Hisyam mengukir senyum pada pelayan yang sedang menghidangkan makanan. Untuk ke sekian kalinya matanya jatuh ke wajah Maisara yang mencuka. Sudah hampir setengah dia di situ, gadis itu masih belum bersuara. Ternyata Maisara lebih senang berdiam diri bersama muncungnya yang panjang. Hatinya dijentik rasa geram. Setelah lebih dua minggu dia tidak bertemu dengan Maisara, dia tidak mengharapkan reaksi sebegini daripada Maisara. Dari tadi, cuma dia sahaja yang bercakap. Bercakap seorang diri. Itu lebih tepat rasanya. Maisara langsung tidak turut serta dalam bicara-bicaranya.
“Sara.. takkan nak buat muka macam ni, sampai abang hantar pulang nanti?,”Hisyam bersuara lagi sebaik pelayan tadi meninggalkan mereka. Maisara tetap membisu.
“Sara.. apa lagi yang Sara nak bang lakukan? Abang dah minta maaf, kan? Sara belum maafkan abang ke?,”
Maisara menjeling sekilas. Rasa geram dengan layanan Hisyam padanya masih berbekas di hati.
“Kalau belum, takkan Sara nak keluar dengan abang,”balas Maisara dingin.
“Kalau dah maafkan, kenapa tarik muka macam tu?,”
“Saja..,”
“Tak usahlah buat lagi. Buruk, tahu,”ujar Hisyam bergurau.
“Abang! Janganlah cakap macam tu,”Maisara terjerit kecil mendengar kata-kata Hisyam. Jemarinya pantas mencari lengan Hisyam. Satu cubitan singgah di situ. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibirnya.
“Aduh. Sakit sayang,”Hisyam mengaduh sambil menggosok lengannya yang terasa perit.
“Cakap apa? Buruk? Betullah abang cakap tu. Tarik muka panjang macam tu, buruk tahu,”
“Abang.. Janganlah cakap macam tu,”
Hisyam tergelak.
“Tak mahu abang cakap macam tu, jangalah buat muka macam tu lagi. Senyumlah sikit. Haa.. macam tu. Barulah berselera abang nak makan,”
Maisara tersenyum manis. Rajuknya hilang entah ke mana. Cair dengan pujukan Hisyam.
“Makanlah,”pelawa Hisyam sambil mencapai sudu dan garfu di hadapannya. Maisara menggeleng sambil menongkat dagu merenung wajah Hisyam. Rindunya dia pada lelaki ini.
“Abang jumpa Sara ni, isteri abang tahu ke?,”
Suapan Hisyam terhenti. Matanya perlahan-lahan mencari renungan Maisara.
“Sejak bila Sara mula ambil tahu pasal isteri abang ni, ya?,”
“Sejak Sara rasa hubungan kita macam tergantung. Ke atas tidak. Ke bawah pun tidak,”
“Apa maksud Sara?,”
Maisara menarik nafas panjang. Membetulkan duduknya. Dia bersandar tegak pada kerusi sambil matanya terus menghalusi reaksi yang terpamer di wajah Hisyam.
“Hubungan kita macam tak ada masa depan. Abang tak rasa macam tu ke?,”
Hisyam menggeleng.
“Abang dah beritahu isteri abang pasal kita?,”
“Belum,”
“Bila abang nak berterus terang dengan dia?,”
Hisyam menahan nafas seketika. Suapannya sudah tidak selaju tadi. Ternyata soalan Maisara membuat selera makannya hilang tiba-tiba.
“Nantilah,”
“Bila?,”soal Maisara agak tegas. Tidak mempedulikan reaksi Hisyam yang jelas nampak kurang senang dengan soalannya itu.
“Abang perlukan masa,”
“Dah setahun. Pun masih belum cukup lagi? Abang perlukan masa atau abang perlukan keberanian untuk berterus terang dengan isteri abang tu? Atau.. Abang memang berhasrat untuk tidak berterus terang sampai bila-bila?,”
“Sara.. kenapa cakap macam tu?,”Hisyam sedikit tersentap dengan kata-kata Maisara. Agak keras dan sinis. Dia berasa tersindir. Dan berasa tercabar.
Maisara tersenyum kecil. Dia tahu dia agak keterlaluan. Tetapi, dia perlukan kepastian daripada Hisyam. Dia takut kalau-kalau dia cuma barang permainan bagi Hisyam. Dia tidak mahu dipermainkan. Dia juga tidak mahu dikecewakan.
“Sara takut abang cuma nak permainkan Sara,”
Hisyam tergelak halus mendengar pengakuan itu.
“Sara.. Kan abang dah cakap hari tu. Perasaan abang pada Sara, bukan main-main. I’m serious,”
“Ya. Sara tahu. Tapi, Sara bimbang,”
“Apa lagi yang Sara nak bimbangkan? Abang tak akan tipu Sara,”
“Mata Sara juga tak menipu, bang,”
“Apa pula ceritanya ni?,”soal Hisyam, tidak faham dengan kata-kata Maisara.
“Sara nampak abang tempoh hari. Di restoran. Bersama isteri dan anak abang. Abang kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia. Itulah yang menakutkan Sara. Takut kalau-kalau Sara sudah tak diperlukan lagi,”
Hisyam mengeluh panjang. Tanganya pantas menggenggam jemari Maisara. Maisara tunduk.
“Sara tak perlu takut. Abang sayangkan Sara. Cintakan Sara. Percayalah pada abang,”
“How about your wife? Sara tak nak jadi kekasih abang selama-lamanya. Sara nak kita kahwin. Boleh abang tunaikan permintaan Sara ni?,”
“Kahwin?,”
“Yes. Kahwin. Rasanya sekarang dah tiba masanya untuk kita fikirkan soal kahwin,”
Hisyam terdiam. Memang itu impiannya. Tetapi, apabila disuarakan oleh Maisara, hatinya menjadi tidak menentu. Tiba-tiba dia teringatkan Idayu. Mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, bermakna dia terpaksa berterus terang dengan Idayu. Bukan sahaja dengan Idayu, malah dengan kedua ibu bapanya. Bermakna, untuk dia bersama dengan Maisara,dia terpaksa melukakan hati tiga insan lain. Kuatkah dia untuk melakukan itu semua?
“Kenapa diam? Abang tak setuju dengan pendapat Sara?,”
“Bukan macam tu..,”
“So, what is the problem?,”soal Maisara sedikit keras.
Hisyam menarik nafas perlahan-lahan. Cadangan Maisara yang mendadak membuat dia tidak dapat berfikir dengan baik. Perlahan dia mengenggam jemari Maisara. Mencari-cari perkataan yang sesuai untuk diluahkan, Maisara menarik tangannya. Genggaman Hisyam terlepas. Wajah gadis itu kembali mencuka.
“I’ll think about it,”akhirnya Hisyam bersuara dengan nada yang tidak meyakinkan langsung. Maisara tergelak sinis.
“I’ll think about it? Think about it? Nak kahwin dengan Sara pun, kena fikir dulu ke? Dah tu, kita bercinta selama ini, untuk apa? Untuk suka-suka? Abang ingat Sara apa?,”
“No. Bukan itu maksud abang. Sara jangan salah faham. Abang cuma perlukan masa untuk fikir bila masa yang sesuai untuk kita kahwin,”
“Sekarang. Sara mahu kita mula tentang perkahwinan kita sekarang!,”cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Maisara. Maisara nekad. Dia perlu bertegas dengan Hisyam. Sukar untuk dia menduga kejujuran Hisyam. Dia bimbang kata-kata Anis tentang Hisyam, benar belaka. Dia bimbang kalau-kalau Hisyam tidak serius untuk mengahwininya.
“Abang dengar tak?,”Maisara bertanya apabila Hisyam terus membisu.
“Abang dengar. Sara beri abang masa. Abang perlu berterus terang, bukan saja dengan isteri abang, tetapi dengan kedua ibu bapa abang juga. Pasti makan masa. Abang harap Sara faham,”
“Bila abang nak beritahu isteri abang?,”
“Abang akan cuba beritahu secepat yang mungkin. Sara sabar dulu, ya?,”
“Kalau abang tak berani nak berterus terang dengan isteri abang, biar Sara sendiri yang berterus terang dengan dia. Sara sanggup jumpa dia, bang,”
“No. Biar abang yang selesaikan sendiri hal abang dengan isteri abang. Apa yang abang harapkan sekarang.. satu saja. Sara harus faham kedudukan abang dan bersabar,”
Maisara diam. Matanya merenung wajah Hisyam. Kejujuran jelas terpancar pada renungan lelaki itu. Tidak mungkin Hisyam berbohong. Dan itulah yang membuat dia sering kalah pada Hisyam.
“Abang janji?,”
Hisyam tersenyum. Kemarahan Maisara sedikit reda. Itu cukup membuat Hisyam berasa lega. Jemarinya kembali mencari jemari milik Maisara.
“Janji, sayang,”ujar Hisyam perlahan. Maisara tersenyum kecil.
“Sara cuma ingin menjadi isteri abang. Sara tak bermaksud nak ugut abang. Sara harap abang faham,”
Sambil menepuk perlahan jemari Maisara, Hisayam mengagguk. Bersama dengan sekuntum senyuman yang menbuang jauh-jauh rasa marah dan geram Maisara.
“Jangan merajuk lagi ya. Susahnya abang nak pujuk.
Maisara tergelak sambil tetunduk malu.
****
Tuesday, September 2, 2008
Di penghujung Rindu 3
Daun pintu ditolak perlahan. Matanya menjengah ke dalam bilik. Liar memerhati keadaan di dalam bilik yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Segalanya masih tersusun elok. Kakinya mula mengatur langkah memasuki bilik itu. Segalanya masih seperti dulu. Langsung tidak berubah.
“Maksu sengaja jaga bilik ni. Mana tahu satu hari nanti bilik ni, berpenghuni semula. Macam dulu-dulu,”
Nurul Huda sedikit tersentak dengan kehadiran Mak Su Senah. Dia berpaling. Mak Su Senah tercegat di pintu bersama Faiz. Dia tersenyum kecil, sambil matanya meneliti setiap barang yang tersusun di bilik itu. Matanya mati pada seraut wajah di dalam bingkai gambar di atas meja. Wajah yang satu ketika dulu, terlalu rapat dengannya. Wajah yang telah mengajarnya erti sebuah pengorbanan. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu. Rindukah dia pada lelaki itu?
Perlahan dia melabuhkan punggung ke katil. Kenangan lalu kembali menerpa di kotak fikiran. Sudah lebih lima tahun wajah itu tidak ditatapnya. Kuatkah dia, andai satu hari mata ini bertembung dengan renungan tajam lelaki itu? Gagahkah dia untuk membuang segala kepiluan yang terhimpun di hatinya sekian lama? Mampukah dia menerima lelaki itu seadanya? Mampukah dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka? Atau… barangkali lelaki itu sudah lupa sebaris nama miliknya? Nurul Huda tersenyum pahit. Walau di mana Abang sekarang, Huda harap Abang bahagia… hatinya berbisik sendiri.
“Huda teringatkan Along?,” soal Mak Su Senah lembut. Nurul Huda mengangkat muka. Dia cuma tersenyum hambar. Bagaimana dia harus menjawab soalan itu. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dia rasa. Rindu? Wajarkah dia rindu pada seseorang yang sudah dimiliki? Benci? Wajarkah dia benci pada seseorang yang budinya melangit pada dirinya. Tak mungkin dapat dia balas segala budi lelaki itu.
“Satu hari nanti, Along pasti pulang,”
Nurul Huda tergelak kecil.
“Tak mungkin, Maksu,”bisiknya perlahan. Seolah-olah kata-kata itu cuma untuk dirinya sahaja. Mak Su Senah melabuhkan punggung di sebelah Nurul Huda. Dia sebenarnya tidak faham dengan apa yang sedang bergolak di jiwa anak saudaranya itu. Pelarian Nurul Huda selama lebih lima tahun, masih belum diketahui puncanya. Hati tuanya kuat mengatakan bahawa, Nurul Huda bukan lari dari sini disebabkan pemergian bapanya secara tiba-tiba. Ada sebab lain yang mendorong perempuan ini menjadi pelarian di bumi asing.
“Kenapa Huda cakap macam tu? Kalau Along tahu Huda dah balik, mesti dia datang cari Huda,”
Nurul Huda diam. Wajah Mak Su Sena ditatap hiba. Maksu tak tahu apa yang berlaku. Maksu tak akan faham. Hatinya berbisik sendiri.
“Huda marahkan Along ke?,”
Nurul Huda menggeleng. Tidak! Dia tidak pernah marah pada lelaki itu. Dia tidak layak untuk marah pada lelaki itu. Malah dia harus berterima kasih pada seorang lelaki bernama Helmi. Kerana Helmi, impiannya menjadi kenyataan.
“Saya tak pernah marahkan Abang Helmi. Jauh sekali berdendam dengan Abang Helmi. Abang Helmi banyak berkorban untuk saya. Saya terhutang budi dengannya, Maksu,” ujar Nurul Huda sambil menarik Faiz ke ribaannya. Mak Su Senah memandang wajah itu dengan renungan yang sarat dengan tanda tanya.
“Takkan Huda tak nak usahakan untuk bersama dengan Along lagi? Sudah lebih lima tahun Huda tinggalkan semuanya. Belum hilang lagi ke marah Huda pada Along? Barangkali dalam tempoh yang begini lama, ada perubahan yang boleh membahagiakan Huda. Maksu tak tahu apa sebenanya yang berlaku. Tapi, wajah Huda… wajah Helmi…Maksu tahu ada sesuau yang tidak kena. Huda marah Helmi sebab dia tak balik semasa arwah ayah Huda meninggal dulu, ya?,”
“Saya tak pernah marah Abang Helmi, Maksu. Dan… cuma satu benda saja yang boleh membahagiakan saya. Kebahagiaan Abang Helmi. Cuma itu sahaja yang boleh buat saya bahagia. Tak kiralah di mana Abang Helmi sekarang, saya cuma berharap sangat dia sedang hidup bahagia,”
Mak Su Senah mengeluh panjang.
