Saturday, October 25, 2008

Sendu Bahagia

Jernih mata hati bagai mentafsir …
sejuta sendu yang bertaburan di laman derita,
Laungan perit pedihnya menghunus ke tangkai jiwa,
Membiaskan arca sengsara yang bagai tidak mahu retak selamanya,
terus utuh memayungi kesakitan yang abadi…

Pergilah…
Pergilah wahai tangisan.
Jangan basahkan lagi pipi ini…
Lantaran kemelut perasaan yang tertoreh di hati ini,
terlalu menyakitkan
terlalu…

Namun … sesekali,
Kenapa kesakitan turisan itu memberi sejuta bahagia
Pada relung rasa yang keliru
Lantas melantunkan satu ilusi aneh
Manyingkap satu persoalan tidak berjawab…

Bahagiakah aku dalam turisan derita ini
Atau…
Deritakah aku dalam
Sinar pelangi bahagia ini…

No comments: