Monday, October 13, 2008

Kuseru Rindu Itu... 9

“Ayu.. abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marahkan Ayu. I’m so sorry,”
Idayu menoleh.
“It’s okay. Cepatlah. Nanti lama pula mak menunggu kita,”Idayu membalas lembut. Namun, di dalam kelembutan itu, dia tahu hati Idayu terguris. Dia tahu benar. Nada suara Idayu cukup dingin.
“Ayu nak pergi juga ke? Abang tahu Ayu marahkan abang. Kalau ayu nak cancel..,”
“Dah banyak kali mak telefon. She’s waiting for us. Cepatlah. Tak baik buat mak tertunggu-tunggu,”
“Panjang benar menungnya tu. Apa yang kamu fikirkan Syam?,”
Hisyam mengangkat muka dengan riak wajah yang sedikit terkejut. Tuan harun tersenyum. hisyam turut mengukir senyum.
“Kenapa tak masuk tidur? Termenung sorang diri kat sini. Ada masalah ke?,”
“Hah?.” Dalam terpinga-pinga dia menjari jam di dinding. Sudah pukul dua belas lebih.sudah begitu lama dia di situ rupanya. Dia mengeluh perlahan.
“Ayah belum tidur?,”soalnya sambil memandang wajah Tuan Harun.
“Ayah nak ke dapur. Dahaga. Pergilah masuk tidur. Dah lewat ni,”
“Yalah,”jawabnya sepatah. Tuan Harun mengangguk sambil berlalu.dia memandang sekeliling. Rumah besar itu sudah sunyi. Barangkali semua orang sudah tidur. Perlahan dia mengangkat punggung. Melangkah malas kea rah biliknya. Daun pintu ditolak perlahan. Setelah melangkah masuk, perlahan juga dia menutup semula pintu bilik. Dia melangkah menghampiri Idayu yang sedang lena. Lama dia merenung wajah Idayu yang sedang lena. Bekas air mata masih belum kering di pipi Idayu. Melihat pipi isterinya yang basah itu, hatinya bagai direntap keluar. Sesungguhnya dia tidak sanggup melihat air mata itu. Di sebalik wajah ceria Idayu semasa makan malam tadi, rupa-rupanya ada air mata yang bertamu di dalam lenanya. Idayu menangis dalam diam. Perlahan dia menyapu air pipi Idayu yang basah. Maafkan Abang, Idayu…
“Get out! Leave me alone,”
Telinganya bagai terdengar herdikannya petang tadi. Buat kali pertama dia mengherdik Idayu. Bukan niatnya. Juga bukan salah Idayu. Idayu Cuma masuk ke biliknya untuk melihat keadaannya. Untuk bertanya apa masalahnya. Untuk bertanya punca ketegangan wajahnya. Dan, bagaimana dia hendak menjawab setiap pertanyaan Idayu, kalau jawapannya Cuma akan membuat masalah menjadi semakin kusut. Dia tidak akan mereka seribu alasan dan berbohong pada Idayu. Tidak akan sesekali. Dia juga tidak akan bercerita tentang cadangan Maisara yang kejam. Sudahnya, di luar kawalannya, dia menghamburkan kemarahannya pada Maisara, kepada Idayu. Kepada Idayu yang tidak bersalah. Kepada Idayu yang tidak tahu apa-apa. Jelas di matanya Idayu yang amat terkejut dengan herdikannya. Tanpa sedar, bibir matanya terasa panas.
“Maafkan abang…,”bisiknya perlahan sambil mengusap rambut Idayu. Merenung wajah yang penuh kelembutan itu. Nampak sungguh tenang di dalam lenanya. Bunyi jeritan telefon bimbitnya membuat dia sedikit tersentak. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia mematikan panggilan telefon sebaik melihat nama Maisara yang tertera di layar telefonnya. Dia tidak mahu menjawab panggilan itu. Rasa marah masih bersisa di hati. Sekali lagi telefonnya bordering, talian dimatikan sekali lagi, sebelum dia mematikan telefon bimbitnya.
“Kenapa tak jawab call tu?,”
Hisyam mengangkat muka. Idayu menyapu pipinya sambil menenyeh mata.
“Sorry. Abang tak bermaksud nak kejutkan Ayu,”
Idayu tersenyum nipis. Tangannya mencapai getah pengikat rambut. Mengikat rambutnya yang sedikit kusut.
“Tak apa. Ayu tertidur tadi. Dah pukul berapa ni?,”
“Dua belas,”jawab Hisyam pendek. Lagak Idayu yang terlalu biasa membuat dia serba salah. Idayu masih bersedih atau sudah melupakan segala yang berlaku?
“Dah lewat rupanya. Ayu nak mandi tadi… tertidur pula,”Idayu bersuara sambil bangkit dari katil. Kemudian duduk semula di birau katil. Bersebelahan dengan Hisyam.
“Abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marahkan Ayu petang tadi. Abang tak sengaja,”Hisyam bersuara sambil memandang wajah Idayu. Idayu tunduk. Tidak dapat dia nafikan, memang dia terlalu sedih dengan herdikan Hisyam. Hisyam tidak pernah meninggikan suara padanya. Jadi, apabila tiba-tiba Hisyam mengherdiknya, dia benar-benar tersentap. Dia menjadi sangat sensitif. Perlahan dia mengangkat muka. Membalas renungan Hisyam.
“Tak apa. Ayu dah lupakan,”ujarnya perlahan.
Hisyam tersenyum pahit. Masakan Idayu dapat melupakan hal itu dengan begitu cepat. Dia menyentuh jemari Idayu. Menggenggam erat tangan Idayu. Dia sanggup mendengar apa sahaja yang ingin Idayu hamburkan padanya. Tetapi, dia tidak sanggup melihat Idayu memendam marahnya semata-mata ingin mejaga perasaannya. Perasaan seorang suami yang tidak setia. Bukan sedikit rasa bersalah yang bersarang di relung hati saat ini.
“Ayu… Ayu marahlah abang. Abang sanggup dengar apa sahaja. Apa sahaja Ayu. Tapi, abang tak sanggup melihat Ayu menangis dalam diam macam ni. Cakaplah apa saja. Abang sanggup dengar..,” Hisyam bersuara lagi. Jemari Idayu di bawa ke bibirnya lalu dikucup bertalu-talu. Idayu tersenyum kecil. Wajah Hisyam yang penuh dengan kekesalan itu, direnung cukup lama.
“Betul abang sanggup dengar apa saja?,”soalnya perlahan.
“Yes. Keluarkan semua ekmarahan Ayu. Abang memang patut kena marah kan? Abang tak patu herdik isteri abang macam tu,”
“Abang… Ayu tak berdaya nak marahkan abang. Sebab… Ayu terlalu mencintai abang,”ujar Idayu sambil merenung ke dalam mata Hisyam. Ternyata kata-kata itu membuat Hisyam menjadi kelu tiba-tiba. Idayu tersenyum sayu. Reaksi Hisyam bagai dapat dia jangka.
“Ayu…abang..,”
“Ssyy…tak payah cakap apa-apa,”
Jemarinya diletakkan ke bibir Hisyam. Hisyam dilanda rasa serba –salah. Jemari Idayu di bibirnya, digenggam erat. Kenapalah wanita ini terlalu baik?
“Ayu tak akan Tanya soalan tu lagi. Apa pun perasaan abang pada Ayu, abang simpanlah di sini,”ujarnya sambil meletakkan tangan kirinya di dada Hisyam. Hisyam benar-benar kehilangan kata-kata. Dia tidak akan setuju dengan cadangan Maisara. Tidak akan. Tubuh kecil Idayu dirangkul dan dipeluk erat. Idayu membalas pelukan itu. Mustahil dia dapat memaksa Hisyam agar jatuh cinta padanya. Agak lama mereka berkeadaan begitu. Melayan perasaan masing-masing. Akhirnya Idayu melonggarkan pelukannya. Mendongak memandang wajah Hisyam yang kelihatan sedikit tenang.
“Terima kasih, bang,”ujar Idayu separuh berbisik. Hisyam membalas renungan Idayu. Agak hairan dengan ucapan terima kasih yang tiba-tiba.
“Untuk apa?,”
“Untuk kebahagiaan kita selama ini. Walaupun abang pernah cakap yang abang tak mungkin dapat membahagiakan Ayu, tapi, hakikatnya, dalam tempoh perkahwinan kita, terlalu banyak kebahagiaan yang Ayu dapat. Terlalu banyak kebahagiaan yang abang berikan. Terima kasih, bang,”
Hisyam tersenyum kecil. Kata-kata Idayu mengingatkan dia pada pertemuan awal antara dia dan Idayu. Pertemuan yang tidak menyenangkan. Baik padanya atau pun pada Idayu. Dia sendiri tidak menduga yang dia akan dapat mengecapi kebahagiaan ini. Dan, tidak tahu bagaimana kebahagiaan ini boleh menjelma dalam hidup mereka berdua.
“Nampaknya abang pun kena berterima kasih pada Ayu,”
“Oh ya? Kenapa pula?,”soal Idayu tersenyum senang. Segala keresahan di hatinya, dibuang sejauh mungkin. Tidak mungkin dia akan merosakkan segala keindahan ini dengan rasa curiga yang tidak berpenghujung. Dengan rasa cemburu yang cuma akan membunuh kebahagiaan yang sedang dia nikmati ini.
“Sebab dah jadi seorang isteri yang sempurna untuk abang,”
“No. I don’t think so,” Idayu bersuara sambil menarik tangan Hisyam yang masih melingkari pinggangnya. Hisyam mengerutkan kening tanda kurang mengerti akan maksud kata-kata Idayu. Pelukannya dileraikan.idayu tersenyum. Mustahil dia dapat menjadi seorang isteri yang sempurna sedangkan dia gagal mendapatkan cinta Hisyam. Mustahil juga dia seorang isteri yang sempurna kerana saat ini, di hati suaminya itu ada nama lain selain daripada namanya. Ada wajah lain selain daripada wajahnaya. Itu kenyataan yang tidak mungkin dapat dia tepis lagi.
“Apa maksud Ayu?,”soal Hisyam hairan. Tiba-tiba dia berdebar mendengar kata-kata Idayu. Adakah Idayu sudah dapat menghidu kecurangannya? Atau barangkali Maisara telah mengotakan ugutannya? Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Takut untuk mendengar kata-kata Idayu yang seterusnya. Takut Idayu mengetahui kecurangannya. Takut melihat wajah kecewa Idayu. Takut dia akan membuat Idayu terluka.