“Dah tu… Faiz macam mana?,”
Nurul Huda diam. Pipi Faiz dicium bertalu. Soalan itu dibiarkan sepi. Mak Su Senah mengeluh lagi.
“Sapa ni, mama?,”soalan Faiz secara tiba-tiba, membuat Nurul Huda kelu. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan semudah itu. Sudahnya dia cuma mampu memandang Faiz yang leka menatap foto Helmi. Mak Su Senah pula tajam menatap wajahnya. Menanti jawapan yang bakal keluar dari mulutnya barangkali. Akhirnya dia cuma mengusap perlahan rambut anak tunggalnya itu.
“Mama!,”
“Ya sayang. Apa dia?,”
“Who is this?,” mulut kecil itu megulangi soalan yang sama.
“Your uncle,”jawab Nurul Huda pendek. Mak Su Senah mengeluh perlahan. Nurul Huda bungkam. Dia sebenarnya serba salah. Tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberi bagi menjawab soalan anak kecil itu. Dia tahu ibu saudaranya itu tidak setuju dengan jawapan yang dia berikan.
“Faiz keluar dulu ya. Mama nak kemas bilik ni kejap. Just for a while. Ok?,”
“I help you?,”lancar mulut kecil itu menawarkan pertolongan.
“No. Thanks. Faiz pergi kemas mainan Faiz. Ok?,”
“Ok,”jawabnya sepatah sambil mengangguk. Sekalip mata anak itu sudah berlari keluar. Nurul Huda menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya tiada lagi soalan bakal keluar dari mulut kecil itu. Dan… dia pula, tidak perlu terus menipu anak sekecil itu.
“Tak baik tipu budak kecil macam tu, Huda..,”Mak Su Senah mula bersuara. Meluahkan rasa tidak puas hatinya. Nurul Huda menghela nafas panjang.
“Saya tahu, Maksu. Saya pun tak suka menipu macam ni. Tapi, saya nak buat macam mana? Kalau saya cakap benda yang betul, nanti lain pula jadinya. Lagipun, dia terlalu kecil untuk semua ni,”
“Itu sebabnya Maksu cakap, Huda kena cari Helmi. Dia berhak tahu. Faiz pun berhak tahu. Kan senang macam tu,”
“Maksu tak faham..,”Nurul Huda bersuara lemah. Ayatnya tinggal tergantung. Tidak tahu bagaimana hendak dia jelaskan pada Mak Su Senah.
“Apa lagi yang maksu tak faham? Huda tolong jelaskan pada Maksu. Biar Maksu faham,”
Nurul Huda menarik nafas panjang. Wajah Mak Su Senah dipandangnya. Agak lama. Perlahan dia menggenggam jemari ibu saudaranya itu.
“Tak ada apa-apa maksu,”ujarnya bersama sekuntum senyuman yang mekar di bibirnya, Mak Su Senah mencebik marah. Cepat tangannya memukul jemari Nurul Huda yang menggenggam erat jemarinya.
“Auch! Sakitlah maksu,”rengek Nurul Huda sambil menggosok jemarinya yang terasa sedikit pedih.
“Rasakan. Nak mainkan maksu ya?,”balas Mak Su Senah dengan wajah yang serius. Nurul Huda tergelak kecil. Tubuh Mak Su Senah dirangkul mesra.
“Alaa.. maksu. Janganlah marah. Tengok. Dah bertambah kedut kat muka ni haa,”Nurul Huda bersuara separuh memujuk.
“Pandailah kamu nak mengambil hati ya?,”Mak Su Senah bersuara sambil menyembunyikan senyum yang hampir mekar.
“Haa… Macam tulah”sakat Nurul Huda sambil ketawa. Sudahnya Mak Su Senah turut tergelak. Agak lama tawa yang pecah antara mereka, sebelum masing-masing kembali menyepi.
“Along pernah pulang ke sini dulu,”tiba-tiba Mak Su Senah bersuara. Nurul Huda berpaling. Menatap wajah Mak Su Senah. Khayalannya pecah dek kata-kata Mak Su Senah.
“Sebulan selepas arwah ayah Huda meninggal. Dua hari selepas Huda hilang entah ke mana,”sambung Mak Su Senah tanpa dipinta. Nurul Huda terdiam seketika.
“Lama ke Abang Helmi balik?,”akhirnya dia bertanya.
“Lama juga. Dia tanyakan Huda. Tapi, maksu nak cakap apa? Maksu pun tak tahu ke mana Huda pergi. Lama dia tinggal di sini. Tunggu kalau-kalau Huda balik semula. Lepas tu, dia balik semula ke Kuala Lumpur. Beberapa kali dia datang, selepas tu. Tanya maksu, mana Huda pergi. Agaknya bila dah selalu sangat maksu cakap tak tahu, dia jadi jauh hati. Sampai sekarang dia tak pulang ke sini,”
Nurul Huda cuma diam mendengar cerita mak Su Senah yang panjang lebar. Helmi datang mencarinya? Untuk apa? Tanpa sedar, sekuntum senyuman pahit terukir di bibirya.
***

Monday, September 1, 2008
Di Penghujung Rindu 2
Shahrul menyandarkan tubuh ke kerusi. Matanya tajam menikam wajah ceria Maria. Begitu banyak dugaan yang harus dia tempuhi untuk memiliki gadis ini. Akhirnya dia berjaya menyunting gadis yang sekian lama bertakhta di hatinya itu, untuk menjadi suri hidupnya. Dia tersenyum senang. Bahagia dengan kehidupan barunya.
“Kita tunggu siapa ni, sayang?,”
“Abang ni. Sabarlah. Mesti abang terkejut bila jumpa dia nanti,”
“Siapa orangnya yang boleh buat abang terkejut ni? PM nak jumpa kita ke? Atau… superstar?,”soal Shahrul separuh bergurau. Maria tergelak kecil. Dia memandang wajah Shahrul seketika. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu restoran. Tiada sesiapa yang muncul di ambang pintu itu. Sedikit rasa hampa terselit di hati. Dia melihat jam di tangannya. Pukul 8.20 malam. Tidak datangkah Nurul Huda? Dia mengeluh perlahan. Tak mungkin gadis itu mungkir janji. Dia kenal benar dengan Nurul Huda. Janjinya pasti akan dikota. Namun, mungkinkah, masa telah mengubah sikap Nurul Huda?
“Kenapa mengeluh?,”soal Shahrul sambil mencapai jemari Maria. Perlahan dia mengusap jemari lembut isterinya. Maria cuma tersenyum sambil menggeleng perlahan.Sekali lagi pandangannnya dihalakan ke pintu restoran. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Penantiannya mendatangkan hasil. Melihat senyuman yang mekar di bibir isterinya, Shahrul turut memandang ke arah yang sama. Sebuah senyuman seorang gadis yang amat dia kenali, membuat dia terpaku seketika. Segera dia menoleh ke arah Maria. Maria tersenyum sambil mengangkat kening. Shahrul turut tersenyum. Memang ini satu kejutan baginya. Nurul Huda melangkah menuju ke arah mereka. Berdiri di hadapan dua temannya itu bersama sekuntum senyuman yang mekar di bibir.
