu tak? Tadi tu…pertama kali awak panggil nama saya, kan?,”
Rizal tersenyum.
“Selalu sebenarnya. Dalam tidur. Awak saja yang tak dengar,”
Aku tersenyum. Bahagianya aku. Tidak pernah kusangka aku akan memperolehi sebegini banyak kebahagiaan di dalam masa satu hari.
“Tapi, rasanya Lin tu macam tak berapa sedaplah. Kalau Ling, macam mana? Darling ke?,”
“Hmmmm…. Sayang? Bunyi macam Melayu sikit,”cadangku bergurau.
“Ok sayang. So, sayang, kita balik sekarang. Esok nak bertunang. Lusa nak kahwin,”
“Dan…sayang tahu tak? Dalam kereta tu ada empat bentuk cincin untuk sayang,”
Ye lah tu. Aku senyum lagi. Bahagianya mendengar panggilan sayang dari mulut Rizal. Rizal turut tersenyum sambil tangannya perlahan melingkari pinggangku. Cepat aku tepis tangannya. Ada ke nak peluk aku kat tempat orang ramai macam ni. Rizal tersengih,
“Faham. Faham. Belum halal. Tak pe abang boleh sabar. Bukan lama lagi pun, kan sayang?,” ujar Rizal bersama sekuntum senyuman nakal yang membuat mukaku merona merah. Aku tunduk, buat-buat tidak dengar akan bicaranya. Dan dia, tergelak besar melihat aku yang malu-malu.