7 comments:

Dyea said...

konpius la ngan hisyam ni..
dia mcm sayang kt wife dia...
tp tidak la pula cinta..
@ dia x sedar sebenarnya dia mmg cintakan Idayu

atashinci said...

knapelh ayu ni terlalu sbr....
menitis airmata diwatnye tpi kne cover sbb kt ofis.hhehehe
nnti bru hisyam tau maisara tu x sebaik mane...
benci kt hisyam.....klu xsuke ckp awl2
lelaki...lelaki....

Anonymous said...

ape la syam ni klu la sara x muncul dlm cite ni msti sy pikir syam ngan ayu ni bahagis sgt2 sbb cara die tu mcm die syg je kat ayu...

Anonymous said...

bg saya hisyam ni sebenarnya syg n cinta kat ayu cuma dia sndiri x perasan yg perasaan tu dh wujud, cuma mgkin ia mengambil masa yg lama, yelah perkhwinan yg diatur oleh org tua, take time la utk wujudkan perasaan tu, than ngan sara tu tiba2 perasan tu wujud.. tu yg dia kompius ngan keadaan skrg, dia sdiri x nak lukakan ayu..byk lg perbuatan hisyam yg dia sndiri ada perasaan pd idayu..

ntah la lelaki ni kdg2 pelik, ntah apa yg dia nak lagi pn x tau, pd hal rmh tangga dh aman bahagia..

Anonymous said...

kenapa lar ayu tu baik sgat...
hisyam tu kejam sguh...x reti menghargai isteri sebaik ayu...
sedy citer ni....mmg sedey....

Anonymous said...

waaaa....
rase cam nak nanges je,..
tapi kne cover...
sbb duk dpn membe ni...
huhu...
k,hanni...
sambung cpt2 tau...
tq k,hanni...
cz wat cite yg bez2..

Anonymous said...

sdih nyer....kuar air mata mase bace citer ni...ak xphm ar ngan si syam tu..ape sbnrnyer yg die nk ek???lau xcinta kt ayu,y lyn ayu cam cinta thp gaban...lelaki sume hipokrit..xckup ngan satu...aku aser msti si ayu tu trik diri gak last2...mse tu br nyesal ar ko si syam wei...xtau nk hrgai lngsg..ak mtk2 ayu trik diri...pastu tnpa sdar mse tu die tmengandung...lg bez citer ni...hehhe