“Sorry. I’am late,”
“Never mind. Asal kau datang, lambat sikit pun tak apa. Duduklah,”ujar Maria senang. Nurul Huda akur. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi sambil memandang Shahrul yang masih memandangnya dengan wajah terkejut. Dia tersenyum lebar menanggapi renungan lelaki itu.
“Hai Shah. Apa khabar?,”soalnya masih dengan senyuman di bibir. Shahrul turut tersenyum. Ternyata tidak banyak yang berubah tentang gadis ini. Nurul Huda masih murah dengan senyuman.
“Well…I’m fine. What a surprise. Memang abang terkejut, sayang,” ujarnya sambil memandang wajah Maria. Maria turut tersenyum. Senang melihat riak terkejut di wajah suaminya.
“Anyway, congratulation Shah. For your wedding. Akhirnya kamu berdua bergelar suami isteri juga ya? Aku tumpang gembira,” Nurul Huda bersuara sambil menghulurkan tangan., bersalaman dengan Shahrul.
“Terima kasih,”jawab Shahrul pendek.
“Kami tak jemput kau. But, that’s not our fault. Kau hilang macam chipsmore,”sambungnya bersama senyuman yang cukup lebar. Nurul Huda tergelak.
“Aku tahu. As long as kau orang masih ingatkan aku… itu pun dah memadai,”
“Memanglah kita orang ingat. Dulu kan, kita dah janji…yang kita akan keep in touch… forever. Tapi, kau mungkir janji,” Maria bersuara perlahan. Di wajahnya jelas terpamer rasa tidak puas hati terhadap temannya itu. Nurul Huda cuma tersenyum. Namun, senyumnya kini sedikit kelat. Maria sudah mula merajuk. Rupa-rupanya perangai sahabatnya ini tidak pernah berubah. Masih cepat merajuk seperti dahulu.
“Hai… dah jadi isteri orang pun, masih suka merajuk lagi ke?,” gurau Nurul Huda. Cuba untuk mengembalikan keceriaan Maria. Maria sedikit tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Dan kau… masih pandai hilangkan rajuk aku…seperti dulu juga ya,” Maria membalas kata-kata Nurul Huda dengan wajah yang sedikit ceria. Shahrul cuma tersenyum melihat gelagat dua wanita di hadapannya.
“Ke mana kau menghilangkan diri?,”soal Shahrul setelah agak lama menjadi pemerhati.
“Aku further study kat UK. Bermastautin di sana. Cukup? Need more explanation?,”
“Sampai lupa kawan-kawan kat sini?,”soal Maria dengan nada merajuk.
“Alaa… merajuk lagi. No.No. Aku tak pernah lupakan kau orang semua. Aku ingat. Sentiasa bermain kat fikiran aku ni. Cuma jarak yang memisahkan kita. Seriously, aku tak pernah lupakan kawan-kawan,”
“Tak pernah lupa, sampai tak jemput ke perkahwinan kau? Terlupa… tak sempat…atau apa? Apa alasan yang kau nak bagi?,”soal Maria masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Nurul Huda. Soalan yang membuat Nurul Huda terdiam. Juga membuat Shahrul sedikit terperanjat. Kejutan lagi.
“So, kau dah kawin?,” soal Shahrul sambil memandang wajah Nurul Huda yang terkedu.
“I’m sorry about that, Maria. Aku tak tahu macam mana nak explain, and… I really not interested to talk about it. Change topic , please…,”
“Apa nak buat. Aku tak boleh paksa kau,” Maria bersuara hampa. Wajah Shahrul turut hampa.
“Hei.. janganlah macam ni. Aku tak nak rosakkan pertemuan ni,” ujar Nurul Huda serba salah.
“Kau dah pandai berahsia…,”
“I’ll tell you. Someday. But not today. Ok?.”Nurul Huda cuba berdiplomasi. Maria tersenyum semula. Dia turut tersenyum. Paling tidak, taktiknya mendatangkan hasil. Suasana yang agak suram tadi, kembali ceria.
“Kau dah janji dengan aku. Aku akan tuntut nanti,”
“Aku akan tunaikan janji aku. Tapi, bila dah sampai masanya nanti,”
Maria mengangguk sambil tersenyum senang. Shahrul kekal sebagai pemerhati. Itu perjanjian antara orang perempuan. Dia tidak termasuk di dalam agenda itu.
“Kau tak bawa anak kau sekali?,”
“Wait! Kau dah ada anak?,”soal Shahrul tiba-tiba. Agak terkejut dengan berita yang keluar dari mulut isterinya itu. Nurul Huda hanya tersenyum. Perlahan dia mengangguk. Di kepalanya bagai sudah terbayang yang hidupnya selepas ini bakal berdepan dengan masalah. Masalah yang cuba dia elak selama lima tahun kebelakangan ini.
“Kau tak Nampak macam mak orang. Nampak macam anak dara,”
Nurul Huda tergelak.
“Mengarutlah kau ni Shah,”
Shahrul tergelak sambil menggeleng perlahan.
“Kau muncul dengan pelbagai kejutan. Kahwin tak cakap. Even cakap pasal perkahwinan kau pun, kau tak nak. Now, anak pula,”
Nurul Huda hanya tersenyum hambar.
“Kenapa tak bawa sekali?,” Maria pula mencelah.
“Dia leka dengan Maksu aku. Tak naklah aku kacau. Lagipun he’s quite naughty. Susah nak handle. Tak pasal-pasal rosak pertemuan ni. Kau ke mana. Aku…entah ke mana,”
“Aku teringin nak tengok anak kau. How old is he?,”
Nurul Huda diam seketika. Bahaya sungguh soalan-soalan yang keluar dari mulut kecil Maria.
“Huda… berapa?,”
“Four,” jawabnya sepatah. Itu pun dengan nada yang cukup perlahan.
“Empat tahun? That’s mean, kau kahwin sebaik kita habis belajar? And… you keep it as a secret? Cukup lama kau berahsia ya?,”ujar Maria sambil merenung mata Nurul Huda. Nurul Huda hanya tersenyum nipis. Hatinya amat berharap agar kata-kata Maria tidak berakhir dengan satu lagi soalan yang bisa membuat dia terdiam lagi. Seolah – olah faham dengan apa yang sedang bermain di hati Nurul Huda, Maria tidak lagi mengajukan soalan. Walhal di kepalanya sarat dengan seribu persoalan.
“So, selepas habis belajar dulu, kau orang masih saling berhubung ke?,” Nurul cuba mengalih topik perbualan. Sekaligus merisik khabar tentang seseorang.
“Masih. Dan… macam-macam dah berlaku selama lima tahun ni. Nanti, bolehlah kita berkumpul ramai-ramai ya. Kita buat reunion. Macamana? Mesti best kan?,”tiba-tiba Maria memberi cadangan yang seolah-olah mahu meluruhkan jantungnya. Mengarut! Betul-betul mengarut.