*****

Aku memandang cincin di jariku. Sebentuk cincin belah rotan, dan sebentuk cincin batu delima yang sungguh cantik di mataku. Cincin merisik dan cincin bertunang. Satu lagi cincin melamar terpaksa kusimpan dalam laci. Terasa macam pokok krismas kalau semua melekat di jariku. Dan, ada sebentuk lagi yang menunggu esok. Aku ingat Rizal bergurau, rupa-rupanya memang dia beli empat bentuk cincin untukku. Satu untuk melamar, satu untuk merisik, satu untuk bertunang dan satu untuk majlis batal air sembahyang esok. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Terasa aku mendapat segala yang aku hilang di dalam sekelip mata sahaja. Terima kasih pada takdir yang sebegini indah.
“Sayang..,”
Aku tersentak. Lamunanku yang tadi sunyi sepi, berganti dengan suara riuh rendah kaum keluarga datang merewang. Ini pun satu kejutan juga. Sangkaku, Rizal Cuma bergurau, tapi, rupa-rupanya memang perkahwinan kami dibuat selang sehari selepas bertunang. Persediaan semua sudah dibuat, cuma tunggu aku saja. Semuanya hasil perancangan rapi Rizal dan emak. Emak pun bersubahat rupa-rupanya dalam perkahwinan rahsia ini. Rahsia untuk akulah. Orang lain semua dah tahu.
“Menung apa tu?,” Rizal bertanya sambil melabuhkan punggung sebelahku. Aku senyum sambil menggeleng perlahan. Tangan Rizal laju mencapai jemariku. Membelek – belek inai di jariku. Niat untuk menarik tangan terbatal tiba-tiba. Entah kenapa timbul rasa suka di hati tatkala jemarinya bersentuhan dengan jemariku.
“Ni tak berapa merahlah. Nanti pakai lagi sekali ya,” dia bersuara sambil membelek jari manisku. Aku cuma memandang. Dia mengangkat muka sambil tersenyum. Rupa-rupanya dia ni, murah senyuman orangnya. Kenapalah dulu susah sangat nak senyum?
“Aik! Hari ni boleh pula ye?,”
Aku kerutkan kening.
“Boleh apa?.,”
“Pegang – pegang ni. Semalam marah,” ujarnya tersengih. Segera aku menarik tanganku, bersama wajah yang sedikit mencuka. Sempat nak menyindir aku. Dia tergelak. Jemari, aku simpan di riba. Rizal masih tersenyum sambil menongkat dagu memandangku. Tidak dapat aku nafikan,wajah Rizal kelihatan cukup berseri-seri. Nampak sangat lelaki itu tengah bahagia.
“Awak…,”
“Ya, sayang,”
Mendengar panggilan itu, soalan yang ingin aku tanya hilang entah ke mana. Betullah dia ni.
“Apa dia, sayang?,”
“Awak jangan panggil saya macam tu. Hilang soalan saya,”
“Laaa. Semalam dia juga yang suruh kita panggil macam tu,”
Aku sengih. Apa-apalah.
“Apa dia?,”soalnya sekali lagi. Aku tersenyum sambil menghela nafas panjang.
“Awak aturkan semua ni, kalau saya tak setuju macam mana?,”
“Apa abang nak heran. Mak sayang dah setuju. Sayang pun kenalah setuju. Ye tak?,”
Senangnya jawapan dia.
“Mak dah tahu semuanya. Abang dah ceritakan semuanya pada mak. Abang tahu sayang masih tak boleh lupakan abang, kan?,”
“Mana awak tahu?,”
“Kalau sayang dah lupakan abang, tentu sayang boleh berdepan dengan abang. Dengan status abang dulu. Tapi, sejak abang kahwin, sayang tak pernah tunjuk muka kat abang. Sayang selalu mengelak dari abang,”
Aku diam mendengar kata-kata itu. Memang benar apa yang Rizal katakan.
“Dania tahu ke kita nak kahwin? Kalau dia tahu, apa yang dia fikir nanti ya?,”
“Sayang. Boleh tak untuk sekali ini jangan fikir apa yang orang lain akan fikir? Cuma fikir apa yang kita nak. Boleh tak?,”
“Yelah. Mesti dia fikir saya rampas awak pulak,”
Rizal mengeluh perlahan. Matanya tajam merenungku.
“Cuba sayang fikir, siapa yang rampas siapa dari siapa sebenarnya?,”
Aku diam. Betul kata Rizal.
“Amboi-amboi. Berdua-duaan rupanya bakal pengantin ni,”satu suara riuh menyapa dari belakangku. Aku kenal suara itu. Kak Ramlah. Aku berpaling bersama senyuman yang cukup lebar. Kak Ramlah turut tersenyum sambil menghampiriku. Mengahadiahkan satu pelukan mesra buatku.
“Boleh saya join sekali?,”seloroh Rizal melihat Kak Ramlah memelukku erat. Kak Ramlah meleraikan pelukan.
“Hai.. tak boleh sabar ke? Bukan lama pun. Sampai esok je. Lepas tu, ha… lantaklaa,”
Rizal tergelak besar sementara aku, blur. Tidak tahu nak pamerkan riak wajah yang bagaimana.
“Akhirnya jadi juga kamu berdua. Alhamdulillah. Dari dulu akak suka sangat kalau kamu berdua kahwin. Tulah kalau kamu berdua bagi akak tolong dulu, dah nak masuk tiga orang anak kamu. Ni, yang sorang tu, tak payahlah malu. Yang sorang tu, tak nak lah. Dia bukan nak kat kita pun… Cakap akak ni, sorang pun tak nak percaya. Duk percaya cakap Dania tu. Siapa yang rugi? Kamu berdua juga,” panjang bebel Kak Ramlah membuat kami berdua tersengih. Rizal mencapai jemariku. Menggenggam erat sambil merenungku. Aku, macam biasa, cuma mampu tersenyum malu menanggapi renungan lelaki ini.
“InsyaALLAH. Kali ni, tak ada apa yang boleh pisahkan kami,”
Kak Ramlah tersenyum senang. Tapi, cuma untuk seketika. Melihat Rizal yang rapat denganku, dan tangannya yang kemas menggenggam jemariku, Kak Ramlah menjegilkan mata. Tangan Rizal di lempangnya.
“Lupa pulak aku. Kamu buat apa kat sini? Ni, kalau mak-mak kamu tengok, bising mereka. Tunggulah esok. Mana boleh nak jumpa-jumpa macam ni? Hilang seri pengantin nanti,”
“Saya duda Akak. Seri dah permanent. Tak akan hilang punya. Lin, pulak, nanti seri saya terbias kat dia. No hal punya. Berseri-seri jugak nanti,”
“Menjawab budak ni, ya?,”
Aku tergelak melihat Kak Ramlah menarik telinga Rizal. Rizal berdiri sambil mengerang sakit.
“Pergi balik,”
“Saya datang bawa baju pengantinlah kak,”
“Mana bajunya? Dah hantar baju tu, terus baliklah,”
Rizal sengih sambil menggosok telinga.
“Dalam kereta. Jom sayang. Kita ambil baju pengantin, bawa masuk dalam bilik pengantin,” ujar Rizal sambil menarik tanganku. Aku tergelak lagi melihat senyum nakal Rizal dan muka terkejut Kak Ramlah.
“Jom, biar pengapit pengantin temankan,” Kak Ramlah bersuara sambil mengekori kami.
“Akak ni kacau daun la,”rungut Rizal pendek. Dan kerana rungutan itu, satu cubitan daripada Kak Ramlah hinggap di lengannya. Dia menjerit kesakitan.
Aku tersenyum. Bahagianya aku. Saat ini cuma satu yang ingin aku katakan.
‘Dania, sahabatku yang hampeh. Terima kasih atas kehampehanmu padaku selama ini. Kerana kehampehanmu padaku, aku memperoleh segunung kebahagiaan ini.’

TAMAT…