“Selalu ke jumpa dengan kawan-kawan lain?,”Nurul Huda mengajukan soalan. Sekadar menutup wajahnya yang tergamam dek kerana terkejut mendengar cadangan bernas Maria.
“Selalu,” jawab Maria sepatah. Nurul Huda bungkam. Mudah sahaja wajah-wajah kenangan muncul di mindanya. Bagaimana kehidupan Hamidi sekarang? Sudah bertemu dengan pengganti idaman hatikah dia? Kasihan lelaki itu. Tangannya bertepuk sebelah. Namun, dia cukup setia pada cintanya yang tidak berbalas itu.
“Aku akan tunggu sampai jodoh aku ada dengannya, Huda. Itu janji aku pada diri aku sendiri. InsyaALLAH, kalau ada jodoh, dia tetap akan menjadi milik aku,”
Kata-kata itu bagai terngiang-ngiang di telinganya. Kisah cinta Hamidi, cuma dia yang tahu. Sebagaimana kisah cintanya, juga cuma Hamidi yang tahu. Dua kisah cinta tidak berbalas. Dia tersenyum. Ingin sekali dia bertemu dengan temannya yang satu itu. Nampaknya Hamidi teguh memegang janji. Kalau tidak, masa kan Maria tidak tahu cerita yang terpendam selama lima tahun itu. Cerita yang mengajarnya erti sayang dan juga erti cemburu. Juga mengajarnya makna rindu yang tidak berpenghujung. Meski cemburu…sayang dan rindunya, tiada siapa yang tahu, namun kesannya tersemat di hati sehingga ke saat ini.
“Huda! Huda!,”
Nurul Huda tersentak apabila namanya dipanggil bertalu. Dia mengelamun rupanya.
“Jauh melamun. Ingatkan siapa?,” Shahrul pula membuka bicara. Nurul Huda menggeleng perlahan.
“So, kau buat apa sekarang?,” Shahrul mula mengorek cerita terbarunya. Nurul Huda menarik nafas perlahan.
“Aku baru balik. Belum ada apa-apa plan lagi. Cuma, InsayaALLAH, next week aku ada satu temuduga. Kat Shah Alam,”
“Baguslah tu. Semua boleh berkumpul di satu tempat. Senanglah nak jumpa. Kan bang?,”
Shahrul mengangguk perlahan sedang Nurul Huda tersenyum kelat. Hatinya mula berkata. Perlukah dia pergi ke Shah Alam?

Di Penghujung Rindu
Dia leka menghadap laut yang maha luas. Melayan menungannya yang amat panjang. Cukup panjang sehingga mampu memisahkannya dari dunia realiti. Dia tidak lagi berada di situ. Dia berada jauh di dunia kenangannya. Kenangan yang pastinya amat sukar untuk dia luputkan dari ingatannya. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin petang. Terasa nyaman menyapu wajahnya. Dia menghela nafas yang cukup panjang. Pantai ini adalah pantai kenangannya. Terlalu banyak kenangan manis zaman kanak-kanaknya yang tertinggal di situ. Hari ini, dia kembali ke situ. Mengutip semula kenangan- kenangan itu. Sesungguhnya hidupnya sebati dengan kenangan. Kenangan lalu, menjadi nadi yang menyambung hidupnya sehingga ke hari ini. Sesekali kakinya basah di sapu ombak yang menghempas pantai. Terasa ombak itu seperti air mata yang sentiasa membasahi pipinya satu ketika dulu. Namun, kini air mata telah kering di pipinya. Kenangan telah mematangkannya. Kenangan juga telah mengajarnya agar tidak terus menangisi suratan takdir. Terlalu banyak perkara yang terpaksa dia lalui. Peristiwa demi peristiwa yang akhirnya menjadikan dia seorang pelarian sepi.
Namun, hari ini, pelariannya berakhir di sini. Hari ini, dia telah kembali ke bumi kenangannya. Dia rindukan udara tanah air sendiri. Dia rindukan hembusan bayu pantai ini. Dia rindukan kenangan-kenangan manis kisah hidupnya yang lalu. Tetapi, suatu perkara yang amat pasti, untuk mengecapi segala kenangan manis itu, dia terpaksa mengheret sama pahit kenangan yang membawanya terbang jauh ke bumi asing.. Kakinya tersepak sesuatu. Mengembalikan alam realitinya. Dia tunduk. Kulit siput di kakinya, dicapai perlahan. Lantas, dengan cepat ingatannya menangkap seraut wajah. Wajah yang pernah akrab dengan jiwanya. Wajah yang mengubah segaris perjalanan hidupnya. Namun, dia tidak menyesal. Tidak pernah menyesal.
“Cantiklah kulit siput ni,”
“Ini abang punyalah,” dengan pantas kulit siput di tangannya bertukar tangan. Dia tersentak. Kulit siput di tangannya, terjatuh semula ke pasir. Selintas kenangan itu datang menerpa. Kenangan zaman kanak-kanaknya. Bibirnya menguntum senyum. Along… di manakah lelaki itu kini? Dia tidak tahu. Dan, sebenarnya dia tidak mahu mengambil tahu tentang itu semua. Jauh dia membawa diri pun, kerana ingin lari daripada lelaki itu. Demi kebahagiaan lelaki itu. Demi…demi ketenangan jiwanya sendiri. Tenangkah jiwanya? Tenangkah jiwanya setelah meninggalkan bumi Malaysia lima tahun lalu? Entahlah. Dia sendiri kurang pasti. Barangkali dia sudah menemui ketenangan itu. Kalau tidak, manakan dia dapat segunung ketabahan yang menjadi kekuatan untuk dia meneruskan hidup ini.
“Huda… tak nak balik ke? Dah nak Maghrib ni,” satu suara menyentuh gegendang telinganya. Dia berpaling. Mengukir sekuntum senyum buat wajah tua di hadapannya. Perlahan dia melangkah, berjalan seiring dengan langkah longlai wanita separuh umur itu.
“Lama betul Huda termenung tepi pantai tu. Apa yang Huda menungkan?,”
Nurul Huda menoleh. Sekali lagi dia tersenyum. Tanpa menjawab, dia cuma menggelengkan kepala.
“Entahlah Mak Su. Saya pun tak tahu. Leka pula tengok laut,” akhirnya dia bersuara. Mak Su Senah senyum.
“Dulu tengok laut dengan Along…sekarang ni, tengok laut sorang-sorang. Tak cuba cari dia ke?,” suara tua itu bertanya satu soalan yang tidak ingin dia jawab. Sudahnya dia cuma berdiam diri. Menyedari maksud kebisuan itu, Mak Su Senah tidak lagi bersuara. Daripada petang semalam Nurul Huda mengelak untuk menjawab soalan itu. Nurul Huda mengerling ke arah ibu saudaranya. Wanita itu turut menguunci mulut sekarang. Dia tersenyum kecil. Tidak tahu apa maksud kebisuan Mak Su Senah. Kecil hati kerana soalannya tidak berjawab atau… sudah tidak kuasa untuk mengulangi soalan yang sama buat ke sekian kalinya.
“Saya tak balik untuk cari dia, Mak Su,” akhirnya Nurul Huda menjawab soalan Mak Su Senah. Mak Su Senah merenung wajah Nurul Huda yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sukat untuk menebak apa yang bersarang di hati gadis itu.
“Kamu berdendam ya?,”
“Tak. Saya tak pernah berdendam. Cuma, tak ada sebab untuk saya cari dia, Mak Su,”
“Huda…kamu kena cari dia. Banyak sebab kenapa kamu mesti cari dia. Kamu sendiri pun tahu, kamu memang kena cari dia.
“Tidak. Saya tak perlu cari dia. Antara saya dengan dia… kami tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa hutang pun,”
“Huda…Huda…Ini bukan soal hutang. Tapi, soal ikatan. Kamu terikat dengan dia. Kamu perlu cari dia. Untuk leraikan ikatan itu, atau untuk kukuhkan ikatan itu…terserah pada kamu. Yang penting kamu kena cari dia,”
“Saya tak terasa terikat, Mak Su,”
“Tapi, sampai bila?,”
Nurul Huda diam. Tiada jawapan untuk soalan itu,kerana dia juga kurang jelas dengan penghujung hubungan itu.
“Excuse me?,”
Sapaan itu memaksa Nurul Huda menoleh.
“Huda. Nurul Huda,” satu suara girang pecah dari bibir seorang gadis yang amat dia kenali. Dia tersenyum.
“Ya,”jawabnya sepatah bersama senyuman yang makin melebar apabila mendengar temannya itu tergelak girang. Tanpa di duga, tubuh langsingnya dipeluk erat.
“Oh… I miss you. Aku rindukan kau, Huda,”
Nurul Huda membalas pelukan itu, kemudian perlahan dileraikan. Dan, dia melihat ada air mata yang membasahi pipi gadis di hadapannya itu.
“Ke mana kau menghilang?,”
Nurul Huda tersenyum kecil.
“Tak ke mana. Kenalkan. Mak saudara aku. Mak Su,… ini kawan satu university dengan saya dulu. Maria,”
Maria tersenyum mesra.
“Apa khabar, makcik?,” sapa Maria sambil menyalami tanagn Mak Su Senah.
“Baik,”
“What are you doing here?,” soal Nurul Huda sambil merenung wajah temannya itu. Wajah itu nampak sungguh berseri. Maria tersenyum manis.
“Aku? Aku honeymoon kat sini,”
“Honeymoon? Bila kau kawin? Dengan siapa? Aku kenal ke?,”
“Two weeks ago. Dengan siapa lagi…Mestilah dengan Shahrul. Selepas lima tahun lebih, baru nak kawin dengan aku. Tapi, tak apalah. At last… dia kahwin juga dengan aku,”
“Tahniah, Maria. Dalam selalu bergaduh pun… kau kahwin juga dengan si Shahrul tu ya? Mana dia?,”
“Huda… Maksu balik dulu lah. Kamu, berboraklah dulu dengan kawan kamu. Tapi, jangan lama sangat. Nanti Faiz tercari-cari pula,” Mak Su Senah mencelah di tengah-tengah kerancakan bicara dua teman itu.
“Yalah, Maksu,”
“Ha..ha… Siapa Faiz tu?,” soal Maria setelah Mak Su Senah sudah jauh meninggalkan mereka. Nurul huda diam seketika. Dia tidak mengandaikan yang dia akan bertemu dengan insan yang pernah datang di dalam hidupnya dulu. Namun, kini…dia berdepan dengan Maria. Insan yang pernah rapat dengannnya dulu. Satu situasi yang, kalau boleh ingin dia elak. Dia tidak mahu bercakap tentang hidupnya. Tidak mahu. Berat mulutnya untuk menjawab soalan Maria.
“Mana Shahrul?,”
“Shahrul tak akan lari. Now, tell me. Who’s Faiz?
“Bukan seperti yang ada dalam kepala kau tu. Cukup jawapan aku?,”
“Well …kalau bukan seperti yang sedang bermain dalam kepala aku ni…then what? Tell me friend,”
Nurul Huda diam. Berat sungguh mulut untuk menjawab soalan itu. Satu jawapannya pasti akan mencipta berpuluh soalan lain untuk dia jawab. Itu yang dia tidak mahu.
“Huda…dah pandai berahsia denagn aku ya?,”Maria bersuara dengan nada sedikit perlahan.
“My son,” akhirnya dia menjawab pendek.
“What? Bila kau kawin? Dengan siapa? Sampai hati kau tak beritahu aku pun,”
“Kau pun…kahwin tak bagitau aku,”
Maria tersenyum.
“Bukan aku tak mahu bagitau. Tapi, I don’t know how to contact you. Kau hilang macam tu saja. Aku minta maaf,”
“Aku tak kisahlah. Aku tahu bukan salah kau. Walau macam mana sekalipun, aku ucapkan tahniah. Aku doakan rumahtangga kau kekal hingga ke akhir hayat,”
“Terima kasih. Aku pun berharap macam tu. Kau… mana suami kau?,”
“Aku tak nak cakap pasal ni. Tukar topik, boleh?,”
“Divorce?,”
“Please… aku tak nak cakap pasal aku. Kita cakap pasal kau. Macamana Shahrul melamar kau?,”
Maria tergelak kecil.
“Betul kau nak tahu?,”
Nurul Huda mengangguk.
“He proposed me in front of my parent. Can you believe that? Terkejut aku. Tak sangka. Dia tak bagi apa-apa clue pun sebelum tu. You know Shahrul…suka sangat buat surprise,”Maria bercerita dengan wajah berseri-seri. Nurul Huda turut tersenyum. Tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi temannya itu.
“Aku betul-betul berharap kau akan bahagia sampai bila-bila,”
Maria tersenyum kecil.
“Aku pun harap macam tu,” balasnya dengan mata yang bersinar-sinar. Sememangnya temannya itu amat berbahagia saat ini.
“Hey….Tak nak jumpa Shahrul ke? Dia mesti terkejut tengok kau kat sini. Jumpa kau kat restoran tu malam ni? Pukul 8.00. ok?.” ujar Maria tiba-tiba sambil jarinya menunding ke arah sebuah restoran makanan laut di hadapannya.
“Aku tak bolehlah,”
“Please…kalau kau tak ada masa, sekejap pun taka pa. tolonglah. Takkan tak sudi nak jumpa kawan-kawan lama kot,”
“Aku tak kacau honeymoon kau orang,”
“Mengarutlah kau. Cakap je lah kau memang tak nak jumpa kami lagi. Kan?,” Maria bersuara dengan nada merajuk. Membuat Nurul Huda serba salah. Itulah kelebihan Maria, dan itulah kelemahannya. Tidak sampai hati untuk menghampakan Maria. Tidak sampai hati melihat Maria merajuk.
“OK lah,”
Wajah murung temannya kembali ceria.
“Macam tulah,” ujar Maria senang.
Nurul Huda tersenyum kecil. Betul ke tindakannya ini? Tidakkah nanti pertemuan ini akan mendekatkan dia dengan seseorang yang amat tidak mahu dia temui?

Biar YM Yang Bicara 31
Charming: Buzz!!!
Aku tersentak. Laptop di hadapanku aku pandang. Berangan rupanya aku. Berderet pesanan daripada Charming yang tidak aku baca. Aku tersengih.
“Sorry… sorry…,”aku bercakap sendiri. Baru sahaja jemariku ingin menaip sesuatu, telefon bimbitku sudah menjerit. Mesti Charming. Aku capai telefon bimbit di atas sofa. Betul tekaan aku. Senyum lebar mekar di bibir.
“Assalamualaikum,”cepat-cepat aku memberi salam.
“Waalaikumussalam. Pergi mana?,”
“Ada..,”
“Ada? Kenapa tak jawab pun?,”
“Terleka sekejap. Tengok Hrithik Roshan,”ujarku bersama gelak kecil. Memang aku terleka melihat wajah tampan pelakon itu pun. Juga leka melihat tariannya. Tetapi, yang lebihnya, menungku lebih terarah kepada apa yang bakal terjadi esok. Apa yang bakal terjadi di rumah Encik Firdaus? Kenapa ibu Encik Firdaus mahu berjumpa denganku?
“Oh… Sampai lupa kita ya?,”
“Tak adalah,”balasku sambil bergerak ke sofa. Kaki terasa sedikit kebas akibat bersila terlalu lama menghadap laptop dan televisyen sekaligus.
“Minat tengok cerita Hindustan ke?,”
“Tak sangat. Kawan tadi, tengok clip video Hindustan ni. Dah depan mata, layan ajelah,”
“Kalau macam tu, cepat-cepatlah jumpa saya,”
Aku kerutkan kening.
“Kenapa pulak?,”
“Sebab, ramai orang cakap muka saya macam Hrithik Roshan tu. Jadi, kalau lambat-lambat jumpa saya, awak rugi,”
Aku tergelak besar. Yelah tu. Charming turut tergelak di hujung talian.
“Kenapa? Tak percaya?,”soalnya bersama deraian gelaknya.
“Percaya. Percaya sangat-sangat. Awak, kalau nak tahu, muka saya pula macam Amesha Patel,”selorohku sambil menyambung tawa.
“Saya percaya. Sebab awak mix kan?,”
Tawaku terhenti perlahan-lahan. Apa? Charming tahu aku berdarah campuran? Dari mana dia tahu? Rasanya aku tidak pernah bercerita tentang ini padanya.
“How do you know?,”soalku dengan nada penuh tanda tanya.
“Betullah ya?,”
“Mana awak tahu saya mix?,”
Charming tergelak kecil.
“Just cakap-cakap saja. Betul ke?,”
“Awak ni, sebenarnya siapa? Do I know you?,”soalku bertalu-talu. Rasa tidak sedap hati menyerang tiba-tiba. Terasa seolah-olah Charming memang mengenaliku.
“Kalau nak kenal, kita jumpalah. Dah lama sangat awak janji nak jumpa. Tapi, asyik tertunda-tunda saja,”
“Bukan saya sengaja. Sekali lagi saya tanya ni, awak kenal saya ke?,”
“Kenallah. Kalau tak kenal takkan kita boleh bercinta. Tunggu nak jumpa and bincang pasal bertunang dan kahwin aje. Betul tak?,”
Aku diam. Tidak ada rasa lucu mendengar kata-kata Charming yang berbaur gurauan itu.
“Saya seriuslah awak,”
“Tiya, saya pun serius,”
Aku diam.
“Cepatlah cakap,”
“Cakap apa?,”dalam termangu memikirkan rasa pelik tentang Charming, aku utarakan soalan. Tidak faham apa maksud kata-katanya.
“Bila Amesha Patel ni, nak jumpa Hrithik Roshan?,”
Aku tergelak.
“Cepatlah. Saya serius ni,”
Aku diam. Sudah agak lama janji yang aku buat, cuma tinggal janji. Aku harus nekad kali ini.
“Sayang… Saya suruh bagi jawapan, bukan suruh diam,”
“Kejaplah. Saya tengah fikirlah ni.”balasku sambil menggaru-garu dahi.
“Sampai nak kena fikir ke? Say yes, sekarang juga saya datang jumpa awak. Tak susah pun. Tak payahlah nak penatkan otak, fikir-fikir lagi,”
Aku kelu seketika. Masih berfikir. Susahnya aku membuat keputusan untuk satu perkara ini.
“Hmm.. Ok,”
“Ok what? Saya boleh datang jumpa awak sekarang?,”
“Eh, bukanlah. Kan saya dah cakap, kalau nak jumpa, siang. Tak naklah jumpa awak malam-malam macam ni,”laju aku menjawab soalannya itu.
“Dah tu, siang? Siang tu, bila? Esok, awak dah cakap, awak ada hal kan?,”
“Ha ah. Next sundaylah. Boleh?,”
“Betul ke ni?,”suara Charming seperti tidak percaya mendengar kata-kataku.
“Betullah,”
“Tak takut ke?,”
“Nak takut buat apa? Awak bukannya makan orang. Kan?,”
“Saya tak makan orang. Tapi, saya suka cium orang,”dalam gelak Charming mengusik.
“Tak apalah. Nak juga saya tengok, sepanjang kita jumpa tu, berapa orang yang awak dapat cium,”aku membalas bicaranya dengan sedikit merapu. Charming tergelak halus.
“Awak ni memang suka menjawab ya?,”
“Laa.. Betullah tu,”
“Ok. Kita tengok, bila berdepan, mulut awak pandai diam atau tak,”
Aku tersengih. Kata-kata itu membuat aku terfikir. Dan, bila sudah mula terfikir tu, rasa takut menyerang kembali. Takut aku kelu seribu bahasa bila berjumpa dengan Charming. Takut Charming tidak dapat menerima aku seadanya bila kami bertemu nanti. Alamak! Rasa serba salah datang lagi.
“Kenapa? Diam pulak? Dah rasa takut ke?,”
“Ha ah,”jujur aku menjawab. Dan Charming tergelak lagi.
“Susahlah macam ni. Nampaknya kita ni, bercinta kat sini sampai ke tua lah,”
Mendengar kata-kata itu aku turut tergelak. Lucu apabila terbayang aku yang sudah beruban dan berjalan terbongkok-bongkok, duduk di hadapan komputer bersembang online dengan Charming. Bersembang di Yahoo! Mesenger. Tidak pun, duduk di sofa sambil bergayut di telefon. Kelakar dan buruknya. Tidak dapat aku bayangkan. Dari gelak kecil, kini aku ketawa terbahak-bahak. Tingginya imaginasi aku.
“Amboi. Apa yang lucu sangat tu?,”
“Tak ada apa-apa,”tersekat-sekat aku menjawab.
“Mustahil tak ada apa-apa,”
“Betul nak tahu ke?,”
“Betullah,”
Dan aku ketawa lagi. Bayangan aku di hari tua, membuat aku gagal untuk bersuara. Kelakarnya nenek tua bercinta di internet. Tidak sesuai.
“Apa dia? Cakaplah,”
“Nothing. Just.. nothing. Lupakanlah,”
“No. Cakap. Saya nak tahu,”
“Saya cuma terbayang apa awak cakap tadi. Tu saja,”aku beruara sambil menahan tawa.
“Apa saya cakap?,”
“Yelah. Awak cakap sampai ke tua kita bercinta macam ni,”
“Ya. So, apa yang lucunya?,”
“Saya terbayang saya dah tua terbongkok-bongkok.. duk layan awak kat YM. Duk gayut dengan awak kat telefon,”
Sebaik aku menghabiskan kata-kataku, pecah tawa besar Charming. Pertama kali aku mendengar dia ketawa sekuat itu. Gelak sakan, kata orang Penang. Aku pula? Turut menyambung semula gelakku tadi.
“Now, I can see Hrithik Roshan tua tengah bergayut..,”Charming bersuara di celah-celah gelaknya yang menjadi-jadi. Membuat tawa aku pun semakin riuh. Kalau mak aku dengar ni, mesti kena dengar tazkirah ni. Anak dara katawa macam langsuir lapar.
“Oh.. my God. Saya tak pernah ketawa macam ni. You are so funny. I love you Tiya. Really love you…,”
Tawaku merendah perlahan-lahan. Dan, tawa Charming juga semakin hilang.
“I love you,”Charming bersuara sekali lagi. Dan gemersik suaranya berlagu indah di hatiku. Bahagia mendengar bisikan-bisikan romantis begitu. Aku tersenyum manis.
“So, pastikan next Sunday betul-betul jadi, ok? Saya dah tak nak menunggu lagi,”
“Ok. Pasti jadi,”
“Hmm… So, tak sabar nak tunggu hari tu,”
Aku tersenyum.
“Diya!,”
Aku berpaling. Sharifah menjengah dari bahagian dapur.
“Dinner is ready,”
Aku tersengih.
“Hmm… Oklah. Kawan saya ajak makanlah. Nanti kita sambung lagi,”
“Ok. Enjoy your dinner. Tapi, kenapa lewat sangat dinner?,”
“Mana ada lewat? Baru pukul 8.30. Oklah. Assalamualaikum,”
“Walaikumussalam. Dream me nanti, okay?,”
Aku tergelak.
“Bye,”ujarku perlahan sambil mematikan talian. Bau masakan Sharifah menusuk hidung. Membuat perutku tiba-tiba terasa lapar. Cepat aku berlari ke dapur. Melihat Sharifah sedang menghidangkan nasi.
“Wah! Dah perfect dah ni. Dah lulus ujian menjadi isteri ni,”aku bersuara sambil bergerak ke meja. Melabuhkan punggung ke kerusi. Sharifah menjeling.
“Aku memang dah lama lulus. Kau tu? Bila nak belajar masuk ke dapur? Macam mana nak kahwin ni?,”
“Alaa.. Itu semua boleh belajar lepas kahwinlah,”
“Yalah tu,”ujar Sharifah sambil mengambil tempat di hadapanku. Aku tersengih sambil melihat hidangan sambal udang dan masak lemak ayam. Ada kailan ikan masin lagi. Menyelerakan.
“Bertuah Azman dapat kahwin dengan kau Sherry,”
Sharifah tersengih.
“Dan, kau pulak… Malang Charming, kalau terpaksa kahwin dengan kau. Masak air, sampai kering cerek. Masak telur rebus pun, boleh hangit. Masak nasi, jadi batu,”
Aku menarik muncung.
“Kau ni. Aku puji, kau kutuk pula,”
“Aku tak kutuk. Aku cakap yang betul saja,”selamba Sharifah menjawab sambil menghulurkan pinggan nasi padaku. Aku menyambut pinggan yang dihulur sambil mencebik.
“Nasib baik kau masak sedap. Kalau tak, memang aku dah merajuk ni. Suka-suka hati saja kutuk aku,”
Sharifah tergelak.
“Apa yang kau gelak tadi? Bukan main kuat lagi,”Sharifah bertanya sambil memandang wajahku.
“Oh.. Aku sembang dengan Charming,”
“Mak oi. Biasanya kalau sembang dengan dia, berbisik-bisik aje. Aku nak curi dengar pun tak boleh. Ini, macam nak pecah rumah kau gelak. Apa yang kelakar sangat?,”
Aku tersengih.
“Tak ada apa-apalah,”
“Esok kau ada apa-apa rancangan tak?,”Sharifah mengubah soalannya apabila aku tidak member jawapan.
“Ada,”aku menjawab sepatah. Teringatkan janji dengan Encik Firdaus, hatiku terasa kecut.
“Ohh.. Ke mana? Jumpa Charming ke?,”
“Tak adalah. Pergi rumah Encik Firdaus,”
Sharifah tersedak. Hampir tersembur sirap yang dia minum.
“Apa?,”soalnya terkejut.
“Pergi rumah Encik Firdaus,”aku mengulangi jawapan yang sudah aku berikan itu.
“Buat apa?,”
“Entah. Aku pun tak tahu. Dia cakap mak dia nak jumpa dengan aku,”
“Hai. Lain macam bunyinya tu. Bakal mak mertua nak jumpa ke?,”
Aku menjungkit bahu. Sharifah pula sudah mula tersengih-sengih.
“Kata tak akan ada cinta. Tapi, kalau dah sampai ikut jumpa mak, maknanya ada cintalah tu,”
Aku jelirkan lidah. Sharifah tergelak.
“Banyaklah kau punya cinta. Cuba kau tanya aku macam mana Encik Firdaus tu buat aku setuju?,”
“Okay. Macam mana dia buat kau setuju?,”Sharifah terus bertanya bersama sengihnya yang belum hilang.
“Aku cakap tak boleh. Ada hal. Kau tahu dia buat apa?,”
“Apa?,”
“Dia call mummy dia, minta aku beritahu sendiri kenapa aku tak boleh pergi,”
Sharifah tergelak lagi.
“Bijak betul bos kita tu ya,”
“Bijak apa. Bijak menyusahkan hidup aku,”
“Oklah tu. Cubalah dulu dengan Encik Firdaus tu. Pasal Mia tu, janganlah kau fikir sangat,”
“Jangan fikir sangat kau kata? Itulah yang perlu aku fikir sangat-sangat, tahu tak?,”
“Kenapa pula?,”
“Cuba kau bayangkan, kalau Encik Firdaus boleh buat macam tu kat Mia… Nanti apa nasib aku? Bila dia dah bosan dengan aku, mesti dia cari orang lain pula,”
“Ya ALLAH budak ni. Sampai ke situ fikirnya. Kau tak siasat betul-betul. Main buat kesimpulan sendiri aje. Lepas tu, boleh fikir sampai ke situ ya?,”
“Tapi, betul kan cakap aku?,”
“Betul tu memanglah betul. Tapi, kita bercakap tentang Encik Firdaus. Aku tak rasa Encik Firdaus macam tu,”
“Lantak kaulah. Aku yang rasa. Aku yang tengok. So, aku tahulah,”
Sharifah cuma menggeleng perlahan. Bengganglah tu apabila aku tidak dapat menerima pendapatnya.
*****

Subscribe to:
Posts (Atom)